Uploaded by thevenml

Peranan Ibu Bapa & Masyarakat dalam Membentuk Remaja

advertisement
bu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah seorang remaja atau anak.
Ini kerana merekalah orang pertama yang dikenali oleh seorang anak. Setiap insan dilahirkan
adalah sama tetapi yang mengubah dan mencorak tingkah laku dan peribadi ialah ibu bapanya
sendiri. Didikan dan asuhan yang diberikan oleh mereka amat penting dalam membina kekuatan
jati diri seseorang remaja dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam dunia ini. Islam
telah menetapkan tatacara dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa hendaklah memberikan contoh
dan teladan yang terbaik kepada anak-anak dari segi pakaian, pergaulan, pertuturan dan
sebgainya. Ini kerana mereka melihat ibu bapa sebagai ‘role model’ untuk diikuti dan dicontohi
semasa pergaulan seharian mereka. Marilah merenung kata-kata Zig Ziglar yang sememangnya
wajar dicontohi oleh ibu bapa.
‘ Remind your daughter that if she is not careful, she can do considerable amount of flirting
with a glance of her eyes. Also, be sure to carefully supervise the way she dresses. A skirt that is
to tight or too short is an invitation to trouble. Father should explain to their daughters that men
are sightoriented and some of them can rationalize anything. Tell your daughter that seductive
behaviour and clothing are not appropriate at any time especially not at the office. A pragmatic
father can give his daughter many invaluable insights into male psyche.’
Jika seorang bukan Islam mengetahui cara-cara mendidik anak-anak apatah lagi seorang
muslim yang telah pun ditunjukkan cara-cara mendidik anak oleh Rasullulah s.a.w.
Masyarakat merupakan sebuah organisasi yang amat penting dalam membentuk jati diri
remaja. Jika keadaan masyarakat baik akhlaknya, maka baiklah akhlak remajanya begitulah
sebaliknya. Masyarakat yang berada di sesuatu kawasan mestilah mengambil berat keadaan
yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh berpegang dengan prinsip ‘Jangan jaga
tepi kain orang.’. Ini kerana sikap seumpama ini hanya membawa keburukan kepada
masyarakat itu sendiri. Kalau ada remaja di kalangan mereka mulai terpesong maka sudah
menjadi tanggungjawab mereka untuk menegur mereka. Jika masyarakat itu tidak mengambil
perhatian yang serius terhadap hal ini, dikhuatiri remaja yang bermasalah ini akan turut
mempengaruhi dan melibatkan remaja yang lain. Jika sesebuah masyarakat itu saling nasihat
manasihati dan bantu-membantu antara satu sama lain gejala sosial dan maksiat yang berlaku
dapat dibanteraskan.
Remaja memerlukan bimbingan dan sokongan dari luar untuk mereka meneruskan
kehidupan. Justeru itu melalui kempen-kempen yang bertujuan untuk mendekati remaja
amatlah wajar diperbanyakkan kerana dengan cara ini kita boleh mengetahui punca sebenar
mereka cenderung kepada ikutan Barat. Melalui kempen ini juga, memberikan kesempatan
kepada remaja membuka mata dan fikiran mereka betapa besarnya ancaman Barat terhadap
mereka. Secara tidak langsung kita boleh mengawal remaja daripada terlibat dengan gejala
yang kurang sihat yang dibawa dari barat.
Kempen-kempen ini hendaklah menjurus kepada pembentukan akhlak dan sahsiah
remaja di mana peserta-pesertanya tidaklah diambil daripada remaja-remaja yang cemerlang
sahaja tetapi perlu difokuskan kepada remaja-remaja yang dikatakan bermasalah. Selama ini
pihak yang menganjurkan kempen-kempen sebegini hanyalah memilih remaja yang boleh
dikatakan baik, boleh diharap, bijak dan sebagainya. Mereka telah melupakan remaja yang
selalu ponteng sekolah, mencuri, melepak di pusat beli-belah, merokok dan sebagainya kerana
remaja seperti inilah yang sepatutnya didekati dan diberikan bimbingan sewajarnya justeru
dapat menghalang mereka daripada terus terjebak.
Dewasa ini, kita dapati kebanyakan remaja mempunyai pelbagai masalah yang sentiasa
bermain di minda mereka. Malangnya, masalah ini cuma disimpan dan dipendam dalam hati.
