Uploaded by JIN LIM TAN

bab 1 8 nota falasafah dan isu semasa.pdf

advertisement
lOMoARcPSD|8216412
BAB 1-8 Nota Falasafah DAN ISU Semasa
Falsafah (Universiti Teknologi MARA)
StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
1. Bab 1 Pengenalan Ilmu falsafah
3-17
2. Bab 2 Falsafah Dalam Kehidupan
18-37
3. Bab 3 Logik dan Metodologi
38-53
4. Bab 4 Konsep Insan Dari Perspektif Falsafah
54-80
5. Bab 5 Metafizik
81-102
6. Bab 6 Epistemologi
103-120
7. Bab 7 Ideologi Semasa
121-138
8. Bab 8 Dekolonisasi
139-146
2
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 1
PENGENALAN ILMU FALSAFAH
Pengenalan ilmu Falsafah
Perkataan falsafah mula timbul disebabkan adanya kegiatan yang pesat pada masa itu,
menyelidik dan membahas rahsia-rahsia kejadian alam, persoalan metafizik dan
masalah yang berhubung dengan persoalan etika.
1.1 Etimologi dan Terminologi
Falsafah datangnya dari perkataan Greek iaitu philosophia yang kemudiannya dalam
Bahasa Inggeris menjadi philosophy. Perkataan Falsafah adalah dalam Bahasa Melayu
tetapi asalnya dari perkataan Bahasa Arab iaitu ‫ فلسفة‬. Falsafah asalnya dari Tamadun
Greek cantuman dua perkataan iaitu philo dan sophia. Philo bermakna love ataupun
cinta. Sophia bermakna wisdom boleh diterjemahkan sebagai kearifan atau
kebijaksanaan. Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau cinta
terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan(Hashim, 2001).
Perkataan philosophia yang dengan makna asalnya telah diambil dan digunakan
dengan meluas oleh orang Arab dan Islam dengan mengubah sedikit pada bunyinya
sehingga menjadi falsafah dan orang yang ahli dalam ilmu falsafah disebut failasuf.
Menurut ahli bahasa, perkataan philosophia mula digunakan kira-kira dalam abad
ketujuh sebelum Masihi. Orang yang mula-mula menggunakan perkataan ini ialah
Pythagoras iaitu seorang ahli falsafah berbangsa Greek yang dilahirkan 588 sebelum
Masihi(Ab Jalil, 1989)
Manakala Plato ialah orang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih
terkhusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda
atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa yang sebenarnya yang menjadi sesuatu
benda atau perkara disebalik sifat luarannya. Takrif falsafah boleh dilihat dari pelbagaibagai bergantung kepada pegangan dan pandangan hidup(Hashim,2001)
3
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
ARISTOTLE : Ilmu memahami hakikat ketuhanan (metafizik),
struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya
dengan alam
PLATO : kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik.
Falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada.
AL-FARABI: Falsafah adalah cintakan kebijaksanaan atau hikmah
dan merupakan pokok kepada segala ilmu
AL-KINDI: suatu ilmu mengenai hakikat yang diidentifikasikan
dengan Tuhan serta sesuatu yang berada dlm kemampuan
manusia untuk menanggapinya
Falsafah juga boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau fundamental
mengenai sesuatu perkara atau isu. Falsafah boleh cirinya ialah pemikiran yang
mendalam mengenai sesuatu perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad
kepada sesuatu subjek, topic atau daerah pemikiran. Contoh persoalan-persoalan
falsafah yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-soalan umum seperti apakah
makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan dan hakikat kewujudan itu yang terdapat
dalam kajian metafizik? Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan
dalam bidang falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang lain. Pada masayang
sama ia memainkan peranan penting membuatkan kita berfikir secara mendalam
mengenai perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu itu supaya
kita dapat satu pemikiranyang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat
dalam sesuatu bidang itu.1
Falsafah juga khususnya dalam trend yang terdapat dalam falsafah moden di Barat dan
juga bukan Barat ialah falsafah itu sebagai satu kegiatan untuk menjelaskan konsepkonsep dan pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan dalam
pemikiran kita tentang apakah makna; signifikan sesuatu konsep yang digunakan itu
dan
sama
ada
konsep
itu
mempunyai
makna
ataupun
sebaliknya dan ini dapat memberikan kita satu clarity atau kejelasan tentang isu-isu
1
Transkrip Kuliah Pertama bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
4
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran. Itu huraian saya mengenai
apa yang dimaksudkan dengan falsafah ini.2
Tujuan Ilmu Falsafah
1. Membentuk satu pandangan yang sistematik terhadap sesuatu yang wujud di
alam ini
2. Membantu manusia membuat penyelidikan terhadap sifat dasar pengetahuan
dan membuat pra anggapan terhadap kemungkinan pengetahuan yang berguna
dalam kehidupan manusia
3. Memberikan satu pandangan hidup atau sistem nilai untuk membolehkan
manusia berfikir tentang buruk baiknya sesuatu
4. Membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti tentang makna hidup
seseorang
5. Membantu manusia berfikir secara kritikal dan logik iaitu untuk mendpat pengetahuan
sebenar tentang sesuatu keadaan
6. Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan
disamping mencari kebenaran.
Skop Ilmu Falsafah
Berdasarkan kegiatan ahli falsafah dari zaman ke zaman itu, Frost (1962)
membahagikan ruang lingkup falsafah kepada isu-isu yang berikut(Shaharir, 2018);
1. Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk)
2. Tabii tuhan (hubungan manusia dengan tuhan)
3. Kedudukan manusia dalam alam semesta
4. Manusia dan negara
5. Manusia dan ilmu (tabii, ilmu epistemologi)
6. Konsep jahat dan baik ( moral, akhlak, adab dan etika)
7. Nasib dan ikhtiar (qada‟ dan qadar)
8. Roh/nyawa dan kematian
2
Ibid
5
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
9. Minda dan jirim
10. Idea dan pemikiran
Falsafah Rukun Negara
Ini satu persoalan yang menarik kerana falsafah dikaitkan dengan satu keadaan atau
situasi yang bercorak kebangsaan ataupun bercorak individu dalam erti kata ianya
menjurus kepada sesuatu daerah atau kawasan geografi. Sedangkan dalam sejarahnya
falsafah itu bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat atau lokasi
geografi. Jadi, adakah ini patut dilakukan? Soalan yang pertama yang kita harus
kemukakan. Mungkin ada yang menganggap ini akan melemahkan bidang falsafah itu
sendiri dalam ertikata bahawa ia menjadikan falsafah itu sebagi sesuatu yang tidak lagi
bersifat sejagat ataupun ianya lokal dan hanya menumpukan perhatian kepada
persoalan-persoalan yang boleh dianggap sebagai nasionalistik.
Namun demikian, saya beranggapan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk falsafah itu
ditujukan kepada sesuatu konteks
yang
spesifik
khususnya
dalam
konteks pemikiran sesebuah negara
ataupun budaya itu kerana ini adalah
realiti kehidupan dunia pada hari ini.
Walaupun kita menganggap bahawa
dunia pada hari ini bersifat global dan
universal namun demikian terdapat
ciri-ciri tempatan yang membezakan
antara satu budaya itu dengan satu
masyarakat dan budaya yang lain.
Oleh kerana itu kita tidak boleh
menyamakan misalnya keadaan di
Amerika
dengan
Syarikat
keadaan
atau
di
Eropah
Asia
atau
6
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Malaysia kerana sejarahnya berbeza, pemikirannya berbeza, sifat tempatannya
berbeza dan sebagainya.
Maka itu adalah wajar bagi falsafah yang dibangunkan dalam sesuatu masyarakat itu
mempunyai kaitan dengan persoalan-persoalan yang dihadapi masyarakat. Dan kalau
kita lihat sejarah falsafah pun keadaannya begitu. Kepelbagaiaan falsafah yang
dicerminkan dalam falsafah yang terdapat dalam tamadun yang berbeza di dunia ini
seperti Tamadun Barat, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan sebagainya menunjukkan
bahawa falsafah juga mempunyai sifat lokal yang tersendiri walaupun isu-isu yang
ditanganinya bersifat universal dan global.
Dalam hal ini, saya tidak sama sekali menganggap bahawa mengaitkan falsafah
dengan satu ideology tempatan atau pemikrian kebangsaan seperti terdapat dalam
Rukun Negara adalah menjadi satu kesalahan. Malahan ini adalah satu perkembangan
yang positif pada pendapat saya dan dalam hal ini saya ingin merujuk kepada Falsafah
Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang juga dianggap sebagai satu
bentuk ideologi kebangsaan seperti Pancasila di Indonesia yang dianggap sebagai satu
bentuk ideologi kebangsaan. Jadi, apakah ciri-ciri ideologi kebangsaan ini seperti yang
termaktub dalam Rukun Negara?
Pertamanya ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Ini adalah satu ciri umum yang dianuti
oleh ramai pedudukpenduduk di negara ini iaitu di Malaysia yang juga mewakili
masyarakat yang berbilang kaum. Saya rasa ini tidak menimbulkan kontroversi atau
masalah kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah satu kepercayaan yang dianuti
oleh mereka dari pelbagai agama. Misalnya agama Islam, Kristian, Hindu atau agama
yang dikaitkan dengan masyarakat Cina seperti Taoisme dan Budhisme. Mereka
semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun diakui bahawa dalam fahaman
Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun ada unsur-unsur
kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.
Prinsip Rukun Negara kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Jadi kita
sedar bahawa konteks dunia moden ini sistem politiknya adalah berdasarkan kepada
konsep negara bangsa iaitu nation state dan ini timbul bermulanya di Eropah sekitar
abad ke-18. Sehinggakan hari ini kalau menyebut tentang masyarakat manusia, tidak
7
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
boleh tidak kita mesti melihatnya dalam konteks negara bangsa. Malaysia dalam hal ini
tidak terkecuali kerana Malaysia juga adalah satu bentuk nation state; negara bangsa.
Tetapi ciri-ciri nation state Malaysia mengandungi unsur-unsur sejarah tersendiri yang
didirikan sistem yang terdapat hari ini kerana dalam sejarah Malaysia terdapat sistem
beraja ataupun sistem monarki dalam sejarah Malaysia
khususnya dengan adanya Kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke 14 atau 15. Unsur sejarah ini diserap
dalam sistem kerajaan yang ada pada hari ini iaitu
constitutional
monarchy
ataupun
raja
berperlembagaan. Maka jika itu adalah sistem yang
mendasari negara bangsa Malaysia maka sudah tentulah prinsip yang kedua kesetiaan
kepada Raja dan Negara itu menjadi satu prinsip yang wajar diterima umum. Unsur
kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan dalam
kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada
Raja yang menjadi lambang negara sebagai ketua negara dan negara itu sendiri yang
mempunyai perlembagaan tersendiri dan sebagainya. Jadi, prinsip yang kedua ini saya
anggap satuprinsip yang wajar diterima umum oleh semua rakyat Malaysia.
Yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan.
Kita tahu bahawa setiap nation state itu
mempunyai
perlembagaan
tersediri.
Perlembangan Amerika Syarikat berbeza
dari Perlembagaan Britain, Perancis,
India, dan Malaysia itu sendiri. Disitulah
national characteristic termaktub secara
eksklusif iaitu di dalam perlembagaan dan perundangan yang tersendiri. Dengan itu
wajarlah jika prinsip ketiga ini iaitu keluhuran perlembagaan itu dijadikan prinsip Rukun
Negara yang ketiga. Kerana ia membolehkan apaapa pertikaian diselesaikan dengan
merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu perlembagaan negara. Ini
penting bagi memastikan kestabilan dalam sesebuah negara itu kerana jika tidak kita
tidak akan dapat mempraktikkan konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and
order kerana law and order itu hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan
8
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang jelas dan dalam hal ini perlembagaan merupakan perundangan yang paling tinggi.
Ini adalah satu prinsip yang wajar juga diserapkan dalam negara dan diterima umum
oleh rakyat Malaysia.
Prinsip
yang
keempat,
Kedaulatan
Undang-
undang yang merupakan the highest form of law di
Malaysia. Dalam prinsip keempat menjelaskan
bagaimana
untuk
mengekalkan
kestabilan
masyarakat itu melalui perundangan ini
iaitu
kedaulatan undang-undang, dimana tidak ada
sesiapa boleh dianggap sebagai mengatasi atau
melebihi undang-undang. Jika prinsip ini diterima, maka kita akan lebih yakin
mengekalkan keharmonian dalam sesuatu masyarakat itu kerana apa-apa pertikaian
yang mungkin muncul atas dasar agama atau bangsa dan sebagainya boleh
diselesaikan melalui sistem perundangan yang ada. Dengan itu untuk membolehkan
perkara itu, maka rakyat harus menerima akan konsep Kedaulatan Undang-undang.
Prinsip yang terakhir ini, Kesopanan dan Kesusilaan. Jika sekiranya prinsip-prinsip di
atas adalah bersifat formal atau struktural. Prinsip yang terakhir ini merujuk kepada
sesuatu yang lebih bersifat personal dan berkaitan dengan perhubungan manusia. Dan
ini juga atas satu prinsip yang penting kerana ia boleh menjamin dan mengekalkan
harmoni
hubungan
yang
baik
antara
rakyat
walaupun
ia
tidak mempunyai suatu kuasa perundangan tetapi ciri ini penting dijiwai oleh setiap
rakyat Malaysia kerana dengan adanya perasaan bertolak ansur, kesopanan dan
kesusilaan, kita dapat melahirkan suatu masyarakat yang lebih harmonis dan lebih
bertimbang rasa terhadap fellow human beings; atau fellow citizens; rakan senegara
mereka kerana mereka akan sentiasa mengambil kira akan perasaan orang lain
mempunyai rasa hormat terhadap orang lain dan bertindak balas dengan orang lain
dengan secara sopan dan mengekalkan kesusilaan. Jadi, ini semua adalah ciri-ciri yang
penting untuk dipegang oleh setiap rakyat Malaysia dan ini boleh menjamin kestabilan
9
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
politik dan sebagainya dan pada masa yang sama kita lihat ada unsur pemikiran
falsafah yang mendasari prinsip-prinsip tersebut.
Mencapai
perpaduan yang
lebih erat
Membentuk sikap
terbuka
Membina sebuah
masyarkat
progresif
Memelihara satu
cara hidup
demokratik
Memcipta sebuah
masyarakat yang
adil
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara diwujudkan bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan dalam konteks ini melalui proses pendidikan melalui persekolahan dan
pendidikan
di
universiti
dan
sebagainya.
Tujuannya
adalah
baik
kerana melihat pendidikan itu sebagai suatu proses yang lebih luas. Maksudnya ia
bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses untuk melahirkan graduate atau
graduan yang hanya mempunyai kemahiran tertentu bagi tujuan mengisi jawatanjawatan di pasaran buruh iaitu melahirkan labour force yang cekap dan efisien sahaja.
Perkara ini bagi mengelak untuk tidak melahirkan manusia yang seimbang tetapi hanya
manusia yang cekap melakukan pekerjaan mereka tetapi dari segi kemanusiaan
mereka telah gagal sebagai seorang insan yang mulia.
