DEPARTMENT OF INFORMATION TECHNOLOGY CENTRE FOR DIPLOMA STUDIES WACANA ILMU UQI11402:FALSAFAH DAN ISU SEMASA SEMESTER 2 (2021/2022) KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA NAMA PELAJAR NURIN AKMA ALYA BINTI MUHAMMAD AKMAL NOMBOR MATRIKS AA212862 SEKSYEN 5 NAMA PENSYARAH DR. ARWANSYAH BIN KIRIN TAJUK KRISIS ILMU DAN KEBENARAN PADA ZAMAN MODEN 0 Pendahuluan Pada hari jumaat yang bertarikh 3 Jun 2022, pelajar-pelajar yang mengambil kursus falsafah dan isu semasa diberikan tugasan untuk menonton sebuah wacana ilmiah yang dianjur oleh Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum atau PPUK. Wacana ilmiah tersebut disiarkan di platform facebook secara live dan juga dalam Zoom. Wacana ilmiah ini berlangsung daripada 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi, dengan durasi selama 3 jam. Tajuk Wacana ini adalah Krisis Ilmu dan Kebenaran Pada Zaman Moden.Program ini telah menjemput Prof. Madya Dr. Khalif Muammar Bin A. Harris sebagai penceramah, untuk memberi pencerahan serta pandangan beliau kepada para pelajar yang menghari program ini. Selepas menonton wacana ilmiah, para pelajar diarah untuk menyediakan satu wacana ilmu atau lebih dikenali sebagai satu laporan tentang program tersebut. Latar belakang penceramah kita yang telah hadir adalah beliau merupakan pengarah pusat kajian tinggi islam, sains dan peradaban (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia. Pada 2008, Beliau memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pengkhususan tamadun islam (Islamic Civilization) di UIA, Kuala Lumpur. Pada tahun 2003 pula, beliau telah memegang ijazah sarjana dalam bidang yang sama, pengkhususan tamadun islam (Islamic Civilization) di UIA, Kuala Lumpur. Seterusnya, pada 1998 beliau memegang ijazah sarjana muda di dalam syariah dan Pengajian Islam, di mana beliau mendapat kelas kedua atas. Iaitu merupakan satu pencapaian yang sangat baik dengan peratus 79.2. Justeru, beliau juga pernah meraih anugerah pelajar terbaik dua kali di university berkenaan. Kini Beliau memegang jawatan sebagai ahli majlis mutaqah dakwah dan pemikiran islam iaitu majlis perundangan islam pada 2018, seterusnya panel pemikir pengurusan islam manhaj Malaysia iaitu JAKIM pada 2017 dan juga sebagai ahli panel di dalam kementerian dalam negeri pada 2017 sehingga hari ini. Beliau juga merupakan panel pakar dalam bidang falsafah dan pemikiran islam di dewan Bahasa dan Pustaka pada 2013 hingga 2015. Seterusnya, beliau juga merupakan ahli panel pemikir pejabat mufti wilayah perseketuan pada 2012 hingga 2014. Beliau juga merupakan panel akidah di Jabatan Kerja Islam Malaysia pada 2015. Beliau juga merupakan panel penapis bahan penerbitan JAKIM pada 2014 sehingga 2018. Dengan ini terbuktilah, bahawa penceramah wacana ilmiah ini adalah individu yang sangat berpengalaman dan mempunyai latar belakang yang kaya dalam bidang falsafah dan juga tawaruk 1 Kandungan keseluruhan wacana Topik yang dibincangkan pada wacana ilmiah ini adalah Krisis Ilmu dan Kebenaran Pada Zaman Moden. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar telah memilih tajuk ini sendiri untuk dijadikan tajuk perbincangan pada hari tersebut. Penceramah telah menerangkan tajuk ini menjadi pilihan oleh kerana timbulnya masalah besar kemanusiaan yang disebut sebagai “the collapse of meaning” atau dalam Bahasa melayu disebut sebagai keruntuhan makna. Ia menimbulkan satu persoalan, apa yang mengalami keruntuhan itu? Kemanusiaan bukanlah berasaskan kaum seperti Melayu, Cina, India. Ini adalah satu perkara yang tidak mengira etnik seseorang tetapi ia merupakan satu topik yang membincangkan apa yang dihadapi oleh umat manusia bukan sahaja pada zaman sekarang, tetapi juga apa yang dialami sejak ratusan tahun dahulu . Isu ini juga membincangkan bagaimana kita mencorak dan membentuk masa hadapan yang lebih baik. Peradaban Manusia dalam 2522 tahun