Uploaded by Raweewan Yutthasak

CIRI CIRI PENARI YANG BAIK (1)

advertisement
CIRI- CIRI PENARI
YANG BAIK
Menari adalah sebuah kegiatan olah tubuh sehingga membentuk seni yang
indah dan memukau. Menari menjadi sebuah kegiatan seni dalam
menggambarkan sesuatu hal dengan kelenturan tubuh sehingga tampak indah
untuk dinikmati. Tari memiliki konfigurasi dan pola lantai serta gerak yang
beragam untuk untuk menunjukkan keindahan , jika dalam kumpulan biasanya
keseragaman menentukan keindahan sesuatu tarian itu. Penari juga merupakan
seorang yang cerdas kerana otak kiri dan kanan mereka bersamaan sekaligus
dalam menghafak dan menghasilkan gerak. Untuk menjadi seorang penari
yang baik harus lah memiliki kesempurnaan fizik tinggi supaya nilai etika dan
estetika dalam tari dapat disampaikan dengan baik.
Memahami konsep tari dengan baik

Setiap tari haruslah memiliki konsep tersendiri yang harus dikuasai dengan baik supaya
hasil tariannya tidak menimbulkan banyak persepsi dikalangan penontonya.

Konsep harus difahami agar apa yang disampaikan kepada penonton dapat difahami
dan dinikmati oleh mereka.
Bijak mengawal tempo dalam tarian

Tempo adakah salah satu dasar tari yang harus
dikuasai oleh seseorang penari untuk menjadi penari
yang baik.

Setiap gerak memiliki tempo yang beragam mulai dari
slow
tempo,medium tempo dan fast tempo .

Penguasaan tempo yang baik harus diutamakan agar
tidak
ada kecacatan didalam sesebuah
persembahan.
Tidak melebihi atau mengurangi efek gerak yang sudah dihasilkan Koreografer

Setiap penari mempunyai ‘posture’ tubuh dan keindahan gerak tersendiri. Namun menjadi
kesalahan besar penari adalah mengurangkan dan melebihkan setiap pergerakan gerak
penari yang sudah diarahkan oleh koreografer .
Penggunaan wirasa yang baik

Dalam senitari memiliki tiga komponen utama iaitu wiraga,wirama dan wirasa.

Wiraga adalah gerak, wirama adalah ketetapan antara tempo dan muzik dan
wirasa adalah rasa yang diciptakan oleh penari dalam sesebuah
persembahan.
. Penghafalan dan penguasaan setiap gerak dengan baik

Setiap penari diharuskan menghafal setiap gerak yang sudah ditata oleh
koreografer.

Penari yang bersifat pelupa biasanya akan dikategotikan sebagai penari
yang lemah.

Penguasaan setiap gerak juga harus diterapkan pada penari mulai dari
gerakan mudah hingga ke gerak yang susah
Menepati masa

Salah satu ciri penari yang baik ialah mampu menepati
masa. Ini kerana untuk menghasil kan sesebuah tarian
berkumpulan memerlukan setiap penari untuk
menepati masa agar apa yang akan ingin koreografer
sampaikan dapat di ikuti oleh para penari. Secara tidak
langsung dapat memupuk sikap berdisiplin dikalangan
para penari.
Minat terhadap tarian

Penari juga perlu ada minat terhadap tarian yang
hendak ditarikan. Ini dapat memudahkan lagi
Koreografer untuk mennghasilkan karyanya. Jika para
penari tidak berminat terhadap perkara yang dilakukan
maka sesebuah tarian itu akan hilang indah dan
cantiknya.
Kerjasama di dalam tarian

Perkara ini perlu dititikberatkan didalam diri penari yang
baik, terutamanya dalam koreografi yang berkumpulan.
Iannya dapat mempercepatkan lagi kerja Koreografer
dalam masa yang sama dapat menghasilkan sesebuah
tarian yang kemas dan menarik untuk di tonton.
Berikut diatas adalahh beberapa contoh ciri penari yang baik.
Semoga pengkongsian yang dibuat dapat dipraktikkan dan
diamalkan. Setiap penari mempunyai bakat yang tersendiri. Untuk
menjadi penari yang baik memerlukan masa yang lama dan latihan
yang banyak. Jadi jangan putus asa sekiranya masih belum berjaya.
Teruskan usaha dan berlatih supaya dapat mencapai kreatiria
seorang penari yang baik.
Download