Uploaded by PAI4062021 ZAKIAH SAADAH BINTI ABDULLAH

Bab 1 Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan

advertisement
Falsafah dan Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
EDUP2072
1. Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan
• Konsep asas falsafah
• Konsep falsafah
pendidikan
• Cabang-cabang falsafah
- Ontologi
- Epistemologi
- Aksiologi
- Logik
Konsep Asas Falsafah
“ Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan
antara manusia. Dari perspektif sains kognitif, sains
tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah
diumpamakan seperti tanah di mana pepohon
tumbuh dengan suburnya.”
Pengertian Falsafah
Dirujuk dari tiga sudut:
•Etimologi (Bahasa)
•Terminologi (Istilah)
•Praktikal
Etimologi (Bahasa)
•Falsafah berasal dari perkataan Yunani,
philosophia
•Philo bermaksud ‘cinta’ dan sophia bermaksud
‘pengetahun’
•Boleh ditakrifkan sebagai ‘cinta kepada
pengetahuan atau hikmah’
•Orang yang cinta kepada pengetahuan dikenali
sebagai ahli falsafah.
•Mereka menjadikan pengetahuan sebagai
tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat
tentang sesuatu, mengaitkan
sebab-akibat dan mentafsir pengalaman
manusia untuk memahami kebenaran
mengenai diri dan dunia mereka.
•Kesimpulannya, mereka sanggup
mengabaikan diri kepada pengetahuan.
Terminologi (Istilah)
•Pengertian falsafah yang dikemukan oleh ahli falsafah
adalah berbeza-beza.
•Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka
berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia,
Tuhan dan alam.
Praktikal
• Falsafah membawa maksud “ berfikir secara
bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal dan sejagat.
• Berfikir secara sistematik- “berfikir secara logik dan
berurutan”
• Berfikir secara radikal- berfikir sehingga ke akarnya dan
menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
• Berfikir secara sejagat – tidak terhad kepada aspek-aspek
tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
• Russel (1946) berpendapat bahawa falsafah terletak
di antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains,
sains fizikal dan kemanusiaan)
• Teologi – falsafah mengandungi spekulasi tentang
perkara yang belum nyata.
• Sains – falsafah mengunakan taakulan untuk
membuktikan kebenaran yang terkandung.
Falsafah-Proses Menyoal
• Schofiled (1972) berpendapat falsafah adalah satu
proses menyoal.
• Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang
komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna
realiti di mana kita berada.
• Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan
adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu,
kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan
sebagainya.
Cabang-cabang Falsafah
Dibahagikan kepada:
a) Metafizik
b) Axiologi
c) Epistemologi
d) Logik
Metafizik (Ontologi)
• Falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara
seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan
susun aturnya.
• Metafizik merujuk kepada “..yang jauh melangkau
alam fizikal atau kebendaaan”
• Cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh
melampaui penyiasatan saintifik.
• Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
perkaitan sebab-akibat.
Cth soalan:
1. Apa itu kebenaran?
2. Adakah Tuhan wujud?
3. Siapa itu manusia?
4. Apakah itu hidup?
Axiologi
• Berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’.
• Mempersoalkan tentang baik dan buruk, benar atau salah,
cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek:
i) Etika – lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita
lakukan” dan “apa yang paling sesuai kita lakukan”.
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku
manusia.
Cth: Apakah ciri-ciri tingkah laku yang menentukan
kebaikan?
ii) Estetika – merujuk kepada kriteria bagi kecantikan
dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan,
tertumpu kepadaa cita rasa dan sentimen.
cth: Apa itu kecantikan?
Epistemologi
• Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan.
• Berasal daripada perkataan Yunani episteme yang
bermaksud “ilmu” @ “ sains” dan logos yang
bermakna “keterangan”
• Berfokuskan kepada penganalisisan, penghasilan ilmu
dan tuntutan ilmu.
Cth: Apa itu ilmu?
Logik
•Menerangkan hubungan antara idea-idea
di samping memberi alasan bagi jawapan
yang diberi.
•Cuba membezakan antara apa yang
dikatakan sebagai sah dan yang
mengelirukan.
Terdapat dua jenis logik:
i) Logik induktif
– bermula dengan butiran khusus, membuat
pengakulan, kesimpulan umum
ii) Logik deduktif
– bermula dengan kesimpulan umum, contoh, butiran
yang terhasil.
Cth: apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik”
atau “kurang baik”
Konsep Falsafah Pendidikan
• Berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan
pendidikan.
• Pendidikan – berasal perkataan Latin, educare yang
bermaksud “memelihara atau mengasuh”
• Menurut Kamus Pendidikan (1979):
“…proses menyeluruh yang bertujuan
mengembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia…
• Pandangan Dewey (1859-1952)
“Pendidikan adalah proses yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi kedudukan manusia…
• Yusuf al-Qardawi (1980)
“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup
termasuklan akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak,
dan tingkah laku…
Konsep Falsafah pendidikan
• Berasal daripada dua istilah asas,iaitu falsafah dan pendidikan.
• Satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk
menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan.
• Membantu seorang guru untuk memahami asas teoretikal pendidikan
dan seterusnya mengpengaruhi amalannya sebagai seorang guru.
• Ada tokoh-tokoh pendidikan yang berpandangan
bahawa pendidikan mempunyai fungsi seperti:
✔ Proses sosiolisasi – pendidikan memberi murid
peluang untuk berinteraksi.
✔ Pembentukan budaya – memupuk nilai-nilai budaya.
✔ Integrasi sosial – manusia bersifat lebih bersatupadu
(pengajaran nilai-nilai budaya)
✔ Penempatan sosial – kejayaan akademik murid
menjadi asas kepada kejayaan sosial.
Soalan
• Adakah semua soalan merupakan soalan falsafah ?
• Mengapa ?
• Apakah yang difalsafahkan ?
• Siapa yang berfalsafah ?
• Apakah terdapat perbezaan antara orang biasa berfalsafah dengan
ahli falsafah berfalsafah ?
• Apakah perbezaannya ?
Soalan
Jawapan
Adakah semua soalan merupakan soalan
falsafah ?
Tidak
Mengapa ?
Kerana secara am, terdapat dua jenis soalan,
iaitu soalan empirikal dan teologi.
Soalan-soalan empirikal hanya boleh dijawab
melalui eksperimen dan taakulan. Manakala
soalan teologi memerlukan kita bertafakur
iaitu duduk dan berfikir.
Apakah yang difalsafahkan ?
Semua ilmu pengetahuan termasuk sains dan
teknologi.
Siapa yang berfalsafah ?
Semua insan.
Apakah terdapat perbezaan antara orang
biasa berfalsafah dengan ahli falsafah
berfalsafah ?
Ada.
Apakah perbezaannya ?
Apabila ahli falsafah berfalsafah, mereka
akan membentuk idea yang lengkap
berpandukan logik dan cara yang tekal,
kemudian idea tersebut disebarkan kepada
orang ramai.
2. Sejarah Falsafah Pendidikan
• Pandangan ahli falsafah
- Islam (Al-Farabi, Al Ghazali, Ibn
Sinna dan Ibn Khaldun)
- Barat (Socrates, Plato, Aristotle,
Rousseau, and Dewey) danTimur
(Tagore dan Confucius)
• Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
- Perenialisme
- Esensialisme
• Falsafah Pendidikan Barat
Moden
- Progresivisme
- Rekonstruktivisme
○ Konstruktivisme
○ Konstruktionisme
- Eksistensialisme
• Implikasi falsafah pendidikan
terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia
Download