10
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul dari sistem pendidikan yang tidak
seimbang ini, maka suatu Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diwujudkan bagi
memastikan bahawa perhatian yang diberikan itu bukan sahaja tertumpu kepada suatu
aspek
sahaja
iaitu
aspek
intelektual
yang
dikaitkan
dengan pencapaian akademik dan ini biasa berlaku dalam mana-mana sistem
pendidikan dianggap sebagai satu medan di mana mereka bersaing seolah-olah
pendidikan itu adalah medan pertempuran. Terdapat konsep survival of the fittest
digunakan;
yang
berjaya
terus
berjaya
dalam
kehidupan,
yang
gagal dalam sistem pendidikan akan gagal. Jadi jika itu situasi atau senarionya ini
berlaku sudah tentulah sistem pendidikan itu dianggap gagal. Sebaliknya untuk
mengelakkan situasi ini, dikemukakan satu
falsafah
pendidikan
yang
menekankan
empat aspek bagi memastikan bahawa
insan yang dilahirkan melalui sistem ini
merupakan
kerana
insan
terdapat
personalitinya.
boleh
dicapai
yang
berjiwa
keseimbangan
Jadi,
mulia
dalam
keseimbangan
dengan
ini
menumpukan
perhatian bukanhanya dengan satu perkara
tetapi empat perkara yang penting bagi
menjadikan seseorang itu insan yang mulia
dan berguna.
Pertamanya, aspek jasmani; keduanya,
aspek emosi; ketiganya, aspek rohani dan
keempat, aspek intelek. Secara akronimnya disebut JERI. Pertama, jasmani iaitu
jasad tubuh badan kita. Walaupun kita mahu melahirkan manusia yang pintar mengenai
sesuatu yang mendalam dan pengetahuan yang luas, tetapi kita harus akur bahawa
manusia yang mempunyai jasad dan jika tidk diberi perhatian kepada jasad sudah
tentulah pemikiran akan terjejas dan tidak dapat berfungsi secara optimum. Pendidikan
Jasmani umpamanya adalah satu subjek yang diadakan di sekolah-sekolah dengan
penuh kesedaran bahawa aspek tubuh badan itu harus diberi perhatian. Dalam hal ini,
11
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
pendidikan mengenai kesihatan juga menyumbang kepada jasmani yang sihat dan
baik. Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri dengan adanya subjek
seperti Pendidikan Jasmani yang mempunyai kegiatan-kegiatan kokurikulum yang
menekankan aspek sukan sebagai pembinaan jasmani.
Kedua, aspek emosi Emotional Quotion (EQ). Selain daripada Intellectual Quotion
(IQ) sudah timbul cara mengukur kesejahteraan atau kestabilan emosi, menunjukkan
bahawa di Barat juga, sistem EQ ini diterbitkan juga mula memberi perhatian kepada
aspek emosi kerana manusia itu juga mempunyai perasaan dan jiwa bersifat halus
yang mendasari pemikiran kognitif. Selalunya kita menganggap seolah-olah pemikiran
rasional ataupun aspek kognitif itu tidak terletak di satu landasan yang bersifat bukan
kognitif kerana kita menganggap kognitif itu fundamental tetapi sebenarnya tidak.
Fungsi kognitif juga bergantung pada keadaan emosi yang stabil. Jika, emosi tertekan
misalnya tidak mungkin kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin kita dapat
mencapai kognitif yang maksima. Dengan itu perhatian harus diberikan kepada aspek
emosi.
Bagaimanakah cara emosi ini diberi perhatian dalam sistem pendidikan? Mungkin
melalui cara guru-guru mengajar subjek-subjek mereka kepada murid-murid dan cara
guru-guru berinteraksi dengan murid-murid iaitu menunjukkan lebih elemen kasihsayang, elemen mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi murid-murid
dan dengan adanya satu saluran formal seperti ada kaunselor dan sesi kaunseling.
Dengan ini diharap keadaan emosi pelajar akan lebih terpelihara. Juga melalui aktiviti di
luar sekolah di mana murid-murid dapat meluaskan kegiatan mereka itu yang mana
tidak hanya terhad pada kegiatan akademik tetapi juga mengekspresi diri mereka
melalui umpamanya sukan, nyanyian, muzik ataupun aktiviti keagamaan. Ini semua
memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil dalam kalangan pelajar
sekolah.
Aspek ketiga iaitu rohani yang ada kaitannya dengan emosi. Bila kita sebut tentang
kerohanian ada kaitannya dengan keagamaan. Jadi, di sini menunjukkan bahawa
sistem pendidikan itu Kerohanian itu tidak terpisah dari fahaman-fahaman atau kegiatan
yang asas dari segi pemikiran atau fahaman fundamental yang dipunyai seorang murid
12
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
itu dalam bentuk keagamaan. Kegiatan keagamaan memanglah tidak dilarang di
sekolah-sekolah kerana adanya persatuan-persatuan yang berasaskan faham agama
masing-masing dan kegiatan dilakukan melalui persatuan-persatuan ini. Ini untuk
menjamin bahawa seorang perkembangan rohani seorang pelajar itu tidak terputus
apabila mereka melalui pendidikan yang formal. Selain itu, terdapat subjek-subjek yang
memberi pendidikan dalam aspek kerohanian iaitu subjek mata pelajaran agama dan
sebagainya.
Keempat, perkembangan intelek. Ini jelas kelihatan dengan adanya sistem pendidikan
yang mementingkan mata pelajaran bersifat akademik. Dengan cara ini dapat membina
ilmu dan juga minda murid-murid ke arah pemikiran yang lebih tajam, ke arah
pencapaian akademik ataupun pencapaian ilmu yang lebih luas dan mendalam dan ini
dapat menajamkan lagi pemikiran mereka dan sekarang ini terdapat sistem penilaian
yang tidak hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan akhir dan sebagainya tetapi
sistem penilaian juga memberi ruang kepada penilaian yang lebih kreatif dan lebih
sihat. Ini adalah penting bagi kita menghadapi cabaran-cabaran masa depan
khususnya dengan adanya cabaran yang dikemukakan iaitu Industrial Revolution 4.0
(IR 4.0) di mana intellectual development; kreativiti dalam pemikiran diperlukan bagi
membina seorang insan yang dapat menangani masalah-masalah akademik dan
intelektual dalam masyarakat akan datang.
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu usaha penting dalam membentuk semula
pendidikan seimbang dan harmoni bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam
pelbagai aspek. Antara matlamat falsafah pendidikan Negara;
13
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Nilai Utama dalam Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan perlu memainkan peranan penting dalam membina nilai-nilai yang positif
kepada masyarakat kearah menuju sebuah negara maju dan moden. Tanpa penerapan
nilai-nilai murni kearah pembangunan insan dari segi akhlak dan akademik, manusia
akan menjadi huru hara. Pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan dan
pendidikan merupakan satu proses penerapan adab ke dalam diri seseorang. Ini
kerana, pendidikan bukan hanya melahirkan warganegara dan pekerja yang baik,
malah untuk membentuk insan yang mulia dan baik (Sapie Sabilan et al, 2018).
Antara Nilai utama ialah
1. Kerajinan
2. Berdikari
3. Berhemah tinggi
4. Hormat menghormati
5. Keadilan
14
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam dalam pengertian yang
ringkas
bermaksud
berasaskan
pendidikan
ajaran
Islam
yang
yang
menitikberatkan pembentukan sikap manusia
dalam
pelbagai
aspek
kehidupan
iaitu
jasmani, rohani, akal, akhlak dan sosial agar
akhirnya dapat mengabdikan diri kepada
Allah SWT. Falsafah Pendidikan Islam pula
merujuk
kepada
aplikasi
keadah
dan
pandangan falsafah Islam dalam bidangn
Pendidikan Islam (Asmawati, 2012)
Falsafah Pendidikan Islam sangat berbeza
dengan pendidikan barat.
Ini kerana asas
pembinaan falsafah Pendidikan Islam ialah
ketauhidan dan keimanan kepada Allah
SWT.
Tujuan dan matlamat Pendidikan Islam
sangat berkait rapat dengan tujuan hidup
dalam Islam iaitu kesempurnaan material dan spiritual. Hal ini kerana, matlamat
Pendidikan Islam bersifat komprehensif kerana mengambil kira keperluan fitrah
keperluan insan yang meliputi kedua-dua aspek tersebut. Terdapat empat tujuan
Pendidikan Islam antaranya ialah perkembangan fizikal yang sempurna. Insan yang
sihat dan kuat berupaya melahirkan kehidupan yang produktif dan dinamik. Tanpa
kemantapan fizikal, insane tidak mampu melaksanakan amal ibadahnya dengan
sempurna(Asmawati, 2012)
Selain itu, perkembangan intelek turut diberi perhatian dalam Pendidikan Islam.
Intelek mampu membongkarkan kebenaran hakiki iaitu menemukan insan kepada
Penciptanya. Intelek juga penting untuk menyelesaikan permasalahan insan dalam
kehidupan serta ia membantu mencapai kemuncak kesedaran akal untuk memperolehi
15
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
ilmu. Hakikatnya, perkembangan intelek dapat dapat direalisasikan melalui penelitian
ayat-ayat Al-Quran dan pemerhatian kepada unsur-unsur alam(Asmawati, 2012)
Perkembangan spiritual juga amat penting untuk ditekankan dalam Pendidikan Islam
kerana terdapat unsur roh dalam diri insan. Dimensi spiritual hakikatnya berkaitan
dengan keimanan kepada Allah SWT, malaikat, rasul, hari kiamat dan qada‟ dan
qadar.Keimanan merujuk kepada situasi insan membuat pengakuan dengan lidahnya,
menyakini
dengan
hati
dan
menterjemahkan
keimanan
menerusi
amalan
salih(Asmawati, 2012)
Falsafah Sejahtera
Adab dan akhlak merupakan satu neraca hidup bagi insan yang inginkan kesejahteraan
hidup baik di dunia dan akhirat. Kedua-dua unsur tersebut merentasi semua tamadun,
budaya dan kepercayaan kerana kedua-duanya lahirnya daripada fitrah insan itu
sendiri. Namun pada hakikatnya pada hari ini, persoalan adab dan akhlak semakin
luntur disebabkan oleh pengaruh daripada ideologi-ideologi barat. Perbagai isu dan
krisis yang melanda pada hari ini banyak disebabkan oleh insan yang tidak seimbang
adab dan akhlaknya samada keruntuhan moral sehinggala perubahan iklim sejagat.
Perkara ini boleh dilihat amaln gejala rasual amalan tidak beretika menjadi berleluasa
apatah melibatkan mereka yang mempunyai pendidikan tinggi dan berkedudukan
dalam pelbagai lapisan masyarakat. Sekaligus mempamerkan bahasanya kesat,
pekertinya kasar dan berbicara tidak lagi beradab.
Peranan Budi
Peranan budi menjadi satu dimensi yang cukup penting dalam membina Falsafah
Sejahtera. Apatah lagi peranan budi yang merupakan satu-satunya konsep yang wujud
hanya dalam masyarakat dan budaya Melayu Nusantara. Budi tersemat dalam jati diri
masyarakat Melayu kerana tanpanya seolah-olah hilang keperibadian begitu juga
ketingggian tamadunnya.
16
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Budi bahasa sangat berkait rapat secara langsung dalam Falsafah Pendidikan Negara
yang merujuk kepada adab dan akhlak, berkomunikasi secara sopan santun dan
tatatertib.Tanpa budi adab dan akhlak akan terumbang ambing nilainya dan mudah diisi
dengan nilai-nilai sonsang yang mencemari nilai akhlak seseorang.
Dalam hal ini budi merupakan asas kepada kesejahteraan diri insan kearah
melahirakan budi pekerti dan keperibadian yang tinggi. Istilah kesejahteraan diri begitu
termaktub dalam falsafah pendidikan dengan begitu jelas sebagai matlamat utamannya.
Budi Asas Sejahtera
Sebagaimana budi yang membawa maksud untuk membangunkan adab dan akhlak
mulia serta membawa kepada maksud sejahtera. Sejahtera merangkumi keempatempat unsure dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu intelek, rohani, jasmani dan
emosi.
Kesimpulan
Rujukan
1. Hashim Musa, 2001, Falsafah, Logik, Etika dan Nilai : Suatu Pengenalan, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
2. Shaharir Mohamad Zain, 2018, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Bangi:
Penerbit Univerisit Kebangsaan Malaysia
3. Sapie Sabilan et al, 2018, Konsep Penerapan dan Penghayatan Nilai-nilai Murni
Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam International Conference
on Muslim Society, Bangi : KUIS
4. Abd Jalil Hasan, 1989, Falsafah dan Pengetahuan Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5. Asmawati Shuib, 2012, Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam:
Hala Tuju dan Cabaran, Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2).
17
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB DUA
FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN
2.1 ALIRAN FALSAFAH
Terdapat pelabagai aliran falsafah yang wujud di sepanjang kelahiran dan
perkembangan ilmu falsafah yang bermula pada zaman tamadun Yunan/Greek
purba sehingga munculnya zaman pasca-modenisme. Pelbagai bidang kajian
falsafah yang meliputi persoalan metafizik, kosmologi, etika, politik, sains, ilmu dan
sebagainya.
2.2.1 FALSAFAH ETIKA DAN KEHIDUPAN
Falsafah etika mengikut Mohd. Nasir (2010) adalah disiplin
ilmu yang mengkaji serta mempersoalkan berbagai-bagai isu
baik buruk tentang adat, tabiat, susila, cara berfikir, sikap,
agama
dan
semua
faktor
yang
dapat
mempengaruhi
kehidupan manusia seperti nafsu, akal, niat, kebebasan,tugas,
tanggungjawab dan sebagainya. Ia juga menumpukan kepada
tingkah-laku manusia terutama dalam konteks hubungan
manusia sama ada peribadi, sosial atau politik yang mana
akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk dan dijustifikasikan secara rasional
berdasarkan akal (Ahmad Sunawari, 2006).
Perbincangan ini pula kebiasaanya bertujuan untuk menjawab persoalan seperti
bagaimanakah manusia harus hidup, apakah yang patut dilakukan, adakah perlu
untuk mencari kegembiraan atau ilmu atau kebaikan atau pencipataan objek-objek
yang cantik, jika kegembiraan menjadi pilihan, adakah ianya untuk kita atau untuk
semua? (Kamal Azmi Abdul Rahman et.al., 2015, 134).
Falsafah etika juga membincangkan tentang apakah mana kebahagiaan.Aristotle
misalnya, menghuraikan kebahagiaan apabila manusia mencapai harta yang
mencukupi. Harta akan menyebabkan kehidupan manusia terpelihara. Kemiskinan
menyebabkan manusia melakukan perilaku rendah dan menjadi tamak haloba. Alat
18
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang baik untuk mencapai kebahagiaan adalah persahabatan. Ia lebih penting dari
keadilan. Apabila persahabatan baik, maka dengan sendirinya keadilan timbul di
kalangan mereka. Bagi Ibn Maskawaih, kebahagiaan itu bukan saja boleh dicapai
selepas mati tetapi di dunia ini. Kebahagiaan hanya boleh didapati dengan mencari
kebaikan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan di akhirat dicapai melalui kebahagiaan
di dunia. Ibn Maskawaih menambah lagi butir kebahagiaan itu bukan hanya sekadar
apa yang diberikan oleh Aristotle tetapi ditambah dengan mencapai 1. Kesihatan, 2).
