Modul Program Maju Diri Tahun 5 Modul 1 : Suai Mesra Tajuk : Mind Setting Objektif : Murid-murid akan yakin pada diri sendiri, berani, bersifat terbuka dan mudah mesra. Aktiviti : 1. Memperkenalkan kata kunci “perhatian”, “cemerlang”. 2. Guru menyebut “perhatian”, murid menjawab “cemerlang”, kemudian senyap. 3. Membahagikan murid kepada 2 kumpulan. 4. Kumpulan pertama mewakili sebuah negeri dan kumpulan kedua mewakili sebuah negeri yang lain. 5. Apabila guru mengangkat tangan kea rah kumpulan tertentu, kumpulan itu mesti menyebut nama negeri yang diwakili. 6. Apabila guru mengangkat sebelah kaki kea rah kumpulan itu, kumpulan itu menyebut “gol”. 7. Mengulangi aktiviti dan member kemenangan pada mana-mana kumpulan sehingga semua rasa puas hati. Hasil pembelajaran : 1. Menjelaskan tujuan aktiviti ini ialah memupuk semangat kerjasama, menambah keyakinan diri, bersemangat berani. Tajuk : Kita Seiya Sekata 1 Objektif : Murid lebih mesra antara satu sama lain. Aktiviti : 1. Murid-murid membentuk kumpulan kecil berdasarkan a. Bulan kelahiran yang sama. b. Minat yang sama. c. Pangkal nama mengikut abjad. d. Jumlah ahli keluarga yang sama. 2. Setiap kali berkumpulan, murid diminta mencatat nama rakan-rakan berdasarkan perkara a, b, c, d. 3. Setelah itu, murid mengambil sekeping kad rahsia (mengandungi nombor) di dalam sebuah bekas. 4. Murid melihat, mengingati dan merahsiakan apa yang dilihat. 5. Guru mengajuk bunyi haiwan/ kenderaan/ lagu mengikut kad yang diberikan.Contoh nombor 1 berbunyi “kok! Kok 6. Murid mencari ahli kumpulannya berdasarkan bunyi ajukan yang sama. Murid tidak dibenarkan menunjukkan sebarang isyarat, bercakap. Setelah berjumpa, ikut dari belakang seperti kereta api. 7. Kumpulan yang dapat mengumpulkan ahli mengikut bilangan yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Hasil pembelajaran: Murid dapat menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti ini dan apa yang dipelajari daripadanya. Modul 2 : Mengenal Diri Tajuk : Mengenal Diri – Who Am I 2 Objektif : Murid dapat memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatakan kelemahan diri. Aktiviti : 1. Setiap murid berada dalam kumpulan masing-masing. 2. Murid-murid mencatatkan sifat positif di sebelah kanan kertas dan sifat negatif di sebelah kiri kertas. 3. Nomborkan sifat-sifat positif diri dan negative diri mengikut keutamaan. 4. Guru menyenaraikan sifat-sifat positif dan negatif yang diberi oleh peserta di papan hitam. Hasil pembelajaran : 1. Guru menjelaskan sebagai manusia biasa, semua orang ada unsur- unsur kekuatan dan kelemahan. 2. Membandingkan jumlah sifat-sifat positif dan negatif diri masing-masing. 3. Menyoal setiap kumpulan “ Berapa orang yang mempunyai sifat positif melebihi dari sifat negatif?: 4. Memberi pendapat cara-cara memperbaiki kelemahan diri. Tajuk : Mengenal Diri – Logamaya Objektif : 1. Murid mengetahui sifat positif dan negative diri daripada pendapat dan pandangan orang lain. 3 Aktiviti : 1. Edarkan kertas A4 kepada setiap murid. 2. Lipat kertas A4 kepada 8 bahagian dan koyakkan kertas ikut kesan garisan yang terbentuk. 