Uploaded by Kavi

(T3) MAC - M2

advertisement
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
PESAN IBU BERIBU-RIBU
1
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
2
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.”
3
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
4
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
“Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu.”
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
5
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
Rahman Shaari
Anjang Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications.
1
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
MAKSUD
RANGKAP 1
Penyajak berkata bahawa setiap manusia dilahirkan oleh ibunya. Oleh sebab itu, kita memiliki seorang ibu sahaja.
Walau bagaimanapun, nasihat ibu kepada kita banyak dan melibatkan pelbagai bidang.
RANGKAP 2
Penyajak berkata bahawa setiap tindakan kita pasti ditegur oleh ibu. Antara teguran ibu yang biasa kita dengar ialah
ibu menasihati kita agar membaca buku dan menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, ibu juga sering kali menasihati kita
agar berhati-hati memilih kawan dengan tidak memilih kawan yang mementingkan diri. Sebaliknya, kita haruslah memilih
kawan yang berbudi pekerti mulia dan sudi memberikan bantuan kepada kita. Oleh sebab itu, ibu penyajak
menasihatinya agar menjauhi kawan yang bersikap negatif. Pada masa yang sama, ibu selalunya akan bertanya kepada
anak tentang tempat yang ingin ditujuinya. Di samping itu, ibu akan memberikan nasihat kepada anaknya agar menjaga
diri kerana banyak bahaya dan cabaran akan kita hadapi di luar sana. Walaupun kadangkala jemu akan kata-kata ibu,
kita tetap harus sedar mendengar dan mengikuti pesanan ibu kerana ibu tidak akan berhenti memberikan pesanan atau
nasihat kepada kita agar kita dapat membaiki kelemahan diri dan mencari penawar kehidupan yang mujarab.
RANGKAP 3
Pada suatu lewat petang, penulis berkata bahawa kawannya meluahkan kesedihan dengan berkata bahawa dia putus
cinta. Kata kawan penulis bahawa dia sedar kini bahawa bekas kekasihnya seorang penipu. Kekasihnya itu mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam percintaan sehingga disedari oleh kawan penulis. Akhirnya, bekas
kekasih kepada kawan penyajak itu telah ditangkap dan dipenjarakan atas kesilapannya.
RANGKAP 4
Kawan penulis meluahkan perasaan kesalnya dengan berkata bahawa dia lupa akan nasihat dan pesanan ibunya sejak
dahulu kala. Ibu kepada kawan penyajak menasihati kawan penyajak agar memilih kawan yang baik, bukannya yang
jahat. Apabila terkenang akan nasib kawannya, penulis sajak tiba-tiba rindu akan pesanan ibunya yang banyak
memberikan kebaikan kepadanya.
RANGKAP 5
Penulis yakin bahawa ibunya seorang wanita yang bijaksana kerana dapat mengenali perkara yang baik dan yang buruk.
Selain itu, penulis sajak juga berkata bahawa ibunya yang berpengalaman tahu akan amalan yang baik dengan
perbuatan yang buruk. Oleh sebab itu, dia berharap agar ibunya terus memberikan nasihat kepadanya. Penulis sajak
berjanji kepada ibunya bahawa dia tidak akan berasa bosan akan nasihat ibu yang banyak kerana ibulah insan mulia
yang paling memahami dan mengetahui anaknya.
TEMA
Tema sajak ini ialah pesanan dan nasihat seorang ibu kepada anak kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan
hidup. Buktinya, ibu penulis tidak pernah sunyi daripada memberikan nasihat dan pesanan kepadanya tentang
pergaulan dan aktiviti harian anaknya. Di samping itu, kawan penulis yang meluahkan kekesalannya tidak mendengar
nasihat ibunya menyebabkan penulis rindu akan nasihat ibunya yang bernas. Oleh hal yang demikian, penulis berharap
agar ibunya terus memberikan nasihat demi kebaikannya.
PERSOALAN
(a)
Kemuliaan seorang ibu.
