“SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK 2014” Teks Pengacara Majlis 5/17/2014 NORHAZURA BINTI HASSHIM (SK.PIDA TIGA) Seminar Integriti Warga Pendidik 1) Kata alu-aluan pengacara majlis. *Pagi yang indahpenuh ceria, Hari yang berbahagia penuh bermakna. *Kami bawakan kepada anda “Seminar Integriti Warga Pendidik” bagi tahun 2014. Dari Raub pergi ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis, Harap semua beri perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda, Hadir tuan puan meriah suasana, Kami menyambut penuh gembira. *Bismillah hirahmanirrahim *Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin Kob (Mantan Guru Cemerlang) Encik Mohd Azrin Bin Hasan (Fasilitator LINUS Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu) *Yang Berusaha Pn.Norisan Binti Karim (Pengetua SMK Permatang Bonglai) *Yang Berusaha Encik Zakaria Bin Ansori (Guru Besar SK.Tunku Laksamana) *Yang Berusaha Encik Abdul Razak Bin Aziz (Guru Besar SK.Matang Paku) *Yang Berusaha Pn. Sarina Binti Zainuddin (Guru Besar SK.Pulau Chapa) *Yang Berusaha Encik Rosli bin suid (Penolong Kanan 1 SK.Pida Tiga) *Barisan Guru Penolong Kanan *Barisan rakan pendidik *Seterusnya tuan-tuan, puan-puan hadirin sekalian. *Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia dan Selamat Pagi. *Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini kerana dengan izin dan zura@skpida3_2014 Seminar Integriti Warga Pendidik limpah rahmatNYA dapat kita berkumpul dalam “Seminar Integriti Warga Pendidik” 2) Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kita menadah, Mohon berkat Yang Maha Esa. *Bagi mendapat keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Johari Bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Doa - *Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin *Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Johari atas bacaan doa itu tadi. *Hadirin yang dihormati, Antara objektif seminar ini adalah untuk; (i) (ii) Meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integrity masyarakat; dan Mendapat kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integrity dan Pelan Integriti Nasional (PIN) di kalangan pelajar. *Untuk itu, dijemput Ustaz Irwan Bin Jamaludin bagi mengetuai bacaan ikrar “Seminar Integriti Warga Pendidik” pada hari ini. - Bacaan Ikrar - *Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Irwan Bin Jamaludin atas bacaan ikrar sebentar tadi. 3) Ucapan Penceramah Menuju muara kolek dimudik, Kolek dimudik semakin dekat, Seminar Integriti Warga Pendidik, Guru pengukuh Integriti masyarakat. *Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, zura@skpida3_2014 Seminar Integriti Warga Pendidik Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Maka, tak lengkap seminar tanpa penceramahnya. *Untuk itu, pihak majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan ; *Yang berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin kob (mantan guru cemerlang) Untuk menyampaikan ucapan dan ceramah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. - Ucapan - *Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin Kob atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. 4) Penyampaian cenderamata kepada penceramah *Hadirin – hadirat sekelian, *Sebagai tanda ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin Kob hadir menyampaikan ceramah dan amanat kepada kita pada hari ini, maka pihak majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. *Untuk itu zura@skpida3_2014