yang lalu terdiri daripada Peradaban Yunani dan Romawi(500 SM-1453M) dan Peradaban Islam(632-1924) serta Peradaban Barat Moden (1600-2022). Apa yang berlaku kepada peradaban manusia sejak itu tidak bermakna tidak ada peradaban lain. Pada masa yang sama ada peradaban cina, peradaban india, Mesopotamia, peradaban nabi Ibrahim dan juga peradaban di afrika. Tetapi peradaban yang boleh dikatakan “menguasai” dunia adalah peradaban dari sejak dua ribu tahun yang lalu sehingga sekarang adalah tiga peradaban tersebut. Iaitu Peradaban Yunani dan Romawi, Islam dan Barat Moden. Peradaban Yunani Romawi bermula pada lima ratus tahun sebelum masihi dengan kelahiran golongannya dan berakhir dengan keruntuhan empayar romawi di turki, istanbul Pada tahun 1453 di tangan Khalifah Muhammad Al-Fateh. Kemudian Peradaban Islam pula muncul sekitar pada hayat Rasullulah SAW Nabi Muhammad, 632 masihi sehingga keruntuhan Osmaniyah pada 1924. Walaupun dikatakan runtuh, peradaban islam sebenarnya masih ada. Kita dapat melihat bahawa terdapat banyak kerajaan islam yang ada pada hari ini, tetapi tidak sebesar kerajaan islam pada ketika dahulu. Sebagai contoh, Melaka juga merupakan sebahagian peradaban islam yang cukup besar pengaruhnya di seluruh nusantara. Peradaban barat pula muncul pada abad keenambelas sehingga hari ini. Peradaban Barat Moden ini mula muncul dengan Renaissance, iaitu zaman kebangkitan . Seawal abad ke-12, bermula terjemahan karya-karya muslim ke dalam Bahasa Latin, sebagai contoh karya Imam Ghazali, karya Ibnu Sina tentang perubatan, astronomi dan sebagainya. Dari situlah ilmuwan-ilmuwan barat seperti gallileo, newton banyak mempelajari 2 dan tekad serta banyak dipengaruhi oleh pemikiran imam al-ghazali. Karya beliau, maqasid al-falasifah adalah antara salah satu karya yang mempengaruhi pemikiran ilmuwan-ilmuwan peradaban barat moden. Antara tokoh-tokoh falsafah yang memberi pengaruh besar kepada falsafah dunia sekarang adalah Plato dan Aristotle. Mana-mana peradaban yang terkemuka ataupun berpengaruh ke atas dunia akan mempengaruhi negara dan bangsa bawah takluknya dan juga yang berdekatan dengannya. Peradaban Yunani boleh dikatakan “diwakili” oleh plato dan Aristotle. Mereka dua merupakan tokoh falsafah yang menguasai pemikiran pada itu sehinggalah orang islam pun menimba ilmu pengetahun daripada peradaban Yunani. Walaubagaimanapun, Orang islam bukan sahaja mendapat manfaat daripada tamadun Yunani dan romawi, tetapi mereka juga mendapat manfaat dari tamadun parsi, tamadun cina contohnya pembuatan kertas dan bahan letupan, ilmu-ilmu kimia. Dari tamadun india juga orang islam dapat manfaat, khususnya dalam konteks literature iaitu persuratan. Sejak 500 tahun di tangan Protagoras, plato meninggal 420 sebelum masihi. Protagoras telah menyatakan bahawa “man is the measure of all things” atau dalam Bahasa melayu, manusia merupakan kayu ukur dalam mengetahui segala sesuatu. Manusia dikaitkan dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar ataupun salah. Ini dikenali dengan golongan sophist yang meletakkan manusia sebagai kayu ukur kebenaran. Pandangan sophist ini atau mazhab atau cara pemikiran sophist ini ditentang oleh Socrates dan Plato. Kerana mereka melihat ada kesan negatif dari pemikiran sophist ini. Dalam karya-karya sarjana muslim disebutkan sophist dalam Bahasa inggeris dalam Bahasa arabnya sufasta’iyyah iitu ditentang oleh plato dan justeru kemunculan plato dan Aristotle ini dianggap sebagai kemunculan ilmu falsafah, iaitu satu kaedah mencapai kebenaran. Oleh sebab itu, falsafah sering dihubungkait dengan tiga orang falsafah ini iaitu Plato, Aristotle dan juga guru Plato, Socrates. Mereka bertiga ini menentang golongan sophists ini sehingga muncullah aliran falsafah yang kuat di Yunani iaitu dikenali sebagai realisme. Realisme merupakan satu aliran yang berkaitan dengan kebenaran. Bagaimana kita mengetahui sesuatu itu benar-benar wujud ataupun tidak. 