3. Tulis satu sifat yang anda rasa sesuai terhadap setiap rakan anda di atas kertas yang telah dipotong. 4. Tampalkan sikap yang telah ditulis di belakang setiap kawan anda dengan double sided tape. 5. Tanggalkan kertas itu dan kumpulkan. 6. Bacakan setiap keratin yang anda peroleh secara bergilir-gilir. Rumusan : 1. Murid angkat tangan sekiranya sifat yang ditulis dirasakan tidak bersesuaian dengan diri anda dan nyatakan perasaan anda. 2. Ingatkan murid supaya jangan mudah terpedaya dengan pujian orang lain. 3. Nilai murni : tolong-menolong, jujur, berterus-terang dan sedia menerima kritikan. Tajuk : Mengenal Diri – Window 2000 Objektif : Dapat penjelasan tentang diri sendiri oleh orang lain dan memperbaiki diri dari maklum balas. 4 Aktiviti : 1. Edarkan lampiran WD1. 2. Tuliskan pernyataan seperti yang dikehendaki dalam kertas WD1 (dua pernyataa atau lebih dalam setiap kotak.) 3. Membimbing dan mendorong murid menulis pernyataan dengan jujur. 4. Setaip kumpulan menghantar 2 orang wakil untuk menjelaskan apa yang telah dicatat dalam lampiran. 5. Murid dari kumpulan lain boleh mengemukan soalan kepada peserta yang sedang membuat pembentangan. Rumusan : 1. Memberikan penjelasan tentang konsep window 2000 seperti a) Apakah yang kita tahu tetapi orang lain tidak tahu? b) Orang lain tahu tetapi kita tidak tahu. Cth: rupa paras. 2. Mengajukan soalan: a) Mengapakah ada perkara yang anda tahu tetapi orang lain tidak tahu? b) Mengapakah ada perkara yang anda tidak tahu tetapi orang lain tahu? 3. Ada perkara yang perlu dirahsiakan dan ada perkara yang perlu berkongsi untuk memperbaiki diri. 4. Nilai-nilai murni: Menyayangi diri, menghormati orang lain, jujur pada diri dan tuhan. LAMPIRAN WD 1 Saya tahu orang lain tidak tahu Kawan rapat tahu 1. 1. 5 2. 2. 3. 3. Ibu bapa tahu Cikgu sekolah tahu 1. 1. 2. 2. 3. 3. Modul 3 : Motivasi Diri Tajuk : Motivasi diri – Fikir-fikir Objektif : Dapat meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti : 1. Edarkan lampiran FF1 kepada murid. 6 2. Murid mengisi perkataan yang sesuai di ruangan yang kosong. 3. Bacakan lirik lagu “ Fikirkan boleh”. 4. Nyanyikan lagu “ Fikirkan Boleh”. 5. Murid menerangkan maksud lagu yang boleh meningkatkan keyakinan diri. Rumusan :1. Menerangkan maksud lirik lagu” Fikirkan Boleh”. 2. Nilai-nilai murni : Berfikiran positif, yakin diru, usaha besungguhsungguh, tidak mudah berputus asa. LAMPIRAN FF1 Jika ku_________________________________kan ku bole ku hampir boleh melakukan. Jika ku _________________________________kan ragu-ragu usahaku tidak menentu. Jika ku _________________________________ kan kekalahan ku hampiri kegagalan. 7 Jika ku _________________________________ kan kemenangan ku hampiri kejayaan. Akulah apa ku ___________________________ kan terkandung dalam pe ________an. Ber__________boleh melakukan, aku boleh. Percaya apa ku usahakan, bertindak atas kemanpuan aku boleh. LAMPIRAN FF1 Jika ku______fikir______________________kan ku bole ku hampir boleh melakukan. Jika ku ____ fikir ________________________kan ragu-ragu usahaku tidak menentu. Jika ku ______ fikir ______________________ kan kekalahan ku hampiri kegagalan. Jika ku __ fikir __________________________ kan kemenangan ku hampiri kejayaan. Akulah apa ku ____ fikir __________________ kan terkandung dalam pe mikiran. Ber__fikir boleh melakukan, aku boleh. Percaya apa ku usahakan, bertindak atas kemanpuan aku boleh. Tajuk : Motivasi Diri – Tokoh Disayangi Objektif : Dapat menghayati semangat perjuangan pemimpin pemimpin Negara. Aktiviti : 1. Edarkan lampiran TDS 1 kepada setiap kumpulan. 