Uploaded by nurulalia569

BAB 1 Pengenalan Ilmu Falsafah

advertisement
BAB 1:
PENGENALAN ILMU FALSAFAH
UHC1012 : FALSAFAH & ISU SEMASA
PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah
perkembangan Ilmu Falsafah.
2. Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai wahana penyediaan rakyat Malaysia mendepani
cabaran global abad ke 21.
3. Menghuraikan kedudukan dan peranan Rukun Negara sebagai
Rukun-Rukun atau Tiang-Tiang Negara pada tahap “Makro”
yang didirikan diatas asas-asas atau dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai “Mikro”.
PERINCIAN BAB
(1) Definisi, Konsep,
Tujuan, Sejarah, Aliran
Falsafah
(2) Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1996)
Pengenalan Ilmu
Falsafah
(3) Rukun Negara
(4) Falsafah Sejahtera
Bahagian
1
PENGENALAN ILMU FALSAFAH:
Definisi Falsafah, Skop & Cabang, Tujuan Berfalsafah, Sejarah
Perkembangan, dan Aliran Falsafah
Definisi Falsafah
(1) Bahasa/asal-usul kata (etimologi):
Berasal drp gabungan dua (2) kata Greek@Yunani iaitu:
Kata
(1) Philein/Philo
Maksud
Cinta-Menyintai (To Love-Loving); Persahabatan
(Friendship); Kasih sayang (Affection)
Hikmah/Kebijaksanaan/Kearifan (wisdom);
(2) Sophos/Sophia Pengetahuan (knowledge); Kebenaran (truth)
Falsafah
Kecintaan terhadap kebijaksanaan/kearifan (hikmah) dan
cenderung mencari kebenaran.
Ahli
Falsafah
Orang yang menyintai kebijaksanaan/kearifan (hikmah) dan
mencari kebenaran serta berfikir secara mendalam dan kritis
tentang sesuatu perkara atau isu.
5
Definisi Falsafah (samb.)
(2) Istilah (Terminologi):
• Definisi 1: Kajian tentang persoalan-persoalan umum dan asas
tentang hakikat atau kewujudan, pengetahuan, nilai-nilai (etika
dan kesenian), pena’akulan, minda dan bahasa. Persoalan/isu
tersebut biasanya adalah bertitik tolak dari masalah yang
memerlukan jawapan dan solusi.
• Definisi 2: Kajian dan ilmu yg berasaskan renungan (reflective)
& penaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan
kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara
keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian &
pengkajian terhadap data & fakta yg diambil drp semua aspek
alam wujud/semesta (B.A.G Fuller, 1955).
6
Cabang dan Skop Kajian Falsafah
(L.M.E.A)
Cabang
Skop Kajian
Logik
Logik ialah kajian tentang seni dan kaedah hujahan (argument) dan
pena’akulan (reasoning):
• Skop: Hujah, Alasan, Falasi, Deduksi, Induksi, Abduksi, Heuristik,
Logik Bersimbol dll.
Metafizik
Metafizik ialah kajian tentang Hakikat atau kewujudan sesuatu
seperti kewujudan Tuhan, Alam dan Manusia:
• Skop: Ontologi, Kosmologi, Psikologi Rasional, Teologi Rasional
Epistemologi
Epistemologi ialah kajian tentang Teori Ilmu Pengetahuan:
• Skop: Teori Ilmu dan Justifikasi kepercayaan dan sumber ilmu
(seperti sensasi, intuisi, Wahyu, Autoriti, keimanan/kepercayaan)
Aksiologi
Aksiologi ialah kajian tentang Teori Nilai dan kaitannya dengan
masalah nilai dalam bidang kemasyarakatan (value free vs value
laden)
• Skop: Falsafah Etika, Falsafah Seni dan Estetika, Falsafah Agama,
Falsafah Politik, Falsafah Ekonomi, Falsafah Sosial, Falsafah Sains,
Falsafah Bahasa, Falsafah Pendidikan dll
7
Contoh Cabang Falsafah L.M.E.A
Soalan tentang...
