KPP3014 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR PENULISAN KRITIS DISEDIAKAN OLEH : NUR ALLIANA BT ZAINAL ABIDIN D20192090980 PENSYARAH : DR. NOR JUNAINAH BINTI MOHD ISA TARIKH PENGHANTARAN: 09 MAY 2021 Tajuk: KEGIATAN GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR Penulis: ROZEMAN RODIN AHMAD, ZAINUDIN HASSAN & JULIUS VOO JIUNN JYE, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Ulasan Penulisan Artikel ini adalah sebuah kajian yang ditulis oleh Rozeman Rodin Ahmad, Zainudin Hassan dan Julius Voo Jiunn yang membincangkan tentang punca untuk dikenal pasti terhadap masalah gengsterisme dan langkah yang perlu diambil bagi menangani kegiatan ini terus berleluasa yang menglibatkan pelajar dari sekolah menengah di Malaysia yang berfokuskan di negeri Johor. Gengsterisme merupakan satu bentuk perlakuan yang mendatang kemudaratan dan bahaya kepada diri sendiri ataupun kepada individu yang lain dengan bertujuan mencapai matlamat untuk merosakkan, mencederakan dan melanggar peraturan undang-undang. Daripada kesimpulan yang saya perolehi daripada artikel ini, penulis menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam kegiatan gengsterisme disebabkan oleh faktor-faktor yang mempengaruhi diri pelajar sekolah itu untuk menglibatkan diri dalam menjadi ahli kumpulan gangster ini. Hal ini disebabkan oleh pada fikiran mereka dapat memberikan kepuasan kepada diri mereka kerana dapat dikenali dan digerun oleh para pelajar yan lainnya. Namun ada juga segelintir pelajar yang menyertai kumpulan gangsterism ini kerana ingin mendapatkan perlindungan oleh kumpulan tersebut. Pelajar yang terlibat pula berada dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun yang merupakan pelajar dari sekolah menengah. Saya memilih artikel adalah kerana saya berpendapat tajuk tugasan saya yang berkaitan tingkah laku dan pembelajaran dapat dikaitkan dengan keseluruhan jurnal ini. Hal ini kerana, aktviti kegatan gengsterisme ini memberikan kesan yang teruk terhadap pembelajaran pelajarpelajar sekolah menengah ini. Jika tidak dibendung dengan kadar segera, perilaku pelajar sekolah ini pasti akan mencemarkan nama dan imej sekolah di mata masyarakat serta membawa kesan yang buruk kepada diri pelajar itu sendiri. Objektif Penulisan Tujuan penulis membuat kajian ini adalah untuk menghuraikan statistik kegiatan gengsterisme di negeri Johor. Hal ini adalah untuk melihat sekerap dan seramai mana pelajar yang telah menyertai ahli kumpulan yang beranggota ini. Mengikut statistik kegiatan gengsterisme di negeri Johor, penulis mendapati sebanyak 54 kes telah direkodkan bagi kesalahan gangsterism yang berlaku di sekolah negeri tersebut. Kes yang tertinggi dilaporkan sepanjang lima tahun bermula daripada 2015 hingga 2019 itu dimonopoli oleh bangsa Cina iaitu seramai 48 orang yang telah direkodkan. Manakala bagi pecahan umur pula, penulis nyatakan antara umur yang terlibat di dalam aktiviti gengesterisme ini adalah pelajar yang berada dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun yang mana masih lagi berada dalam fasa remaja. Objektif yang kedua pula adalah untuk menegnal pasti faktor-faktor atau punca pelajar sekolah ini melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh merosakkan diri mereka dan mempengaruhi mereka untuk menggunakan kekerasan terhadap pelajar lain. Faktor yang pertama ialah faktor individu adalah disebabkan oleh seseorang pelajar itu tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan perubahan fizikal dan fisiologi semasa peralihan usia pelajar dari zaman awal remaja kepada alam dewasa. Situasi ini menyebabkan para pelajar mencetuskan konflik dalam diri mereka sendiri kerana tidak dapat menyesuaikan diri sehingga wujudnya pelbagai masalah kekosongan jiwa dan tingkah laku yang terarah kepada gengstrisme. Dalam erti kata lain, para pelajar yang pada tahap sekolah menengah selalunya mempunyai sikap tingkah laku agresif di mana mereka menunjukkan sikap suka memberontak, mementingkan diri sendiri, tidak jujur, mengeksploitasi dan juga tamak. Oleh itu, di tahap ini mereka memerlukan pantauan dan bimbingan yang rapi untuk mengawal tingkah laku mereka terhadap pelajar lain. Seterusnya faktor yang kedua ialah faktor rakan sebaya pula adalah kerana pada peringkat umur mereka di sekolah menengah, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minda dan kemahuan individu masing-masing. Hal ini kerana, para pelajar