Kerelevanan Pengaplikasian Adat Resam Kelahiran Kaum Melayu Pada Zaman Kini Aisyah Asyura binti Azman , Aisyah Amani binti Aedyla , Nur Liyana binti Muhammad , Anis Syazlin binti Roslan , Nusyazana binti Zulhazly Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Abstrak: Artikel ini membincangkan kerelevanan pengaplikasian adat resam dengan syariat Islam demi memelihara budaya dan warisan generasi terdahulu. kelahiran kaum melayu pada zaman kini. Di dalam artikel ini, kami merungkai permasalahan kajian dengan mengenal pasti adat yang masih relevan dan diterima masyarakat kini beserta sebabnya. Seterusnya, kami Mengkaji keburukan dan kebaikan adat sebelum dan selepas bersalin bagi kaum melayu,mengenal pasti adat yang masih relevan pada zaman kini dan menghubungkait adat sebelum dan selepas bersalin dengan pembentukan masyarakat. Metodologi kajian dibuat berdasarkan pemerhatian perkembangan masyarkat kini serta pandangan syariat agama Islam. Dapatan kajian, kami dapati hanya satu adat kelahiran sahaja yang tidak relevan pada masyarakat kini. Hasil daripada kajian mendapati bahawa sebagai sesebuah masyarakat kaum Melayu, kita hendaklah menitikberatkan seberapa banyak adat kelahiran kaum Melayu selagi mampu dan selagi tidak bercanggah I. PENGENALAN