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Siapa aku? Adakah Manusia vs Haiwan berkata-kata? (Metafizik-Psikologi)
Seluas dan sebesar manakah alam semesta ini? (Kosmologi)
Apa hakikat kehidupan? Hanya di dunia sahajakah? (Metafizik)
Kenapa ia berlaku dan kenapa aku yang kena? (Metafizik)
Kenapa menjaga emosi itu penting? (Metafizik-Psikologi)
Logikkah mencipta kereta yang boleh terbang? (Logik)
Bagaimana untuk tahu tentang sesuatu perkara? (Epsitemologi)
Apa impak berita palsu kepada masyarakat? (Logik)
Adakah mencuri itu baik atau jahat? (Aksiologi-Etika)
• Apakah yg menyebabkan lagu atau sajak indah utk dinikmati? (Aksiologi-Estetika)
•
•
•
•
Adakah Minda-Badan (mind-body) bersatu atau terpisah? (Metafizik)
Adakah minum arak itu halal atau haram? (Aksiologi-Etika)
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu? (Logik)
Apa kesimpulan drp isu pencemaran alam sekitar? (Logik)
8
Tujuan Mempelajari Falsafah
Apa yang anda pelajari dari Falsafah?
• Mencari hakikat kebenaran tentang sesuatu perkara dan isu
daripada perspektif yang holistik dan bersepadu (Cth, hakikat
kebahagiaan; hakikat kecantikan, hakikat baik dan buruk)
• Berfikir secara logik, kritis dan bebas berdasarkan panduan
yang autentik (Cth, isu pengangguran graduan abad ke-21)
• Berkomunikasi dan berkongsi idea secara jelas dan berkesan
dalam penghujahan (Cth, isu Pengajaran Sains dan Matematik
dlm Bahasa Inggeris)
• Memberi alasan dan justifikasi yang tepat dan bermakna
tentang konsep atau idea yang abstrak (Cth, isu kereta terbang)
9
Sejarah Perkembangan Falsafah
Zaman Yunani
(Socrates, Plato, Aristotle)
Zaman Aufklami
(Kecerahan) 1700-1800M
Separuh Pertama &
Separuh Kedua Abad ke-19
Zaman Kristian
Zaman Renaissance (13001700M)
Falsafah pada Abad ke-20
Zaman Gelap (600-1100M)
& Zaman Pertengahan
Eropah (1100-1300M)
Falsafah pada
Pascamodenisme
Zaman Tamadun Islam
(Al-Kindi, AL-Farabi, Ibnu
Sina)-Sains fizik, Sains
matematik, sains Teologi)
Ahli Falsafah: Falsafah Klasik
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Thales (640-550 S.M)
Anaximender (610-547 S.M)
Anaximenes (585 S.M)
Heraclitus of Ephusus (500 S.M)
Parmenides of Elea (515-480 S.M)
Pythagoras (570-500 S.M)
Anaxagoras (500-428 S.M)
Protagoras
Socrates (469-399 S.M)
Plato (428-348 S.M)
Aristotles (384-322 S.M)
Socrates
Plato
Aristotle
11
Ahli Falsafah: Falsafah Kontemporari
•
•
•
•
•
•
•
•
Soren Aabye Kiekegaard (1813-1955M)
Niccolo Machiavelli (1469-1527M)
Karl Marx (1818-1883M)
Friedrich Nietzshe (1844-1900M)
John Dewey (1859-1952M)
Henri Bergson (1859-1941M)
Alfred North Whitehead (1861-1947M)
Bertrand Russel (1872-1970M)
John Dewey
Machiavelli
Karl Marx
12
6 Aliran Utama Falsafah
RASIONALISME
EMPIRISISME
PRAGMATISME
Aliran yg berpendapat
bhw ilmu dan
kebenaran diperolehi
melalui proses berfikir
oleh akal dan BUKAN
melalui pengalaman
pancaindera (sensation),
rasa/gerak hati
(intuisi), kuasa Tuhan
dan prinsip etika mulia.
Cth:
Aliran yg berpendapat bhw
ilmu dan kebenaran
diperolehi melalui proses
pengalaman pancaindera
(sensation) dan BUKAN
melalui proses akal. Tetapi
dlm fenomena spt hakikat
ruang, masa, cahaya,
sebab-akibat, etika dll,
empirisisme berpendapat ia
adalah unsur fitrah (innate)
dan anugerah (priori).