2. Berbincang dalam kumpulan mengesan dan menggaris nama tokohtokoh yang terdapat dalam lampiran secara melintang, menegak, menaik, menurun dan menggaris. 8 3. Kumpulan yang dapat menyelesaiikan tugasan lebih awal dengan betul dikira sebagai pemenang. 4. Meminta setiap kumpulan menceritakan serba ringkas sumbangan salah seorang tokoh-tokoh tersebut. 5. Menyenaraikan jasa-jasa dan sumbangan dua orang tokoh yang paling disukai. Rumusan : 1. Menerangkan untuk mencapai kejayaan seseorang itu perlu berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh di samping berkorban masa, tenaga, wang dan sebagainya. 2. Nilai-nilai murni : menghargai, menyanjungi, pengorbanan, berusaha. Tajuk : Motivasi Diri – Vision Line Objektif pekerjaan. : 1. Perlunya menerapkan matlamat sebelum melakukan sesuatu tindakan atau 2. Matlamat penting dalam pembelajaran. Aktiviti : 1. Melukis seperti lampiran VL1 di paapn tulis. 2. Meminta peserta pertama dari setiap kumpulan melukis garisan sepanjang 5cm di petak yang dilukis tadi. 9 3. Aktiviti diteruskan oleh pelajar ke 2, 3,4 dan hingga peserta yang terakhir dari setiap kumpulan. 4. Mengulangi aktiviti di atas tetapi kali ini memberitahu murid bahawa garisan yang disambung mestilah mewakili sesuatu objek di ruang yang disediakan di papan hitam. Contohnya, rumah, kereta, tangga dll. 5. Membincangkan perbezaan hasil aktiviti petama dan hasil aktiviti kedua. Rumusan : 1. Murid memberi pendapat mengapa kedua-dua hasil itu berlainan? 2. membimbing murid tentang kepentingan matlamat dan tingkah laku positif. a) Mengapakah saya pergi ke sekolah? b) Mengapakah saya perlu mengulangkaji? c) Mengapakah saya perlu lulus UPSR? d) Mengapakah saya perlu mmendapat markah cemerlang dapam peperiksaan? 3. Nilai-nilai murni : Yakin kepada diri sendiri, tabah, tidak mudah berputus asa, berupaya bertindak sendiri dan pemikiran kritis. LAMPIRAN VL1 10 Tajuk : Mativasi Diri - Sasaran Kita Objektif : 1. Membuat perpepsi berdasarkan sesuatu situasi yang dilihat. 2. Menjelaskan idea masing-masing berdasarkan sesuatu situasi. 3. Menjelaskan startegi yang betul untuk mencapai matlamat. Aktiviti : 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil terdiri daripada 8 –10 orang. 2. Menyediakan sekeping gambar kepada setaip kumpulan dan peserta membincangkan dan membayangkan suatu insiden hyang berakhir dengan gambar. 11 3. Wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan. Rumusan : 1. Memberi maklumbalas bahawa imej tersebut dari saru peristiwa. 2. Menerangkan setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza terhadap satu imej yang serupa. 3. Setiap orang perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. 