(b)
Kepentingan nasihat dan pesanan ibu.
(c)
Kepentingan ilmu pengetahuan demi masa depan.
(d)
Ketabahan menghadapi dugaan hidup.
(e)
Kesabaran mendepani ujian Tuhan.
(f)
Kebijaksanaan dalam pemilihan kawan.
(g)
Penipuan yang memerangkap diri.
(h)
Kealpaan terhadap nasihat ibu.
(i)
Kerinduan anak terhadap pesanan ibu.
(j)
Kesempurnaan seorang ibu yang memahami anak.
BENTUK
(a)
Sajak ini berbentuk bebas kerana berbentuk puisi moden.
(b)
Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap.
(c)
Setiap rangkap sajak ini terdiri daripada jumlah baris yang berbeza, yakni
2
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
Rangkap 1: 3 baris
Rangkap 2: 18 baris
Rangkap 3: 9 baris
Rangkap 4: 8 baris
Rangkap 5: 10 baris
(d)
(e)
(f)
Dalam sajak ini, bilangan kata ialah 1 hingga 7 patah kata sebaris.
Dalam sajak ini, bilangan suku kata ialah 2 hingga 13 suku kata sebaris.
Rima akhir syair ini adalah seperti yang berikut:
Rangkap 1: a,a,a
Rangkap 2: a,a,a,a,b,b,c,c,a,a,a,a,a,a,a,a,a,a
Rangkap 3: a,b,b,a,b,c,c,c,c
Rangkap 4: a,a,b,b,b,b,b,b
Rangkap 5: a,b,c,c,a,a,a,a,a,a
Buktinya: Ibu
(bilangan kata paling pendek, satu patah kata)
Buktinya: Ibu yang satu menyekat kita di pintu
(bilangan kata paling panjang, tujuh patah kata)
Buktinya: I/bu
(bilangan suku kata paling pendek, dua suku kata
Buktinya: I/bu yang sa/tu me/nye/kat ki/ta /di/ pin/tu
(bilangan suku kata paling panjang, tiga belas suku kata)
D NADA
Sajak ini bernada romantis. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis menyampaikan sajak ini dengan nada bahagia
kerana dia bersyukur memiliki ibu yang penyayang. Ibunya yang mulia dan penyayang itu sentiasa memberikan nasihat
dan pesanan kepadanya. Pada masa yang saya, cerita daripada kawannya yang mengesali sikapnya yang tidak
mengendahkan pesanan ibunya menyebabkan penyajak lebih rindu akan ibunya. Oleh sebab itu, penyajak sedar
bahawa pesanan ibunya yang banyak itu sebenarnya demi kebaikan anak dan penyajak sedar bahawa ibu ialah insan
yang paling memahami anaknya.
GAYA BAHASA
(a)
Anafora
Buktinya,
(b)
(c)
(d)
Personifikasi
Buktinya,
Responsi
Buktinya,
Sinkope
Buktinya,
pilihlah kawan yang mulia hati
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan pementing diri
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
di luar sana mungkin bencana menunggu”
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
“Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu.”
berilah pesanan beribu-ribu
dengan pesanan beribu-ribu.
seorang temanku merintih
Mengenangkan nasib temanku itu
3
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
(e)
Epifora
Buktinya,
(f)
Repitasi
Buktinya,
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
kuyakini kau mengenali
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
tapi ibu tetap ibu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
berilah pesanan beribu-ribu
dengan pesanan beribu-ribu
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
pesanan bertambah satu dan satu
NILAI MURNI
(a)
Baik hati
(b)
Berdikari
(c)
Hemah tinggi
(d)
Hormat-menghormati
(e)
Kasih sayang
(f)
Kebebasan
(g)
Keberanian
(h)
Kebersihan fizikal dan mental
(i)
Kejujuran
(j)
Kesederhanaan
(k)
Rasional
PENGAJARAN
(a)
Kita mestilah prihatin dan mengambil berat akan tingkah laku anak demi menjaga sahsiah diri mereka.