Kekayaan 3) kemasyuran dan martabat 3) kejayaan dan 5) pemikiran baik. (M.M.
Shariff, 1994 473).
Bagi Thomes Hobbes (1588-1679), yang merupakan seorang ahli falsafah Barat
abad ke 16M melihat semua perbuatan manusia bertujuan untuk mendapatkan
kenikmatan dan keinginan berseronok serta menjadi motivasi utama yang
mendorong manusia melakukan sesuatu perbuatan.Hobbes juga berpendapat
bahawa yang dinamakan baik itu apabila memenuhi kehendak nafsu manusia. Ia
sama sekali tidak ada kaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agama atau
metafizik Setiap kebaikan mesti dikaitkan dengan kehendak seseorang. Pandangan
Hobbes ini dipengaruhi oleh etika Epiqurean.3.Etika Epiqurenisme juga melihat
bahawa manusia mencari kekayaan hidup, kemewahan harta benda tanpa melihat
cara bagaimana ia diperolehi. Diperolehi sama ada melalui cara halal atau haram.
Yang penting adalah nafsu ketamakan mereka dipenuhi. Pendekatan bergini selaras
dengan aliran Machievellisme yang terkenal dengan gagasan “the end justifies the
means” atau matlamat menghalalkan cara. (D.D Runes,1970,186, W.S.Shakian,
1968, 121-122).
Hobbes juga berpendapat bahawa manusia itu secara semulajadinya bersifat
mementingkan diri sendiri dan egoistic. Manusia hanya mengasihi dirinya sendiri,
dia hanya mengambil tahu hal orang lain jika orang tersebut memberikan kepadanya
kesenangan atau mengikut kemahuannya.(Rogers, 1971, 224).
Secara umumnya falsafah etika membincangkan:
3
Golongan epicurean merujuk kepada golongan mencari keseronokan jasmaniah. Keseronokan adalah
kegembiraan dan menanggapnya sebagai matlamat semula jadi dan rasional bagi kehidupan. (M.M.
Shariff, 1994, 100). Pengasas fahaman ini ilah Epiqurus yang hidup 17 tahun selepas kematian Aristotle.
19
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
1. Apakah nilai baik dan buruk?
2. Apakah yang membuat tindakan yang betul itu betul dan tindakan yang salah itu
salah?
3. Apakah nilai yang wajar yang diletakkan dalam hidup?
4. Apakah makna kebahagiaan?
2.2.2 Falsafah Alam Tabii (Kosmologi)
Tetapi selepas perkembangan itu, terdapat
juga
perkembangan-perkembangan
dimana
falsafah
penekanan
tidak
terhadap
lagi
soal
lain
memberi
kearifan
dan
kehidupan dan kebahagiaan manusia tetapi
lebih
kepada
philospophy).
alam
tabi‟i
Ahli-ahli
iaitu
(natural
falsafah
cuba
mendirikan teori masingmasing tentang apakah sifat alam tabi‟i atau alam semula
jadi ini. Itu menunjukkan peralihan focus daripada manusia kepada alam tabi‟i. Dan
wujud teori-teori falsafah yang mengisahkan tentang apakah sifat alam ini dan ini
termasuk dalam bidang metafizik dalam kajian falsafah iaitu cuba mengkaji
persoalan apakah bentuk realiti sebenar, apakah alam ini cuma bersifat material
ataupun mengandungi unsur-unsur lain yang real yang bukan bersifat material. Jadi,
ini semua adalah persoalan apakah hakikat yang terdapat dalam alam ini. Disitu kita
lihat persoalannya sudah beralih bukan kepada manusia tetapi kepada alam tabi‟i.
Ini adalah satu lagi bentuk falsafah dan apa dimaksudkan dengan falsafah.4
Falsafah kosmologi cuba memberi jawapan kepada beberapa persoalan:

Persoalan
tentang
asal
usul
alam
tabii,
apakah
sebab
utama,
apakah
kewujudannya. Apakah komponen ultimate material universal ini (atom atau
sebagainya?).

4
Apakah matlamat mutlak kewujudan alam ini.
Transkrip Kuliah Bersama Prof Hazim Shah ( Pensyarah UUM)
20
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa

nabilahazimoha@uitm.edu.my
Apakah hubungan alam tabii dengan metafizik/Tuhan
.
2.2.3 FALSAFAH INTELEKTUAL
Satu
lagi
perkara
yang
berlaku
dalam
perkembangan falsafah ialah wujudnya satu konsep
falsafah sebagai suatu aktiviti intelektual yang
mencari penyelesaian kepada masalah-masalah
falsafah. selain itu, falsafah telah beralih tumpuan
kepada suatu bidang yang bersifat akademik yang
cuma menghuraikan persoalan-persoalan intelektua
dengan penyelesaian-penyelesaian yang tertentu tanpa mengaitkan dengan kearifan
serta kehidupan manusia. Oleh yang demikian maka munculgerakan-gerakan baru
seperti positivism logical atau dikenali juga sebagai logical empiricism.
Gerakan ini secara ringkasnya yang mula bertapak di Vienna pada tahun 1920-an
membawa ideologi bahawa pengetahuan saintifik (scientific knowledge) adalah satusatunya pengetahuan yang sahih yang diterima serta mempercayai bahawa semua
doktrin metafizik ditolak kerana tidak mempunyai apa-apa makna. Disamping itu telah
timbul juga aliran dari falsafah analitik (Analytic philosophy) yang mana tumpuan
utamanya ialah menjelaskan makna ayat dan perkataan dari sudut fungsi bahasa.
Menurut Ludwig Wittgenstein iaitu salah seorang dari pelopor aliran ini menyatakan
bahawa “There are no real philosophical problems. There are only linguistic
misunderstanding that are construed as philosophical problems”
Falsafah Intelektual cuba menyelesaikan:


Apakah masalah falsafah tersebut
Apakah penyelesaian dan bentuk-bentuk penyelesaianya
21
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
2.2. ALIRAN ILMU FALSAFAH
Secara umumnya, aliran ilmu falsafah dibahagikan kepada dua, iaitu teoritikal dan
praktikal.
2.2.1 TEORITIKAL
Aliran falsafah teoritikal ini merujuk kepada persoalan-persoalan dasar yang
memerlukan satu usaha intelektual yang
persoalan
dasar
tersebut.
mendalam untuk menjawab persoalan-
Perbincangan
dan
perbahasan
dalam
aliran
ini
berkemungkinan tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang nyata tetapi ianya boleh
memuaskan intellectual curiosity atau keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara
yang dasar. Bidang seperti metafizik, logik dan epistemologi juga tergolong dalam
kategori ini. Antara persolan-persoalan yang timbul dalam bidang ini apakah yang
dimaksudkan dengan realiti? Serta apakah realiti perkara yang wujud itu? Ini
merupakan perkara yang dasar dan asas tentang hakikat kewujudan.
2.2.2 PRAKTIKAL
Falsafah praktikal adalah perhasilan perbincangan dalam mana-mana bidang falsafah
tersebut boleh digunakan dalam bidang-bidang tertentu. Antara bidang-bidang yang
boleh dikategorikan dalam falsafah praktikal ialah falsafah politik, falsafah ekonomi dan
falsafah
sosial.
Jadi
falsafah-falsafah
tersebut
dapat
dilihat
bahawa
ianya
mempersoalkan tentang sesuatubidang yang mempunyai aplikasi misalnya bidang
ekonomi. Falsafah ekonomi membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan
dasar mengenai ekonomi.
Contohnya apakah yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi (economic justice).
Jadi kalau hanya sebut tentang ekonomi, mungkin tidak ada aspek falsafah disitu.
Tetapi jika dimasukkan unsur keadilan, bagaimana kita boleh mencapai keadilan dalam
allocation of resources secara adil kepada semua lapisan masyarakat dan
sebagainyaini menimbulkan persoalan falsafah. Kerana apa? Kerana membincangkan
soal keadilan. Bagaimana keadilan itu boleh dipraktikkan dalam konteks ekonomi
22
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
khususnya dalam pembahagian sumber antara lapisan masyarakat yang berbeza-beza.
Tetapi hasil daripada pemikiran falsafah mengenai ekonomi atau melalui persoalan
economic justice tadi boleh digunapakai supaya dasar ekonomi itu akan lebih adil lagi
dalam pembahagian economic resources atau sumber ekonomi.
Jadi falsafah praktikal ini dapat menjadi panduan kepada kerajaan dalam membentuk
polisi-polisi yang lebih baik dalam pembahagian ekonomi negara dengan adil untuk
semua lapisan masyarakat.
Begitu juga dalam falsafah politik. Apakah yang dimaksudkan dengan government atau
konsep kerajaan? Apakah bentuk kerajaan yang baik? Apakah ciri-ciri good
governance? Semua ini hasil perbincangan falsafah dan boleh memberi hasil yang
praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada kerajaan tentang bagaimana untuk
mentadbir sesuatu negara itu dalam sistem kerajaan seperti demokrasi dan sebagainya
dengan sebaik mungkin supaya rakyat mendapat manfaat daripada sistem politik
yangdihasilkan melalui pemikiran falsfah dan melalui nasihat yang boleh diberikan oleh
ahli-ahli falsafah. Dalam sejarah falsafah pun kalau kita lihat dalam tulisan Plato
bukunya The Republic. Disitu dia menganjurkan satu masyarakat yang ideal, prinsipprinsip politik yang ideal yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesuatu pemerintah itu.
2.2.3 FALSAFAH BARU
Terdapat falsafah baru yang muncul iaitu falsafah teknologi dan falsafah alam sekitar
yang merupakan dua jenis falsafah yang relatively new secara relatifnya boleh
dianggap baru berbanding falsafah teoritikal, falsafah etika dan sebagainya. Falsafah
alam sekitar misalnya merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak
falsafah
mengenai
alam
sekitar.
Kenapa
persoalan
ini
wujud?
Salah satu sebab kenapa ia wujud ialah kerana adanya masalah-masalah alam sekitar
yang telah melanda manusia dan tamadun kita pada masa kini hingga mencetuskan
satu macam krisis yangdisebut sebagai ecological crisis.
Ini
mencetuskan
satu
pemikiran
baharu
dalam
kalangan
ahli
fikir
dan
ahli falsafah yang menimbulkan persoalan-persoalan seperti; apakah hubungan
manusia dengan alam sebenarnya? Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
23
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan
bagi kepentingan ekonominya bagi keselesaan atau
adakah alam ini sesuatu yang lebih dari sumber
ekonomi semata-mata? Jadi ini semua mempunyai
kesan terhadap cara kita berfikir tentang alam sekitar.
Misalnya kalau kita menganggap alam ini adalah
sesuatu yang merupakan tempat kita bernaung, tempat
kita mencari rezeki dan tempat kita menjalinkan hubungan yang harmoni antara
manusia dan manusia, manusia dan alam sekitar dan persekitarannya sudah tentulah
etika yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza. Kita akan lebih menjadi eco
friendly terhadap alam sekitar dan kita tidak melakukan sesuatu yang memusnahkan
alam sekitar seperti apa yang didapati pada hari ini.
Begitu
juga
dengan
falsafah
teknologi.
Kenapa
falsafah
teknologi
muncul?
Kemunculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya begitu pesat selepas
revolusi industri yang kedua diabad yang ke-19 kita ada banyak revolusi industri-industri
baru seperti teknologi pembuatan kereta,kapal terbang, telefon, television dan sekarang
ini internet dan sebagainya.
Jadi teknologi-teknologi tersebut mempunyai impak yang sangat besar terhadap
kehidupan manusia, sosial dan individu. Dan dengan itu memerlukan sesuatu pemikiran
yang dasar iaitu pemikiran falsafah tentang apakah yang dimaksudkan dengan
teknologi itu dan apakah hubungan teknologi
dengan manusia dan apakah sifat teknologi itu
sendiri dan sama ada teknologi itu boleh kita
anggap
sebagai
sambungan
kepada
diri
manusia itu (Is technology an extension of the
human itself?) ataupun teknologi itu dianggap
sebagai sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri seperti misalnya
teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun baru-baru ini teknologi
berasaskan artificial intelligence yang boleh menghasilkan robot-robot yang mungkin
mengambil alih kehidupan manusia suatu hari nanti. Jadi kita lihat betapa relevennya
24
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
falsafah teknologi kepada perkembangan- perkembangan pesat yang berlaku dalam
bidang teknologi yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap manusia dan
kemanusiaan itu sendiri.
2.4 KATEGORI ILMU FALSAFAH
Dibahagikan kepada empat iaitu ontology, kosmologi, epistemology dan aksiologi.
2.4.1 Ontologi
Ontologi terdiri dari dua suku kata, iaitu ontos dan logos. Ontos bererti sesuatu yang
berwujud dan logos bererti ilmu. Ontologi dapat diartikan sebagai ilmu atau teori tentang
wujud hakikat yang ada. Pada pandangan Barat, objek ilmu atau keilmuan merupakan
dunia empirik, iaitu dunia yang dapat dijangkau panca indera dan objek ilmu merupakan
pengalaman indrawi. Dengan kata lain, ontologi adalah ilmu yang mempelajari tentang
hakikat sesuatu yang berwujud dengan berdasarkan pada logika semata.5
Ini berbeza dengan ontology Islam yang mengaitkan hakikat yang wujud bukan sahaja
fizikal tetapi bersifat metafizik. Pekara metafizik telah diterangkan di dalam al-Quran
yang memberi panduan yang sangat jelas mengenainya. Dengan sebab itu, kefahaman
orang Islam mengenai persoalan metafizik telah dipandu secara jelas melalui sinaran
wahyu yang membolehkan umat Islam memahami dengan jelas penciptaan alam,
manusia dan sebagainya yang berpaksikan kepada tauhid.
2.4.2 Epistemologi
Epistemologi berasal dari bahasa Yunani iaitu episteme, yang berarti pengetahuan
(knowledge) dan logos yang berarti ilmu. Menurut erti katanya, epistemologi ialah ilmu
yang membahas masalah-masalah pengetahuan. Di dalam Webster New International
Dictionary, epistemologi diberi definisi sebagai berikut: Epistimology is the theory or
science the method and grounds of knowledge, especially with reference to its limits
5
https://kajianbudayablog.wordpress.com/2016/12/03/analisis-filsafat-ilmu-ontologi-epistemologi-aksiologi-danlogika-ilmu-pengetahuan/
25
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
and validity, ertinya Epistemologi adalah teori atau ilmu pengetahuan tentang metode
dan dasar-dasar pengetahuan, khususnya yang berhubungan dengan batas-batas
pengetahuan dan validitas atau berlakunya sebuah pengetahuan (Darwis. A.
Soelaiman, 2007).
Islam mempunyai epistemologinya sendiri. Ia bermula dengan pendefinisian makna
ilmu itu sendiri, perkaitan ilmu dengan Tuhan, ilmu adalah kebenaran, kesepaduan ilmu,
pembahagian ilmu, kaedah dan tujuan ilmu, sumber ilmu, susunan keutamaan ilmu dan
lain-lain.
