KERJA KHUSUS SEJARAH Pernyataan Masalah Ancaman komunis di negara kita selepas Perang Dunia Kedua telah menggugat keselamatan dan kemakmuran negara.Pengisytiharan darurat oleh Kerajaan British ialah salah satu langkah menangani kemaraan dan kekejaman komunis.Bincangkan. Biodata Penulis Nama : Ahmad Izzat Ilmi bin Amirrudin No.KP : 050918-05-0489 Kelas : 4 Hibiscus Guru Penilai : Pn. Janawati binti Omar Penghargaan Saya ingin mengatakan penghargaan kepada kedua ibubapa saya iaitu En. Amirrudin bin Abdul Hamid dan Pn. Noriah binti Alias kerana telah memberi dorongan dalam bentuk kewangan dan masa untuk saya menyiapkan laporan ini. Saya juga melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada guru saya Pn. Janawati binti Omar kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja sekolah ini. Saya juga turut berterima kasih kepada semua rakan saya kerana telah bekerjasama dengan saya mencari maklumat dan info yang penting supaya saya dapat menyiapakan laporan ini dengan sempurna. Pendahuluan Objektif Kajian Kajian ini dapat Kaedah Kajian Kaedah Temu Bual Saya menjalankan temuramah secara ‘video call’ bersama guru mata pelajaran sejarah saya Pn. Janawati binti Omar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usus komunis dan kekejaman komunis di negara kita. Kaedah Melayari Internet Saya melayari laman web Wikipedia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Darurat Malaya Kaedah Rujukan Buku Saya merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dan Modul Sejarah Tingkatan 4 sebagai maklumat utama untuk saya gunakan pada laporan ini. Kemasukan Pengaruh Komunis Di Negara Kita Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat tanpa kelas.Komunisme diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels melalui karya mereka Communist Manifesto dan Das Kapital.Ideolgi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik pada 7 November 1917.Sejak dari itu,Rusia atau Soviet Union cuba menyebarkan ideologi mereka ke negara jiran seperti China dan akhirnya ideologi itu sampai ke negara jiran kita Indonesia.Namun begitu,fahaman komunisme yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan menyebabkan ramai penduduk agama tidak menyokong komunis termasuklah orang Melayu.Walaupun majoriti penduduk Tanah Melayu beragama,ideologi komunis tetap berjaya masuk ke negara kita melalui penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930 di Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Mereka bergerak melalui kesatuan sekerja,pertubuhan,penerbitan akhbar dan sekolah Cina.Pada Perang Dunia 2,PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dan menjalinkan kerjasama dengan British memerangi Jepun.Selepas Jepun menyerah kalah,MPAJA cuba meluaskan pengaruhnya dan membunuh penduduk yang pernah bekerjasama dengan Jepun.Pertubuhan itu akhirnya dibubarkan pada 1 Disember 1945 tetapi PKM tetap berjaya meluaskan pengaruhya dengan lebih lagi.Akhirnya,British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 dan mengharamkan PKM. Pada 16 Jun 1948,komunis membunuh membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah iaitu Arthur Walker,John Allison dan Ian Cristian.Berikutan dengan peristiwa tersebut,UndangUndang Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di Perak serta di Johor.Keesokan harinya,Undang-Undang Darurat diperluas ke seluruh negeri Johor dan Perak.Usaha membanteras komunis bermula secara rasminya apabila Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.Komunis memulakan tindakan mereka dengan cuba melumpuhkan ekonomi British.Mereka merosakkan pokok getah,kilang estet,rumah kongsi,kedai dan sekolah.Hal ini menyebabkan ramai pekerja lombong dan lading getah menderita.Selain itu,komunis juga merosakkan infrastruktur seperti jalan raya,kemudahan telefon,telegraf dan paip air.Hal ini dilakukan supaya pendudukan British di Tanah Melayu menjadi mahal dan meja perundingan antara mereka akan terbuka.Seterusnya,komunis juga mengancam keselamatan rakyat seperti mensabotaj,menyerang dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.Akhir sekali,komunis mengancam nyawa pasukan keselamatan dengan menyerang balai polis.Hal ini dilakukan supaya penduduk akan berasa kerajaan tidak mampu untuk melindungi keselamatan penduduk dan meminta bantuan keselamatan dari komunis sekaligus menambah pengaruh komunis. Usaha-Usaha Menangani Ancaman Komunis Di Negara Kita British mula menangani ancaman ini dengan menguatkuasakan Undang-Undang Darurat.Dengan ini,British dapat menangkap dan mengenakan hukuman kepada sesiapa yang bekerjasama dengan komunis tanpa perbicaraan.Parti politik radikal diharamkan dan pemimpin mereka juga ditangkap.British juga memperkasakan pasukan keselamatan mereka dengan memperkenalkan beberapa unit khas seperti Special Constables,polis hutan,Senoi Praaq dan Auxillary Police.British juga membawa masuk tentera Komanwel dan juga melatih penduduk menjadi Pengawal Kampung supaya mereka dapat mempertahankan kampung