Uploaded by SHERI ANNE CHONG TING TING Moe

LAT ULANG KAJI TATABAHASA 1

advertisement
LATIHAN ULANG KAJI TATABAHASA (1)
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama terbitan akhiran dan
tiga kata nama terbitan apitan . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Setiap individu perlu memiliki harga diri untuk menjadikan seseorang itu lebih
percaya kepada diri sendiri. Harga diri ialah pandangan seseorang terhadap diri sendiri
tentang keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Oleh itu, remaja perlu
mempunyai tingkah laku yang baik untuk meletakkan dirinya pada landasan yang betul. Hal
ini amat penting untuk menentukan kejayaan remaja berbekalkan budi pekerti yang luhur
dan pendidikan yang baik. Dalam keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat, remaja
seharusnya memiliki disiplin yang tinggi apabila diberikan sesuatu tugasan
Dipetik dan diubah suai daripada
"Remaja Perlu Mempunyai Harga Diri
Oleh Izani Haji Daud,
Dewan Siswa. Bil. 1/2018
[12 markah]
Soalan 2 : Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat yang
bergaris di bawah ini.
Mata pena lebih tajam daripada mata pisau. Begitulah ungkapan yang masih berdiri kukuh
untuk mengangkat status bidang penulisan. Bidang penulisan bukan suatu bidang yang
baharu. Sejak belakangan ini, budaya menulis semakin suram terutamanya dalam kalangan
remaja. Kemelut ini berpunca daripada perkembagan dunia teknologi penyiaran dan
hiburan serta sikap obses remaja terhadap permainan video secara dalam talian. Ditambah
pula dengan anggapan ibu bapa bahawa bidang ini tidak membantu untuk menentukan
masa depan yang lebih baik kepada anak-anak mereka. Oleh itu, pihak sekolah haruslah
berfikir di luar kotak dalam usaha mengembangkan bakat dan kreativiti murid dalam
pelbagai aktiviti seperti penulisan cerita, rencana puisi mahupun novel.
Dipetik dan diubah suai daripada
Tentang Menulis, Mengapa Menulis dan Menulislah.
oleh Dr. Suresh Kumar N Velymalay.
Majalah Pendidik, Mac 2018
[10 markah]
Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Taiping diasalkan daripada perkataan Cina iaitu Tai -Peng yang bermaksud aman selamalamanya. Kesan dari keputusan kerajaan British untuk menjadikan Taiping sebagai pusat
pentadbiran mereka, bandar yang dahulunya mundur telah merubah menjadi bandar yang
maju dan sibuk berbanding dengan lain-lain bandar. Berkembang seiring era kemajuan, ujud
rangkaian sejarah yang menjadikan Taiping bagi sebuah bandar yang terkenal di Malaysia
sehingga masa kini. Taiping pernah mengambilalih peranan sebagai ibu negeri Perak
daripada Kuala Kangsar di tahun 1876 hingga 1937 sebelum diganti dengan bandar Ipoh.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Taiping Bandar Warisan Zaman-berzaman
oleh Chai Loon Guan,
Dewan Budaya, Bl. 8/2020
[11 markah]
Soalan 4 : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, beri satu peribahasa yang sesuai bagi
setiap petikan tersebut.
Bahan 1
Pihak radio dan televisyen perlu menyiarkan dokumentari atau filem tentang perjuangan
tokoh kemerdekaan. Kesannya, masyarakat hari ini lebih mengetahui asal usul sejarah
negara dan menimbulkan bibit-bibit semangat cinta akan tanah air.
Bahan 2
Kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat Malaysia
adalah untuk meningkatkan imej negara di mata dunia. Dengan adanya semangat tersebut,
masyarakat kita akan bekerjasama untuk mengekalka n kehidupan yang harmoni.
[4 markah]
Download