Uploaded by Mohamad Ridzuan

KERTAS KERJA KECERIAAN PSS 2021

advertisement
UNIT PUSAT SUMBER
SMK SYED SAFFI 2021
KERTAS CADANGAN
PENGUBAHSUAIAN DAN KECERIAAN PERPUSTAKAAN
FASA 1 TAHUN 2021
1.​ ​RASIONAL
Perpustakaan adalah salah satu rangkaian Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Perpustakaan merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan
digital. Perpustakaan diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai
koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan
digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.​ M
​ ATLAMAT
Menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar dan
guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan​.
3.​ O
​ BJEKTIF
3.1
Menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan penambahan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP.
3.2
Menambahkan keceriaan perpustakaan supaya lebih selesa dan menarik agar
dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid
disamping mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di
bilik darjah.
3.3
Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping
​
peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
3.4
Menyediakan perpustakaan yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk
​
lebih kerap datang ke perpustakaan.
UNIT PUSAT SUMBER
SMK SYED SAFFI 2021
4. SASARAN
​Semua murid dan guru SMK Syed Saffi
5. TEMPAT
Perpustakaan Pendeta Za’ba, SMK Syed Saffi
6. TEMPOH GERAK KERJA
Januari 2021 hingga Mac 2021
7.​ ​SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Geran Per Kapita Pusat Sumber Sekolah (PCG PSS) tahun 2021
8.​ ​ANGGARAN BELANJA MENGURUS.
Bil.
Perkara
Butiran
Jumlah
1
Kerusi (stool)
RM 65 x 4 unit
RM 260.00
2
Rak buku
RM 50 x 6 unit
RM 300.00
3
Karpet rumput tiruan
RM 50.00 x 5 meter
RM 250.00
4
Papan lapis (untuk papan RM 100 x 7 unit
kenyataan)
RM 700.00
5
Kertas dinding
RM 490.00
RM 70 x 7 unit
JUMLAH
RM 2000.00
Disediakan oleh:
Diluluskan oleh:
(FARIDATUL HUSNA BINTI EDRIS)
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Syed Saffi
(MOHD SUKOR BIN YAACOB)
Pengetua
SMK Syed Saffi
UNIT PUSAT SUMBER
SMK SYED SAFFI 2021
Download