4. Nilai-nilai murni : saying- menyayangi, bertimbang rasa, barhati-hati, ikhlas dan jujur. Modul 4 : Mengurus Diri Tajuk : Mengurus Diri – Pengurusan Wang Saku Sekolah Objektif : 1. Menguruskan wang saku sekolah mengikut keperluan. 2. Mengamalkan sifat berjimat cermat. 3. Menyimpan wang atau menabung. Aktiviti : 1. Edarkan kertas dan meminta murid menyenaraikan perbelanjaan bagi satu hari persekolahan. 2. Meminta beberapa orang peserta tampil secara suka rela untuk mebentangkan perbelanjaan bagi 1 hari. 12 3. Selepas itu, menyenaraikan perbelanjaan bagi seminggu persekolahan pada kertas lain. Rumusan : 1. Bertanya kepada murid-murid: a) Siapakah di antara kamu yang menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan untuk tabungan? b) Siapkah yang menyimpan wang saku untuk tujuan membeli buku? 2. Terangkan cara kita boleh menyimpan sebahagian dari wang saku dan kebaikannya. 3. Nilai-nilai murni : jimat cermat, bersyukur, amanah, dan berkorban. Tajuk : Mengurus Diri – Mengurus masa Objektif : 1. Menyeranaikan aktiviti seharian mengikut kesesuaian. 2. Menggunakan masa depan dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti : 1. Menerangkan ungkapan “Masa Itu Lebih Berharga Daripada Emas” dan kepentingan masa kepada manusia. 2. Murid-murid mengeluarkan sehelai kertas untuk mengisi jadual waktu satu hari cuti sekolah. 3. Murid-murid mengeluarkan lagi sehelai kertas untuk emngisi jadual waktu satu hari persekolahan. Contoh jadual waktu: Masa Aktiviti yang dilakukan 13 4. Bersoal jawab dengan murid: a) Apakah yang kamu buat sepanjang hari cuti sekolah/ hari persekolahn? b) Adakah masa yang digunakan itu member faedah? Jika tidak, mengapa? c) Adakah masa yang diguanakan mencukupi? Jika tidak, mengapa? d) Apakah aktiviti pembelajaran yang dibuat pada waktu malam sebelum tidur? Rumusan: 1. Guru menegaskan untuk mengurus masa dengan baik. Keutamaan semasa melakukan sesuatu perkara perlu diambil kira. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pembelajaran. Jumlah masa yang sesuai: Tidur 8 jam Bermain 2 jam Belajar 6 jam Hobi 2 jam Menonton TV 2 jam Mengurus diri/ makan 2 jam 2. Nilai-nilai murni: Menepati masa, menghargai masa Tajuk : Mengurus diri - mengetahui cara untuk mengawal dan menstabilkan tekanan perasaan. Objektif : 1. Mengenal pasti perasaan yang wujud dalam diri. 2. Murid-murid diberi masa 10 minit untuk memadankan situasi yang dibaca dengan gambar berdasarkan emosi mereka jika mengalami keadaan yang dinyatakan. (pandua guru: lampiran ms 3) Rumusan : 1. Memanggil bebedrapa orang murid membaca jawapan mereka. 2. Meminta murid lain member maklum balas tentang jawapan yang diberi. 3. Membuat ulasan dan rumusan: 14 a) Semua orang mengalami gangguan emosi. b) Perasaan boleh dikawal dan setiap tekanan yang dialami mempunyai cara ertentu untuk menyelesaikan atau mengatasi. c) Perasaan tekanan yang tidak terkawal boleh menebabkan tindakan negatif seperti marah, pukul orang. Nilai-nilai murni : Yakin, kesabaran, redha LAMPIRAN MS 3 NO. SITUASI NO. PERASAAN TIP UNTUK MENGURANGKAN STRES 1. 2 KELIRU 1. PEJAM KEDUA-DUA MATA. 2. 