MINIT MESYUARAT STAF SEKOLAH KEBANGSAAN PULO, KUCHING MESYUARAT STAF KEEMPAT SESI 2021-2022 TARIKH : 24 FEBRUARI 2022 HARI : KHAMIS MASA : 1.30 PAGI – 4.04 PETANG TEMPAT : PSS SK PULO, BILIK GURU, PEJABAT AGENDA MESYUARAT : 1. Perutusan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3/2021 3. Perkara-perkara Berbangkit 4. Perkara-perkara baru yang dibincangkan 5. Hal-hal lain Draf asal dan disemak oleh: ____________________________________ (AWANG INDRA BIN AWANG HEBENI) GURU BESAR SK PULO, KUCHING KEHADIRAN BIL. NAMA HADIR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. AWANG INDRA BIN AWANG HEBENI (GB) RABI’AH EDDIE (PK1) RAZALEEY BIN AMIN (PK KK) SURIANI BT ABDUL (PK HEM) AIDAH BT ALI ALFRED RUDOFH GANI ANAK PATRICK NYANGAW AZZLINDA BINTI DAHLAN CAROLINE ANAK NAPEG DAYANG SALBIA BT AWANG SAED DZULRAWIE BIN DZULKIFLEE FAIZAL BIN BAHARUDDIN FARUK KAISAR BIN ABDUL RASHID FAUZIAH BT TAHIR FRANCES CORNY RUDA HABSAH BINTI BOLL HABSAH BT MOHAMAD HAMIZAH BINTI MOKHTAR MURSHID AMIN BIN MOHAMED NAIMAH BT BOHARI NORAINI BT ALI NORAZALINA BINTI KUSYAIRI NOORAZLINA BT TUAH NORLEIA BT MOS NURFARANI BINTI KADIR RABIAH BT MAHLI RINA AZIZI BT ALI ROGAYAH BT AWIE ROKAYAH BINTI TAHA / / / / / / / / / / / 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. ROKIAH BT DAWIL ROSNI BT JINI SAIFUDDIN BIN SHARBINI SEROMAH BT. HAJI MOHD YASSIN SHALMI BT JOHAN SHARIFAH BASTIAH BT WAN SULAIMAN SITI NUR ATIQAH BINTI MOHD RODZI SITI NURAISHAH BINTI CHE SUHAIMI SITI ZALEHA BT DAUD SUHAILA BT ALWI SURIDA BT SAKUAN SURYATI BT SANI / / / / / / / / / / / / HASFIYAH BINTI ASSAN IBNU HISYAM BIN IBRAHIM HARDIANA BT MOHD SHARI JESSICA ANNIE AK GARRA KASMILA BT KAMARON LIEW SIEW FAH MASNI BT SAPAWI MOHAMAD BIN JOL TIDAK HADIR / CUTI REHAT KHAS CUTI SAKIT / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / TAKLIMAT PBD / MOHAMAD KHAIRUNI BIN REDUAN 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 1. WAN NUR AFLAHA ADILIN BTE. WAN ABDUL HADI SALLEHUDDIN BIN MUSADALI WIDYAWATI DERAMAN ISHAMUDIN BIN ADONG KARTINI BT SUHAILI KASTINAWATY BT TONIL NURSHAFIEZA BONG ABDULLAH CUTI BERSALIN / / / / / / Perutusan Pengerusi 1.1. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua secara bersemuka dan melalui Google Meet. 1.2. Beliau memaklumkan bahawa jadual guru bertugas sewaktu cuti sekolah telah disediakan dan setiap guru mendapat minimum satu hari bertugas. 1.3. Pihak PPD telah melawat ke sekolah untuk pemantauan pematuhan SOP pengoperasian sekolah 3.0. 1.4. Elakkan melanggar SOP dan elakkan mengambil gambar untuk dimuatnaik dalam media sosial. 1.5. Guru Besar juga mengingatkan agar tidak melibatkan Cikgu Razaleey dalam aktiviti sekolah secara fizikal kerana beliau belum dapat divaksin atas sebab kesihatan. 1.6. Semua warga sekolah diingatkan agar sentiasa menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial. 1.7. Warga sekolah yang positif covid 19 wajib maklumkan kepada pihak sekolah dan hantar Salinan bukti. 