3 Kesan negatif sufasta’iyyah terbahagi kepada tiga, iaitu agnostic, relatives dan obstinat. Dalam Bahasa arabnya adalah adriyah, al-andiyah dan al-ainadiah. Golongan yang ragu, golongan yang mengatakan manusia tidak mampu mengetahui kebenaran iaitu golongan agnostik. Golongan yang tidak mengetahui bahawa tuhan wujud atau tidak, iaitu golongan relativis, Di mana masing-masing mendakwa apa yang diyakini itu yang benar. Golongan seterusnya merupak golongan obstinat, golongan yang keras kepala dan menolak segala bukti, tanda dan dalil. Apa-apa yang dikemukan akan ditolak kerana bagi dia manusia itu mustahil mengetahui sesuatu itu secara pasti. Mereka akan tolak apa-apa pandangan tanpa meneliti atau mengkaji dahulu. Oleh sebab itu, pengaruh plato dan aristotle adalah penting oleh kerana mereka menegaskan bahawa kebenaran itu boleh dicapai oleh manusia. Itu juga apa yang diakui dan diterima oleh orang islam atas dasar Al-quran dan As-sunnah. Penentangan Socrates pada 299 SM dan Plato pada 348 SM terhadap golongan sophists. Mereka kemudian menjadi pelopor ilmu pengetahuan . Pada zaman yunani, ilmu pengetahuan adalah sinonim dengan falsafah. Tidak ada ilmu yang dikatakan luar falsafah. Sehinggalah umat islam membangunkan ilmu-ilmu yang berasingan. Ia dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan itu berkembang bersama falsafah. Sesiapa yang menguasai atau belajar falsafah dia akan menguasai ilmu pengetahuan. Falsafah ini kemudia menjadi kaedah untuk manusia mencapai ilmu dan kebenaran. Karyakarya plato menggariskan bagaimana seseorang itu mendapatkan ilmu dan kebenaran. Dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan, sebuah peradaban dapat dibangunkan. Percanggah berlaku apabila aristotle membina paradigma baharu yang berbeza dari paradigma plato iaitu realisme. Aristotle berpegang kepada paradigma immanent realism dan naturalism. Dua-dua paradigma ini mempunyai sifat baik dan juga sifat buruknya. Kalau pada paradigma plato, plato menafikan sesuatu benda yang individual. Aristotle menolak idea itu dengan immanent realism menjadi ada idea itu ada pada individual things. Hellinisasi agama krisitian melalui augustine dan aquinas. Augustine sekitar abad 78. Mereka telah mengambil falsafah aristotle dan plato daripada bahasa arab dan menyesuaikan falsafah tersebut dengan agama. Itu yang disebut sebagai hellenisasi agama krisitian. 4 Kemunculan Imam Ghazali pada abad ke-12 telah membangkitkan isu kesilapan ahli falsafah yunani dan muslim serta memperbetulkannya. Beliau menulis buku-buku seperti al-falasifah. Dalam buku al-falasifah, beliau menyanggah falsafah. Sifat falsafah adalah seperti itu, di mana munculnya sebuah teori atau idea dan akan diperbetulkan oleh ahli falsafah yang lain. Perkara ini berlaku sehingga hari ini. Ini adalah sebab, oleh kerana semua manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Pada tamadun islam, mereka akan mengkaji falsafahfalsafah yang dibawa oleh barat dan menyesuaikan ikut agama seperti apa yang dilakukan oleh Thomas Aquinas. Walaubagaimanapun, falsafah tidak boleh banyak berbicara tentang tuhan oleh kerana tuhan ini ghaib. Falsafah berlandaskan akal. Apa yang akal boleh ketahui tentang tuhan itu sangat-sangat terbatas. Imam Ghazali berpegang bahawa ilmu itu perlu pasti. Jika tidak ia hanyalah sebuah pandangan yang boleh berubah-ubah. Imam Ghazali telah berkata bahawa manusia berada di tengah antara malaikat dan binatang. Manusia boleh jadi sehina-hina binatang ataupun boleh menjadi semulia-mulia malaikat. Antara sumbangan Imam Al-Ghazali adalah beliau telah mengharmonikan 3 saluran ilmu pengetahuan, pancaindera, akal dan wahyu. Beliau juga berpendapat bahawa kemampuan akal dan pancaindera adalah terbatas. Sebagai satu contoh bahawa kemampuan akal itu terbatas adalah kita dapat mengetahui tentang kewujudan tuhan. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan dari segi kosmologi, daripada geosentrisme kepada heliosentrisme. Sebelum galileo dan copernicus , Orang yunani dan krisitian percaya bahawa bumi ini datang. Setelah kewujudan galileo dan copernicus, mereka mempercayai bumi itu bulat dan memperbetulkan kesilapan orang terdahulu bahawa bumi yang mengelilingi matahari pada abad ke-16 atau ke-17. Sedangkan ilmuwan muslim telah berbicara tentang bumi ini bulat dari abad ke se-10 atau ke-11. Walaubagaimanapun, ilmuwan muslim tidak disambut seperti ilmuwan barat walaupun telah membuat teori lebih awal berbanding ilmuwan barat. Beliau juga telah memberi penghormatan terhadap hak-hak kaum minoriti dan golongan yang lemah iaitu toleransi. Imam Al-Ghazali juga telah memberi penekanan terhadap etika dan moral iaitu akhlak dan adab. Beliau juga menyumbang kepada kemajuan dalam sains dan teknologi tanpa mengetepikan ilmu-ilmu kemanusiaan. Agama juga memandu manusia membentuk peradaban fadilah iaitu virtuous civilization. 5 Kemudian adalah kebangkitan peradaban barat. Zaman ini bermula daripada Zaman Renaissance di Eropah. Ia menjadi kesan daripada Peradaban Islam di Andalusia. Modenisme Bermula pada abad ke-17 dengan kemunculan Rene Descartes(1650). Diikuti dengan zaman pencerahan(Englightenment) dan revolusi industri. Pada zaman ini juga berlakunya pemisahan agama dengan sains, wahyu dan akal. Juga muncul rasionalisme descartes, kayu ukur yang salah dalam menentukan kebenaran. Rasionalisme itu merupakan kayu ukur yang mengukur kebenaran dengan akal sahaja. Ia adalah kurang tepat. Tidak ada sesuatu yang kita tidak boleh ragui. Prinsip utama dalam falsafah adalah bahawa yang manusia berfikir. Peranan agama ketika ini semakin mengecil dalam masyarakat. Sains telah menggantikan agama dalam memandu manusia. Terdapat juga aliran seperti darwinsime di mana alam semesta adalah bukan ciptaan tuhan. Materialisme, di mana alam adalah sebentuk mesin yang bergerak sendiri. Liberalisme telah menjadi cara hidup masyarakat barat yang biasa kita lihat. Terdapat juga theistic evolution, di mana agama akan mengikut perkembangan sains moden. Dalam Wacana Ilmiah ini, Penceramah telah banyak menceritakan tentang sejarah falsafah dengan mendalam termasuk tentang falsafah mekanikal (descartes, hobbes), rasionalisme (descartes,1650), empirisisme (john locke, 1704), skeptisisme (hume,1776), liberalisme (j.s mill, 1873) dan humanisme sekular (sartre, 1980). Sekularisme dan Sekularisasi merupakan satu perkara yang menarik yang dibincangkan pada masa ini. Sekularisme mempunyai tiga dimensi, yang pertama disenchantment of nature, penghilangan pesona daripada alam tabi’i, desacralization of politics, peniadaan kesucian dan kewibawaan agama daripada politik dan juga yang terakhir deonsecration of values, penghapusan kesucian dan kemutlakan nilai-nilai daripada kehidupan. Di sini munculnya krisis metafizik dan kebenaran. Dipetik daripada kitab al-Attas, Islam and Secularism “"Pergantungan pada kuasa akal manusia semata-mata untuk membimbing manusia melalui kehidupan; pematuhan kepada kesahihan visi dualistik realiti dan kebenaran; penegasan realiti aspek kewujudan yang semakin lama mengunjurkan pandangan dunia sekular. menyokong doktrin humanisme ; emulasi realiti drama dan tragedi yang dikatakan universal dalam kehidupan rohani, atau transendental atau batin manusia, menjadikan drama dan tragedi nyata dan keseluruhan pada pendapat saya adalah apa yang membentuk intipati, semangat, watak dan keperibadian budaya barat dan tamadun”. Kesannya daripada mengikut keperibadian budaya barat adalah “god humanized” di mana manusia tidak menganggap tuhan itu berkuasa atas mereka. Di sini juga muncul krisis moral, di mana keperibadian itu 6 rosak, manusia akan kurang bermoral. Harry Lewiss(2007), seorang dekan di harvard iaitu penulis buku excellence without