FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN PERANANNYA DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA Noormuharam Wazini Binti Azman, Juwana Haswani Binti Shalehudin, Puteri Nuratiqah Binti Roslan 2.0 PENGENALAN Oleh: HAYATUN MUSTAPHA (Pengenalan – Perenggan 1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha kerajaan untuk membangunkan lagi taraf pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk rukun Negara. Falsafah pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan ini falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu masyarakat dan Negara. (Pengenalan – Perenggan 3) Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 1 Oleh: SYAFAWANI (Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Perenggan 1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak langsung melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negaranegara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat. (Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Perenggan 3) Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman, sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara. Link artikel asal: 1. https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan28333510 2. http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafahpendidikan.html 2 Rumusan berdasarkan pengenalan asal diatas bagi; (Pengenalan – Perenggan 1) “Falsafah Pendidikan Kebangsaan disusun dan dibentuk oleh ahli yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang pendidikan sehinggalah falsafah ini dapat dijadikan panduan serta ikutan oleh semua pihak.” (Pengenalan – Perenggan 3) “Pendidikan di Malaysia adalah satu cabang ikhtiar untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai positif sehingga mampu mengecap kebahagiaan diri dan dapat memberi ketenangan dan keamanan kepada masyarakat dan Negara.” (Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Perenggan 1) “Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi dasar untuk semua usaha pendidikan di Malaysia. Ia juga telah menyebabkan pendidikan di Malaysia berada di tahap yang sama dengan pendidikan di Negara membangun yang lain.” (Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Perenggan 3) “Idea yang dibawa oleh FPK bermatlamat menghimpun rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan mewujudkan masyarakat yang jujur dan bersatu untuk mencapai keharmonian sekaligus menaikkan daya pengeluaran Negara.” 3 3.0 KAJIAN LEPAS Oleh: SAHARIA HJ. ISMAIL 3.1 Latar Belakang Pendidikan Di Malaysia Dan Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Perenggan 1) Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, selari dengan corak pemerintahan Pecah-Perintah yang diamalkan penjajah Inggeris. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Hanya dalam sekolah Inggeris kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan tersebut tidak dipersetujui oleh majoriti penduduk. (Perenggan 3) Penyata Razak 1961 telah menjadi asas dalam penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 yang bermatlamat membina sebuah negara yang bersatu melalui kurikulum yang sama dan berorientasikan negara ini. Pada masa yang sama juga Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah (Mok Soon Sang, 2009; Tajul Ariffin Noordin dan Mohamed Sani Ibrahim, 2007). (Perenggan 4) Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 mengemaskinikan lagi sistem pendidikan pada masa itu. Penekanan terhadap pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara di samping penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral. Pada tahun 1970, rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969, terdapat desakan mewujudkan perpaduan rakyat sehingga terbentuknya Rukun Negara yang mendasari sistem pendidikan di Malaysia. Diikuti selepasnya kerajaan telah mengistiharkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk memupuk perpaduan rakyat (Tajul Ariffin Noordin & Mohamed Sani Ibrahim, 2007). 4 (Perenggan 6) Tajul Ariffin Noordin (1993) menjelaskan bahawa sistem pendidikan Malaysia telah memasuki era yang lebih baik dengan tercetusnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1987. Falsafah ini sekali gus telah menggambarkan hakikat keseluruhan yang terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. FPN yang telah digubal pada tahun 1988 telah disemak semula pada tahun 1996 dan hasilnya nama FPN telah ditukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan terdapat beberapa pernyataannya juga diubah kepada berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan (ke arah) untuk lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Perenggan 7) Manusia yang ingin