Uploaded by DENISE GOH POH XIN Moe

kajian kes sejarah

advertisement
PENYATAAN PERMASALAHAN
Apakah yang berlaku terhadap ekonomi dan sosial negara kita bawah pentadbiran Barat?
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengetahui ciri-ciri ekonomi moden oleh kuasa barat di negara kita.
2. Menghuraikan kesan-kesan ekonomi akibat pentadbiran kuasa barat di negara kita.
3. Apakah ikhtibar anda terhadap ekonomi dan sosial negara kita?
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual seorang orang sumber, iaitu Puan Poh Peck Moi yang tinggal di
18, Jalan Ledang 10, Taman Bukit Tiram, Ulu tiram, Johor Bahru 81800, Johor untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian kes.
2. Kaedah menganalisis dokumen
Saya telah menganalisis dokumen yang saya dapati untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian kes. Sebagai contoh, saya telah menganalisis Buku Teks
Sejarah Tingkatan Tiga yang ditulis oleh Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin
Hasan, Muslimin bin Fadzil untuk mendapatkan ciri-ciri ekonomi moden oleh kuasa barat
di negara kita dan kesan-kesan ekonomi akibat pentadbiran kuasa barat di negara kita.
3. Kaedah melayari internet
Saya telah melayari laman web http://anyflip.com/dtqva/pjwa/basic untuk mendapatkan
ciri-ciri ekonomi moden oleh kuasa barat di negara kita dan kesan-kesan ekonomi akibat
pentadbiran kuasa barat di negara kita.
HASIL DAPATAN
1.
Terdapat 5 ciri ekonomi moden oleh kuasa barat di negara. Antaranya, modal yang
dibesarkan diperlukan dalam industri perlombongan dan perladangan untuk tujuan
eksport. Sebagai contoh, Negeri-negeri Melayu telah melakukan tiga perlombongan, iaitu
emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang; arang batu dilombong di Batu Arang,
Selangor dan bijih timah dilombong di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Selain
itu, tanah yang luas diperlukan untuk tanaman ladang secara besar-besaran. Tanah
merupakan aset yang amat berharga dan perlu dimiliki oleh pemodal dan pelabur Eropah.
Tanah bagi kawasan perlombongan dan perladangan biasanya merupakan kawasan hutan
yang belum diterokai serta terpisah daripada petempatan penduduk tempatan. Pelabur
Eropah berminat dengan tanaman komersial kerana lebih menguntungkan dan tidak
melibatkan sistem pengairan yang mahal seperti padi. Sebagai contoh, syarikat Boustead
and Company Ltd. memerlukan bijih timah, gula dan getah pada tahun 1821. Seterusnya,
penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perlombongan dan penanaman secara
ladang. Pihak British berusaha membawa masuk teknologi moden dalam kegiatan
perlombongan dan kegiatan pertanian bagi mempercepat proses pengeluaran dengan
lebih cekap dan mendapat keuntungan.
Di samping itu, penggunaan tenaga buruh yang ramai dalam sektor perlombongan
dan perladangan. British membawa masuk buruh dari luar untuk menampung kepesatan
kegiatan perlombongan dan pertanian di negara kita. Sebagai contoh, orang Cina dibawa
masuk ke Sarawak untuk mengusahakan lombong emas dan antimoni di Bau manakala
orang India dibawa masuk oleh British untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di
ladang getah. Seperkara lagi, pengeluaran dalam skala yang besar. Kegiatan ekonomi
berorientasikan ekport kerana permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
Kegiatan perlombongan dan pertanian di negara dijalankan secara besar-besaran untuk
tujuan eksport bagi memenuhi keperluan pasaran di Barat.
2.
Kemajuan ekonomi membolehkan British membina sistem pengangkutan bagi
mengangkut hasil bijih timah dan getah dari kawasan pengeluaran ke Pelabuhan untuk
dieksport. Bagi memenuhi keperluan ini, British membina landasan kereta api, jalan raya,
lapangan terbang awam dan pelabuhan. British juga memajukan sistem telekomunikasi,
iaitu telegraf, telefon dan pos. Terdapat 3 kesan ekonomi akibat pentadbiran barat di
negara kita. Antaranya, pengangkuatan seperti perkhidmatan kereta api, pembinaan
jalan raya serta pengangkutan udara dan laut. Pada tahun 1885-1896, landasan kereta api
dibina untuk menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan bagi memudahkan
bijih timah dieksport. Pada tahun 1897-1909, landasan kereta api dibina menghubungkan
di antara utara Tanah Melayu dan selatan apabila NNMB dibentuk. Pada tahun 1910-1931,
British berjaya meluaskan pengaruhnya ke NNMTB. Kemudian, landasan kereta api dibina
bagi menghubungkan seluruh Tanah Melayu.