mereka daripada ancaman komunis.Selain itu,sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan mula diperkenalkan pada 23 Julai 1948.Orang awam yang berumur lebih 12 tahun wajib mendaftarkan diri mereka dan membawanya ke mana-mana sahaja.Hal ini dilakukan untuk membezakan orang awam dengan komunis.Pada tahun 1950 pula,Rancangan Briggs dilancarkan dan Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi pengarahnya.Lebih kurang 400 000 hingga 500 000 penduduk dipindahkan ke Kampung Baru.Kampung ini dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables.Tujuan rancangan ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen iaitu organisasi yang ditubuhkan untuk mendapatkan bekalan wang dan makanan kepada komunis.Walau bagimanapun,rancangan ini mendapat kontroversi kerana ia melucutkan hak sivil rakyat dan juga melanggar Konvensyen Geneva. British juga menawarkan syarat pengampunan kepada komunis.Mereka menampakan poster di merata tempat dan mengedarkan jutaan risalah dan pas pengampunan.Hal ini dilakukan untuk memujuk komunis menyerah diri.Majlis Perundangan Persekutuan melancarkan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat pada 22 Disember 1949.Matlamat kempen ini adalah untuk melibatkan rakyat berbilang kaum bersatu menentang komunis sekaligus menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan antara kaum.Di samping itu,British juga mengisytiharkan perintah berkurung untuk membanteras komunis.Perintah berkurung dapat membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.Seterusnya perang saraf dilaksanakan dan diketuai oleh Sir Gerald Templer.Perang saraf ialah rancangan menghapuskan komunis dengan memenangi hati dan fikiran rakyat.Antara usaha yang dilakukan oleh British termasuklah mengadakan lawatan ke kampung,melonggarkan syarat kewarnegaraan kepada kaum bukan Melayu,mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaraan Kuala Lumpur,memenangi kepercayaan Orang Asli,memajukan perkhidmatan penerangan dan juga menawarkan hadiah wang tunai kepada penduduk yang berjaya menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis.Akhir sekali,Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan dengan PKM yang dinamakan Rundingan Baling.Wakil PTM ialah Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock dan David Marshall manakala wakil PKM Chin Peng,Chen Tien dan Rashid Maidin.Namun,rundingan itu menemui kegagalan. Kesan Zaman Darurat Terhadap Negara Kita Darurat memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik,ekonomi dan sosial.Dari aspek politik,darurat meningkatkan jumlah warganegara Persekutuan Tanah Melayu.Pada tahun 1952,seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang india telah menjadi warganegara.Hal ini dilakukan untuk mewujudkan bangsa yang bersatu untuk melawan komunis.Selain itu,Malaya Chinese Association ditubuhkan pada 27 Februari 1949 oleh Tan Cheng Lock.Penubuhan MCA dilakukan untuk meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.Akhir sekali,darurat mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang dalam Pilihan Raya Umum 1955 sekaligus memberi keyakinan kepada British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk yang berbilang kaum.Dari aspek ekonomi,darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan British.British terpaksa membelanjakan $120 juta setahun dan juga membelanjakan lebih $7 juta untuk membangunkan Kampung Baru. Dari aspek sosial,darurat menyebabkan rakyat menderita dan sengsara.Penduduk terpaksa hidup dalam ketakutan keranama mereka boleh menjadi sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan bekalan wang dan makanan.Penduduk juga menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh barang keperluan.Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada makanan seperti ubi kayu,keledek dan jagung sekaligus mendedahkan mereka terhadap pelbagai penyakit.Selain itu,hubugan antara kaum juga menjadi renggang.Rancangan penempatan semula menyebakan hubungan antara kaum terbatas kerana penduduk Kampung Baru dikawal oleh pasukan keselamatan.Hal ini menyebabkan mereka kurang bersosial dengan kaum lain.Akhir sekali,darurat menyebabkan ramai anggota keselamatan,komunis dan orang awam terkoban.Darurat akhirnya ditamatkan pada 31 Julai 1960 dan saki baki komunis lari ke selatan Thailand di mana mereka berkumpul dan mendapatkan bekalan yang secukupnya untuk mereka menyerang Malaysia pada masa akan datang.Pada 17 Jun 1968,komunis menyerang anggota keselamatan di Kroh-Betong sekaligus bermulalah Perang Insurgensi melawan komunis atau Darurat Kedua.Konflik ini memburukkan lagi hubungan kaum Melayu dan Cina dan juga antara faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Rumusan Rujukan 1. Buku Ridzuan Bin Hassan,2019,Sejarah Tingkatan 4,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Rujukan Internet https://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya https://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Emergency