Cth:
Aliran yg berpendapat bhw
suatu perkara/ ilmu/kaedah yg
bersifat praktikal, aplikasi teori
sedia ada, berasaskan
penyelesaian masalah dan
membawa hasil yg berfaedah,
maka ia adalah yg benar,
mempunyai nilai yg tinggi dan
diterima. Kdg2 ada isu dari segi
prinsip dan nilai etika.
Cth; Kaedah belajar secara
praktikal (spt hands-on,
project-based, technologybased, latihan industri dll) yg
ada nilai-nilai yg berfaedah
dan diterima sebagai berkesan
dan bermanfaat.
Oleh krn saya boleh
berfikir (krn saya ada
akal), maka itulah bukti
saya wujud dan hidup.
Saya sentuh besi panas dgn
jari, maka saya tahu besi itu
panas dan mengalirkan haba.
6 Aliran Utama Falsafah (samb.)
IDEALISME
REALISME
EKSISTENSIALISME
Aliran yg berpendapat
bhw kebenaran dan ilmu
pengetahuan tertinggi
adalah adanya cetusan
idea. Sifat idea, impian@
khayalan (dgn
memaparkan keunggulan,
keindahan, kesempurnaan
idea itu dsb) yg berlainan
sama sekali drpd
kenyataan (real),
material@fizikal.
Aliran yg berpendapat
bhw apa2 yg kita lihat
dgn pengalaman
pancaindera (sensation)
dlm alam ini adalah
benar, realistik, wujud
secara tersendiri,
bebas, dan tidak
dipengaruhi oleh
gambaran akal/ idea/
khayalan. Realisme
berlawanan dgn aliran
Idealisme.
Aliran yg berpendapat bhw
kepentingan pengalaman,
hak dan tanggungjawab
seseorang manusia secara
individu dan BUKANNYA
secara pandangan
masyarakat umum.
Manusia bebas, ada hak,
dan bertanggungjawab dlm
membentuk kehidupan
dan nilai hidupnya sendiri.
Cth: Org yg ada idea,
dianggap insan berilmu
dan hebat.
Cth: Lihat pokok dgn
mata, maka pokok
adalah wujud secara
realistik dan tersendiri
Cth: Secara individu, pelajar
bebas tentukan cara belajar,
lebih aktif belajar sendiri
(guru hanya fasilitator),
penilaian dibuat berdasarkan
sikap, emosi sendiri
Aktiviti Bab 1-1
Memahami Skop dan Cabang
Falsafah L.M.E.A.
Logik, Metafizik, Epistemologi & Aksiologi (LMEA)
Tentukan cabang Falsafah L.M.E.A yg betul:
No.
Penyataan
0.
Kenapa orang berhujah dan memberi alasan yang konkrit?
1.
Sejauh mana bukti dan alasan dianggap paling tepat dan sahih?
2.
Adakah manusia berasal drpd beruk spt dlm filem Planet of the Apes?
3.
Apakah kaedah rotan dapat membantu dalam pembelajaran anak?
4.
Adakah robot dlm filem Transformers berperasaan spt manusia?
5.
Adakah dapat diterima suami berlaku curang di belakang isteri?
6.
Bagaimana seseorang itu “tahu” bahawa ia mengetahui sesuatu?
7.
Kenapa orang kaya masih terlibat dengan rasuah?
8.
Apakah hakikat kecerdasan (spt nilai skor IQ) seseorang insan?
9.
Adakah logik dia berkeupayaan membunuh sedangkan dia seorang yang
lumpuh?
10.
Adakah analisis kriteria boleh digunakan dlm memilih pasangan hidup?
Cabang
Logik
Bahagian
2
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN:
Keperluan Menghayati Falsafah Pendidikan sebagai
Warganegara Malaysia yang Menyeluruh
Justifikasi: Asas kursus UHC1012 & UHC2022
untuk membentuk Falsafah Sejahtera
3
1
Hayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) di
sekolah dan universiti.
