Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. BIODATA RASULULLAH S.A.W: 1.Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 2.Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (tahun gajah) 3.Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 4.Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 5.Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 7.Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 8.Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)