2.4.3 Aksiologi
Aksiologi merupakan cabang filsafat ilmu yang membincangkan bagaimana manusia
menggunakan ilmunya. Pembahasan aksiologi menyangkut masalah nilai kegunaan
ilmu. Menurut Kattsoff (2004: 319), aksiologi sebagai ilmu pengetahuan yang
menyelediki hakekat nilai yang pada umumnya ditinjau dari sudut pandang
kefalsafahan.
Aksiologi Islam terpapar dalam ilmu logik atau mantiq, ilmu etika dan estetika.
Ilmu matiq ditakrifkan sebagai “sebagai peraturan-peraturan berfikir yang betul, melalui
kefahaman (inference) yang menghasilkan kesimpulan- kesimpulan yang benar dan
sahih, menjadi panduan kepada manusia dalam soal berfikir dan gerak daya yang
berkaitan dengannya. Ramai ilmuwan ulung telah menyumbang kepada bidang mantiq,
antaranya al-Kindi, Abu Bishr Matta b. Yunus, al-Qarani, Yahya Ibn Adi al-Nasrani, alFarabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Bihminyar dan al-Lawkari.6
Ilmu estetika
Estetika ialah ilmu yang membahaskan tentang falsafah seni, apa dan bagaimana
keindahan terbentuk dan dirasai. Estetika Islam berpaksikan tauhid. Justeru itu, karya
seni Islam mengukuhkan satu kesedaran tentang kewujudan transenden dan usaha
6
https://jurnalakademik.blogspot.com/2007/08/sejarah-ringkas-iimu-mantiq.html
26
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
untuk memenuhi perintah Tuhan yang merupakan raison d'etre dari kewujudannya.
Oleh itu,matlamat dan orientasi kesenian Islam tidak akan tercapai melalui cara
penggambaran manusia dan alam. Matlamat tersebut hanya boleh dicapai melalui
kontemplasi terhadap ciptaan-ciptaan artistik yang akan membawa deria rasa ke arah
Allah yang berbeza sama sekali dengan makhluk-Nya dan Dia tidak dapat diwakili
dan diterangkan (Al-Faruqi dan Lamya' al-Faruqi, 1992: 163). Tegasnya, Allah Yang
Maha Mutlak,
Transenden,
Maha Tunggal
dan
satu-satunya Tuhan merupakan
pusat dan inti kepada estetika Islam (Al-Faruqi, 1980: 43).
2.4.5 Kosmologi
2.4.5.1 Falsafah Alam Tabii Islam
Falsafah alam tabii Islam sentiasa menjadi cabang falsafah yang mendapat perhatian
khusus dalam kalangan ahli falsafah Islam. Pembahasan falsafah alam tabii Islam
banyak berpusat kepada kejadian alam ini yang tidak dapat dipisahkan dari Tuhan atau
Wujud Yang Haq. Ia sangat berkait rapat dengan metafizik, agama dan falsafah juga
sangat rapat dengan wahyu dan tauhid. Falsafah alam tabii banyak dibincangan oleh
ahli falsafah Islam seperti al-Biruni, Ibn-Sina, a- Farabi dan lain.(Seyyed Hossein Nasr,
1992). Contohnya, al-Kindi menyangkal pendapat Aristotle yang berpendapat bahawa
dunia ini abadi. Al-Kindi berpendapat, alam ini tidak abadi dan ada batasannya atau
finit bukan infiniti. Menurut al-Kindi, jasad fizikal terdiri daripada jirim, bentuk dan
bergerak dalam ruang serta masa. Jirim, bentuk, ruang, gerak dan masa terdapat
dalam setiap jasad fizikal. Disebabkan terikat dengan jasad jasmaniah, masa dan ruang
terhad, juga jasad jasmaniah terhad maka ia tidak boleh wujud kecuali dalam batasan.
Melalui premis pemikiran ini, al-Kindi membuat kesimpulan bahawa alam adalah
terbatas, maka ia tidak abadi. Hanya Allah sahaja Yang Abadi.(M.M.Shariff, 1994, 426427). Ahli falsafah Islam juga berpendapat bahawa alam ini adalah exnihilo iaitu dari
tiada kepada ada bukannya abadi.
Apakah pandangan Islam terhadap alam tabii?
Berbanding dengan agama-agama lain, Islam adalah satu agama yang mengambil
berat tentang alam tabii. Ini berdasarkan banyaknya ayat al-Qur'an yang menyentuh
27
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
persoalan alam tabii sama ada secara langsung atau tidak langsung. Menurut S.H.
Nasr pula, kosmologi atau alam tabii dalam tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dari
wahyu atau 'idea utama'. Sains kos¬mologi menjalinkan fenomena yang berbagai-bagai
dalam alam tabii ke dalam satu perancangan konseptual berkenaan kesemua yang
membayangkan prinsip-prinsip wahyu. Manifestasi akan terlihat dalam kesemua jalinan
kejadian yang serba terikat kepada wahyu. Doktrin tauhid atau prinsip kesatuan Tuhan
sebagai asas dalam teori alam tabii Islam. Prinsip ini membawa makna mendalam
bahawa tidak ada satu realitipun di luar dari Realiti Sebenar dan dengan itu menolak
apa sahaja Selain Allah sebagai Realiti sebenar. Doktrin ini tidak membayangkan
perhubungan jauhar diantara Tuhan dengan alam atau apa-apa pernyataan pantheisme
atau monisme, sebaliknya menyatakan bahawa tidak mungkin terdapat dua realiti yang
masing-masing bebas berdiri sendiri. Doktrin tauhid menjadi matlamat kepada semua
tujuan pemikiran sains tentang alam tabii Islam (S.H.Nasr, 1978: 4-5).
Dari perspektif Islam, alam adalah ciptaan dan anugerah Tuhan kepada manusia.
Sebagai ciptaan, alam tabii diasaskan kepada lima prinsip iaitu, profaniti, kemakhlukan,
ketertiban, bermatlamat dan ketundukan (al-Faruqi 1982:16). Melalui prinsip-prinsip ini,
Islam telah membangunkan teori alam tabiinya dan menjadi asas kepada sains tabii
Islam.
Keprofanan Alam Tabii
Dalam melihat keprofanan alam tabii, terdapat
dua kumpulan agama, iaitu agama
ketabi¬ian (Naturalis) seperti Taoisme, Buddha Mahayana , Hindu dan agama Kuno.
Kesemua agama-agama tersebut menganggap alam tabii sebagai suci. Manakala
kumpulan kedua pula ialah agama Transendensi (tanzih) seperti Budhha Hinayana,
Yahudi,Kristian dan Islam. Agama-agama ini pula menganggap alam tabii sebagai
profan. Kumpulan agama pertama berpendapat Tuhan dan alam hanya dapat
dibezakan dalam fikiran, tetapi pada hakikatnya mereka adalah satu dan sama. Jesteru
itu, mereka menganggap alam tabii adalah Tuhan (al-Faruqi 1982: 16). Agama
transendensi pula melihat alam tabii sebagai tidak memiliki sifat-sifat keajaiban dan
28
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
tidak pula mengerunkan. Jesteru itu, alam tabii adalah dirinya sendiri, bukan Tuhan dan
tidak suci (ibid.:17).
Islam tidak pernah mensucikan alam. Hal ini merupakan intisari dari maksud dua
kalimah syahadah yang dilmucapkan oleh tiap-tiap orang Islam. Oleh itu, mensu-cikan
alam bererti melakukan syirik kepada Tuhan. Perkara tersebut merupakan salah satu
dari dosa-dosa besar (QS, 43:15, 40: 66, 21:21)(ibid.:18-19). Apabila Tuhan dengan
alam dipisahkan, sihir, tahayul dan kepercayaan ruh dihapuskan melalui konsep tauhid,
maka tauhid akan menundukkan seluruh ciptaan kepada satu Tuhan yang Transenden.
Perkara ini akan memungkinkan ilmu kealaman dan tamadun berkembang di bawah
berkat
tasawur
Islam
dan
meninggalkan
untuk
selama-lamanya
pandangan
mensu¬cikan alam. Profanisasi alam adalah sine qua non atau syarat pokok kepada
ilmu kealaman berkembang. Penghapusan ruh-ruh, tahayul, misteri dari alam bukan
untuk mengeluarkan Tuhan dari alam, tetapi sebaliknya untuk menge-luarkan asumsi
tindakan Tuhan yang sewenang-wenang ke atas alam, kerana Tuhan mempunyai
undang-undang dan pola yang tetap dan Tuhan bukannya musuh alam tetapi
merupakan syarat kepada ilmu kealaman (al-Faruqi 1992: 52-53).
Islam hanya sebagai satu-satunya agama yang tulin memprofankan alam. Kristian dan
Yahudi walaupun diketogarikan di bawah agama trans¬enden dan tidak mensucikan
alam, tetapi kedua-dua agama ini tidak tulin dalam mempertahankan keprofanan alam.
Kepro¬fanan alam tabii dalam agama Yahudi terjejas ketulenannya
disebabkan
dakwaan mereka bahawa tuhan Elohim telah turun ke bumi, lalu berkahwin dengan
puteri-puteri manusia dan bero¬leh zuriat (Genesis: 6: 2,4). Agama Kristian juga sama
dengan Yahudi, disebabkan penjelmaan Tuhan dalam diri Isa, penjelmaan Isa sebagai
Tuhan dalam gereja, penjelmaan Tuhan ke dalam roti dan wain yang digunakan dalam
upacara Eucharist dan penjelmaan sesetengah unsur Tuhan ke dalam diri manusia
melalui
upacara
sacrament.
menunjukkan bahawa
Penjelmaan-penjelmaan
konsep profaniti
ini
adalah
bukti
untuk
agama Kristian terjejas, bahkan ia
menganugerahkan pula sifat kesucian kepada alam sama ada secara implisit atau
eksplisit di dalam kepercayaan agama mereka (al-Faruqi 1982:18).
29
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kemakhlukan Alam Tabii
Islam melihat alam tabii adalah makhluk Allah yang dijadikan dari tiada atau ex nihilo
melalui perintah Tuhan. Perbezaan antara Tuhan dengan alam adalah mutlak, tiada
pencipta lain melainkan Allah, sekiranya terdapat pencipta lain maka alam akan
menemui kemusnahan (lihat al-Qur'an 21: 22 dan 13: 16). Alam mempunyai sifat
kemakhlukan dan ia beroleh kewujudan dan kehilangannya tertakluk kepada segala
jenis kenisbian ruang dan waktu (al-Faruqi 1982:19). Konsep kemakhlukan alam
didukung bersama oleh agama Yahudi dan Kristian. Walau bagaimanapun konsep
tersebut telah dikeliru¬kan oleh ajaran-ajaran mereka yang lain, yang telah mencemarkan sifat transendensi Tuhan. Contohnya, iaitu pandangan Kristian terhadap Isa
yang mempunyai sifat kemanusiaan dan sekaligus mempunyai sifat ketuhanan.
Penegasan ini dilihat oleh al-Faruqi sebagai penegasan yang bertentangan dan saling
bercanggah. Ini menjejaskan kebenaran dan makna kedua-duanya. Yahudi pula dilihat
oleh telah mensejajarkan alam tabii dengan sifat keprofanannya, apabila
sifat
keprofanannya terjejas (seperti tuhan Elohim berkahwin dengan puteri-puteri manusia),
maka sifat kemakhlukannya juga sama-sama terjejas (ibid.).
Ketertiban alam tabii
Alam tabii juga adalah teratur dan bertertib. Keterti¬ban dan keteraturan alam
diperlihatkan melalui hukum kausal¬iti yang mendasari sesuatu kejadian. Sesuatu
kejadian menjadi sebab terjadinya satu peristiwa lain. Kejadian yang sama
menunjukkan sebab yang sama, manakala sebab-sebab yang sama menunjukkan
akibat yang sama juga (ibid.:20). Sifat tepat dari hukum kausaliti ini memungkinkan
lahirnya penyelidikan dan penemuan, seterusnya melahirkan pula ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan sebenarnya adalah pencarian kausal yang berulang-ulang dalam
alam, kerana kaitan kausal yang membentuk jalinan kausal dilmulang dalam jalinan
yang lain (al-Faruqi 1992:53).
Hukum kausaliti yang terdapat dalam alam berlaku dalam semua aspek dan bahagian
alam, sama ada yang berkaitan dengan material, ruang, biologi, fizik, estatika, sosial
dan semua realiti (al-Faruqi 1990:38).
Hukum sebab-akibat akan menjadikan alam
sebagai sebuah kosmos yang teratur dan tertib, bukannya kacau bilau (choas). prinsip
30
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
keteraturan alam mewajarkan kewujudan sains, kerana sains merupakan satu kegiatan
menemu dan mempastikan kebenaran hukum kausaliti tersebut berlaku dalam setiap
perkara di dalam alam ini (al-Faruqi 1982:23-24).
Ahli falsafah lampau amat menekankan hukum kausaliti dalam alam. Baginya, penafian
terhadap hukum kausaliti tersebut akan hanya memberi ruang kepada fahaman
kemetosan berkembang. Akibatnya, setiap perkara dan fenomena yang berlaku akan
dilihat sebagai satu sihir dan metos semata-mata. Pemikiran kemetosan tidak akan
dapat mengem¬bangkan sains. Perkara ini jelas berlaku kepada agama Kris-tian dan
Yahudi, walaupun tidak sepenuhnya, namun kedua-dua agama ini telah gagal
mengilhamkan atau menghasilkan sebarang bahan tentang sains tabii kerana
pandangan alam mereka yang pincang dan tercela. Berbeza dengan Islam, dalam
usianya yang masih muda, Islam telah menunjukkan minat dan keazaman yang luar
biasa untuk memperolehi segala ilmu pengetahuan yang pernah dihasilkan oleh
manusia. Sebaik sahaja Islam boleh berdikari, ia berjaya mengajak dan memimpin
orang-orang Yahudi dan Kristian berganding bahu dengannya dalam kegiatan keilmuan
(ibid.:24).
Konsep hukum kausaliti dalam Islam berbeza dengan Barat kerana ahli sains Barat
hanya menekankan keteraturan alam sebagai sifat semulajadi alam semata-mata,
tanpa keperluan merujuk kepada sifat ketuhanan atau keperluan kepada adanya
Pencipta alam sama sekali.Pandangan ini adalah tidak selari dengan pandangan alQur'an yang berpegang kepada konsep keteraturan alam, yang merujukkan sebab
keteraturan tersebut bersumber dari Allah dan ia wujud hasil dari kehendak-Nya (alFaruqi dan Lois Lamya' al-Faruqi, 1992:319-320).