Jiwa
Sejahtera
2
Hayati Rukun Negara
(RN) sebagai jati diri
warganegara Malaysia
walau di mana anda
berada
Harapan: Wujudnya
Falsafah Sejahtera dlm
jiwa rakyat Malaysia.
Falsafah Sejahtera adalah
sebagai pentafsiran kpd
sejauh mana FPK dan RN
ini berjaya diterapkan kpd
rakyat Malaysia.
18
Sejarah Pendidikan Negara
•
FPN yang kemudianya dinamakan FPK lahir drp evolusi perkembangan Pendidikan
di Malayisa, bermula dengan Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951),
Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Penyata
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1974).
•
Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila
berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
•
Selain membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk menghapuskan
kemiskinan & pengenalan kaum mengikut pekerjaan, di bidang pendidikan, satu
jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pd tahun 1974 untuk mengkaji
pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
•
Jawatankuasa Kabinet (1974) yg dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan (Tun Dr.
Mahathir Mohammad) berfungsi menilai semula kejayaan sistem pelajaran bagi
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yg bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih.
•
Laporan jawatankuasa ini diisytiharkan pada tahun 1979.
• Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (KPM 1984) tentang masyarakat yg
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, Laporan ini menyatakan ciri-ciri
masyarakat yg dimaksudkan:
a. keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup Bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia;
b. menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan, bersedia
bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hakhak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan
kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat
memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk
negara;
c. Mendapat Pendidikan dan latihan supaya boleh bergiat serta
membangunkan negara.
Falsafah Pendidikan Negara (1988)
• Reformasi Pendidikan 1985, unsur ketuhanan dimasukkan sebagai roh
FPN.
• Akhirnya falsafah pendidikan diolah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh &
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996)
Falsafah Pendidikan Negara (1988) dikemas kini kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (1996) spt berikut:
22
Intipati Falsafah L.M.E.A. dlm Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1996)
Intipati FPK (1996)
L.M.E.A.
Apa Proses dan Aktiviti
Pendidikan adalah usaha yg
berterusan
Epistemologi- Proses
dapat ilmu
Kaedah dan aktiviti
pendidikan Formal & Informal
Potensi individu sbgai Insan
Seimbang dan Harmonis dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek
Metafizik- Konsep
Pembangunan Insan
dan Psikologi
Apa aktiviti utk bangunkan
potensi Jasmani, Emosi,
Rohani, & Intelek?
Melahirkan rakyat Malaysia yg
berilmu pengetahuan
Epistemologi – Teori
Ilmu & Sumber Ilmu
Apa kaedah pendidikan yg
berksan utk benar2
menjadikan rakyat berilmu
Melahirkan rakyat Malaysia yg
berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berterampilan, berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
Aksiologi & Logik Bukan setakat ada ilmu,
ttpi ada nilai etika &
Soft Skills
Apa aktiviti utk bangunkan
nilai etika dan Soft Skills
pelajar?
Memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara
Logik- Secara logiknya,
apabila sudah berjaya,
akan beri sumbangan
balik.
Apa kaedah utk beri
kesedaran utk memberi
sumbangan balik setelah
berjaya/tamat pengajian.
Pendidikan dan Pembelajaran
Abad ke 21 (PPAK21)
• PPAK21 lebih kepada aliran Falsafah Pragmatisme. (#Rujuk definisi
pragmatisme di Bab 1-Bahagian 1)
• Kaedah pengajaran & pembelajaran (P&P) berasaskan Pragmatisme
merangkumi:
 Fokus pentaksiran lebih kpd tugasan praktikal@aplikasi (spt proses
mempraktikkan ilmu dan nilai). Ini bermakna Pentaksiran berasaskan
Teori (spt mengingati fakta dan maklumat dll) tidak digunakan
sepenuhnya dlm menilai pencapaian pelajar.
 Guna aplikasi teknologi dan teknikal (spt alatan/perkakasan- teknologi,
mesin, komputer dll)
 Teori-teori diaplikasi melalui pentaksiran berasaskan Tugasan Projek.
 Proses P&P berasaskan penyelesaian masalah.
 P&P dua-hala iaitu Guru (sebagai fasilitator) dan pelajar (sebagai
penimba ilmu yg aktif). Kedua-dua mendapat nilai dan faedah antara
satu sama lain.