Mereka cuba untuk menyembunyikan masalah yang mereka hadapi, walaupun terhadap orang
yang rapat dengan mereka. Hal ini menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang tidak
sepatutnya mereka lakukan seperti lari dari rumah, mengambil dadah,lumba haram, berjudi,
seks bebas dan sebagainya.
Justeru, ibu bapa, guru-guru serta rakan taulan hendaklah memainkan peranan yang penting
ke atas remaja ini. Antaranya, membawa remaja yang bermasalah ini berjumpa dengan pakar
kaunseling. Sebenarnya, sesi kaunseling berperanan mengetahui dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh remaja yang bermasalah. Dengan kata lain, remaja yang bermasalah boleh
meluahkan masalah yang dihadapi dan membaiki sikap dan perwatakan mereka melalui sesi
kaunseling. Kaunselor tersebut mestilah memberikan nasihat dengan cara berhemat dan cuba
mewujudkan kesedaran dan keinsafan dalam diri remaja. Motivasi yang diberikan ini mampu
membentuk dan menaikkan semangat remaja yang bermasalah ini untuk meninggalkan
perbuatan maksiat ini.
Keilmuan adalah satu perkara yang amat penting sebagai persediaan dan pertahanan remaja
dalam menyusun tindakan dan menyertai arus perubahan atau era globalisasi hari ini. Oleh
hal yang demikian, semua pihak terutamanya guru-guru hendaklah memainkan peranan
dengan menanamkan minat belajar di kalangan remaja di samping memberi kesedaran kepada
mereka tentang pentingnya mempunyai budaya belajar sepanjang hayat. Selain itu,
pendidikan agama hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah supaya golongan remaja
merupakan golongan yang mempunyai pegangan hidup yang bermakna serta dapat menyemai
nilai-nilai dan akhlak yang baik dan murni.
Dalam usaha mengurangkan kes-kes jenayah yang melibatkan golongan juvana atau remaja,
program-program bimbingan, sama ada berbentuk keagamaan ataupun professional haruslah
diperkenalkan oleh pihak berkuasa supaya masalah kekeluargaan dapat dikurangkan. Para ibu
bapa juga hendaklah memberikan perhatian dalam perkembangan pendidikan dan akhlak
anak-anak mereka supaya pengawasan yang mencukupi dapat diberikan.
RUJUKAN
Anwar Al-Jundi(terj). Kejatuhan Ideologi Materialisma dan Agenda Pengisian Islam. Kuala Lumpur.
YADIM. 2001.
Mohd Ismail Mustari. Menjadi belia cemerlang. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn Bhd.
Muhd Mansur Abdullah. Psikologi Remaja. 1988, Fajar Bakti Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Sa’adduddin Al Sayyid Salih (terj). Strategi Musuh Menentang Islam. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
1996.
Sheikh Paiman Salleh 1992. Siri Motivasi Ummah Jilid 1- Berani. Kuala Lumpur : Pusat Motivasi
Kerjaya.
The World Book Encyclopedia(Volume 9). Chicago: World Book-Childcraft International, Inc. 1982.
Zig Ziglar. Raising Positive Kids in a Negative World. Nashville, Tennessee: Thomas Nelson Publishers,
Inc. 2002.
MAJALAH
Ahmad J Hussein 2000. Melayu-Islam Dan Hiburan. DAKWAH. Bil 275. Oktober : 52-52.
Barudin Mat Adam 1996. Mengapa Banyak Pelajar Islam Runtuh Akhlaknya? DAKWAH. Bil 276.
Disember : 80-82.
Dr. Saodah Abd. Rahman 1997. Punca Keruntuhan Akhlak Moral Muda-mudi. DAKWAH. Bil 239. April
: 25-27.
Hariza Mohd Yusof 1997. Masalah Sosial Belia:Salah Siapa? DAKWAH. Bil 237. Januari : 46-47.
Iman Ubat Penyakit Sosial. DAKWAH. Bil 252. Mei 1998 : 17-18.
Kahar Harun 1998. Pelajar: Mutiara yang Kian Lumpur. DAKWAH. Bil 248. Januari: 19-22.
Mohd Sofwan Amrullah 1998. Benarkah Remaja Muslim Sedang Bermasalah? DAKWAH. Bil 248.
Januari : 28-29.
Mona Lily 1998. Jangan Salahkan TV Sahaja. DAKWAH. Bil 252. Mei : 27-28.
Naqiyyah Zahra Kamaruddin 1996. Seks Dalam Internet. DAKWAH. Bil 225. Februari : 46-47.
INDIVIDU



Berpegang teguh pada ajaran agama
mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak
MEDIA
•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.
MEDIA
•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.
Download