Teleologi atau kematlamatan alam tabii
Tiap-tiap unsur yang ada di dalam alam ini dicipta dengan ketentuan dan tujuan tertentu
yang perlu dicapai. Menurut Ibnu Sina, alam tabii ialah satu jajahan dimana semua¬nya
bermakna dan bermatlamat dan Hikmah Pencipta terpapar dimana sahaja. Alam
semesta memaparkan tanda-tanda yang bertujuan untuk membawa manusia kepada
Yang Maha Baik dan dalam ketertiban kewujudannya yang hakiki. Matlamat dan tujuan
yang diingini oleh alam tabii adalah sentiasa ke arah kebaikan dan kesempurnaan dan
31
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
ini dicapai jika tidak ada sekatan atau halangan yang menganggu (umpamanya
kematian). Malah apa yang zahirnya sebagai suatu yang buruk, misalnya layunya
bunga, adalah untuk tujuan akhir yang lebih baik. (lihat, Seyyed Hossein Nasr,
1978:232.). Hal tersebut diperkuatkan dengan dalil al-Qur‟an yang bermaksud:
"Tuhan mencipta segala sesuatu dan menentukan baginya qadar (yakni sukatan dan
ukurannya) takdir, peranan dan matlamat¬nya (al-Qur'an 25: 2).
Matlamat setiap benda adalah sesuatu yang sudah sebati dengan sifatnya dan tidak
boleh dilmubah-ubah lagi (al-Qur'an 13: 9).
Matlamat tersebut ada yang nyata serta dapat diselidiki oleh orang ramai dan ada yang
tersembunyi, namun ia pasti wujud dalam setiap benda (al-Faruqi 1982:21). Prinsip
matlamat menyerap ke dalam seluruh alam ciptaan Tuhan tanpa pengecualiaan.
Sebarang kekecua¬liaan membawa makna Tuhan mempunyai pengetahuan yang
terba¬tas. Perkara ini merupakan penidakan akan kekuasaan dan keesaan Tuhan. AlQur'an menegaskan "kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa diantara
keduanya bukan denga sia-sia (bahkan) Kami telah mencipta kesemua itu dengan hak
untuk meleburkan kebatilan dan kefasikan dengan kebenaran dan kebaikan (al-Qur'an
44:38 dan 21: 16).
Dalil-dalil al-Qur'an sepertimana yang telah disebutkan merupakan asas kepada
pemikiran al-Faruqi untuk menyandarkan argumennya tentang kematlamatan alam.
Pengetahuan tentang kematlamatan alam tersebut baginya amat difahami dan diketahui oleh orang-orang Islam. Ia memberi kesan kepada keimanan mereka, semuanya
berlaku dengan kehendak Tuhan, dengan sebab itu, seorang muslim tidak melihat
perkara-perkara tersebut berlaku secara kebetulan dan ikutan secara membuta tuli.
Gempa bumi, wabak, musim kering dan bencana adalah sebaha¬gian dari kehendak
Tuhan. Walaupun ia menimbulkan trajedi dan menyakitkan, tetapi seorang muslim akan
32
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
menerimanya sebagai akibat yang ditimbulkan oleh Tuhan dan mengandungi hikmahhikmah tertentu. Perkara tersebut juga merupakan salah satu ujian daripada Tuhan
yang memerlukan kekuatan dan ketabahan iman untuk menghadapi ujian-ujian tersebut
(al-Faruqi, 1990: 40).
Ketundukan atau taskhir alam tabii
Alam ditentukan oleh Tuhan untuk tunduk kepada manu¬sia. Ketundukan tersebut
adalah untuk membantu manusia melakukan kebaikan dan dapat meningkatkan
ketakwaannya kepada Allah. Ini memberi makna bahawa alam dapat dibentuk atau
ditempa serta menerima kesan dari perbuatan manusia .Al-Qur'an menyebutkan
bahawa matahari, bintang, langit, bulan, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air dan
sebagainya adalah tunduk (taskhir) kepada manusia (Lihat al-Qur'an 13: 2, 31: 20, 22:
65). Ketetapan ini menunjukkan bahawa manusia berhak menggunakan alam mengikut
kehendaknya, ia boleh digunakan untuk memenuhi tujuan
hidup , keselesaan dan
hiburan manusia. Oleh itu , alam dijadikan Tuhan mengandungi keteraturan dan
ketertiban (al-Faruqi dan Lois Lamya' al-Faruqi,1992:316).
Walaupun alam telah ditetapkan oleh Tuhan untuk tunduk kepada manusia dan
manusia bebas melakukan apa sahaja ke atas mereka, namun ketetapan ini tidak
bererti manusia boleh bertindak sewenang-wenangnya ke atas alam sehingga
menganggu keseimbangan ekologi dan memusnahkan alam. Penggunaan alam harus
mengikut syarat-syarat berikut:
a. Manusia mesti menjaga alam yang dianugerahkan kepa¬danya dengan baik dan
tidak
boleh
merosakannya
atau
mengek¬sploitasinya
sehingga
menganggu
keseimbangan ekologi. Sebe¬lum manusia mati, mereka harus mengembalikan
amanah tersebut sepertimana mereka menerimanya.
33
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
b. Penggunaan alam diserahkan sepenuhnya kepada manusia mengikut kebijaksaan
mereka, alam boleh diselidiki dan dimanfaatkan untuk memenuhi tujuan kesenangan,
keselesaan dan untuk direnungkan.
c. Alam mesti digunakan mengikut piawian moral. Pencu¬rian, penipuan, monopoli,
pemupukan kekayaan, pemerasan ,egoisme, ketidakadilan terhadap keperluan orang
lain adalah dilarang keras oleh al-Qur'an (17:26, 17: 27, 6: 141).
d. Alam bukan sahaja untuk diselidiki bagi memahami pola-pola Tuhan dalam alam
seperti dalam ilmu kealaman, tetapi pola Tuhan adalah keindahan alam yang perlu disayangi oleh manusia (Lihat al-Faruqi, 1992: 57-59 dan al-Faruqi, 1980: 30-31).
Alam sebagai tanda kebesaran Tuhan
Sifat alam yang dijadikan oleh Tuhan sebagai mengkagum¬kan, sempurna, teratur,
jalinan kausal, teleologi, tunduk kepada manusia serta menjadi tanda kewujudan dan
kebesaran Tuhan adalah asas kepada minat yang mendalam orang-orang Islam
terhadap ilmu ketabiian. Ilmu ketabiian dalam sejarah slam telah menjadi hobi yang
meluas sama ada golongan miskin atau bangsawan. Menurut al-Faruqi, dorongan yang
telah diberikan oleh Islam terhadap penimbaan ilmu memecah¬kan monopoli pandetapandeta dan gereja-gereja serta menyebabkan gudang-gudang dan khazanah ilmu
terbuka kuncinya dan ilmu menjadi milik semua. Pemerintah Islam sanggup
menge¬luarkan berguni-guni emas untuk membeli sekeping manuskrip farmokologi
atau astronomi purba dari pemiliknya. Manakala seorang pencinta ilmu Islam sanggup
bermusafir beribu-ribu batu hanya untuk menyelesaikan satu masalah ilmu Hisab (alFaruqi dan Lois Lamya' al-Faruqi 1992, 321). Walau bagaiman¬pun tujuan akhir yang
perlu dicapai oleh muslim dalam pene¬rokaan dan pengkajiaannya terhadap alam tabii
adalah "... to make the necessery deduction, and thus to recognize, wor¬ship, and
34
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
serve Him", bukannya yang lambat dan jarang meneliti
"tanda-tanda" Allah serta
lambat pula mencapai kesimpulan.
2.5 Falsafah Islam
Kebanyakan tokoh-tokoh falsafah Islam menyesuaikan istilah falsafah dengan kata
„hikmah‟ sehingga kata „hakim‟ ditempatkan pada kata failasuf, namun demikian mereka
menegaskan bahawa kata hikmah itu berada di atas kata falsafah.
Secara jelas,
falsafah Islam adalah suatu ilmu yang disesuaikan dengan roh dan ajaran Islam dalam
membahas hakikat kebenaran segala sesuatu.
Falsafah Islam dilihat sebagai usaha untuk menterjemahkan pelbagai persoalan
metafizik yang terdapat dalam al-Quran yang disesuaikan dengan roh-roh Islam seperti
metafizik,epistemologi dan aksiologi.
Di alam Melayu, Islam telah membuka pentakrifan Melayu termasuk dalam hal yang
menjadi sumber falsafah Melayu. Islam telah mengalihkan pandangan orang Melayu
yang berlandaskan animisme iaitu kepercayaan kepada benda-benda lain (Awang,
2007).
Falsafah Islam dijadikan sebagai sumber falsafah Melayu. Prof Naquib Muhammad AlAttas, Islam telah mengalih paksi tamadun Melayu daripada Hindu-Buddha kepada
Islam. Islam telah meletakakan asas-asas falsafah yang jelas bagi bangsa Melayu
berbanding sebelum ini daripada aspek ketuhanan sehingga aspek-aspek kehidupan
seluruhnya (Awang, 2007).
Ontologi dalam falsafah Islam membincangkan persoalan mengenai metafizik
menguasai sebahagian besar daripada kandungan ayat-ayat al-Qur‟an. Falsafah Islam
memfokuskan daripada perbincangan mengenai akidah tauhid merangkumi perbahasan
mengenai hakikat ketuhanan, sehinggalah kepada perkara-perkara ghaibiyyat,
sam‟iyyat dan sebagainya.
Kosmologi dalam falsafah Islam merujuk kepada penyelidikan tentang alam semesta
dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang mana ia mempunyai ruang
lingkup yang sangat luas kerana alam semesta itu melibatkan langit, bintang-bintang,
35
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
bumi dan segala unsur yang berada dalam lingkungannya. Dalam al-Quran dan Hadiis
terdapat banyak ayat dan perbahasan berkaitan alam semesta yang menjadi panduan
kepada kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas
Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat
selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar
(untuk mencapai keredaanNya)?
Surah As-Sajadah: 4
Epistemologi dalam Islam ialah untuk mencari kebenaran hakiki, mendekatkan diri
kepada Allah SWT dan untuk mendapat keredhaanNya. Dalam Falsafah Islam, ilmu
wahyi merupakan sumber ilmu tertinggi iaitu Al-Quran dan Hadis. Ini berdasarkan
firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu, Yang telah menciptakan manusia
daripada seketul darah.”
(Surah al-‟Alaq : 1)
Aksiologi ialah nilai-nilai yang patut diamalkan berlandaskan Islam seperti ilmu logik
(mantiq), etika iaitu ilmu yang membahaskan apa yang seharusnya dilakukan oleh
manusia dan estetika iaitu ilmu yang membahaskan falsafah seni dan keindahan.
Kesimpulan
Oleh kerana falsafah bermatlamatkan kesempurnaan, keadilan dan kebahagiaan maka
seorang insan, kumpulan masyarakat atau warga dalam sesebuah negara akan
dibimbing dan dipandu ke arah matlamat tersebut jika mereka memiliki falsafah yang
tepat dengan maksud kehidupan.
Falsafah Islam perlu dihayati dengan sepenuhnya agar kita tidar keluar dari landasan
syariah dengan menghayati kebesaran ciptaan Tuhan serta beramalkan dengan
36
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
ilmuNya. Falsafah Islam tidak meletakkan unsur rasional semata-mata sebagai sumber
ilmu bahkan menitikberatkan sumber wahyu untuk mencari kebenaran. Inilah yang
menjadikan keistimewaan falsafah Islam dengan falsafah barat sebagaimana yang
diperkenalkan oleh Aristotle dan Plato. Penghayatan falsafah Islam ini sebagai jalan
untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Rujukan
1. Al-Quran
2. Awang Saripan, 2007, Falsafah dan Logikan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
3. Ab Latif Sulaiman, 1993, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
37
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 3
LOGIK DAN METODOLOGI
Logik merupakan satu kaedah untuk berfikir. Dalam konteks falsafah, berfikir
mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu iaitu dikaitkan dengan logik yang mana
merupakan satu lagi dalam cabang ilmu falsafah.
1.1
Definisi Etimogi dan Terminogi
Logika mula muncul dalam tradisi Yunani pada kira-kira 600 tahun sebelum Masihi.
Perkataan logika berasaskan kata logos dalam bahasa Yunani dan Latin yang bererti
“bererti ucapan dan perkataan”.Istilah ini mempunyai kaitan dengan istilah mantiq
dalam bahasa Arab yang berasal dari perkataan nataqa yang bererti “berkata dan
berucap” (Awang, 2007)
Secara etimologi perkataan logik berasal dari logos bermaksud kalimah, diskusi, akal,
peraturan dan taakul logik didefinisikan sebagai kajian prinsip-prinsip penaakulan yang
betul, perkataan yang benar/fikiran yang betul/benar. Manakala terminogi logik adalah
cabang falsafah dalam bahagian aksiologi yang mengkaji prinsip-prinsip penaaklulan
yang betul.
Logik merupakan satu kajian mengenai penghujahan atau dalam Bahasa Inggeris
dipanggil arguments. Logic is the study of arguments. Apakah sesuatu yang
dimaksudkan mengenai penghujahan (arguments)?. Ianya merupakan sesuatu yang
terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu pertama bahagian yang dipanggil premis.
Premis-premis ini menyokong apa yang dipanggil sebagai kesimpulan. Logik adalah
kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan dan sama ada kesimpulan itu
ditarik dengan secara betul ataupun dengan secara sah daripada premis-premis yang
dikemukakan.
38
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
3.2
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kepentingan Ilmu Logik
Ilmu logik dapat memberi manfaat dan kepentingan kepada seseorang antaranya ialah;
1. Penguasaan ilmu logik boleh membantu kita untuk mengenali dan dapat
mengelakkan sebarang kesilapan kerana berupaya berfikiran secara berkesan
tentang sesuatu perkara.
2. Kajian mengenai ilmu logik akan meningkatkan kuasa penaakulan seseorang.
Individu yang menguasai ilmu logik akan mempunyai teknik belajar untuk
membezakan antara hujah-hujah yang sah dan tidak sah, dan dapat
membezakan kepercayaan benar dengan yang palsu.
3.
Selain itu, seseorang juga lebih berupaya untuk mengesan kesilapan dalam
hujah-hujah orang lain.
4. Melatih, mendidik dan mengembangkan potensi akal dalam mengkaji objek
dengan menggunakan metodologi berfikir
5. Memelihara akal daripada kesalahan dalam berfikir serta jauh terpesong
daripada landasan agama. Dalam Islam adalah amat penting untuk menjaga akal
agar ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Menggunakan akal untuk
berfikir tentang kebesaran Tuhan dan kekuasaanNya adalah lebih baik daripada
menggunakan akal untuk tujuan cara yang salah.
6. Selain daripada itu, pemikiran logik juga boleh digunakan untuk menghasilkan
kajian-kajian seperti;
i.
Mencari perkaitan di antara sebab dan akibat dengan perkara-perkara
atau dengan peristiwa-peristiwa.
ii.
Membuat deduksi atau kesimpulan.
iii.
Mempertahankan, menyokong atau menolak sesuatu hujah, cadangan,
idea atau pandangan.
39
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
3.3 Klasifikasi Ilmu
3.3.1 Definisi
Ilmu: Makna ilmu mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah pengetahuan dalam perkara
dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Ilmu dan pengetahun mempunyai maksud yang
sama
Ilmu Naqli: Ilmu Naqli ialah ilmu bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah seperti akidah,
tafsir dan hadis.
Ilmu Aqli: Ilmu Aqli ialah ilmu bersumberkan olahan akal manusia seperti falsafah,
pengurusan, sains fizik, kimia dan kejuruteraan(Mahyuddin et al.2018).
