Uploaded by huijin.teh

AKTIVITI 1

advertisement
AKTIVITI 1
Berikan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Barat.
1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)
Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu
kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang
bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.
Berikan maksud tamadun menurut bahasa Cina.
Dalam bahasa Cina ~ wen ming bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada
peradaban.
-
Wen merujuk kepada keindahan ,
kelembutan atau budi pekerti.
-
Ming merujuk kepada cahaya atau kecerahan.
AKTIVITI 2
Apa beza ilmu ketamadunan dan sejarah?
Ilmu ketamadunan
•
Mengenai teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan
abstrak.
•
Tidak begitu terikat kepada batasan masa / zaman.
Sejarah
•
Merujuk pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh
bangun, kemajuan dan kemunduran / kajian tentang masa lampau.
•
Dibatasi oleh faktor masa.
AKTIVITI 3
Pada pendapat anda, adakah manusia yang hidup pada tahap awal dan kelahiran ( Paleoliti /
Mesolitik / Neolitik) adalah manusia yang tidak bertamadun ?
Pada pendapat saya, manusia yang hidup pada tahap awal dan kelahiran pada Zaman Paleolitik
dan Zaman Mesolitik adalah manusia yang tidak bertamadun manakala pada Zaman Neolitik
adalah manusia yang bertamadun. Hal ini dikatakan kerana masyarakat Zaman Paleolitik dan
Zaman Mesolitik tidak ada nilai estetika yang tinggi. Nilai yang ditonjolkan pada jumpaan
artifak masih lagi menggunakan alat batu kelikir yang besar & mempunyai beberapa rempihan
yang dibuat pada hujung batu berkenaan mengikut alat tetak-menetak Movius.
Manakala, pada Zaman Neolitik munculnya zaman Revolusi Pertanian. Selepas zaman ini
manusia sudah mula hidup menetap di sesuatu tempat & menjalankan aktiviti perdagangan
dengan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan barang-barang keperluan. Sistem barter mula
diamalkan.
AKTIVITI 4
Berikan TIGA (3) contoh interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India dan
Tamadun Cina
Tamadun Melayu dengan Tamadun India
•
Bermula seawal abad ke-3 SM.
•
Bermula bila para pedagang Melayu berlayar menyeberangi Teluk Bengal utk mencari
barang dagangan.
•
Bahan bertulis lama dari India membuktikan bahawa ‘malayadvipa’ atau Semenanjung
Melayu yang menunjukkan interaksi terus berlaku selepas itu.
Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina
•
Berlaku sejak zmn kesultanan Melayu Melaka.
•
Bermula zaman parameswara apabila Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan
Melaka utk meminta bernaung di bwh perlindungan China.
•
Maharaja China menerima pertuanan tersebut dengan syarat ufti dibayar kepada China.
1405, Parameswara dianugerahkan alat kebesaran spt cap mohor, pakaian sutera dan
sekaki payung kuning.
•
Org China datang ke T.Melayu untuk aktiviti perdagangan.
a) Pilih TIGA (3) aspek interaksi sejarah dalam konteks Malaysia. Aspek-aspek tersebut ialah:
Download