POLA PERBANDINGAN ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) KE NEGARA TERPILIH ANTARA TAHUN 2007 DENGAN TAHUN 2008 PENGENALAN Jadual menunjukkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008. ISI 1 Negara yang mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling tinggi antara tahun 2007 dengan tahun 2008 ialah negara Kesatuan Eropah. Pada tahun 2007, nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara Kesatuan Eropah ialah paling tinggi dengan berjumlah 899.6 berbanding dengan negara yang lain. Seterusnya pada tahun 2008 pula, negara Kesatuan Eropah juga mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling tinggi iaitu berjumlah 518.3 berbanding dengan negara yang lain. ISI 2 Selain itu, negara yang mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling sedikit pada tahun 2007 ialah negara Vietnam dan pada tahun 2008 ialah negara Indonesia. Pada tahun 2007, nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara Vietnam menunjukkan nilai paling sedikit iaitu hanya berjumlah 6.7 berbanding dengan negara yang lain. Manakala pada tahun 2008 pula, negara Indonesia mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling sedikit iaitu hanya berjumlah 7.9. ISI 3 Antara langkah yang dapat diambil oleh sesebuah negara untuk meningkatkan FDI ke negara tersebut adalah dengan mempunyai persediaan dari segi sumber tenaga kerja. Sesebuah negara perlu mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Hal ini demikian kerana tanpa tenaga kerja yang mencukupi, proses pengeluaran, daya produktiviti dan keupayaan pelaburan akan terganggu. Oleh itu, langkah untuk mengupah pekerja asing perlulah diambil sekiranya sumber tidak mencukupi. Latihan dan pendidikan perlu diberikan kepada pekerja asing untuk menekankan kemahiran dan kepakaran yang sedia ada. Selain itu, kos sumber tenaga juga harus dikawal supaya tidak terlalu tinggi. ISI 4 Langkah yang seterusnya ialah dengan melakukan promosi rombongan perdagangan. Dalam hal ini, sesebuah negara harus menghantar rombongan penggalak pelaburan untuk melakukan promosi. Promosi rombongan perdagangan boleh dilakukan dalam bentuk misi perdagangan, melalui ekspo dan pameran serta seminar. Melalui kaedah ini, sesebuah negara dapat mempromosikan kelebihan dan manfaat pelaburan dalam negara. KESIMPULAN Kesimpulannya, sesebuah negara haruslah sentiasa menggalakkan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kerana ia merupakan faktor yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, semua pihak perlulah melaksanakan tanggungjawab masingmasing dalam menjadikan negara sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk FDI.