Empat Teras FPK-1996
• Pada tahun 1996, UNESCO mengumunkan EMPAT Tonggak
Pembelajaran Untuk Abad Ke-21 di mana intipatinya
hampir sama dengan FPK.
• FPK telah mencapai EMPAT Tonggak Pembelajaran Untuk
Abad ke-21 spt yg disaran oleh UNESCO. Hal ini bererti, FPK
telahpun berada pada peringkat antarabangsa dan global
malah perkembangan tamadun sekalipun.
• Keempat-empat tonggak pembelajaran anjuran UNESCO
(1996) tersebut dapat dipenuhi dengan mudah kerana
Falsafah Pendidikan Negara (1988, semakan semula tahun
1996) mendahuluinya hampir satu dekad lamanya.
Empat (4) Tonggak Pembelajaran UNESCO
Tonggak Pembelajaran ini adalah prinsip asas bg pembentukan pendidikan. Ia
menjadi teras kpd pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) dlm
membina kesejahteraan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial (JERIS)
(Learning to know)
Menyediakan ilmu yg berasaskan intelek (kognitif) bagi tujuan
mengetahui sesuatu perkara/ilmu dalam kehidupan bermula secara asas
yang mudah hingga kompleks dengan lebih menyeluruh. Contoh, Ilmu 3M
(Mengeja, Membaca, Mengira).
Pembelajaran Untuk
Melakukan
Menyediakan kemahiran yang berasaskan fizikal (psikomotor) bagi
melibatkan diri dlm pelbagai melakukan aktiviti kerja dlm bidang tertentu.
Pembelajaran Untuk
Mengetahui
(Learning to do)
Pembelajaran demi
Kehidupan Bersama
(Learning to live
together)
Pembelajaran Untuk
Kemenjadian
(Learning to be)
Menyediakan kemahiran untuk berinteraksi dengan orang lain, dengan
menggunakan potensi diri (iaitu keupayaan Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek, Sosial) dan digabungkan dengan prinsip nilai etika, moral, akhlak,
persefahaman, demokrasi dll bagi membolehkan individu hidup bersama
dalam sejahtera, aman dan harmoni.
Menyediakan kemahiran kerohanian/spiritual (analisis diri sendiri dan
Kenali aspek Ketuhanan) dan kemahiran sosial bagi membangunkan
potensi diri, psikososial, perasaan, fizikal, kerohanian secara sepenuhnya
bagi menjadi insan sempurna dan serba boleh.
Aktiviti Bab 1-2
Tak Kenal Maka Tak Cinta:
(Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i.)
Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i
Melalui Kerangka IPOi ini, berikut merupakan beberapa
point UMUM ttg INPUT, PROSES, OUTPUT dan IMPACT
bagi menunjukkan kewujudan UMP ini yang relevan dlm
dunia akademia.
Input
• WHAT: Kepimpinan dan
Tadbir Urus berkualiti.
• WHY: (Visi & Misi): Didik
insan dengan ilmu,
kemahiran, sikap dan etika.
• WHO: Pelajar berkualiti
• WHO: Pensyarah berkualiti
• WHAT: Kursus kompetitif
• WHAT: Fakulti berkualiti
• WHAT: Kemudahan
berkualiti
• WHAT: Rujukan berkualiti.
Process
Medium:
• HOW: Pengajaran &
Pembelajaran berkualiti.
• HOW: Interaksi dan Komunikasi
berkualiti dan berkesan
• HOW: Pentaksiran (Ujian,
Tugasan, Projek dll)
• HOW: Ganjaran & Hukuman
• HOW: Penyelidikan &
Eksperimen.
• HOW: Penulisan & Penerbitan
berkualiti.
• HOW: Doa, Ibadah, Tawakal
Output
Tangible &
Intangible
Outputs:
Pelajar dan
Universiti
yang
CEMERLANG
DAN
SEJAHTERA
dari segi Ilmu,
Kemahiran,
Sikap, & Etika
Impact
• Impak hasil kepada
stakeholder:
(individu-key player,
ibubapa, penaja,
masyrakat, negara
+ “TUHAN”
• Impact hasil dalam
aspek: (politik,
ekonomi, sosial,
budaya, reputasi,
pengiktirafan dll)
28
Aktiviti 1-2: Latihan Kefahaman
Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i
Arahan:
1)
Tonton video “Kenali UMP”. Rujuk link yg saya beri dlm WhatsApp Group.