a soul pernah berkata-kata bahawa manusia-manusia tidak bertanggungjawab. Pemerduniaan dan sekularisasi manusia, demikian juga materialisasi dan humanisasi manusia telah menyebabkan melakukan penghapusan kesucian dan kemutlakan nilai-nilai, untuk mendewakan dirinya tanpa autoriti dan kebijaksanaan yang sesungguhnya untuk mengambil peranan sebagai pencipta dan ini menyebabkan berlaku zalim terhadap alam, sama ada alam manusia yang meliputi roh mahupun alam tabi’i. Berlaku Krisis moral di mana nietzsche. Di mana morality adalah “herd instinct” , di mana tiada individu mempunyai pendirian moral sendiri. Terdapat juga krisis alam sekitar, seperti yang kita dapat lihat pada hari ini bumi kita menghadapi banyak krisis berkaitan alam sekitar seperti pemanasan global. Ia menjadi persoalan kenapa kita tidak bertanggungjawab atas alam sekitar? Production dan consumption iaitu penghasilan produk dan konsumerism adalah satu proses yang berulang di mana-mana negara dalam dunia. Oleh sebab itu, kita akan membalak hutan demi bahan mentah. Sehingga manusia boleh dianggap tamak dan tidak bertanggungjawab. Tetapi dari mana datangnya sifat seperti itu? Itu datangnya daripada ideologi, pemikiran dan falsafah yang telah dikukuhkan ratusan tahun dahulu yang kita telah mempelajari pada awal wacana ini. Dengan ini berlakunya penghilangan peson daripada alam tabi’i dalam pengertian yang mereka berikan telah mengakibatkan pembebasan alam daripada makna kosmik dan memutuskan hubungan simboliknya dengan Tuhan. Apakah jalan keluar daripada semua krisis yang muncul oleh kerana falsafah. Sebagai tamadun yang menguasai dunia falsafah yang mempengaruhi masyarakat dunia, krisis metafizik di barat membawa krisis ilmu dan kebenaran serta pelbagai krisis lagi. Tetapi jika berlakunya krisis-krisis seperti ini di barat, adakah ia perlu berlaku di timur? Oleh kerana apa yang berlaku di barat itu telah menyebabkan banyak kerosakan. Jika apa yang berlaku di barat adalah baik-baik sahaja, tidak salah untuk kita mengikut tamadun barat. Tetapi apa yang berlaku di barat mengakibatkan banyak kecelaruan, krisis metafizik, krisis kebenaran, krisis ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Jika masyarakat barat hilang kepercayaan kepada agama, adakah timur juga perlu hilang kepercayaan kepada agama? Ini adalah bagaimana berlakunya the collapse of meanings. Pascamodenisme tidak memberikan jalan keluar tetapi memperparah kecelaruan pemikiran. Oleh sebab itu, kita sebagai manusia yang bertamadun kita perlulah mengenalpasti punca masalahnya. 7 Kepentingan Wacana Antara kepentingan wacana ini adalah untuk mendidik pelajar tentang falsafah dan isu semasa yang dihadapi pada zaman sekarang. Walaupun pelajar-pelajar UTHM diwajibkan untuk mengambil kursus falsafah dan isu semasa, ceramah ini dapat dilihat oleh semua orang, bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah dan orang awam. Di sini, semua orang dapat mempelajari benda baharu melalui perkongsian ilmu yang berlaku semasa berlangsungnya program wacana ilmiah ini. Seterusnya, pentingnya wacana ini kepada pelajar adalah untuk menyedarkan mereka tentang isu-isu semasa seperti apa yang telah dikatakan semasa wacana ilmu iaitu pelbagai krisis. Penceramah kita, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar telah menyenaraikan pelbagai krisis yang berlaku pada masa kini seperti krisis ilmu pengetahuan, krisis metafizik dan krisis kebenaran. Apabila pelajar lebih peka dengan apa yang berlaku pada masa kini, mereka akan menjadi rakyat yang lebih awas tentang isu-isu semasa dan mempunyai pendirian yang lebih tetap. Akhir sekali, kepentingan wacana ini adalah untuk mengajar kita untuk tidak mudah dipengaruhi oleh ideologi ataupun falsafah barat. Oleh kerana kita hidup pada era di mana falsafah dan ideologi barat menguasai seluruh dunia, kita berfikiran bahawa ideologi dan falsafah mereka adalah dianggap “standard” iaitu satu benda yang biasa. Banyak negara yang telah dipengaruhi oleh mereka. Kita dapat lihat bahawa ideologi barat ini boleh dianggap liberal dan semakin hari mereka tidak berpegang kepada agama. Sebagai negara yang mempunyai pendirian agama yang kukuh, kita perlulah berpegang kepada agama kita agar tidak mudah dipengaruhi oleh ideologi yang tidak betul dan merosakkan masyarakat dan negara. 