dilahirkan menerusi FPK ini tentunya mempunyai perwatakan yang indah dan unggul. Mereka adalah insan yang baik dan mulia, rakyat yang amanah dan bertanggungjawab, warganegara yang setia serta bersemangat tinggi. Insan yang baik akan membina keluarga yang baik. Justeru, masyarakat dan bangsa yang baik akan terbentuk. Wujudnya FPK (dulu FPN) yang tersurat secara rasmi pada tahun 1987 adalah untuk memenuhi matlamat di atas. 5 Jelasnya, hala tuju pendidikan berasaskan FPK adalah bercorak individu dan juga kemasyarakatan. Ini selaras dengan usaha ke arah melahirkan insan yang baik, sekaligus merupakan anggota masyarakat dan warganegara yang baik. Link artikel asal: https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2087/1247 6 Rumusan berdasarkan kajian lepas asal diatas bagi; (Perenggan 1) “Sebelum Negara mengecapi kemerdekaan, pendidikan yang sedia ada adalah terpisah antara setiap suku dan bangsa dengan membina sekolah mereka sendiri. Kecuali sekolah Inggeris, kanak-kanak berbilang bangsa ini dapat menuntut ilmu bersama tetapi kebanyakan masyarakat setempat tidak sependapat dengan kaedah ini.” (Perenggan 3) “Penyata Razak 1961 adalah dasar dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang bertujuan menubuhkan sebuah Negara yang bergabung sesama kaum serta menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.” (Perenggan 4) “Laporan Rahman Talib 1960, memperbaharui lagi sistem pendidikan dan memberi kutamaan kepada pendidikan Vokasional dan Teknik serta Agama dan Moral. Deretan peristiwa 13 Mei 1969, terciptanya Rukun Negara yang berasaskan sistem pendidikan disusuli oleh perusahaan Dasar Ekonomi untuk menanam semangat perpaduan rakyat.” (Perenggan 6) “Menurut Tajul Ariffin Nordin, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang hadir pada tahun 1987 dapat mensasarkan tujuan, dasar dan ilham dalam pendidikan serta mewujudkan objektif untuk menjadikan rakyat Malaysia mempunyai nilai-nilai positif yang berasaskan keyakinan kepada Tuhan.” (Perenggan 7) “Manusia yang wujud melalui FPK ini memiliki sifat yang istimewa dan terbaik sekaligus menetapkan haluan pendidikan berdasarkan FPK ini adalah berbentuk persendirian dan komuniti yang sebaris dengan ikhtiar untuk menjadikan diri seseorang menjadi bagus dan dapat diikuti oleh kelompok manusia yang ada.” 7 Juwana Haswani binti Shalehudin 2020154931 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Oleh: KARYA FARHANA PALIE AHMAD MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS (Perenggan 1) Suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.Ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. (Perenggan 2) Menghasilkan masyarakat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Masyarakat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa system pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh (holistic) dan bersepadu kea rah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. (Perenggan 3) Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi social dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidika antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum dalam menerapkan nilai-nilai murni. 8 (Perenggan 4) Menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan itu, falsafah pendidikan kebangsaan adalah digubal secara rapid dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakt dan negara. Link artikel asal: 1. http://karyafarhana.blogspot.com/2015/04/faktor-faktor-pembentukan-falsafah.html 2. https://www.scribd.com/doc/25880966/Konsep-Dan-Matlamat-Falsafah-PendidikanKebangsaan 3. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_9754_3a53f5dfd6ba 4380888a15a8948a3d4b.pdf 9 Rumusan berdasarkan objektif kajian asal di atas bagi: (Perenggan 1) “Falsafah Pendidikan Kebangsaan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek rohani, emosi dan jasmani bagi menyumbangkan keharmonian dan kemakmuran kepada masyarakat dan Negara.” (Perenggan 2) “Bagi melahirkan masyarakat yang mahir dalam melaksanakn tugas yang diberikan secara produktif serta dapat meningkatkan taraf ekonomi negara. Selain itu dapat memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu.” (Perenggan 3) “Menekankan amalan nilai-nilai murni di sekolah bagi merapatkan lagi jurang antara kaum yang terdapat di Malaysia.” (Perenggan 4) ‘”Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi suluh pedoman kepada setiap usaha pendidikan sama ada di dalam institusi atau di luar institusi Pendidikan.” 