Uploaded by sumie japan

Normazlina Sumitra Cerita Teladan

advertisement
Cerita Teladan
Skrip, ilustrasi dan cerita
oleh
Normazlina Sumitra Binti Abdullah
UFD210052
University of Malaya
Jom dengar satu cerita. Hari ini saya akan bercerita tentang seekor anjing yang tamak.
Kisah Anjing dengan
Bayang-Bayangnya
Normazlina Sumitra Binti Abdullah
UFD210052
University of Malaya
Pada suatu hari, si anjing ini sedang berjalan jalan sambil
menikmati alam sekitar.
Si anjing merasa sangat lapar, selepas berjalan jalan.Dia pun
mula mencari makanan di sana sini.
Tiba tiba dia terjumpa dengan seketul tulang besar. Anjing rasa
sangat gembira dan berlari lari pulang ke rumahnya sambil
menggonggong tulang itu.
Dalam perjalanan pulang, anjing melalui sebuah titi pada
sungai yang dalam dan sangat jernih.
Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang
bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang.
Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu pun menyalak dan
menerkam ke anjing di dalam sungai.
Akibatnya anjing itu basah kuyup dan tulang
di dalam mulutnya terlepas ke dalam sungai.
Anjing menyesal kerana terlalu tamak.
Akibatnya, dia yang rugi.
HINT
Apakah nama binatang di dalam cerita ini?
Itu sahaja untuk kali
ini.
Sekian, Terima Kasih
Semoga terhibur
KISAH ANJING DENGAN BAYANG BAYANGNYA
Jom dengar satu cerita. Hari ini saya akan bercerita tentang seekor anjing
yang tamak. Pada suatu hari, si anjing sedang berjalan jalan sambil menikmati
alam sekitar. Si anjing merasa sangat lapar, selepas berjalan jalan.
Dia pun mula mencari makanan di sana sini. Tiba tiba dia terjumpa dengan
seketul tulang besar. Anjing rasa sangat gembira dan berlari lari pulang ke
rumahnya sambil menggonggong tulang itu.
Dalam perjalanan pulang, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang
dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan
ternampak bayang bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga
membawa tulang.
Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke anjing
di dalam sungai. Akibatnya anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam
mulutnya terlepas ke dalam sungai.
Anjing menyesal kerana terlalu tamak. Akibatnya, dia yang rugi.
Download