Setelah kedatangan British, pelabuhan-pelabuhan lama kerajaan Melayu telah
hilang dan muncul Pelabuhan baharu yang moden. Contohnya, kemunculan Pelabuhan
Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri di Sarawak. Di Sabah pula muncul Pelabuhan penting
seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Akhir sekali, kerajaan
British memajukan sistem telekomunikasi, iaitu telegraf, telefon dan pos. pada tahun
1886, talian telegraf telah dipasang untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Melaka.
Perkhidmatan pos bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an. Pejabat pos dan telegraf
dibina di Batu Gajah, Preak pada tahun 1866.
3.
Ikhtibar saya terhadap ekonomi negara kita ialah tahap ekonomi negara semakin
meningkat. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan media sosial yang terkenal seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk mempromosikan hasil tempatan di
negara kita. Sebagai contoh, kita boleh mempromosikan buah tempatan, iaitu durian
dalam media sosial.
Selain itu, ikhtibar saya terhadap sosial negara kita ialah hubungan diplomatik
antara negara kita dengan negara asing dapat dirapatkan. Contohnya, kita boleh
mengadakan perkhawinan dengan negara lain. Kita juga boleh menandatangi perjanjian
dengan negara asing seperti China, Eropah, Amerika Syarikat dan lain-lain.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran
dan nilai yang telah saya pelajari. Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Kesan Pentadbiran
Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara
Malaysia kerana ekonomi dan sosial negara kita masih berkembang. Ketika menjalankan kerja
kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah
mempelajari tentang ciri-ciri ekonomi moden oleh kuasa barat di negara kita dan kesan-kesan
ekonomi akibat pentadbiran kuasa barat di negara kita. Selepas melakukan kerja kursus ini,
saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, saya juga dapat menghayati
nilai toleransi dan memupuk semangat patriotisme.
RUJUKAN
Buku
1. Dr. Azharudin bin Mohamed, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, 2018. Buku Teks
Sejarah Tingkatan Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Azzahra Sofea, Mary Tan Swee Ee, Chan Chai Hock, Jonathan Luis, Lee Min. Mastery
Class PT3 Sejarah Tingkatan 1, 2, 3. Selangor: UG Press Sdn. Bhd.
Orang Sumber
1. Puan Poh Peck Moi, 53 tahun, No 18, Jalan Ledang 10, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram
81800 Johor Bahru, Johor.
Internet
1. http://anyflip.com/dtqva/pjwa/basic
LAMPIRAN
Skrip temu bual
Nama : Puan Poh Peck Moi
No.Kp : 681026-01-5822
Umur : 53 tahun
Alamat : 18, Jalan Ledang 10, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram 81800 Johor Bahru, Johor.
Pada 5 September 2021 yang lalu, saya telah pergi ke rumah Puan Poh Peck Moi untuk
mendapatkan makumat. Saya juga telah menemu bual Puan Poh Peck Moi bagi mendapatkan
beberapa informasi. Temu bual itu adalah seperti berikut:
Saya
Puan Poh Peck Moi
Saya
Puan Poh Peck Moi
Saya
Puan Poh Peck Moi
: Selamat sejahtera, Puan Poh. Apa khabar?
: Selamat sejahtera Denise. Khabar baik.
: Kalau tidak keberatan, saya ingin menemu bual Puan Poh tentang
ekonomi dan sosial negara kita bawah pentadbiran barat bagi menyiapkan
kerja kursus sejarah saya. Boleh?
: Boleh. Apa adik nak tanya?
: Bolehkah puan ceritakan tentang ekonomi dan sosial pada tahun 1988
hingga tahun 1998?
: Pada masa itu, negara kita masih berkembang lagi. Penggunaan
Saya
Puan Poh Peck Moi
Saya
Puan Poh Peck Moi
Saya
Puan Poh Peck Moi
telefon bimbit masih bukan semua orang boleh tangguh. Hal ini
demikian kerana harganya di antara RM15,000 hingga RM20,000.
: Pada pendapat puan, apakah kesan ekonomi akibat pentadbiran barat
di negara kita?
: Pada pendapat saya, negara asing telah membawa kemudahan
pengangakutan, industri mengetin, kemudahan memproses makanan
dan pembangunan bagunan seperti rumah merah di Melaka, Sekolah
Convent di Cameron Highlands dan Bukit Bendera di Pulau Pinang.
: Soalan akhir, apakah harapan puan terhadap ekonomi dan sosial
negara kita?
: Saya berharap kerajaan mengguna packet yang menarik untuk
menarik pelabur negara asing. Selain itu, kerajaan harus meningkatkan
tahap telekomunikasi.
: Baiklah, terima kasih kerana Puan telah memberikan Kerjasama dalam
temu bual ini.
: Sama-sama Denise.
Setelah temu bual itu, saya terus pulang ke rumah bagi Menyusun semula maklumat yang
saya dapat daripada Puan Poh Peck Moi.
Download