Berdasarkan video UMP tadi, UMP sebuah universiti teknikal dan kejuruteraan
agak muda berbanding universiti awam yg lain- UM, UKM, UPM, UTM, USM dll.
Kini, anda sudah pun menjadi sebahagian drp warga UMP. Persoalannya, hebat
sangatkah UMP ini sehingga anda begitu tertarik dgnnya?. Jadi, sebagai pelajar yg
bakal tinggal di UMP sekitar 4 tahun lamanya, anda perlu kenal pasti di mana titik
hebatnya UMP ini agar anda timbul rasa bangga menjadi sebahagian drpnya!
dengan menjawab soalan di bawah:
Dengan merujuk kpd kerangka IPOi di atas, kenal pasti beberapa INPUT, PROCESS,
OUTPUT dan IMPACT SEBENAR DAN YG TELAH BERLAKU ttg UMP sebagai bukti
keunggulan UMP.
Hint: Rujuk sejarah kewujudan UMP, visi dan misi UMP, pentadbir dan ahli akademik, apa kelayakan
akademik mereka, canggihkah kemudahan, Pencapaian UMP?, Rekacipta, Alumninya, dan lain-lain.
4)
Kaedah buat: Bebas, Yg penting ada isi INPUT, PROCESS, OUTPUT dan IMPACT.
5)
Hantar jawapan anda ke dalam emel academicpskahmad@gmail.com.
29
Bahagian
3
RUKUN NEGARA:
Keperluan Menghayati dan Menterjemahkan Rukun Negara
sebagai Warganegara Malaysia yang Berjati Diri
(2) Rukun Negara
(Falsafah Negara dan Bangsa)
31
Pengenalan
•
Selain membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk menghapuskan
kemiskinan & pengenalan kaum mengikut pekerjaan RN yg mengariskan 5 rukun
sebagai asas pegangan & panduan setiap rakyat di negara ini digubal.
•
kesan drp peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah mewujudkan suatu formula bagi
mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum.
•
MAJILIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang negara & memupuk suasana harmoni serta saling
mempercayai di antara masyarakat berbilang kaum di negara.
•
Anggota-anggota Majlis Perundingan Negara - Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak
bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), 3 orang menteri (Allahyarham Tun
Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V.T
Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh
agama, badan-badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan,
persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
• Oleh itu, satu ideologi yg mampu mengatasi masalah antara
kaum telah dibentuk. Pada tahun 1970, Rukun Negara (RN)
digubal.
• Diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
• RN terbahagi kepada DUA bahagian iaitu Bahagian Pertama
(menggariskan objektif masyarakat Malaysia) dan Bahagian
Kedua (menggariskan lima prinsip RN).
Rukun Negara: Bahagian 1
Bahagian 1 ialah Objektif Masyarakat:
1.
Mencapai perpaduan yg lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat;
2.
Memelihara satu cara hidup demokratik;
3.
Mencipta satu masyarakat yg adil dimana kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
4.
Membentuk satu sikap yg liberal terhadap tradisi kebudayaan yg
kaya dan berbagai-bagai corak;
5.
Membina sebuah masyarakat progresif yg akan menggunakan sains
& teknologi moden.
Rukun Negara: Bahagian 2
Bahagian 2 ialah 5 Prinsip Rukun Negara:
Kepercayaan
kepada
Tuhan
• Mewujudkan ikatan agama agar masyarakat
dapat membentuk fikiran, pertuturan dan
perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang
lain memandangkan semua agama mengajar
kebaikan.
Kesetiaan
kepada Raja
dan Negara
• Berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
• Menanam sikap bertanggungjawab, sanggup
berkorban demi negara dan memberi
sumbangan terhadap pembangunan negara.
Rukun Negara: Bahagian 2
Keluhuran
Perlembagaan
• Menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
• Menyedari kepentingan Perlembagaan
sebagai sumber perundangan tertinggi yang
harus dipatuhi demi keharmonian negara.
