Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK PERIMBUN 1. Nama Guru Kod Sekolah: BEA 4611 NURUL AIN BINTI HAWAJI GURU PEMIMPIN 360 DARJAH 2. Judul 4. Tarikh Pembentangan - Tempat Pembentangan Sinopsis - 6. 7. KHUZAIMAH SULAIMAN (BIL MUKA SURAT 144) 3. Bidang: Motivasi 5. Masa: - Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan Pengetua Cemerlang JUSA C. Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead Across dan Prinsip Lead Down. Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell Blurb Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru Pemimpin 360 mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai keistimewaan sendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang. Disediakan oleh, ........................................................ ( NURUL AIN BINTI HAWAJI ) Disahkan oleh, ........................................................ ( ) Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK PERIMBUN 1. Nama Guru Kod Sekolah: BEA 4611 NURUL AIN BINTI HAWAJI MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG 2. Judul 4. Tarikh Pembentangan - Tempat Pembentangan Sinopsis - 6. 7. DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ (BIL MUKA SURAT 320) 3. Bidang: Kaunseling 5. Masa: - Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mempunyai 320 halaman. Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan otak kita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Maclean mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanya menunggu untuk dikembangkan. Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang mana sekiranya kita ingin menjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah menggunakan kesepaduan dua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna. Sebab itulah apabila seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya boleh dianggap hebat dan cemerlang. Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis, menceburkan bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan. Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh menjalankan kegiatan perniagaan sebagai kegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insan yang cemerlang. Disediakan oleh, ........................................................ ( NURUL AIN BINTI HAWAJI ) Disahkan oleh, ........................................................ ( ) Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK PERIMBUN 1. Nama Guru Kod Sekolah: BEA 4611 NURUL AIN BINTI HAWAJI MENGURUS KANAK-KANAK YANG SUSAH BELAJAR 2. Judul 3. Bidang: Pendidikan MOHD SHARANI AHMAD (BIL MUKA SURAT 208) 4. 6. 7. Tarikh Pembentangan - Tempat Pembentangan Sinopsis - 5. Masa: - Buku “Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar” hasil karya Mohd Sharani Ahmad mempunyai 208 halaman. Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendakkehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Disediakan oleh, ........................................................ ( NURUL AIN BINTI HAWAJI ) Disahkan oleh, ........................................................ ( ) Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK PERIMBUN 1. Nama Guru Kod Sekolah: BEA 4611 NURUL AIN BINTI HAWAJI SINERGI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH 2. Judul 3. Bidang: Pendidikan HAMEDAH WOK AWANG, NORMAH TEH (BIL MUKA SURAT 144) 4. 6. 7. Tarikh Pembentangan - Tempat Pembentangan Sinopsis - 5. Masa: - Buku “Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah” hasil karya Hamedah Wok Awang dan Normah Teh mempunyai 144 halaman. Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan kongsi. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelajar. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting dalam organisasi skolah. Disediakan oleh, ........................................................ ( NURUL AIN BINTI HAWAJI ) Disahkan oleh, ........................................................ ( )