10 5.0 METODOLOGI 5.1 Pengumpulan Data Oleh: sukosensei 5.1.1 Kemunculan Falsafah Pendidikan Negara Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Perenggan 1) Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan negara secara tersurat telah lama disedari. Oleh itu, langkah untuk menggubal falsafah pendidikan negara yang menjadi cermin dan cita-cita serta idealism yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini melalui sistem pendidikan memang dinanti-natikan. Dalam penggubalannya pertimbangan yang teliti perlu dihalusi dengan merujuk kepada perkara-perkara berikut iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan, Dasar pendidikan kebangsaan. (Perenggan 2) Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974 adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan rukun negara,1970 dan pelancaran dasar ekonomi baru 1970. Peristiwaperistiwa tersebut telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek social, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara. (Perenggan 3) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menitikberatkan aspek nilai hanya diisytiharkan pada tahun 1988 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. Menurut akta pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988 telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan 1999). 11 Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengatakan ‘Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.’ (Perenggan 4) Dalam usaha mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 dan matlamat pendidikan negara, nilai-nilai murni tidak dapat dilakukan tanpa mengasas, membina dan mengembangkannya melalui sistem pendidikan. Oleh yang demikian tindakan pada peringkat pelaksanaan hendaklah ditegaskan. Dalam konteks sistem pendidikan, nilainilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni bersifat tetap dan kudus yang diamalkan oleh semua agama dan bersifat sarwajagat (universal). Nilai-nilai murni tersebut adalah berasaskan pandangan dan maklum balas yang diperoleh dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak tahun 1976 yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama. Link artikel asal: http://sukosenseipedg.blogspot.com/2009/03/falsafah-pendidikan-negara-danfalsafah.html 12 Rumusan berdasarkan pengumpulan data asal diatas bagi; (Perenggan 1) “Tindakan untuk menggubal falsafah pendidikan negara telah dikira dengan cermat dan berhati-hati mengikut kepada perkara-perkara berikut iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan, Dasar pendidikan kebangsaan.” (Perenggan 2) “Peristiwa tragedi berdarah 13 Mei 1969, Pembentukan Rukun Negara 1970, dan Pelancaran Dasar Ekonomi Baru 1970 telah menyebabkan kerajaan meneliti kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan dan hasilnya Jawatankuasa Kabinet terbentuk pada tahun 1974.” (Perenggan 3) “Nilai-nilai murni ditekankan semasa Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988 yang ditukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996.” (Perenggan 4) Nilai-nilai murni perlulah diperkuatkan pada tahap pelaksanaan dalam sistem pendidikan, dimana nilai-nilai murni tersebut adalah tidak berubah-ubah dan suci yang dibiasakan oleh semua kepercayaan dan seantero dunia. Ia adalah berdasarkan pendapat yang ditemukan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak tahun 1976 yang ahlinya terdiri daripada pelbagai agama. 13 5.2 Analisa Data Oleh: MO JO 1. Elemen – elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Perenggan 1) Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dimana ianya adalah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk sahsiah yang akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat sekolah, setiap individu masih meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. (Perenggan 4) Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Setiap individu seharusnya memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan keempat-empat aspek ini akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Syarat untuk mendapat bimbingan dan hidayah dari Allah adalah setiap manusia perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu manusia yang jujur, benar, baik tutur dan amalannya. (Perenggan 9-13) Menjadikan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Setiap individu haruslah mencintai ilmu pengetahuan dengan memupuk budaya ilmu dan membaca. Berketerampilan iaitu berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mampu untuk berpandangan jauh dan berinisiatif. Berakhlak mulia dengan berpegang kepada nilainilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Bertanggungjawab iaitu menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Berupaya mencapai kesejahteraan diri, berfikiran waras, berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. 