(b)
Kita mestilah bijak menyesuaikan diri dan menjaga diri dengan baik apabila berada di luar rumah.
(c)
Kita mestilah berhati-hati memilih kawan yang berbudi pekerti mulia dan bersopan santun.
(d)
Kita mestilah menghormati ibu dan mengikut pesanan ibu yang sentiasa berfikir demi kebaikan kita.
(e)
Kita mestilah menyayangi anak-anak dengan sentiasa memberikan nasihat dan pesanan yang
berguna kepada mereka.
(f)
Kita mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk memilih kawan yang baik daripada
memilih kawan yang jahat.
(g)
Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan, terutamanya apabila berada jauh
daripada keluarga.
(h)
Kita mestilah berfikiran matang dengan menjaga perlakuan dan pertuturan apabila bergaul dengan
sesiapa.
(i)
Kita haruslah memilih kawan yang ikhlas dan berniat baik tanpa bersikap pura-pura agar tidak
menyesal kelak.
(j)
Kita mestilah matang dalam urusan membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan, atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
(k)
Kita mestilah berfikiran rasional dengan mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi
oleh perasaan sewaktu memilih kawan demi mengelakkan perasaan kesal pada masa depan.
4
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
LATIHAN KOMSAS 4(a)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PESAN IBU BERIBU-RIBU
1
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
2
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.”
3
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
4
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
“Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu.”
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
5
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
Rahman Shaari
Anjang Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications.
5
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
1
“Ibu kita satu” dalam rangkap pertama merujuk ______.
A setiap orang dilahirkan oleh ibu bapa
B setiap orang mempunyai ibu
C ibu setiap orang hanya ada seorang ibu
D ibu setiap orang boleh menjadi lebih daripada satu
2
Maksud “pesannya beribu-ribu” bermakna _____.
A Ibu suka memberikan pesanan.
B Nasihat ibu terlalu banyak.
C Ibu suka berleter selalu.
D Ibu memberikan nasihat pada setiap hari.
3
Kita ada ibu
Ibu kita satu
pengulangan kata “ibu” dalam baris-baris sajak di atas dinamakan ____.
A responsi
B anafora
C repetisi
D epifora
4
Rangkap pertama terdiri daripada _________ baris.
A 2
B 3
C 4
D 5
5
Nilai utama dalam rangkap pertama ialah __________.
A tanggungjawab
B kejujuran
C ketabahan
D kasih sayang
6
Yang berikut ialah pesanan ibu dalam rangkap kedua kecuali
A bijak memilih kawan
B pandai menyesuaikan diri
C gigih mencari ilmu
D menjaga keselamatan diri
7
Menurut ibu penyajak, banyak _________ yang akan menimpa kita jika tidak berhati-hati memilik
kawan.
A manfaat
B risiko
C impak
D bahaya
8
“Pilihlah” dalam rangkap kedua ialah gaya bahasa ___________.
A anafora
B epifora
C metafora
D simile
6
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
9
Persoalan yang terdapat dalam rangkap kedua ialah __________.
A persoalan pesanan ibu kepada anak
B persoalan kebimbangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak
C persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa
D persoalan sikap ibu bapa yang mengabaikan anak
10
Frasa “tapi ibu tetap ibu” terdiri daripada ______ suku kata.
A 8
B 9
C 7
D 10
11
Makna “senja” dalam rangkap ketiga ialah __________.
A waktu pagi
B waktu lewat petang
C waktu tengah hari
D waktu malam
12
“Musang berbulu ayam” yang ada pada rangkap ketiga bermakna
A manusia yang mementingkan diri
B manusia yang bermuka-muka
C manusia yang cerewet sangat
D manusia yang sangat kedekut
13
Frasa “Si Bedul” yang ada dalam rangkap ketiga ialah sejenis gaya bahasa __________.
A epifora
B anafora
C metafora
D simile
14
Pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga ialah __________.