Kedaulatan
UndangUndang
• Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan
undang-undang menunjukkan bahawa setiap
rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang.
• Mewujudkan masyarakat yang menghormati
dan mematuhi undang-undang negara
memandangkan undang-undang memberi
perlindungan kepada semua anggota
masyarakat.
Rukun Negara: Bahagian 2
Kesopanan
dan
Kesusilaan
• Menekankan perkembangan personaliti dan
tingkah laku setiap rakyat dengan tujuan
untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila.
• Memupuk sahsiah mulia dalam kalangan
masyarakat agar tidak menyinggung
perasaan orang lain yang boleh menjejaskan
keharmonian negara
MAKRO
(RUKUN NEGARA)
MIKRO
(FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN)
Peranan Rukun Negara sebagai Rukun-Rukun atau Tiang-Tiang Negara pada
tahap “Makro” yang didirikan diatas asas-asas atau dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai “Mikro”.
Bahagian
4
FALSAFAH SEJAHTERA
Formula Kesejahteraan untuk Warganegara Malaysia
“Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” + “Rukun Negara
(RN)” = “Insan Sejahtera”
Falsafah Sejahtera melalui Pentafsiran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (secara Mikro)
dan Rukun Negara (secara Makro)
40
Falsafah Sejahtera & Kursus
UHC1012 dan UHC2022 di Universiti Awam
• Falsafah Sejahtera ialah Satu usaha murni untuk membangunkan dan
memperkenalkan makna dan aplikasi Falsafah Sejahtera dlm
kalangan pelajar di universiti.
• Falsafah Sejahtera ini dibentuk melalui pentafsiran dan penghayatan
kepada aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan aspek
Rukun Negara (RN).
• Falsafah Sejahtera ini cuba diterapkan dalam 2 kursus wajib
universiti iaitu:a) Falsafah dan Isu Semasa (UHC1012). Kursus ini berbentuk
dimensi teoritikal.
b) Penghayatan Etika dan Peradaban (UHC2022). Kursus ini
berbentuk dimensi praktikal.
41
Definisi Sejahtera
• Bahasa: aman dan makmur, senang dan tenteram, bahagia,
tenang, sakinah, terpelihara drp bencana (spt kesusahan,
gangguan, ancaman dll). Bahasa Inggeris disebut well-being,
peace, harmony, sustainable, quality of life.
• Istilah: Sejahtera ialah suatu keadaan pencapaian yg ada unsurunsur positif, aman, terpelihara drp perkara negatif/ancaman/
membimbangkan yg meliputi pembangunan aspek dalaman
(spt Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dlm konteks
hubungan insan, alam dan tuhan) dan aspek luaran (bidang/
sektor kehidupan spt politik, ekonomi, kewangan, sosial,
budaya, agama, ekologi, pengangkutan, sains & teknologi, ICT,
keselamatan, kesihatan dll yg melalui proses pembangunan
pendidikan yang sistematik, menyeluruh dan mampan.
Perlunya Kehidupan yang Sejahtera
Malaysia Well-Being Index (MyWI) is
an overview of the people's wellbeing using 14 components covering
economic well-being sub-composite
and social well-being sub-composite.
UN
Keperluan BANCI untuk Analisis Data
penduduk ke arah merangka Pelan
Kesejahteraan Rakyat
10 Ramuan Kesejahteraan
• Menurut Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di dlm buku “Essay on
Sejahtera”, kesejahteraan boleh dikecapi jika 10 ramuan (SPICES) bagi
kesejahteraan dapat dapat diimbangi dan disepadukan.
• 10 ramuan bagi Kesejahteraan ialah Rohani, Fizikal-Psikologi,
Intelektual, Kognitif, Budaya, Etika, Emosi, Ekologi, Ekonomi, dan
Sosial.
• Proses untuk mengimbangi dan menyebati ramuan kesejahteraan ini
adalah melalui satu proses pendidikan yang berterusan dan dipupuk
dari awal hidup sebagaimana termaktub dlm Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara (RN).
Skop Pembangunan Kesejahteraan
• Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara- Skop
Kesejahteraan ini merujuk kepada pembangunan dari sudut
MIKROKOSMIK dan MAKROKOSMIK.