1.8. Sila maklumkan kepada Guru Besar jika para guru memerlukan bantuan pekerja kebersihan untuk membersihkan kelas jika murid muntah dan sebagainya. Ini kerana kelas perlu dibersihkan dan disanitasi secepat mungkin. 2. Pengesahan minit mesyuarat 2.1. Cikgu Mohamad Bin Jol mengesahkan minit Mesyuarat Staf Ketiga/2021 dan disokong oleh Cikgu Rokiah Binti Dawil. 3. Perkara-perkara Berbangkit 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 3.7. Jaring pintu untuk kelas-kelas yang tidak berpintu dalam proses tempahan. Bilik RBT sudah siap diselenggara dan dapat digunakan. Para guru diingatkan agar sentiasa mengingatkan murid tentang SOP di sekolah setiap pagi. Kad kebenaran keluar kelas murid-murid masih belum berkuatkuasa sepenuhnya. Cuti Rehat Khas perlu dimohon tiga hari lebih awal kecuali hal kecemasan. Para guru diingatkan agar menghantar rekod mengajar masing-masing. Guru-guru disarankan untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Panitia masing-masing bagi menetapkan jangkaan pencerapan untuk mendapat skor yang tinggi. 3.8. AJK PBD sudah ditubuhkan. 3.9. PKKK dan setiausaha KK telah dipanggil untuk tambahbaik data PAJSK. 3.10. Tiada penyertaan PSKPP. 3.11. Laporan Majlis Khatam Al-Quran masih dalm proses penyediaan. 3.12. Sekolah tidak boleh ditutup dan murid tidak hadir ke sekolah ditentukan oleh KKM dan bukan pihak sekolah. 3.13. Mesyuarat PIBG tidak boleh diadakan dalam kawasan sekolah dan disarankan agar ia diadakan di dewan atau surau terdekat. 3.14. Para guru diingatkan agar tidak meninggalkan kelas atau lewat ke kelas melebihi lima minit. Jika berlaku kecemasan atau terpaksa ke tandas sila maklumkan guru kelas bersebelahan. 3.15. Pelajar yang bergejala perlu melakukan saringan dan perlu dihantar pulang ke rumah walaupun keputusan negatif. 3.16. Sebahagian aktiviti Perkhemahan Perdana telah dijalankan dan hadiah akan diberikan nanti. 3.17. Minit mesyuarat perlu disiapkan dalam masa seminggu dari tarikh bermesyuarat. 4. Perkara-perkara baru yang dibincangkan 4.1. Pengurusan dan Pentadbiran 4.1.1. Cuti Penggal ketiga sesi 2021/2022 akan bermula pada 26 Februari 2022 sehingga 20 Mac 2022 dan Penggal 1 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022. 4.1.2. Mesyuarat Staf Pertama sesi 2022/2023 akan diadakan pada 19 Mac 2022, Sabtu, 8.30 pagi diikuti pendaftaran pelajar Tahun 1 pada pukul 10-11 pagi kemudian gotong-royong mengemas kelas bagi persediaan hari pertama persekolahan nanti. 4.1.3. Senarai nama murid perlu disediakan dalam kelas dan lagu Negaraku, Sekolah dan Negeri Sarawak. 4.1.4. Media perhubungan luar SK Pulo melalui Facebook, Telegram dan Whatsapp. 4.1.5. Sila isi borang keberhasilan PBPPP 2022 dengan minimum sebanyak sepuluh dan maksimum lima belas perkara menggunakan templat terkini dan seragam. Hantar sebelum 1 April 2022. 4.1.6. MySG merupakan buku peraturan baharu yang akan memastikan keseragaman pengurusan dan peraturan bagi sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. 4.1.7. Setiap penjawat awam perlu menjunjung tinggi budaya etika dan integriti serta komited. Jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. 