A Kita mestilah bijak menyesuaikan diri di rumah kawan.
B Kita haruslah gigih berusaha sewaktu membantu kawan.
C Kita perlulah berhati-hati dalam pergaulan dan pemilihan kawan.
D Kita hendaklah membuat perancangan ekonomi yang teliti.
15
Yang berikut ialah maksud peribahasa yang berkaitan dengan penyesalan yang sudah terlewat
kecuali __________.
A sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
B nasi sudah menjadi bubur
C sudah terhantuk baru tengadah
D di mana ada gula, di situ ada semut
16
Penulis mengatakan bahawa “aku merindui” ibu kerana __________.
A ibunya sudah meninggal dunia
B ibunya jatuh sakit
C ibunya sudah tidak memberikan nasihat
D ibunya enggan berjumpa dengan anaknya
17
Nasihat ibu dapat rangkap keempat ialah __________.
A Jangan memilih kawan yang nakal dan bermasalah.
B Jangan memilih kawan yang tidak menghormati ibu bapa.
7
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
C
D
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
Jangan memilih kawan yang malas berusaha.
Jangan memilik kawan yang tidak menghargai persahabatan.
18
Nilai yang terdapat dapat rangkap keempat ialah nilai __________
A bersatu padu
B patriotisme
C berwaspada
D berjimat cermat
19
Maksud “alpa” dalam rangkap keempat merujuk makna _________.
A lupa
B cuai
C lemah
D sakit
20
Liew De Kang berkawan dengan seorang budak yang nakal dan dia enggan mengikut nasihat
daripada ibunya. Selepas ibu menasihatinya, segala nasihat itu dianggap tidak berguna.
Fenomena di atas berkaitan dengan peribahasa _________.
A sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C genggam bara api biar sampai jadi arang
D masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
21
Maksud “permata” dalam rangkap kelima ialah __________.
A yang penting
B yang bahaya
C yang benar
D yang palsu
22
Mengapakah penulis mengatakan bahawa dia tidak pernah jemu mendengar nasihat ibu?
A Nasihat ibu adalah untuk kebaikannya.
B Ibu memikirkan kepentingan anak-anak.
C Nasihat ibu memberikan idea kepada anak-anak.
D Ibu sentiasa sayang akan anak-anaknya.
23
ini janjiku kerana aku tahu
Penggunaan “janjiku” dalam baris di atas ialah gaya bahasa _________.
A anafora
B simile
C responsi
D sinkope
24
Yang berikut ialah cara membahagiakan ibu bapa kecuali
A berjaya dalam kehidupan
B mengecewakan ibu bapa
C mendengar dan mentaati ibu bapa
D menjaga ibu bapa sehingga hari tua
25
Ibu bapa menjaga anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang seperi
_____________________.
A api dalam sekam
B anak ayam kehilangan ibu
C menantang minyak yang penuh
D mendukung biawak hidup
8
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
LATIHAN PENULISAN (KARANGAN PENDEK 1)
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]
Berdasarkan maksud yang disampaikan dalam pantun yang disediakan, tulis sebuah
1
karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME
menyedarkan rakyat supaya
berbakti kepada negara
gigih untuk memajukan
negara dalam pelbagai
bidang
tidak melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan
undang-undang
melahirkan rakyat yang
mengharumkan nama
negara
berusaha untuk mencapai
kejayaan yang
membanggakan negara
menggalakkan masyarakat
agar berdisiplin dan
berkelakuan baik
9
ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
TINGKATAN 3
MAC – MINGGU 2
_________________________________________________

LATIHAN PENULISAN (KARANGAN PENDEK 2)
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]
1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
membantu
kita
menghadapi
kesukaran
tempat
mencurahkan
perasaan
teman
sepermainan
KEPENTINGAN
SAHABAT
tidak dilanda
kesunyian
hidup
bertindak
sebagai
pendorong
berkongsi
ilmu dan
pengalaman

Download