3.3.2 Hubungan antara ilmu naqli dan aqli
Islam adalah agama yang lengkap yang mencakupi dalam perkara kehidupan duniawi
dan ukhrawi. Para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. khususnya Nabi
Muhammad s.a.w membawa ajaran yang holistik yang menggabungkan antara ilmu
Naqli dan Aqli. Umpamanya Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh dan ikutan dalam
komunikasi, perniagaan, pentadbiran negara dan lain-lain berlandaskan wahyu Ilahi.
3.3.3 Baitul Hikmah di Zaman Kerajaan Abbasiyyah
Kesepaduan antara ilmu Naqli dan Aqli dapat dilihat khususnya pada zaman Kerajaan
Abbasiyyah. Ketika di bawah pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan penggantinya
al-Ma'mun, ilmu Aqli yang berada di bawah naungan ilmu Naqli telah berkembang pesat
apabila tertubuhnya Baitul Hikmah. Baitul Hikmah berfungsi sebagai pusat ilmu dan
perpustakaan. Di situ para sarjana sering berkumpul untuk menterjemah dan berdiskusi
masalah ilmiah dan saintifik (A.I. Sholihin, 2013).
Hasil daripada kesepaduan antara ilmu Naqli dan Aqli, umat Islam mengecapi zaman
kegemilangannya yang hebat sehingga melangkau jauh ke era lain. Ia dapat dilihat
40
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
melalui
tokoh-tokoh
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang
wujud
dalam
pelbagai
bidang
ilmu
umpamanya:
1. Falsafah - Ibn Bajah, Ibn Rusyd, Ibn Tufail, Ibn Sina dan lain-lain.
2. Sejarah dan sosiologi - At-Tobari, al-Masu'udi, Ibn Khaldun, Ibn Hayyan al-Qurtubi,
ar Razi, Ibn al-Khatib, al-Athir dan lain-lain. Ibn Khaldun adalah pengasas kepada ilmu
Sosiologi.
3. Geografi pelayaran - Ar-Razi, Abu Ubaid al-Bakri, al-Idrisi, Ibn Jubir, Ibn Batuta dan
lain-lain. Al-Idrisi adalah orang yang pertama yang membina peta 'globe' yang kinimasih
tersimpan di Muzium Berlin.
4. Astronomi - Saad bin Arib, Abbas bin Furnas.
5. Kejuruteraan - Maslamah bin Abdullah al-A'rif, Ibn Haitham dan Muhammad al
Baghdadi
6. Matematik - Al-Hasan bin al-Haitham, Ibn Sina, al-Khawarizmi dan Ibn al-Banna'.
3.4 Hierarki Ilmu
Hierarki ilmu dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu ilmu wahyu, ilmu ilham dan
ilmu empirikal.
3.4.1 Ilmu Wahyu
Asal istilah “Wahyu” daripada perkataan bahasa Arab iaitu ‫ وحي‬. Dalam penggunaan
Arab perkataan ini memberi beberapa erti seperti: isyarat, ilham, nasihat, bimbingan,
panduan atau petunjuk, yang disampaikan ke dalam hati manusia. Kemudian dari erti
bahasa ini, para ulama memberi definisi “wahyu” dalam isltilah ulama Islam sebagai:
“pemberitahuan Allah SWT kepada seorang nabi tentang berita-berita ghaib, Syariah,
dan hukum tertentu.”(Maahad Ahmad et al, 2017). Dilihat definisi ini jelas bahawa
konsep “wahyu” dalam Islam padanya ada mempunyai dua unsur utamanya iaitu
a. Pemberi berita (Allah SWT)
b. Penerima berita (nabi)
41
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Wahyu merupakan sumber segala ilmu yang berasal daripada Allah Taala dan
disampaikan kepada manusia dengan pelbagai cara untuk memberi ilmu yang tinggi
melalui RasulNya. Wahyu dapat diturunkan dengan pelbagai cara iaitu;
a. Mimpi yang benar
b. Turunnya malaikat dan memasukkan ilmu kedalam hati tanpa dilihat
c. Malaikat menjelma menyerupai manusia-Malaikat datang dengan rupa seorang
lelaki dan bercakap dengan Baginda s.a.w mengenai Iman, Islam dan Ihsan
d. Mendengar kalam disebalik tabir@ hijab- Baginda s.a.w menerima perintah solat
lima waktu melalui peristiwa Israj dan Mikraj
Peranan wahyu dalam Islam
Allah SWT mengutuskan Rasul s.a.w untuk membawa Syariat Islam yang sejagat.
Pengutusan rasul ini adalah satu bukti yang jelas bahawa manusia dengan akal yang
dianugerahkan ini mempunyai batasan-batasan dan halangan-halangan yang tidak
boleh membezakan baik dan buruk secara mutlak tanpa berpandukan wahyu ilahi.
tambahan pula akal manusia boleh terpengaruh dengan bi‟ah dan suasana sekeliling,
kerana itu kita dapat lihat akal manusia berbeza dari seorang ke seorang yang lain
(Maahad Ahmad et al, 2017).
Wahyu merupakan satu sumber dan panduan dasar bernilai kepada setiap individu dan
masyarakat seluruhnya, maka sebarang pemikiran manusia walau sejauhmana
kebijaksanaannya tetapi bertentang dengan ajaran wahyu dianggap salah dan wajib
diperbetulkan. Sumber pensyariatan yang telah disepakati oleh ulama Islam, bahkan
Umat Islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini ialah Al-Quran dan AlSunnah.
Al Quran sebagai kata-kata Allah SWT (kalamullah) yang mempunyai mukjizat tidak
boleh ditandingi oleh manusia dan diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril dan disampaikan kepada umat Nabi
Muhammad dengan cara mutawatir, yang bersifat pasti dan ilmu yang meyakinkan
serta menduduki martabat tertinggi.
42
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Manakala , Hadis merupakan segala bentuk yang datang dari Nabi Muhammad SAW
baik berupa perkataan, perbuatan, mahupun ketetapan (taqrir)
AlQuran
Hadis
Kalamullah yang
mempunyai
mukjizat
Semua perkataan,
perbuatan dan juga
ketetapan
Diturunkan kepada
Nabi Muhammad
s.a.w, secara
beransur-ansur
Disandarkan kepada
Nabi Muhammad
s.a.w
3.4.2 Ilmu Ilham
Ilham adalah satu tanggapan emosi secara langsung yang terbit di dalam hati manusia.
Bahkan juga ilmu juga merupakan petunjuk daripada Allah swt kerana
Allah
memasukkan ilmu terus ke dalam hati seseorang yang dikasihiNya seperti para ulama,
orang soleh dan sebagainya.
Perkataan wahyu juga ada disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah swt
yang bermaksud;
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu,
jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),
maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan
janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita;
sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan
melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.”
43
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Surah al-Qasas: 7
Begitu juga dalam firman Allah swt yang bermaksud :
“ Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau
membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan
juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”
Surah al-Nahl: 68
Ilham juga sebagai suatu yang kashf iatu seseorang yang nampak atau mengetahui
seseorang yang tidak diketahui oleh orang lain tanpa belajar. Ilmu ini hanya berlaku
pada manusia yang bersih dirinya (zahir dan batin) serta mengawal nafsu dan tidak
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt.
44
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
3.4.3 Ilmu Empirikal
Perkataan empirikal dalam Kamus Dewan ialah pemerhatian ataupun eksperimen. Ilmu
empirikal ialah ilmu berdasarkan kepada fakta-fakta yang ditanggapi oleh pancaindera
zahir seperti sains, geografi, matematik, sejarah dan sebagainya.
Melalui ilmu ini, peranan akal digunakan untuk membuat rumusan terhadap fakta-fakta
yang diperolehi tersebut. Ilmu ini terletak pada keupayaan pancaindera memikir,
membuat ujikaji dan membuat kesimpulan.
Ilmu empirikal menurut Islam mestilah ditunjangi berasaskan kepada tauhid dalam
memelihara akidah umatnya. Hal ini kerana segala teori dan penemuan yang dijumpai
mestilah dikaitkan dengan Tuhan sebagai Pencipta Alam seperti kejadian siang dan
malam, tarikan graviti ataupun juga kelajuan ombak di laut.
3.5 Logik dan Penghujjahan
Logik deduktif ialah kaedah berfikir daripada umum kepada yang
khusus. Kaedah ini menggunakan sesuatu teori bagi memahami
sesuatu kes tertentu. Dengan menggunakan pemikiran deduktif ini,
seseorang akan membuat kesimpulan berdasarkan premis yang
asal. Sekiranya premis kita gunakan benar, maka kesimpulan kita
menjadi betul dan sebaliknya. Kaedah deduktif menjadikan
seseorang terbelenggu kepada teori-teori yang sedia ada dan
menghalang seseorang mencipta prinsip umum yang baru. Keadaan ini menyebabkan
seseorang tidak dapat menghasilkan kemajuan besar dalam penemuan sains dan
teknologi( Seiva.2015).
Contohnya dalam logik deduktif ialah terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih
premis yang mana kesimpulannya akan ditarik. Dalam premis yang pertama biasanya
wujud satu penyataan yang umum ataupun universal argument dan di dalam premis
45
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
kedua tidak semestinya satu universal atau bersifat umum tetapi lebih kepada
penyataan yang bersifat khusus.
Contoh:
Premis 1: Semua manusia mempunyai jantung
Premis 2 : Ali ialah seorang manusia
Kesimpulan: Ali juga mempunyai jantung
Jadi disini dapat dilihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua manusia mempunyai
jantung” dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga
seorang manusia” maka
kesimpulan yang boleh dibuat bahawa “Ali semestinya
mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika kenyataan yang menyatakan bahawa
“semua manusia itu mempunyai jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali ialah
seorang manusia” adalah benar, maka kesimpulan yang dibuat tidak boleh lari bahawa
“Ali juga mempunyai jantung”.
Logik Induktif ialah kaedah berfikir daripada khusus kepada yang umum. Kaedah ini
melihat kes-kes tertentu kepada prinsip-prinsip umum dan menghasilkan teori
berdasarkan fakta-fakta. Dengan pemikiran induktif, seseorang berfikir dengan melihat
dan menganalisis data yang sedia ada, sebelum membuat hipotesis untuk
menerangkan perkaitan antara data-data yang sedia ada (Seiva.2015). Kaedah induktif
bersifat lebih produktif kerana dapat menerbitkan prinsip dan teori baru.
Logik induktif sedikit berbeza dengan deduktif. Logik induktif tidak semestinya
mempunyai dua premis, hanya memadai dengan satu premis dan ianya tidak
mempunyai kriteria ataupun sifat yang sama seperti dalam logic deduktif. Ini adalah
kerana dalam logik induktif bahawa sekiranya premis ataupun premis-premis ini betul,
ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya betul, berbeza
daripada logik deduktif tadi .
46
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Contoh;
Premis 1: Ali seorang datuk yang berkepala botak
Premis 2: Ahmad seorang datuk yang berkepala botak
Kesimpulan: Semua datuk berkepala botak.
Berdasarkan contoh tersebut, terdapat dua premis yang memberikan
ayat yang berupa ayat khusus iaitu pada premis pertama dan kedua.
Maka kesimpulan umum dibuat berdasarkan pada premis-premis yang
khusus yang ditarik satu kesimpulan umum mengenai datuk-datuk
berkepala botak. Namun begitu, dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat
didalam kesimpuan itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya benar dan
ini adalah kerana mungkin ada datuk-datuk yang mempunyai cucu maksudnya yang
masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala botak.
Jadi, jika ada datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah
tentulah bermakna bahawa kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk
mempunyai kepala botak itu adalah tidak benar (palsu) dan ini juga adalah satu sifat
logik induktif yang mana dari premis-premis yang benar dapat menarik kesimpulan
umum yang tidak semestinya benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang
telah diberi itu.
Abduksi (Abduction)
Salah satu kaedah berfikir yang lain ialah abduksi atau abduction juga disebut sebagai
inference to the best explanation. Apa yang terdapat disini ialah berlakunya sesuatu
fenomena itu dan dari situ kita cuba menyimpulkan apakah yang berlaku sebelum
wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena tadi wujud.
Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik
berdasarkan kepada fenomena yang wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir
secara ke belakang ataupun thinking backwards. Contoh yang mudah, kita melihat
sesuatu fenomena seperti kita memerhatikan salah satu kaedah berfikir yang lain ialah
abduksi atau abduction juga disebut sebagai inference to the best explanation. Apa
47
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang terdapat disini ialah berlakunya sesuatu fenomena itu dan dari situ kita cuba
menyimpulkan apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh
menjelaskan kenapa fenomena tadi wujud
kereta
yang
bergerak
di
jalan
raya
dan kita timbulkan soalan, bagaimanakah
keadaan ini boleh berlaku? Apakah yang
menyebabkan kereta itu bergerak? Apakah
yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun
keadaan yang mesti ada untuk membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi
berlaku. Disitu kita fikir ke belakang dan tanyakan apakah syarat-syarat yang perlu
dipenuhi ataupun yang wujud sebelum kita boleh melihat fenomena itu berlaku
fenomena kereta bergerak. Kita boleh fikirkan tentang syarat-syarat seperti pertamanya
kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang mencukupi kerana kereta
tak mungkin bergerak tanpa adanya petrol didalam tangki minyak. Yang kedua kita
boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta tersebut yang
membolehkan kereta itu bergerak.
Selain itu juga, kita juga dapat menyimpulkan bahawa mungkin terdapat empat tayar
yang berfungsi dengan baik kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik iaitu kalau
ada tayar yang pancit misalnya maka kereta itu mungkin sukar untuk bergerak. Jadi dari
satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang bergerak kita boleh
menyimpulkan perkara-perkara yang tidak kita lihat dengan mata kita sendiri tetapi kita
boleh buat satu macam pentakulan ataupun inferens dengan memikir ke belakang
dengan cara bertanyakan apakah syarat-syarat yang perlu ada sebelum kereta itu
boleh bergerak. Kita sudah dapat mengetahui tentang benda-benda yang kita tidak lihat
dengan memeriksa keadaan kereta itu tetapi secara logiknya kita kata mesti wujud
kerana kalau misalnya kereta itu tidak ada pemandu atau kereta itu tidak ada minyak
ataupun semua tayarnya pancit maka mustahil kereta itu dapat bergerak di jalan raya.
Jadi cara berfikir begini dipanggil abduction ataupun memikirkan tentang apakah
keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang kelihatan itu wujud.
48
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Logik Moden
Logik moden muncul pada zaman era sains moden dengan mengguna pakai metod
induksi sebagai metodologi asas. Ia menggunakan penaakulan secara induksi iaitu
daripada kes-kes khusus sehingga membuat penghasilan secara umum. Metod kajian
induksi ini adalah dalam bentuk mengkaji sebahagian fakta atau sampel-sampel
tertentu sahaja yang boleh dikaji. Kemudia, hasil dapatan kajian ini dijadikan sebagai
kesimpulan secara menyeluruh meliputi objek-objek yang dikaji atau tidak dikaji.