4.1.8. Guru-guru dan staf diingatkan agar sentiasa merujuk kepada pentadbir terlebih dahulu sebelum membuat kertas kerja atau program. 4.1.9. Sila pastikan templat RPH seragam dan telah disemak dan diluluskan oleh Guru Besar sebelum digunakan. 4.1.10. Kertas kerja setiap projek perlu disiapkan seminggu sebelum program dilaksanakan. 4.1.11. Buku kehadiran adalah amat penting dan perlu sentiasa ditandatangan setiap kali datang dan sebelum pulang. 4.1.12. Semua guru perlu sama-sama memantau murid pada waktu rehat agar lebih berdisiplin. 4.1.13. Guru-guru juga perlu mengawal murid keluar ke tandas agar tidak terlalu kerap dan terlalu ramai dalam satu masa. 4.1.14. Etika pemakaian guru perlu sesuai, kemas dan lengkap kerana guru adalah contoh kepada muridmurid. 4.1.15. Sila pastikan guru dapat dihubungi dan dapat dicari di tempat masing-masing. 4.1.16. Sila dapatkan punca kuasa daripada pihak pentadbir untuk setiap perbincangan, pembentangan, templat kertas kerja dan cetakan sijil. Sila berbincang dan dapat persetujuan daripada pihak pentadbir dahulu sebelum mencetak sijil bagi mengelakkan sebarang perubahan selepas sijil siap dicetak. 4.1.17. Cetakan PBD perlu diseragamkan oleh penyelaras PBD Bersama Guru kelas. 4.1.18. Gunakan SWOT analisis untuk mencari kelemahan dan kekuatan. Gunakan Tulang Ikan Ishikawa untuk mencari punca masalah. Gunakan PINTAS untuk Pelan Strategik dan gunakan OPPM untuk pemantauan program. 4.1.19. Pihak Nazir memberi tempoh sehingga hujung bulan Februari 2022 bagi Panitia Pendidikan Islam menyediakan maklum balas pemantauan yang telah dibuat. 4.2. Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi 4.2.1. Kurikulum 4.2.1.1. Objektif adalah untuk meningkatkan pencapaian Tahap Penguasaan Minimum untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 4.2.1.2. KPI yang disasarkan adalah peratus MTM semua mata pelajaran teras. 4.2.1.3. Strategi Taktikal yang dicadangkan adalah Bimbingan Berfokus serta Bahan Modul. 4.2.1.4. Program atau Projek yang akan dijalankan nanti adalah Mentor mentee Bimbingan Intensif, Pemulihan Individu TP1 & TP2, Modul Latihan Aktiviti, Program Bijak Sifir & Mahir Mengira, Program Bacaan Pagi, PLC-Perkongsian Amalan Baik PdPR dan PdPC. 4.2.2. Hal Ehwal Murid 4.2.2.1. Objektif adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan asas kemahiran komunikasi dalam kalangan murid. Aspek ini perlu diubah dan dibaiki terutama pemberian salam dan ucapan terima kasih. 4.2.2.2. KPI yang disasarkan adalah peratusan penguasaan asas kemahiran komunikasi. 4.2.2.3. Strategi Taktikal yang disarankan adalah Wujudkan Ruangan Bicara Bimbingan Kaunseling. Bantuan khidmat Bimbingan dan Kaunseling diperlukan untuk memperbaiki sahsiah dan akhlak murid-murid SK Pulo. 4.2.2.4. Program/ Projek yang akan dijalankan nanti adalah Kem Kepimpinan, Pentas Bicara / Sudut Berpidato. 4.2.2.5. Objektif seterusnya adalah mengurangkan bilangan murid yang lebih berat badan dan obesiti. 4.2.2.6. KPI yang disasarkan adalah peratus murid yang lebih berat badan. 