14 (Perenggan 14) Dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara dengan berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Menjadikan Rukun Negara sebagai amalam hidup, memupuk kesefahaman keluarga, mematuhi norma masyarakat dan akhir sekali, cintakan negara. 2) Cabang – Cabang Falsafah. Oleh: ALI EDU BLOG a) Metafizik Ciri-cirinya adalah menyeluruh dan bersepadu, bermaksud badan ilmu sejagat yang harus diajar oleh guru dan dipelajari oleh murid. Implikasinya, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. b) Epistemologi Usaha yang berterusan. Maksudnya: ilmu sentiasa berubah, Tiada ilmu mutlak. Penyesuaian diri mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa amat penting, misalnya teknologi maklumat (ICT), k-ekonomi dan sebagainya. Perubahan ilmu akan menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran diri. Penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. c) Aksiologi Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Maksudnya, unsur kewujudan, peranan agama. Berakhlak mulia dan betanggungjawab. Maksudnya: peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Peranan hubungan vertikal (iaitu: individu dengan Tuhan), peranan hubungan mendatar( iaitu: individu dengan orang lain, individu dengan alam sekeliling. 15 Penerimaan Tuhan sebagai Pencipta yang Maha Esa. Kepentingan pengajaran agama dan moral, fokus kepada pembinaan insan, penekanan kepada perkembangan sahsiah. d) Logik Berketerampilan. Maksudnya: kepentingan penaakulan sah dan tidak sah. Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan betul. Pemupukan kompetensi diri. Link artikel asal: 1. https://www.academia.edu/8517580/KERJA_KURSUS_FALSAFAH_and_PENDIDIK AN_DI_MALAYSIA 2. http://aesnote.blogspot.com/2012/12/tajuk-5-analisis-falsafah-pendidikan.html 16 Rumusan berdasarkan analisa data asal diatas bagi: 1. Elemen – elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Perenggan 1) “Proses penerimaan dan peralihan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni adalah satu proses pendidikan yang berterusan dan sangat perlu untuk mendidik peribadi yang semakin mekar selama di alam persekolahan dan selepas alam persekolahan.” (Perenggan 4) “Setiap orang sepatutnya memiliki keseimbangan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani kerana hal ini akan melahirkan individu yang dapat hidup secara aman terhadap diri sendiri dan orang lain. Untuk memiliki pimpinan dan pertunjuk dari Allah pula, setiap manusia seharusnya seimbang dari sudut rohani dan jasmani.” (Perenggan 9-13) “Menghasilkan masyarakat yang beriintelek, mampu melakukan kerja dengan baik, berkebolehan untuk melihat apa yang perlu dilakukan, mengamalkan sikap yang positif sebagai teras hidup, memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna dan memiliki kesihatan mental dan fizikal.” (Perenggan 14) “Dapat menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan Negara, meningkatkan ekonomi, mengukuhkan potilik, mengikut undang-undang Negara, menjaga kehormatan diri, kerjaya, agama, bangsa dan Negara dan cintakan Negara.” 2) Cabang – Cabang Falsafah. a) Metafizik “Sifatnya adalah meliputi dan utuh, bermakna keseluruhan ilmu hendaklah diajar oleh guru dan dipelajari oleh murid.” 17 b) Epistemologi “Ilmu itu tidak tetap dan bersyarat, maka peralihan ilmu meningkatkan pemahaman dan kebolehan diri.” c) Aksiologi “Keyakinan dan ketaatan kepada Tuhan, luhur budi pekerti, pertalian antara manusia dengan Tuhan serta manusia sesama manusia dan alam, juga Tuhan sebagai Pencipta yang Maha Esa.” d) Logik “Kepentingan cara kerja yang teratur dan tepat.” 18 Puteri Nuratiqah binti Roslan 2020320693 6.0 PERBINCANGAN Oleh: ALIAS MAT SAAD NIK MOHD. RAHIMI YUSOFF RUHIZAN MOHAMMAD YASSIN (Perenggan 1) Dapatan kajian mendapati objektif Pendidikan Islam Politeknik adalah relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik KPTM tidak lari dari landasanFalsafah Pendidikan Kebangsaan. (Perenggan 2) Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pernyataan yang boleh dilihat sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan-pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Pendidikan. Falsafah Pendidikan mengandungi kepercayaan, sistem nilai dan harapan yang akan diperolehi daripada sistem Pendidikan yang dihasilkan oleh falsafah berkenaan (Alexander, Lewis, Saylor, 1981; Olivia, 1997) (Perenggan 5) Berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik “Mengetahui Konsep Ilmu seterusnya mendorong mereka mengkaji dan menghayatinya” relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek “Perkembangan potensi individu secara menyeluruh”. Kepentingan ilmu pengetahuan mendapat perhatian yang sewajarnya dalam Islam. Ia merupakan asas pembinaan insan dan peradabannya. Menurut Awang Yahya (2004) manusia wajib belajar untuk mengetahui tentang segala kejadian dirinya dan alam semesta melalui ilmu yang datang dari Allah. Segala kejadian Allah yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam dengan menggunakan akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Justeru itu, penekanan Objektif Pendidikan Islam Politknik KPTM tentang tajuk ilmu ini bertepatan dengan apa yang disarankan oleh Al-Quran. 