Sehingga
kini,
kebanyakkan
kajian
atau
penyelidikan
yang
dibuat
banyak
menggunapakai kaedah induksi dalam penghasilan kesimpulan secara umum daripada
sampel-sampel atau data-data yang dibuat secara khusus. Bahkan juga penghasilan
bidang-bidang kajian yang yang baru hasil dari kaedah induksi juga dapat
menghasilkan penemuan-penemuan dan teori-teori yang baru.
3.6 Falasi
Falasi itu merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik
teknik berfikir seperti logik deduktif,logik induktif dan lain-lain lagi.
Jadi, umumnya falasi ini merujuk kepada kesilapan
didalam mengunakan kaedah-kaedah berfikir tersebut
dimana dalam logik diduktif dan induktif telah menarik
kesimpulan dengan secara tidak sah daripada
premis-premis
implikasi
ataupun
menarik
kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis
tersebut.
Falasi bereti hujahan falsu
yang digunakan untuk
mengelirukan orang atau
mempengaruhi orang
untukk mempercayainya
sebagai benar ataupun sah.
Ia berasal dari perkataan
fallo bererti “ saya penipu”
Falasi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
falasi kerelevanan iaitu hujahan yang mana premispremisnya tidak relevan secara logik dan juga falasi .
Falasi Kerelevanan (fallacy of relevance)
1. Falasi penyimpulan tidak relevan
49
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my

penyimpulan yang dilakukan menyimpan daripada tujuan dan matlamat.

Contoh: masalah penggangguran adalah disebabkan masalah ekonomi
dunia. Masalah ekonomi dunia memang ada kaitan dengan isu
pengganguran tetapi bukan penyimpulan yang sah untuk mengkaitan
ekonomi dunia dengan isu penggangguran.
2. Falasi yang bersandarkan kekuatan
 Kuasa, kekuatan, sokongan dan sebagainya digunakan untuk sandaran
hujahan bukan berdasarkan hujahan logik.
 Contoh: hujahan menuntut kenaikan gaji berdasakan sokongan daripada
majoriti pekerja bukannya mengambil kira keperluan semasa atau
kebajikan pekerja.
3. Falasi serangan peribadi
 Melibatkan hujahan kepada isu peribadi
 Contoh: pendapat bahawa orang yang baik ialah orang tidak banyak
bercakap dan selalu menyetujui apa-apa sahaja.
Contoh lain: pendapat Ali benar disebabkan cara pemakaiannya yang baik
4. Falasi serangan situasi peribadi
 Berkaitan serangan kedudukan peribadi seseorang, bukan pendapat atau
pendiriannya
 Contohnya menolak pandangan atau pendapat daripada individu bukan
daripada ideologi pemikiran yang sama
5. Falasi Kejahilan
 Hujahan ini jenis dianggap seolah-olah betul hanya kerana pihak satu lagi
tidak berjaya membuktikannya salah, mungkin disebabkan kejahilan atau
kelemahannya.
 Contohnya oleh kerana Ali tidak dapat membuktikan Tuhan itu wujud,
maka dibuat kesimpulan Tuhan adalah tidak wujud.
6. Falasi menagih simpati
 Hujahan ini bukan berasaskan logik atau fakta tetapi untuk menagihkan
simpati orang lain
 Contohnya, seseorang yang bersalah dipertahankan disebabkan
disebakan faktor usia/tua atau anak yatim
50
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
7. Falasi menagih sokongan popular
 Hujahan jenis ini tidak berdasarkan rasioanal atau fakta tetapi disebabkan
emosi atau sentiment untuk memperoleh sokongan media
 Contohnya gesaan untuk menyokong sesuatu projek semata-mata kerana
projek dirancang oleh pemerintah walaupun tidak menguntungkan rakyat.
8. Falasi rujukan kepada autoriti
 Hujahan jenis ini tidak disandarkan kepada logik akal tetapi disebabkan
pengaruh atau kuasa tertentu
 Contohnya, apabila orang yang berpengaruh atau berkuasa membuat
sesuatu keputusan, maka keputusan yang dibuat dianggap betul
9. Falasi menolak akibat kerana sebabnya tidak berlaku
 Hujahan ini mengandaikan sesuatu fenomena tidak akan terjadi jika tiada
sebab yang lazim akan berlaku
 Contohnya, andainya kebiasaanya jika cuaca tidak mendung maka hujan
tidak akan turun
10. Falasi jamak soalan
 Muncul disebabkan terdapat lebih dari satu soalan yang tidak dapat
dijawab “ya” atau “tidak”
 Contohnya adakah Malaysia dianggap sebagai negara sekular sedangkan
agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub sebagai
agama rasmi tetapi pada masa yang sama undang-undang yang
diamalkan berasakan Common Law Inggeris?
Falasi Ketaksaan (Fallacy of ambiguity)
1. Falasi ekuivokasi
 Sesuatu istilah atau ungkapan yang berlainan ertinya apabila digunakan
mungkin menimbulkan falasi taksaan.
 Contoh:
a. Alam yang terbentang luas merupakan tanda keperkasaan Tuhan.
b. Alam pemikiran orang Islam berpaksikan kepada keperkasaan Tuhan
yang satu
Kata alam dalam dua ayat di atas digunakan dalam konteks makna yang
berlainan dan mungkin menimbulkan kesamaran jika tidak difahami
2. Falasi ambifoli
 Falasi ini timbul apabila pelbagai tafsiran makna lebih daripada satu
51
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa

nabilahazimoha@uitm.edu.my
Contohnya drama kejar-mengejar antara polis dan penjenayah berlaku
antara satu jam. Fakta itu mungkin betul jika benar benar polis dan
penjenayah saling berkejaran, namun kemungkinan diragui kerana
menurut etika polis tidak boleh polis lari dikejar oleh penjenayah.
3. Falasi tekanan suara yang berlainan
 Mungkin timbul apabila tekanan suara atau intonasi menimbulkan tafsiran
makna yang berlainan
 Contohnya ayat “ Pergilah” dengan intonasi tertentu bereri suruhan namun
dengan intonasi lain mungkin bergambarkan merajuk
4. Falasi komposisi atau percamtunan fakta
 Terjadi apabila dua atau lebih daripada dua proposisi tidak dilihat sebagai
suatu panduan
 Contohnya Amerika mula meragui kegagalan misinya di Iraq tetapi
menekankan perlunya Iraq diselamatkan daripada pemerintahan yang
kacau
5. Falasi pembahagian fakta
 Terjadi apabila suatu fakta terpencil daripada fakta yang bersifat kolektif
 Contohnya Komunis tidak percaya kepada Tuhan, maka semua rakyat di
negara komunis adalah golongan atheis
6. Falasi Hujahan Berputar
 Terjadi apabila penyimpulan daripada satu premis kemudian dijadikan
pula premis untuk membuat penyimpulan yang merupakan premis
pertama tadi
7. Falasi generalisasi
 Falasi dapat terjadi juga daripada generalisasi yang tidak tepat
 Contohnya Oleh sebab harga minyak naik maka harga barang lain pula
perlu dinaikkan kerana semua pengedaran barang melibatkan
penggunaan minyak untuk pengangkutan.
52
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
3.8 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, konsep ilmu logik dan penghujjan amat penting dalam
membantu kehidupan manusia seharian seperti membuat keputusan dan penyelesaian
masalah. Kaedah ini juga dapat memandu manusia daripada membuat kesalahankesalahan berfikir serta boleh merosakkan akal.
Bahkan dalam memperoleh ilmu pengetahuan yang seimbang, iaitu yang mengintegrasi
antara ilmu naqli (ilmu agama) dan ilmu „aqli (ilmu moden) akan memperlihatkan
kepada mereka yang berakal, satu konsep yang jelas dan pemahaman yang baik
tentang ajaran agama.
Kegagalan seseorang untuk mengakui kepentingan dan kaitan antara elemen ilmu, akal
dan agama akan membawa kepada penyelewengan dalam tingkah laku dan amalan,
serta kegagalan memahami peranannya yang sebenar terhadap agama, bangsa dan
negara.
Dalam mendepani cabaran abad ke-21 ini, integrasi ilmu naqli dan ilmu „aqli adalah
masih relevan dalam mendepani arus kemajuan hari ini yang berteraskan sains dan
teknologi. Integrasi ilmu dalam ruang lingkup satu disiplin, pelbagai disiplin dan trans
disiplin adalah satu perkara yang perlu dibuat kajian lanjut untuk menjelaskan keperluan
integrasi ilmu yang sebenar
Rujukan;
1. Al-Quran
2. Awang Saripan, 2007, Falsafah dan Logika Melayu, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Univerisiti Melayu
3. Mahyuddin Hashim et al, 2018, Konsep Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli Dan
Perbandinganya dengan Islamisasi, Journal of Quran Sunnah Education and
Special Needs, vol 2.
4. Mahad Ahmad et al, 2017, Antara Akal dan Wahyu Dari Perspektif Islam, dalam
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali-2, anjuran KUIS
5. Seiva Subramanian a/l Ramiah, 2015, Pemikiran Masyarakat Tamil Awal dalam
Kesusasteraan Tamil Klasik, Phd Tesis, Universiti Malaya.
6. Transkrip Kuliah ke-3 bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
53
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 4
KONSEP INSAN DARI PERSEPKTIF FALSAFAH
Setiap kurun masa dalam sejarah umat manusia pasti akan terdapat usaha manusia
untuk memahami tentang hakikat dirinya sendiri. Mereka gigih berusaha untuk
menjawab pertanyaan siapakah manusia. Ia adalah langkah awal dari usaha untuk
mencari sebuah jawapan yang konklusif berkaitan dengan persoalan kehidupan.
Malahan, sesebuah peradaban manusia juga dibangunkan berdasarkan kepada
pemahaman tentang manusia. Selain itu, erti manusia dalam sistem berfikir seseorang
pemikir juga akan menentukan gaya pemikirannya (Kamal Azmi et al, 2014).
4.1 Asal Usul Manusia
Kata Insan yang berasal dari kata al-Uns dinyatakan dalam al-Qur‟an sebanyak 65 kali
dalam 43 surah. Insan dalam istilah ini secara etimologi bermaksud harmonis, lemah
lembut, tampak atau pelupa.
Kata insan digunakan dalam al-Qur‟an untuk menunjuk kepada manusia dengan jiwa
dan raganya. Kata ini dinyatakan dalam al-Qur‟an sebanyak 73 kali. Di antaranya
terdapat dalam firman Allah swt yang bermaksud:
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu,
kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
Surah An-Nisa : 28
Insan Menurut Ahli Falsafah Barat
Konsep insan bagi pandangan falsafah barat dapat dilihat kepada dua bahagian iaitu
manusia ialah makhluk homo sapian (makhluk yang mempunyai budi) berdasarkan teori
darwin dan manusia ialah haiwan yang berfikir (animal rational).
Hal ini dapat dilihat dalam pemikiran ahli Falsafah Greek yang masyhur iaitu Aristotle.
Dimana beliau menganggap bahawa manusia itu mempunyai ciri atau sifat utamanya
iaitu pemikirannya yang rasional ataupun akal fikiran yang rasional. Jadi, disebut
bahawa mengikut Aristotle dalam Bahasa Inggeris, man is a rational animal. Manusia
54
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
adalah insan ataupun kejadian yang berfikir. Manusia adalah kehidupan yang berfikir.
Man is a rational being; a man is a rational animal.
Jadi, pemikiran rasional menjadi ciri utama kemanusiaan ataupun seseorang insan itu.
Ini
membezakannya
dari
haiwan
atau
umpamanya
ataupun daripada alam jasad yang tidak bernyawa.
Kebolehan berfikir secara rasional ini dikatakan suatu
keistimewaan yang dipunyai oleh manusia yang tidak
dipunyai oleh kewujudan-kewujudan yang lain.
Ini dikritik oleh sesetengah pihak dalam kalangan ahli
Falsafah Barat itu sendiri, dimana mereka melihat ini
sebagai suatu penumpuan yang agak berat sebelah terhadap sifat intelektual manusia
iaitu apa yang dikatakan Logosentrisme. Logosentrisme itu bermaksud berpusatkan
kepada akal fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata.
Namun begitu konsep insan atau manusia sebagaimana yang dikemukakan oleh
Aristotle tersebut bercanggah dengan dengan fahaman dan falsafah barat yang lain
iaitu seperti Friendrish Nietzsche (ahli falsafah Jerman), golongan falsafah Counter
Enlightment(yang muncul pada abad ke 18 dan 19), dan fahaman Existentialism
(falsafah moden).
Friendrish
Nietzsche
• Konsep insan berteraskan kepada emosi
yang mungkin tidak bersifat rasional
Golongan Counter
Enlightment
• Konsep insan menekankan kepada aspekaspek emosi dan intuitif dalam kehidupan
dan sifat insan
Fahaman
Existentialism
• Manusia dilahirkan tanpa pandua apa-apa,
tanpa sifat kerohanian yang semulajadi
(dilahirkan sebagai manusia bogel)
55
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
4.2 Hakikat Insan
Kejadian Insan Menurut Islam
Al-Quran telah merakamkan proses kejadian manusia. Walaupun ianya dinyatakan
secara ringkas, ia adalah memadai untuk manusia memahami asal kejadiannya.
Terdapat dua bentuk kejadian manusia yang dibincangkan iaitu; manusia pertama
diciptakan oleh Allah swt daripada tanah iaitu penciptaan Nabi Adam a.s. dan proses
kejadian manusia di dalam perut ibunya. Manusia dalam Islam bukanlah ciptaan yang
hanya mempunyai elemen material semata-mata sebaliknya juga dilengkapi dengan
elemen ruh atau spiritual. Ruh adalah tiupan ruh Allah swt yang tidak mungkin dapat
dicapai dengan akal, walaupun akal yang dimiliki oleh manusia memiliki potensi besar
dalam mencapai puncak ilmu pengetahuan ( Kamal Azmi et al 2014)
Ini disebakan ruh adalah sesuatu yang ghaib yang menjadi petunjuk bagi jiwa dan
sumber kepada kesadaran akal manusia. Penciptaan manusia dengan ruh adalah
sebahagian daripada bukti Kekuasaan Allah. Islam juga telah mengisyaratkan tentang
kesempurnaan diri manusia. Oleh itu, manusia adalah ciptaan paling sempurna kerana
mempunyai ruh dan jasad, diberikan pancaindera yang menghubungkannya dengan
dunia luar, mempunyai nafsu sebagai pendorong memperlengkapi keperluan hidup dan
mengekalkan jenisnya, mempunyai akal untuk berfikir, mempunyai hati untuk merasa
dan seterusnya dapat membezakan antara yang baik dan buruk (Kamal Azmi et al,
2014).
Proses kejadian manusia menurut Islam
Nutfah
‘Alaqah
Mudghah
Nafkhur
Ruh
Tulang
‘izham &
lahm
56
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kejadian Insan menurut Perspektif Sains
Matlamat Penciptaan Insan
Pandangan Islam
Konsep insan didalam agama Islam menekankan bahawa kita tidak boleh meleraikan
hubungan diantara manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam dan jadikan
konsep insan itu sebagai sesuatu yang berdiri sendiri itu harus difahami. Jadi kalau lihat
dari sudut itu, kita akan faham bahawa dalam Islam manusia itu adalah hamba kepada
tuhan; man is a servant of God dan konsep hamba itu
bermaksud ataupun
membawakan konotasi bahawa ianya tidak bebas kerana hubungan diantara hamba
dan Tuhannya adalah suatu hubungan yang boleh kita katakan sebagai berat sebelah
dalam erti kata bahawa manusia harus patuh kepada tuannya iaitu Tuhan. Jadi sebagai
hamba dia tidak boleh melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh tuannya.
