Uploaded by Izz

KAJIAN KES SEJARAH

advertisement
KAJIAN KES SEJARAH
Ancaman Komunis di negara kita selepas Perang Dunia Kedua telah
menggugat keselamatan dan kemakmuran negara. Pengisytiharan Darurat oleh Kerajaan
British ialah salah satu langkah menangani kemaraan dan kekejaman komunis.
NAMA : Muhammad Azwan Mohd Nor Bin Bidin
KAD PENGENALAN : 050303-01-1467
KELAS : 4 HIBISCUS
GURU PENILAI : Cikgu Janawati Binti Omar
PENGHARGAAN
Saya ingin menyatakan penghargaan ini kepada kedua ibu bapa saya Mohd Nor
bin Talib dan Salmah binti Ahmad yang telah memberi sokongan kepada saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Puan Janawati
binti Omar yang telah membantu dan membimbing saya melakukan laporan ini
dan tidak pernah mengalah mencurahkan ilmu kepada murid-murid mereka.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana
mereka saling berkongsi idea dengan saya bagi memudahkan laporan ini.
Pendahuluan
Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah
Cina. PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.
Pada zaman pendudukan Jepun iaitu diantara 1941-1945 PKM mula menjalinkan kerjasama
dengan British dalam usaha memerangi Jepun. Selain itu, PKM juga membentuk Malayan
People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942. Mereka dibantu
oleh pihak british dan menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan
perubatan.
Selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu disebabkan oleh
kelewatan British Kembali ke Tanah Melayu. Keadaan ini memberikan pelaung kepada PKM
untuk meluaskan pengaruhnya. Mereka melakukan kekejaman dan membunuh orang Melayu,
Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun. Apabila BMA mengambil alih
pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945. Walau
bagaimanapun, PKM dibenarkan bergerak sebagai satu pertubuhan yang sah di Tanah Melayu.
Ini member peluang kepada PKM untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan dengan idealogi
komunis.
PKM berjaya menyusup dalam kesatuan sekerja, iaitu Pan-Malayan Federation of Trade
Unions (PMFTU). Menjelang blan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis telah
Berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM,NDU dan PUTERAAMCJA. Oleh sebab pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara, maka
British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948. Ordinan ini menyekat
pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyatakan tindakan komunis di negara kita.
2. Menghuraikan usaha yang dilaksanakan kerajaan British dalam usaha menangani
ancaman komunis.
3. Menjelaskan kesan zaman darurat terharap negara kita.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah penyelidikan internet
Saya melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tentang ancaman komunis dan
perisytiharan darurat 1984.
Kaedah Kajian Buku Teks
Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah
penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar
merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks
yang digunakan ialah buku teks sejarah tingkatan 4.
Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan
penubuhan masyarakat yang tanpa kelas. Komunisme ini diasaskan oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels. Mereka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Perkataan
komunis juga membawa maksud orang yang menganut fahaman komunis. Percubaan untuk
menyebarkan ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada masa itu,
terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu China dan
Indonesia.
Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput,
Perak. Komunis membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus
Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Sir
Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat.
Undang-undang Darurat dilaksanakan di Kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan
Sungai Siput seta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plenton.Pada
17 Jun 1948, Undang-undang Darurat ini diperluas meliputi keseluruhan negeri Perak dan
Johor. Seterusnya, pada 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh Tanah
Melayu. Dengan itu, usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu
bermula denga rasminya.
Walaupun Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu, komunis tetap
meneruskan aktiviti menggugat keamanan dan kestabilan negara. Bagi memastikan kejayaan
dalam perjuangannya, komunis mencetuskan huru-hara di seluruh negara agar penduduk
hilang keyakinan terhadap British. Komunis melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan
merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta
membunuh pekerja.Tindakan komunis ini menyebabkan pekerja lombong dan ladang getah
menderita. Komunis juga meroskkan infrastruktur dengan menjalankan kegiatan sabotaj
terhadap kemudahan asas, terutamanya sistem pengangkutan dan perhubungan. Mereka
mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Komunis melakukan pelbagai
tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat. Mereka mengugut, mensabotaj,
menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas dan membunuh
penduduk yang enggan memberi kerjasama.
Download