lebih cenderung untuk mengikuti perilaku rakan mereka lebih lagi jika rakan itu adalah yang paling rapat dan selesa bersama. Tambahan lagi, di usia mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru menjadikan mereka lebih berani untuk menglibatkan diri bersama- sama dengan rakan sebaya mereka. Lazimnya, kumpulan gengsterisme ini terdiri daripada kalangan pelajar sekolah yang lebih berusia di mana mereka mengejar populariti, kuasa dan status sama ada satu sekolah mahupun berlainan sekolah di kawasan yang sama. Di samping itu, Melalui faktor keluarga pula, wujudnya galakkan untuk para pelajar ini menjebakkan diri di dalam aktiviti gangsterism apabila mereka sering melihat kekerasan yang diperlihatkan oleh ahli keluarga yang sering bergaduh ketika di rumah. Selain itu, dari cara ibu bapa mereka yang mengajar anak-anak mereka mengguna kekerasan seperti mendera fizikal dan mental pelajar – pelajar ini menjadikan emosi mereka terganggu oleh perbuatan tersebut. Dengan sikap yang suka memberontak di usia mereka menjadikan mereka lebih agresif untuk mempertahankan diri dan melepaskan amarah lalu mendorong mereka untuk membuat keputusan yang kurang bijak dengan menyertai aktiviti gengesterisme. Penulis menyatakan bahawa faktor persekitaran juga memainkan peranan penting yang melibatkan kestabilan emosi ketika para pelajar menginginkan jaminan keselamatan ketika berada di kawasan sekolah. Hal ini kerana, melalui persekitaran persekolahan juga mampu mewujudkan aura negetif yang merangsang kepada ketakutan, kebimbangan terhadap para pelajar dalam situasi untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Tambahan lagi, apabila seseorang pelajar tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mereka akan terdorong menyertai ahli kumpulan gengsterisme yang mereka yakin untuk mendapatkan perlindungan diri dari ahli kumpulan tersebut. Objektif yang terakhir penulis telah mengupas dan mengenalpasti kegiatan gengsterisme di sekolah yang terdapat di dalam kawasan sekolah yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh menjadi punca pelajar semakin kurang disiplin dan keperibadian yang murni. Kegiatan yang tidak bermoral ini antaranya ialah kes jenayah, lucah, kekemasan diri, kurang sopan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, penulis telah membuat kajian bahawa kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan berat yang boleh mendatangkan kesan yang serius kepada diri pelajar. Hal ini akan menyebabkan para pelajar boleh dikenakan hukuman yang berat seperti buang sekolah atau penjara. Antara jenis kesalahan ringan yang sering dilakukan oleh pelajar selalu dikait rapat berkenaan personaliti mereka seperti berpakaian tidak kemas, datang sekolah lambat, bermain di dalam kelas dan menggunakan peralatan sekolah tanpa kebenaran serta kesalahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka. Bagi kesalahan sederhana pula adalah seperti pelajar memanjat pagar keluar daripada kawasan sekolah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran masih lagi dijalankan, meniru semasa peperiksaan, menggayakan rambut secara keterlaluan seperti skinhead/punk dan merosakkan harta benda sekolah. Bagi kesalahan yang berat pula adalah pelajar itu melakukan kesalahan bukan sahaja melanggar peraturan sekolah, tetapi melanggar juga peraturan dan undangundang negara seperti terlibat dengan kes dadah, vandalisme, peras ugut guru dan pelajar lain serta membawa kecederaan kepada individu yang lain. Hal ini jika dilakukan boleh dikenakan hukuman yang berat terhadap pelajar tersebut. Objektif ini sangat penting di dalam kajian adalah untuk mengenal pasti situasi yang membawa kepada masalah berikut. Sekiranya punca dan faktor telah diketahui jadi ini memudahkan untuk kita mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan aktiviti gengesterisme yang melibatkan pelajar sekolah ini. Hal ini kerana, berdepan dengan masalah ini bukan sahaja pihak sekolah yang perlu dipersalahkan sepenuhnya akan tetapi, ia juga melibatkan pihak ibu bapa dan juga pihak yang berkuasa untuk membantu dalam menangani dan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar ini untuk dijadikan sebagai pengajaran agar dapat mereka mengubah perlakuan mereka dan menjaga keharmonian masyarakat sekeliling. Kepentingan Menerusi penerangan dan kajian lepas yang telah dikaji oleh penulis, mengkaji kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah juga