4.2.2.7. Strategi Taktikal yang dirancang adalah Program Murid Sihat dan Cergas. 4.2.2.8. Program/Projek yang akan dijalankan nanti adalah Jom Hidup Sihat dan Senaman Pagi Mingguan. 4.2.3. Kokurikulum 4.2.3.1. Strategi Objektif pertama adalah dapat mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kejohanan sukan dan permainan di peringkat luar. 4.2.3.2. KPI yang disasarkan adalah bilangan pingat dalam kejohanan. 4.2.3.3. Strategi Objektif kedua adalah melahirkan murid yang yakin dan berkemahiran dalam aktiviti unit beruniform dan perkhemahan. 4.2.3.4. KPI yang disasarkan adalah Bilangan Penglibatan, Bilangan pencapaian dalam kejohanan, Bilangan penyertaan. 4.2.3.5. Strategi Objektif yang seterusnya adalah meningkatkan pencapaian pertandingan koakademik. 4.2.3.6. KPI yang disasarkan adalah Bilangan Penglibatan, Pencapaian, Penyertaan. 4.2.3.7. Strategi Taktikal yang dicadangkan adalah Pemantapan program Latihan jangka Panjang dan aktif penyertaan aktiviti sukan dan pemainan, pasukan beruniform, persatuan dan kelab. 4.2.3.8. Program atau projek yang akan dijalankan nanti adalah Jom Bersukan, Pertandingan sukan, Perkhemahan, English Camp, Bengkel kejurulatihan asas, dan Program Pembangunan Sukan. 4.2.4. Pentadbiran Kewangan 4.2.4.1. Objektif Pentadbiran Kewangan adalah Pengurusan Kewangan sekolah dan aset di tahap cemerlang mengikut peraturan kewangan. 4.2.4.2. KPI Pentadbiran Kewangan adalah laporan audit kewangan setiap tahun berada di tahap cemerlang. 4.2.4.3. Strategi Taktikal yang disediakan adalah pemantapan pengurusan kewangan pembantu tadbir dan dalam kalangan semua PK, penyelaras dan ketua Panitia di mana semua yang tersebut perlu tahu mengenai kedudukan kewangan. 4.2.4.4. Program yang akan dijalankan nanti adalah Bengkel Pengurusan Kewangan dan Bengkel Pengurusan Aset di peringkat sekolah. 4.2.5. Pentadbiran Pejabat 4.2.5.1. Objektif adalah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan kaunter dan pengurusan staf seperti HRMIS, kenaikan pangkat, pengurusan prestasi staf, khidmat pelanggan, dan perpindahan murid. 4.2.5.2. Kempen mesra pelanggan perlu diadakan seragam dengan piagam pelanggan. 4.2.5.3. KPI-Bilangan aduan pelanggan., Peratus kepuasan staf sekolah. 4.2.5.4. Strategi Taktikal-Pemantapan pengurusan pejabat agar bilangan aduan pelanggan berkurangan dan peritus kepuasan ataf meningkat. 4.2.5.5. Program/Projek-Kempen Mesra Pelanggan, Bengkel Pengurusan Kaunter. 4.2.6. Pengurusan Prasarana Sekolah 4.2.6.1. Objektif adalah untuk menaik taraf kemudahan fizikal sekolah. 4.2.6.2. KPI yang disasarkan adalah bilangan kemudahan fizikal yang dinaik taraf atau selenggara. 4.2.6.3. Strategi Taktikal yang akan dilaksanakan nanti hasil kolaborasi Bersama PPD Kuching dan PIBG SK Pulo iaitu Program SK Pulo di hatiku di mana projek baikpulih bumbung, tingkap, pintu, dinding, kipas, lantai, tandas dan tangga sekolah. 4.2.7. Pengurusan Sumber Manusia 4.2.7.1. Objektif adalah mempertingkat prestasi kerja guru dan AKP. 4.2.7.2. KPI yang disasarkan adalah Peratus Cemerlang- PdPC, PBPPP dan LNPT. 4.2.7.3. Strategi Taktikal adalah kolaborasi dengan sekolah terpilih dan SISC+. 