1 LETIH 2. TARIK NAFAS PERLAHA-LAHAN DENGAN KIRAAN. 3. 3 SUKACITA 3. BUKA MATA. 4. 5 MARAH 4. GERAKKAN PERGELANGAN TANGAN, MULAKAN DENGAN TANGAN KANAN, KEMUDIAN TANGAN KIRI DENGAN BILANGAN 10-30 KALI 5. 6 KECEWA 5. GERAKKAN LEHER ATAU KEPALA MENGIKUT PUSINGAN JAM 10-20 KALI. 15 6. 7 YAKIN 7. 9 MELUAT 8. 4 MALU 9. 12 CEMAS 10. 8 IRI HATI 6. GUNAKAN HUJUNG JARI (KANAN) TOLAK PERLAHAN-LAHAN(10 KALI) DAN TUKAR.Y Tajuk : Mengurus diri – Imej (Kebersihan diri, kelas, rumah dan sekolah) Objektif : 1. Berasa bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kebersihan, kekemasan dan ketrampilan dirinya. 2. Menjadi contoh kepada rakan lain. 3. Berasa bertamgungjawab untuk mengamalkan kebersihan sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja. Aktiviti :1. Mempamerkan poster seorang anggota beruniform(bomba, polis , tentera dll) 2. Murid membuat ulasan tentang gambar yang dipamaerkan. 3. Guru mengulas jawapan murid dengan mengaitkan amalan kebersihan dan kekemasan diri. 4. Memilih beberapa peserta yang memenuhi cirri-ciri berpakaian seorang murid 16 sekolah untuk dijadikan model dan murid lain membuat ulasan berdasarkan model tersebut. 5. Meminta murid membuat perbandingan gambar pelajar kemas dan pelajar yang tidak kemas. 6. Guru membuat ulasan tentang perbandingan gambar terseut. Rumusan : Membuat ulasan dan rumusan: 1. Bagaimanakah cara berpakaian yang sewajarnya oleh seorang murid? 2. Pakaian yang dipakai untuk situasi tertentu. 3. Kekemasan akan menambah keharmonian dan keselesaan dalam pergaulan. 4. Nilai murni: bertanggungjawab, kebersihan fizikal dan mental. Modul 5 : Kemahiran Belajar Tajuk : Kemahiran Belajar – Mind Mapping Objektif : 1. Boleh mengenal pasti isi penting. 2. Boleh membuat nota ringkas. 3. Boleh membina kata kunci. 4. Dapat menyusun kata kunci untuk membuat nota ringkas. Aktiviti : 1. Mempamerkan gambar pokok. 2. Bertanya perihal gambar kepada murid. 3. Bertanya bagaimaan hendak mengingatkan struktur pokok? 4. Mengajak dan membimbing murid mengingatkan struktur pokok dengan menyanyi berdasarkan gambar. 5. memperkenalkan peta minda : a) Apa itu peta minda? 17 b) Kegunaan peta minda c) Bagaimana menggunakan peta minda? d) Bilakah menggunakan peta minda? e) Mengapakah perlunya peta minda? 6. Edarkan satu petikan dan meminta murid membaca dan mengamati isi kandungan petikan sambil menggariskan isi-isi penting/ utama. 7. Mencatat isi penting di sehelai kertas. 8. Membimbing murid membina peta-peta minda di atas paapn tulis. Rumusan : 1. Menegaskan kepentingan peta minda dan faedahnya. Meminta murid mengamalakn kemahiran ini dalam sukatan embelajaran. 2. nilai-nilai murni: Daya usaha, boleh membuat keputusan, menghargai masa. Tajuk : Kemahiran Belajar –Salam Mesra (Dari Mata Turun ke Hati) Objektif : Mencari tajuk buku dengan mudah, menambah perbendaharaan kata, menjimat masa. Aktiviti : 1.Edarkan lampiran sm1 kepada semua murid dan murid membaca dengan senyap. Murid diminta supaya menghayati setiap baris lirik lagu ( salin di papan tulis). 2. Menerangkan maksud lirik lagu. 3. Murid mengeluarkan sebuah buku teks. 4. Menerangkan isi kandungan yang terdapat dalam sebuah buku berdasarkan lampiran sm 2. 