amat penting untuk pihak sekolah dan juga pihak berkuasa bagi membendung aktiviti-aktivti gengsterisme supaya negara dapat melahirkan insan penerus generasi yang berdisiplin dan berdedikasi. Melalui artikel yang dikaji oleh penulis ini juga dapat dilihat bahawa pelajar yang terlibat dalam aktiviti gengsterisme ini masih terlalu muda yang mudah untuk terpengaruh dan dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya mereka. Jika kegiatan gengsterisme ini terus berleluasa dalam kalangan pelajar hal ini akan menyebabkan ketakutan wujud dalam diri pelajar lain untuk meneruskan sesi persekolahan mereka. Tidak mustahil jika ada pelajar baru atau pelajar lama yang mungkin akan terjebak dengan aktiviti gengsterisme ini jika mereka berjaya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka berikutan faktor untuk diterima dalam kelompok yang baru. Menurut Craig et al, 2002 perbuatan dalam interaksi sosial yang negetif secara langsung dilakukan adalah menilai tingkah laku agresif daripada menghargai persahabatan dan perlindungan. Penampilan dan tingkah laku pelajar di dalam sekolah merupakan cerminan untuk masyarakat menilai bagaimana sesebuah sekolah itu berfungsi untuk mendidik dan mendisiplinkan para pelajar yang ada di dalamnya. Kjian yang telah dibuat ini dapat dilihat salah laku pelajar yang telah menyimpang jauh daripada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga negara. Oleh yang demikian, sangat penting juga untuk ibu bapa pelajar itu untuk mengambil tahu hal anak-anak mereka setiap masa bukan beerti untuk mengongkong namun lebih kepada untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri. Impikasi Daripada hasil penelitian terhadap artikel yang dikaji oleh penulis, saya dapat membayangkan jika kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah ini semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung pasti akan memburukkan imej sekolah di negara ini pada mata masyarakat. Maka tidak terlahirlah permata negara yang berpotensi untuk menerajui zaman yang semakin maju ke hadapan jika generasi pada masa kini tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah cara pemikiran mereka. Hal ini kerana pada pandangan saya, pelajar yang terlibat dalam kegiatan gengsterisme ini mepunyai satu sifat yang ingin dipandang hebat oleh orang lain dengan cara yang mudah kerana pada fikiran mereka terdapat ahli kumpulan lain akan membantu dan menyokong segala perbuatan yang mereka merasa betul tetapi hakikatnya salah pada mata masyarakat.kesen negetif daripada aktiviti gengsterisme ini akan menyebabkan sesebuah sekolah itu dipandang rendah oleh keluarga pelajar lain. Ini juga akan memberikan kesan kepada prestasi kurikulum sekolah dan juga menjejaskan pembelajaran pelajar yang berkenaan. Rumusan Kesimpulannya, daripada artikel yang telah dikaji oleh penulis, saya dapat menghuraikan kegiatan gengsterisme yang berlaku melibatkan pelajar sekolah melalui statistik yang telah dikaji oleh penulis. Di dalam artikel ini, tujuan utama penulis adalah menghuraikan statistik kegiatan di negeri Johor. Selain itu, mengenalpasti faktor-faktor terjadinya penglibatan pelajar sekolah ini di dalam aktiviti gengsterisme. Hal ini disebabkan faktor yang dipengaruhi oleh diri pelajar itu sendiri, rakan sebaya, persekitaran dan juga keluarga. Selain pihak sekolah dan pihak yang berkuasa memainkan peranan mereka untuk membanteras kegiatan gengsterisme ini, ibu bapa pelajar juga memainkan peranan penting juga untuk memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan remaja yang boleh menyebabkan mereka terjerumus ke dalam aktiviti yang sebegini. Jika kegiatan gengsterisme di dalam kawasan sekolah mencapai angka sifar sudah semestinya sekolah di negara ini akan menjadi sekolah yang berdisiplin tinggi dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar dan dalam negara. Tambahan lagi, pastinya pihak sekolah akan melahirkan pelajar yang berdedikasi, berdisiplin tinggi serta berpotensi untuk meneruskan generasi negara untuk terus maju ke hadapan. Rujukan 1. Ahmad, R. R., Hassan, Z., & Jye, J. V. J. (2019, October 22). KEGIATAN GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR. EasyChair Home Page. https://easychair.org/publications/preprint/NRQR 2. Rasid, J. M. (2017, April 23). Jangan sorok kes gangsterisme di sekolah. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2017/04/274932/jangansorok-kes-gangsterisme-di-sekolah.