4.2.7.4. Program atau projek yang akan dijalankan nanti adalah Lawatan Penandaaras ke sekolah berprestasi tinggi atau terpilih. 4.2.7.5. PLC dan Bengkel Latihan setiap mata pelajaran perlu diadakan. 4.2.8. Pengurusan Perhubungan Luar 4.2.8.1. Objektif adalah meningkatkan hubungan pihak sekolah dengan ibubapa murid serta menjalinkan kerjasama dengan NGO atau komuniti setempat untuk menjayakan aktiviti sekolah. 4.2.8.2. KPI yang disasarkan peratus kehadiran ibu bapa atau penjaga dalam lima aktiviti sekolah. 4.2.8.3. Bilangan sumbangan atau kerjasama pelaksanaan aktiviti dari NGO atau agensi luar seperti YB dan Baitumal. 4.2.8.4. Strategi Taktikal adalah kolaborasi dengan PPD dan agensi luar. 4.2.8.5. Program atau Projek yang akan dijalankan nanti adalah Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pendaftaran sekolah, Program Transisi Tahun 1, Hari Pelaporan PBD, Hari Kanak-kanak, Hari Sukan Sekolah. 4.3. Pengurusan Kurikulum 4.3.1. Mesyuarat Kurikulum perlu diadakan dengan agenda mesyuarat yang betul dan tepat menjurus kepada pengurusan matapelajaran yang cemerlang. 4.3.2. Pengurusan Panitia lebih cekap dan cemerlang. 4.3.3. Pengurusan kewangan yang cekap dengan adanya mesyuarat dan perancangan awal. 4.3.4. Rancangan Pengajaran RPT & Harian perlu diseragamkan dan dipatuhi semua guru. 4.3.5. Pencerapan perlu merujuk skpmg2 standard 4 untuk mencapai PdPC yang cekap. 4.3.6. PBD sebagai data untuk merancang tindakan intervensi bagi membantu murid TP1 dan TP2 menguasai TP minimum 3. 4.3.7. SPL/PLC/Bengkel/Taklimat minima setiap panitia adalah sebanyak tiga kali tidak termasuk mesyuarat. Dapatan Kursus/Taklimat wajib dikongsikan dan direkod dengan merujuk dan memaklumkan kepada Guru Besar. 4.3.8. Cadangan agenda mesyuarat panitia adalah; 4.3.8.1. Perutusan Pengerusi 4.3.8.2. Pengesahan Minit Mesyuarat 4.3.8.3. Perkara-perkara Berbangkit 4.3.8.4. Pembentangan Kertas Kerja/Isu/Laporan 4.3.8.5. Hal-hal lain 4.3.8.6. Penutup 4.4. Pengurusan Hal Ehwal Murid 4.4.1. Pengurusan Mesyuarat Hal Ehwal Murid perlu diadakan 4 Kali setahun berfokus kepada Poster, Promosi, Hebahan dan siaran seperti Sudut Anti Dadah, Denggi dan disertakan kredit kepada individu yang menghasilkannya. 4.4.2. Data Murid seperti fail peribadi murid, APDM, Rekodkan Bantuan kepada murid oleh Guru kebajikan. 4.4.3. Disiplin direkodkan dalam SSDM untuk kawalan disiplin murid. Buku rekod salahlaku/disiplin perlu dibuat. Program pembentukkan sahsiah-surat amaran/Peringatan guru-guru boleh melaporkan disiplin murid dalam SSDM kerana semua guru adalah guru disiplin dan penguatkuasa disiplin. 4.4.4. Buku rekod pergerakan murid ke tandas akan disediakan di setiap kelas nanti bagi mengawal kadar murid ke tandas dengan kerap. 4.4.5. Pengurusan 3K: Kesihatan: alat/bahan penjagaan kesihatan dan kebersihan, bilik kesihatan/isolasiKeselamatan, Program kesihatan.