5. Menyoal cara membuat rujukan atau mencari maklumat dari sesebuah buku berdasarkan lampiran sm3. Rumusan :1. Memberi ulasan bagaimana cara mengenal sesebuah buku. 2. Memberi ulasan berdasarkan perbincangan dan lagu buku. 3. Nilai-nilai murni: kerajinan, kesungghujan 18 LAMPIRAN SM 2 Butiran sebuah buku 1. Nama pengarang – kulit depan 2. Nama buku – judul – luar 3. Penerbit 4. Harga Kulit depan sebelah dalam 5. Edisi 6. Jumlah muka surat – no. muka surat terakhir 7. Jumlah tajuk utama 8. Latar belakang penulis – kulit belakang sebelah luar 9. Istilah – Helaian terakhir. 10. Sinopsis dan biodata – jika ada LAMPIRAN SM 3 19 1. Topik 1 dalam muka surat berapa? 2. Ada berapagambar dalam topic 2? 3. Siapakah nama pengarang buku ini? 4. Berapakah topic dalam buku ini? 5. Berapa jumlah muka surat buku ini? 6. Apakah tajuk buku? Tajuk : Kemahiran Belajar – Cetusan Minda Objektif : 1. Melahirkan idea yang kreatif. 2. menggunakan minda dengan berkesan. 3. perlunya penggunaan minda dalam kemahiran berfikir secara kritis. Aktiviti :1. Edarkan kertas kepada murid. 2. membaca arahan dan menjelaskan tentang arahan tersebut. 3. Melakarkan sebarang bentuk lukisan di dalam bulatan. 4. Menamakan lakaran yang dihasilkan seperti Donat, wajah dll. 5. Edarkan kertas baru. 6. Membaca arahan dan menjelaskan tentang arahan tersebut. 7. Melakarkan sebarang bentuk lukisan di luar bulatan. 8. Menamakan lakaran yang dihasikan seperti kuali, telinga, belon dll. Rumusan : 1. Meminta setiap wakil kumpulan membentang hasil kerja maing-masing. 2. Memberi ulasan bahawa kreativiti secara kreatif dan kritis boleh diasah melalui pengalaman dan pengetahuan. 20 3. Nilai-nilai murni : berani, yakin diri, estetika. Tajuk : Kemahiran Belajar – Four In One Objektif : Mendapat kemahiran mendengar, mengingat, mencatat, menyampaikan sesuatu mesej yang jelas dan tepat. Aktiviti : 1. Ketua kumpulan akan diberi satu mesej (lampiran F10). 2. Ketua kumpulan dikehendaki membaca dan mengingati isi mesej tersebut. 3. Ketua kumpulan diminta mengisikan isi mesej kepada peserta kedua dalam kumpulan. 4. Peserta kedua membisikkan kepada peserta ketiga dan aktiviti ini diulang hingga peserta terakhir. 5. selepas peserta terakhir menerima mesej dia dikehendaki tampil ke hadapan dan mencatat di atas kertas mahjung. 6. Menampalkan kertas mahjung setiap kumpulan di papan tulis. 7. Guru membaca petikan sebenar dan minta peserta membuat perbandingan dengan hasil catatan peserta terakhir setiap kumpulan, Rumusan : Berbincang dengan peserta sebab terjadi perbezaan mesej asal dengan mesej tempatan. 1. Kurangkan kemahiran mendengar. 2. Ambil mudah/ sambil lewa. 21 3. Kurangkan kemahiran menyampaikan maklumat. 4. Tidak berkemahiran mencatat isi penting. 5. Nilai-nilai murni: kerajinan, bersungguh-sungguh. LAMPIRAN F10 Anak Ming Hua bernama Hua Tian. Ming Hua meminta Hua Tian membeli roti, ais kacang, ikan bilis, kisap berjenama “Bao Bao”. Dalam perjalanan balik, Tian Hua dikejar oleh anjing. Tian Hua lari lintang pukang dan terjatuh ke dalam longkang. 22