8 Perkara yang dipelajari Terdapat pelbagai yang saya pelajari semasa wacana ilmiah, antara salah satu perkara yang penting saya dapati semasa wacana ilmiah ini adalah tentang tamadun-tamadun yang berpengaruh dalam falsafah. Iaitu tamadun romawi dan yunani, tamadun islam dan juga tamadun barat moden. Penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar telah memberikan penjelasan yang sangat mendalam tentang ketiga-tiga tamadun dan apa yang telah mereka menyumbang kepada dunia falsafah. Saya rasa ini adalah satu perkongsian yang sangat bermakna, dan banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari. Seterusnya, perkara baru yang dapat saya pelajari adalah tentang para tokoh falsafah plato, aristotle, socrates dan protagoras. Dalam seluruh wacana, saya sangat tertarik pada topik tentang tokoh-tokoh falsafah semasa tamadun romawi dan yunani. Berlaku banyak percanggahan pendapat sewaktu itu di mana golongan sophists meletakkan manusia sebagai kayu ukur kebenaran dan plato dan socrates pula menentang pendapat itu. Terdapat juga topik tentang hellenisasi agam kristian. Saya berasa perkongsian ilmu tentang perkara ini sangatlah menarik dan diterangkan oleh penceramah dengan jelas. Akhir sekali, setelah menghadiri wacana ilmiah ini saya dapat mempelajari tentang pelbagai krisis yang berpunca daripada falsafah yang telah didirikan pada ratusan tahun dahulu. Saya amat terkejut bahawa sifat-sifat seperti tamak dan tidak bertanggungjawab itu datangnya daripada ideologi, pemikiran dan falsafah yang telah dikukuhkan ratusan tahun dahulu. Saya juga mempelajari bahawa kita perlulah mempunyai pendirian kita yang sendiri sewaktu ini oleh kerana dengan adanya falsafah barat yang tidak kukuh dan sentiasa berubah. Ideologi dan falsafah barat ini dianggap menguasai seluruh dunia dan kita perlulah menyedari bahawa oleh kerana falsafah mereka yang tidak tetaplah kita menghadapi pelbagai kecelaruan dan krisis. 9 Penutup Wacana ilmiah ini merupakan satu program yang sangat bermanfaat dan perlulah dijadikan kebiasaan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar universiti tetapi juga pada orang awam. Oleh kerana manusia perlulah sentiasa menimba ilmu pengetahuan tidak mengira umur. Pada pendapat saya, program ini adalah sangat seronok dan mengisi minda. Sebelum bermulanya wacana ilmiah, saya berasa tidak sedar akan krisis-krisis yang wujud di sekeliling kita. Oleh sebab itu, program seperti wacana ilmiah ini adalah sangat bermanfaat untuk memberikan kesedaran kepada bukan sahaja para pelajar tetapi juga pensyarah dan orang lain. Program ini telah berakhir setelah berlakunya sesi soal jawab bersama penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar . Para pelajar diberi kesempatan untuk bertanyakan soalan kepada Prof. Madya Dr. Khalif Muammar tentang topik perbincangan wacana ilmiah ini iaitu, krisis ilmu dan kebenaran pada zaman moden. Selepas selesai sesi soal jawab, program wacana ilmiah ini telah berakhir. Saya berasa wacana ilmiah ini adalah satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan membuka minda saya setelah mendengar perkongsian daripada penceramah jemputan ini. Kesimpulannya kita perlulah rajin menghadiri program perkongsian ilmu seperti wacana ilmiah seperti ini. Program-program seperti ini dapat membuka minda kita dan memperluaskan ilmu yang kita ada. Dengan kerap menghadiri program seperti ini, kita dapat menjadi rakyat yang lebih berwawasan dan bertamadun. 10