19 (Perenggan 6) Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik “Memahami Tasawwur Islam untuk dihayati dalam kehidupan” relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek “percaya kepada Tuhan serta “seimbang dan hamonis”. Percaya kepada Tuhan dan patuh kepada perintahNya akan melahirkan insan yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada agama, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Justeru itu, penekanan objektif Pendidikan Islam Politeknik tentang tajuk ini dilihat perlu untuk melahirkan insan seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek. (Perenggan 9) Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik “Memahami dan menghayati konsep dan ruang lingkup ibadah dalam Islam serta dalam kehidupan seharian” juga relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek “percaya kepada Tuhan”, “unsur rohani” dan “seimbang serta harmonis”. Justeru itu, penekanan objektif Pendidikan Islam kepada aspek ini akan melahirkan pelajar yang jiwa mereka yang sentiasa taat kepada suruhan dan perintah Allah s.w.t. (Perenggan 10) Tujuan manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk mengabdikan diri atau beribadat kepada Allah. Untuk melaksanakan ibadah pula, perlu kepada ilmu supaya ibadah dapat dilaksanakan dalam keadaan yang sempurna. Ibadah tidak akan meninggalkan kesan kepada individu dan masyarakat sekiranya tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, untuk melahirkan masyarakat yang berkahlak mulia, seimbang dan harmonis seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka ibadah adalah terasnya. (Perenggan 11) Penekanan aspek ibadah dalam kurikulum Pendidikan Islam Politeknik KPTM akan melahirkan pelajar yang sentiasa bersih, menjaga masa, menjaga peraturan serta teliti dalam melaksanakan sesuatu perkara. 20 Keadaan ini akan dapat membina kesedaran dalaman atau batinnya supaya sentiasa mengingati Allah di mana sahaja mereka berada. Hasrat ini juga selaras dengan Objektif Pendidikan Islam dan FPK dimana unsur rohani yang menekan adanya Pencipta dan tanggungjawab mengikuti serta melaksanakan segala ajaran agama. (Perenggan 12) Seterusnya berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik “Mengetahui dan memahami konsep dan hikmah perudangan Islam serta peranan alQuran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias sebagai sumber hokum” jug arelevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek “Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”, “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” serta “Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Justeru itu, penekanan kepada aspek ini akan melahirkan pelajar yang jiwa mereka terdidik dengan mematuhi peraturan dan mampu menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. (Perenggan 15) Kajian juga mendapati objektif kurikulum Pendidikan Islam Politeknik iaitu “Memahami konsep kekeluargaan dalam Islam serta mampu melaksanakan tanggungjawab dan menangani permasalahan dalam kehiduan berkeluarga” relevan dengan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu antaranya elemen “Rakyat Malaysia berakhlak mulia dan bertanggungjawab” dan “Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Oleh itu, penekanan kepada objektif ini akan melahirkan pelajar yang faham tentang proses pembentukan sesebuah keluarga seperti mana yang dikehendaki oleh Islam. Link artikel asal: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/article/view/10524/3508 21 Rumusan berdasarkan perbincangan asal diatas bagi: (Perenggan 1) “Menurut keputusan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik adalah signifikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana ianya tidak lari dari landasan FPK”. (Perenggan 2) “Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai nilai-nilai yang baik dimana ia dapat digunakan sebagai rujukan berkaitan Pendidikan”. (Perenggan 5) “Konsep Falsafah Pendidikan dan Objektif Pendidikan Islam Politeknik adalah selari menyatakan bahawa ilmu pengetahuan amat penting dipelajari oleh semua manusia kerana ia merupakan asas pembinaan insan dan peradabannya”. (Perenggan 6) “Konsep percaya kepada Tuhan dan patuh kepada perintahNya dapat melahirkan insan yang membangun dalam mencapai kesejahteraan diri seterusnya menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara”. (Perenggan 9) “Objektif Pendidikan Islam iaitu memahami dan memghayati konsep dan ruang lingkup ibadah Islam serta dalam kehidupan seharian dapat menjadikan seseorang insan itu untuk sentiasa taat kepada suruhan dan perintah Allah s.w.t.” (Perenggan 10) “Dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai sifat-sifat baik yang dapat mendorong kepada kesejahteraan diri dan negara, ibadah amat penting untuk dilaksanakan dan sebagai tunggaknya.” 