• Pembangunan seimbang dan sepadu dalam Skop Kesejahteraan
meliputi:
a) Mikrokosmik (dimensi dalaman) – Sejahtera dari segi Psikomotor
(fizikal), Kognitif (intelek), Afektif (psikologi, emosi & sosial),
Spiritual (rohani) dan Etika (sistem nilai)
b) Makrokosmik (dimensi luaran/bidang)– Sejahtera dlm hidup
sesama manusia dan spesis lain dlm pelbagai bidang spt politik,
ekonomi, sosial-kemasyarakatan, ekologi, budaya, agama dan lainlain bidang.
Model Falsafah Sejahtera
Politik Tadbir
Urus & Ekonomi
Ekologi
(MAKRO)
Rohani
(Spiritual)
Jasmani
(Fizikal/
Psikomotor)
Etika
(Nilai)
Jiwa
Sejahtera
Sains &
Teknologi
(MAKRO)
Keselamatan
& Kesihatan
(Individu &
Masyarakat)
(MAKRO)
Sosial
(Kemasyakatan)
(MAKRO)
(MAKRO)
Sosial
Emosi
(Potensi
Interaksi)
(Perasaan &
Psikologi)
Akal
(Intelek/
Kognitif)
Budaya
(MAKRO)
Saling interaksi di antara Potensi Insan (MIKRO) dan Bidang luaran (MAKRO)
KESIMPULAN: Falsafah Sejahtera adalah untuk
Melahirkan Insan Sejahtera melalui kerangka
berikut:
Input
• JASMANI: Keadaan
tubuh badan yg sihat.
• EMOSI: Keadaan
psikologi yg sihat.
• ROHANI: Keadaan
kerohanian yg sihat.
• INTELEK: Keadaan
akal fikiran yg sihat.
• SOSIAL: Pendedahan
awal potensi
interaksi sosial dlm
diri dan masyarakat.
Process
Melalui Medium...
• Sistem Pendidikan yg
bertunjangkan Ilmu
Falsafah, FPK, & RN.
• Bidang: Sains Tulen, Sains
Terapan, & Sains Sosial.
• Kursus: UHC1012 &
UHC2022.
• Kandungan Pendidikan utk
bangunkan potensi individu:
 Kognitif (Intelek)
 Psikomotor (Fizikal)
 Afektif (Psiko-Sosial)
 Spiritual (Rohani)
 Etika (Sistem Nilai)
Output
Maka,
LAHIRNYA
INSAN
SEJAHTERA
(MIKRO)
Insan yg
memiliki
KUALITI JERIS
dan NILAI
ETIKA yg
tinggi
Impact
IMPAK MAKRO
SUMBANGAN OLEH
INSAN SEJAHTERA:
• Impak dari segi
Stakeholder: (individu
sbg key player,
ibubapa, penaja,
masyarakat, negara,
“TUHAN” )
• Impak dlm bidang:
(negara, politik,
ekonomi, sosial,
budaya, ekologi,
agama, antarabangsa,
reputasi dll)
47
RUJUKAN
Abdul Jalil, H. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Awang, S. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dzulkifli, A. R. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Wahana Global dan Antarabangsa dalam Razak,
D. A. Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 21-33).
Gombak, Selangor:IIUM.
Dzulkifli, A.R. (2019). Hari Muka Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Adab, Akhlak, Limpahan Budi dan Sejahtera,
dalam Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms 370380). Gombak, Selangor: IIUM.
Hashim, H. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademik
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Mohd Noordin, W. M. Z. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Sejarah dan Matlamat, dalam Dzulkifli, A.R.
& Rosnani H. Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 320). Gombak, Selangor: IIUM.
Osman B. (2019). Aspek Kesejagatan dan Peradaban Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dalam Dzulkifli A.R. &
Rosnani H. Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 3551). Gombak, Selangor: IIUM
Shaharir, M. Z. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (3rd Edition). Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
SEKIAN
Asal:
Dr. Noradilah Md Nordin
noradilah@ump.edu.my
Versi 2.0
Tambahan oleh:
Ahmad Fazullah M.Z.A.
fazullah@ump.edu.my
Download