- Kebersihan: Kebersihan/Pertandingan Kelas- Kebersihan Tandas, gotong royong- Kebersihan Kantin- Kebersihan Persekitaran Sekolah/Blok- Keselamatan: Latihan Kebakaran. Plan Sekolah. 4.4.6. PLC/Bengkel boleh dirancang dan dilaksanakan nanti. 4.5. Pengurusan Kokurikulum 4.5.1. Penambahbaikan rekod PAJSK. 4.5.2. Penglibatan murid dan kemenjadian murid. 4.6. Pengurusan Kewangan 4.6.1. Pengurusan kewangan Panitia mengikut prosedur kewangan. 4.6.2. Pembelian hadiah pertandingan panitia sebagai galakan dan promosi mata pelajaran. 4.6.3. Worth for money-impak, berbaloi. Setiap hadiah atau barangan yang dibeli mesti berbaloi. 4.7. Pengurusan Pejabat 4.7.1. Kerahsiaan. 4.7.2. Urusan cuti dan program sekolah. 4.7.3. Waktu bertugas/ waktu pejabat. 4.7.4. Bidang tugas- Pengurusan & Pentadbiran, Kewangan & Akaun, Pengurusan Fizikal sekolah. 4.7.5. Kenaikkan Gred. 4.7.6. Fail Peribadi guru-guru tidak boleh dibawa keluar dan isi kandungannya adalah untuk pengetahuan dan simpanan sendiri sahaja. 4.8. Pengurusan Persekitaran dan Fizikal Sekolah 4.8.1. Sila pastikan bilik kelas, bilik guru dan bilik khas kemas dan bersih sebelum ditinggalkan untuk bercuti sekolah. 4.8.2. Para guru sekali lagi diingatkan agar penggunaan kain dalam hiasan bilik kelas tidak dibenarkan. 4.8.3. Kekemasan dan kecerian. 4.8.4. Laporan kerosakkan. 4.8.5. Pelan sekolah. 4.8.6. Pelan kecemasan. 4.8.7. Keceriaan tandas. 4.9. Pengurusan Sumber Manusia 4.9.1. Vaksin Covid 19 wajib untuk semua, sila promosi untuk murid yang layak divaksin. 4.9.2. Staf baharu untuk mengganti kekurangan staf masih belum ada. 4.9.3. Guru-guru diminta menukar gambar lama kepada wajah yang terkini di dalam sistem Eoperasi agar guru-guru dapat dikenalpasti. Eoperasi juga amat penting dan perlu sentiasa dikemaskini untuk urusan pindah dan sebagainya. 4.9.4. Hrmis juga penting untuk urusan permohonan CRK. GL juga sudah boleh diakses, dicetak dan digunakan tanpa tandatangan Guru Besar. 4.9.5. Staf yang berkursus sila maklum pentadbir. . 4.9.6. Urusan PBPPP, LNPT, Keberhasilan. 4.9.7. Tindakan teguran. Sila jangan berkecil hati jika ditegur dan ambil sebagai teguran yang membina. 4.10. Pengurusan Hubungan Luar 4.10.1. PIBG 4.10.2. Penglibatan guru dan kakitangan. 5. Hal-hal Lain 5.1. Ustaz Mursyid memaklumkan bahawa program Israk Mikraj akan diadakan pada hari Jumaat, 25 Februari 2022 bermula pada pukul 7.10 pagi dengan bacaan surah Yasin dan diikuti dengan Tazkirah sehingga pukul 8.10 pagi bertempat di kelas masing-masing. 5.2. Guru Besar mengingatkan agar semua dapat melaksanakan arahan yang diterima dengan hati terbuka kerana itu merupakan tugas kerja yang diamanahkan kepada kita. 5.3. Guru Besar berkongsi Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 3.0 dari slide sesi libat urus Puan Timbalan PPD, Cik Huriah Bt Yatim. 5.4. Guru Besar juga turut berkongsi jumlah waktu bekerja Guru, di sekolah iaitu sebanyak 45 jam seminggu dengan 38 jam bekerja dan 7 jam rehat. Mesyuarat staf kali ini ditangguhkan pada pukul 4.04 petang. Laporan disediakan oleh, ……………………………………….. (SITI NURAISHAH CHE SUHAIMI) Setiausaha Mesyuarat Staf SK Pulo