22 (Perenggan 11) “Dengan penekanan kepada aspek ibadah juga dapat membina kesedaran dalaman supaya sentiasa mengingati Pencipta-Nya malah ia dapat menjadikan seseorang yang teliti dan berfikiran jauh dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan.” (Perenggan 12) “Dari segi aspek “Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”, “Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dapat melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada segala peraturan dan perintah dan mampu untuk tidak melakukan perkara yang dilarang di dalam Islam.” (Perenggan 15) “Masyarakat yang memahami dengan jelas akan konsep kekeluargaan serta tanggungjawab juga memainkan perana penting dal proses pembentukan sesebuh kekeluargaan”. 23 7.0 Rumusan Kajian menunjukkan terdapatnya kerelevenan objektif Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penulis mencari kerelevenan objektif Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana sesuatu subjek yang ditawarkan kepada pelajar perlu mempunyai pengalaman pembelajaran yang terarah serta dapat membantu mereka berdepan dengan keadaan masyarakat sebenar. Kajian menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik KPTM mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. “Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat membantu masyarakat untuk menghadapi kehidupan yang sebenar dan berhadapan dengan masyarakat yang lain serta dapat membentuk masyarakat yang mempunyai matlamat diri yang jelas seterusnya dapat membentuk sesebuh masyarakat yang sejahtera”. Selain itu juga, kerelevenan sesuatu objektif pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan kerana ia berguna dalam menentukan perancangan dan perkembangan pendidikan. Menurut Ishak (2005) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh mencadangkan matlamat pendidikan, merancang objektif dan aktiviti sesebuah institusi pendidikan, mencadangkan teori-teori pembelajaran yang akan digunakan serta membuat strategi bagi proses menggubal sesebuah kurikulum agar releven dengan kehendak semasa. “Ciri-ciri Falsafah Pendidikan juga boleh dipraktikkan dalam unsur Pendidikan”. Link artikel asal: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/article/view/10524/3508 24 8.0 Penutup Secara keseluruhannya, kerangka dan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan sudah cukup unik dan lengkap bagi membangunkan insan. Usaha-usaha untuk melahirkan insan kamil seharusnya bukan sekadar satu konsep dan falsafah malah harus diteliti dengan sebaik mungkin. Penyemakan dan penilaian terhadap kurikulum harus dipantau dengan kerap agar dapat menangkis sebarang permasalahan yang wujud dengan segera. Namun kadang kala kemelut masyarakat agak sukar difahami kerana terdapat pelbagai idea dan pandanganyang bercanggahan antara satu sama lain. Apa yang pasti kesankesan sekularisasi dan liberalisasi masih menghantui sistem negara sama ada pada ekonomi, politik, sosial dan juga dalam pendidikan itu sendiri. Justeru, yang masih menjadi isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita ialah bagaimana untuk mengislamisasikan pendidikan agar matlamat sebenar FPK akan tercapai dengan jayanya. 25 Noormuharam Wazini binti Azman 2020922313 9.0 RUJUKAN 1. https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2087/1247 2. http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/article/view/10524/3508 3. https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan28333510 4. http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafahpendidikan.html 5. http://sukosenseipedg.blogspot.com/2009/03/falsafah-pendidikan-negara-danfalsafah.html 6. http://karyafarhana.blogspot.com/2015/04/faktor-faktor-pembentukan-falsafah.html 7. https://www.scribd.com/doc/25880966/Konsep-Dan-Matlamat-FalsafahPendidikan-Kebangsaan 8. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_9754_3a53f5dfd6 ba4380888a15a8948a3d4b.pdf 9. https://www.academia.edu/8517580/KERJA_KURSUS_FALSAFAH_and_PENDIDI KAN_DI_MALAYSIA 10. http://aesnote.blogspot.com/2012/12/tajuk-5-analisis-falsafah-pendidikan.html 26