Uploaded by ainisulaiman02

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN penutup bola baling

advertisement
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA BALING ZON KAMUNTING UNTUK TAHUN 2022
P Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera
Yang berusaha, ________________________________________________________
Yang
berusaha,
___________________________________________________
merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kejohanan.
Yang Berusaha, __________________ Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Jana
Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,
Guru Besar-Guru Besar Sekolah yang bertanding,
wakil-wakil guru besar
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Para guru dan Guru-guru pengiring
pasukan-pasukan yang bertanding
Para murid.
serta hadirin dan hadirat sekalian
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.
Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola
Baling Zon Kamunting bagi tahun 2022. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh
cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,
…………………………………………………………………………………………………………
……………….
_______________________________ ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola
Baling Zon Kamunting bagi tahun 2022 kelolaan SK Taman Jana. Sesungguhnya, kehadiran
Yang berusaha ____________ ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sekolahsekolah di Zon Kamunting dalam mencapai kecemerlangan.
Hadirin hadirat sekalian,
Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk
-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah menengah
-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi
mewakili Zon Kamunting ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan
Majlis menjemput Yang Berusaha, En Kamaruddin Bin Hamid Guru Besar SK Taman Jana
selaku pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola Baling Zon Kamunting bagi tahun
2022 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Kamaruddin Bin Hamid Guru Besar SK Taman Jana di
atas ucapan tadi
Majlis
dengan
segala
hormatnya
mempersilakan
Yang
Berusaha
________________________________ menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup
dengan rasminya. Kejohanan Bola Baling Zon Kamunting bagi tahun 2022. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang ____________________
____________________________________ sebentar tadi.
Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 5 pasukan bagi
kategori lelaki dan 3 pasukan bagi kategori perempuan.
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan perempuan ialah SK
Sultan Yussuf AMDR, Sk Ulu Sepetang dan SK Taman Jana manakala sekolah yang
menghantar kategori lelaki sahaja ialah
SK King Edward 2dan SK Ayer Puteh.
Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori Lelaki
Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori lelaki yang berjaya mendapat
pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan hadiah}
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik ________________________ diiringi
______________________________, menjemput dan mengiringi Yang berusaha
_______________________________________bergerak ke tempat penyampaian hadiah.
Pemenang
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori bawah perempuan
Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Kamarudin bin Hamid, Guru Besar
SK Taman Jana menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha
_______________________________________________________________________
Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha ________________________________________
yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi
Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya
dipersilakan al-Fadil Ustaz ___________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Terima Kasih diucakan kepada al Fadhil ustaz _____________________atas bacaan doa itu tadi
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.
Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.
JIKA ADA PENGUMUMAN
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Download