Sebagai hamba dia mesti mengikut apakah
yang telah ditentukan ataupun apakah
hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Tuhan. Ini adalah konsep manusia sebagai
hamba Tuhan; man is a servant of God.
Firman Allah swt yang bermaksud:
57
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku „
(al-Zariyat: 56).
Satu lagi konsep yang terdapat dalam fahaman Islam ialah manusia ialah khalifah
Tuhan di muka bumi ini. Jadi sebagai khalifah dia cuma berfungsi dan berperanan
sebagai wakil Tuhan dimana Tuhan itu adalah tuannya dan dia cuma menjalankan
amanah dimuka bumi ini dengan memikul tanggungjawab sebagai pemegang amanah
tidak lebih dari itu. Hal ini bermaksud bahawa dia tidak boleh bertindak ke atas alam
tabi‟i ini dengan sesuka hatinya ataupun sewenang-wenangnya kerana sebagai
pemegang-pemegang amanah dia harus akur akan apakah yang dikehendaki oleh
Tuhan untuk manusia itulakukan dimuka bumi ini.
Jadi terdapat kekangan-kekangan yang jelas dalam peranan manusia itu sebagai
khalifah di muka bumi ini. Contohnya tentang bagaimana manusia itu harus bertindak
terhadap alam sekitar. Jadi di sini sebagai wakil Tuhan dimuka bumi, dia haruslah
menjaga alam sekitar itu kerana alam sekitar itu cuma sesuatu yang dipinjamkan
ataupun yang diamanahkan kepada manusia bagi kegunaan dan kepentingan manusia
tetapi manusia tidak mempunyai hak yang mutlak terhadap alam itu kerana dia cuma
sebagai ejen Tuhan sebagai pemegang amanah.
Jika Tuhan menanggap alam itu haruslah dihormati ataupun diperlakukan dengan
secara yang baik dan tidak melampaui batas. Maka manusia tidak harus melanggar
peraturan itu iaitu dia tidak boleh melampaui batas tetapi apa yang terdapat sekarang
ini adalah manusia telah melampaui batas dengan bertindak ke atas alam itu dengan
secara agresif sekali untuk memenuhi keperluan dan juga nafsunya terhadap
kehidupan yang kononnya lebih selesa dan sebagainya kearah menggunakan sumbersumber alam dengan secara tidak bertanggungjawab kadangkala hingga menimbulkan
masalah-masalah seperti masalah alam sekitar dan sebagainya. Jadi itu timbul kerana
manusia tidak memainkan peranannya sebagai insan dalam konsep Islam yang mana
ianya cuma sebagai khalifah ataupun pemegang amanah.
58
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Peranan Hamba Allah
Peranan Manusia sebagai Khalifah
Memakmurkan bumi
Menjaga agama,
masyarakat dan negara
Mencegah amar
makruf nahi mungkar
59
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Matlamat Penciptaan Manusia Menurut Barat/ Kristian
Penciptaan manusia menurut Kitab Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan
bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah.
Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (2:7): "then the LORD God formed
man from the dust of the ground...."
Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan
iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam ketika di syurga. Hal ini sebagaimana dalam kitab
Bibble “ kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari pohon,
yang telah Kuperintah kepadamu: Jangan makan kepadanya, maka terkutuklah tanah
kerana engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah
seumur hidupnyA”. (Kejadian/Genesis,3:17).
Ini menunjukkan tujuan manusia diciptakan ialah sebagai orang buangan untuk
menebus dosa melalui derita. Menurut barat juga, mereka mempercayai
wujudnya
kehidupan di alam akhirat selepas mati.
Matlamat Penciptaan Manusia Menurut Hindu
Dalam agama Hindu, manusia itu dianggap sebagai suatu kejadian yang mempunyai
roh ataupun disebut sebagai Atman dalam fahaman Hindu dimana idealnya ialah untuk
Atman (individual soul) itu bergabung dengan Brahman mungkin boleh dianggap
sebagai alam ketuhanan ataupun the divine. Juga terdapat konsep kefahaman
kelahiran semula didalam fahaman Hinduisme dimana bentuk dan sifat dimana
manusia itu dilahirkan semula bergantung kepada apa yang dilakukannya di muka bumi
ini dalam kehidupannya sekarang ini.
Jadi jika dia melakukan kebaikan dalam hidupnya pada masa kehidupan yang ada
sekarang ini, maka dia akan mendapat balasan yang baik dan akan dilahirkan semula
dalam bentuk yang lebih baik. Sekiranyaia melakukan kejahatan, maka dia kan
dilahirkan dalam bentuk yang lebih rendah martabatnya daripada manusia seperti
haiwan dan sebagainya. Jadi ini konsep insan yang mempunyai unsur metafizika dan
60
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
juga etika. Metafizikal dalam erti kata ia menganjurkan konsep kelahiran semula atau
rebirth dan etika dalam erti kata bahawa ia menganjurkan tentang apakah tindakan
yang akan dilakukan oleh manusia untuk mencapai darjat yang lebih tinggi iaitu untuk
mencari kesejahteraan didalam hidupnya.
Bagi agama Hindu, kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai
malapetaka dan penderitaan. Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Hindu
adalah untuk mencapai Moksha.
Mokhsa bermaksud pelepasan iaitu baik dan buruknya amal perbuatan akan
melahirkan sebuah kehidupan baru yang berulang, agar dalam kehidupan itu, roh diberi
pahala atau seksa yang sesuai dengan apa yang telah dilakukannya pada putaran
pertama kehidupannya terdahulu.
hawa nafsu,
Sesiapa yang tidak suka mengikut kongkongan
jiwanya menjadi tenteram dan dia tidak akan dikembalikan kepada
indranya, tetapi rohnya terlepas bebas untuk bersatu dengan Tuhan Agong Brahma.
Matlamat kehidupan Manusia Menurut Buddha
Menariknya tentang fahaman Budhisme ini ialah ianya satu-satunya agama yang tidak
mempunyai konsep ketuhanan dan juga konsep insannya agak berbeza sedikit kerana
ia menganggap bahawa konsep self atau diri itu ataupun „aku‟ itu tidak wujud ataupun
diri manusia itu sebagai sesuatu yang kekal yang berasingan mempunyai identiti yang
berasingan dan„kekal‟ itu ditolak dalam fahaman Buddhisme.
Buddhisme juga mempunyai konsep bahawa kehidupan ini adalah kesengsaraan dan
penderitaan. Jadi mungkin dianggap dalam sesetengah pihak sebagai satu pandangan
yang agak pesimistik tetapi bagi fahaman Buddhisme ini adalah realiti kehidupan iaitu
manusia itu akan sentiasa menghadapi penderitaan dan kesengsaraan dan ini adalah
keadaan semulajadi kehidupan manusia tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia
tidak boleh berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan ini manusia juga boleh
melakukan sesuatu untuk membebaskan ataupun melepaskan dirinya daripada ikatan
penderitaan dan kesengsaraan.
61
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Bagaimana caranya? Iaitu dengan menghadapi ataupun memahami apakah realiti
sebenar kehidupan ini yang berlaku ataupun bertindak mengikut realiti itu. Apa yang
dimaksudkan dengan konsep ini iaitu bagi seseorang penganut agama Buddha, mereka
menganggap tidak ada suatu agama kekal dalam dunia ini, everything is in a
state of impermanence or a state of flux. Semuanya akan berubah dari satu keadaan
kepada keadaan yang lain, tidak ada yang kekal.
Jadi, apabila manusia bergantung ataupun mempunyai kecintaan yang berlebihan
terhadap sesuatu itu, sedangkan sesuatu itu tidak kekal, maka sudah tentulah apabila
keadaannya berubah ataupun sesuatu yang mana dia mengharapkan kasih-sayang
ataupun mengharapkan kebaikan darinya itu berubah, maka ia akan mengalami suatu
keadaan kesengsaraan ataupun penderitaan. Jadi bagi fahaman Buddhis untuk
mengelak dari kesengsaraan, seseorang itu tidak harus mempunyai pergantungan atau
attachment terhadap dunia ini, terhadap kebendaan atau material, manusia, pangkat,
kekayaan dan sebagainya kerana semua ini tidak kekal. Kebergantungan kepada
sesuatu yang tidak kekal akan membawa kepada kesengsaraan.
Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Buddha adalah untuk mencapai Nirvana
iaitu tercapainya suatu kebahagiaan, baik kebahagiaan yang bersifat duniawi iaitu
memadamkan nafsu, kebodohan dan kebencian.
Alkitab menyuruh supaya manusia tidak dikuasai oleh hawa nafsu (Roma 6:12).
Kebencian dan kebodohan juga dikecam dalam Alkitab. Ada setidaknya 71 pepatah
yang membahas “orang bodoh,” dan tidak satupun darinya bernada positif. Kebencian
juga merupakan keadaan yang negatif dalam Alkitab. “Kebencian menimbulkan
pertengkaran, tetapi kasih menutupi segala pelanggaran” (Amsal 10:12).
Matlamat Kehidupan Manusia Menurut Konfius
Dalam fahaman Konfusianisme ianya bukanlah sesuatu yang bersifat keagamaan
kerana Confucius sendiri menganggap bahawa idea-ideanya adalah hasil dari
pemikirannya yang rasional dan bukannya bersifat wahyu dan kebanyakan idea-idea ini
adalah berkaitan dengan prinsip-prinsip etika yang harus diikuti untuk mencapai
kebahagiaan dalam kehidupan manusia jadi disini umpamanya antara prinsip-prinsip
62
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
tersebut ialah penghormatan ataupun rasa hormat yang harus diberikan oleh anak-anak
kepada ibubapa mereka. Anak-anak tidak harus melawan ibubapa ataupun menyakiti
ibubapa tetapi sebaliknya membahagiakan ibubapa dan berkhidmat untuk ibubapa. Jadi
ini satu idea didalam fahaman Konfusianisme dan juga tentang bagaimana untuk
mentadbir masyarakat dengan
secara adil saksama dan membawa kepada
kebahagiaan masyarakat manusia. Ini juga tumpuan Konfusianisme
Matlamat hidup tertinggi manusia ialah untuk mencapai tahap manusia yang sempurna
dan teragung. Hal ini berdasarkan kata-kata tokohnya iaitu „Seorang Jun Zi memegang
kebenaran sebagai pokok pendiriannya, kesusilaan sebagai pedoman perbuatannya,
mengalah dalam pergaulan dan menyempurnakan diri dengan sikap dapat dipercaya‟…
Kong Fu Tzeurna dan teragung (Chun Hze/Junzi).
4.3
Hakikat Insan Menurut Pelbagai Perspekif Agama Dan Kepercayaan
Dari Mana Manusia Datang
Manusia berasal dari unsur tanah. Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah swt. Ia
memiliki jasmani atau jasad yang terlihat, manusia juga memiliki dimensi roh yang Allah
swt tiupkan dari awal proses penciptaannya. Manusia juga dilengkapi dengan akal yang
dapat membezakan makhluk yang lain. Al-Quran dan para Rasul telah memberikan
penjelasan asasl kejadian manusia . Seluruh manusia berasal dari Allah swt, dalam erti
bahawa Allah swt yang menciptakan dan menghidupkan mereka dari asalnya tidak ada.
Firman Allah swt yang bermaksud:
Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang ia ketika
itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami
hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan
Dia mendengar dan melihat.
Surah Al Insan: 1-2
63
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Tujuan Penciptaan Manusia
Antara persoalan yang selalu difikirkan-apakah tujuan sebenar manusia diciptakan oleh
Allah swt? Sesungguhnya sesuatu yang Allah swt ciptakan itu pasti ada sebab
musabab dan ianya mustahil tanpa tujuan yang khusus. Hakikatnya, manusia dijadikan
Allah S.W.T. sebagai khalifah untuk memimpin dan memakmurkan dunia atau bumi
ciptaan Allah S.W.T. Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana
dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Surah al-Baqarah: 30
Oleh itu, jelaslah bahawa manusia itu bertanggungjawab sebagai khalifah, seperti yang
terkandung di dalam ayat Al-Quran di atas, yang terselit sesi dialog di antara Allah
S.W.T. dan para MalaikatNya. Di samping itu, perlu diingatkan bahawa konsep
kepimpinan
berjaya
yang
perlu
dilaksanakan
oleh
setiap
manusia
yang
bertanggungjawab sebagai khalifah adalah konsep “Al-Amr bil-Ma‟ruf wan-Nahiu „anil
Munkar”.
Selain itu juga Allah swt menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadat
kepadaNya dan menjadi tanggungjawab manusia untuk menjalankan tanggungjawab
sebagai khalifah dan makhluk yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada pencipta.
Firman Allah swt yang bermaksud;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Surah al-Dzariyat: 56
64
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Pengakhiran Manusia
Semua makhluk yang bernyawa akan mati begitu juga dengan manusia. Kematian
adalah suatu yang pasti di dalam mana-mana kepercayaan. Dalam Islam kematian
adalah pintu yang memisahkan antara alam dunia dan akhirat yang merupakan tempat
pembalasan di atas apa jua amalan semasa hidup di dunia. Manusia yang
mengamalkan segala perintah Allah swt akan mendapat pembalasan syurga buat para
hambaNya. Namun, manusia yang melakukan kerosakan dan maksiat akan mendapat
balasan yang buruk kelak.
Firman Allah swt yang bermaksud;
..Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu;
kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat
meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat
meminta didahulukan.
Surah al-Nahl: 61
Secara jelasnya berdasarkan ayat tersebut, kematian merupakan perkara yang mesti
dan manusia tidak boleh untuk menolak atau menangguhkannya. Apabila sampai saat
kematian, walaupun dalam keadaan manusia tidak bersedia, tempat, tempoh yang tidak
sesuai, semuanya akan berlaku tidak akan berubah walaupun sesaat.
Bagi umat Islam, pengakhiran manusia adalah bergantung kepada setiap amalan yang
telah dilakukan semasa hayatnya. Allah swt akan menghitung setiap amalan para
hambaNya daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Ini semua
menentukan hala tuju dan matlamat hidup manusia sama ada membawa ke syurga dan
neraka.
Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu
pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada
65
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa
mendoakan kepadanya”.
( Hadis Riwayat Muslim)
Jelaslah, amalan yang baik dapat membawa manusia kepada kebahagian manakala
perbuatan yang buruk boleh membawa kepada kesengsaraan pada akhirat nanti.
Dari mana
manusia
datang?
Untuk Apa
manusia
diciptakan?
Kemana
manusia
akan pergi?
Kematian Menurut Agama Kristian
Agama Kristian terbahagi kepada 3 mazhab iaitu: Mazhab Orthodox, Mazhab Roman
Catholic
dan
Mazhab
Protestant.
Ketiga-tiga
mazhab
ini
adalah
kompleks
pemahamannya. Namun panganut kristian berkongsi beberapa pemahaman, nilai dan
cara yang sama dalam mempraktikkan agama mereka. Kristian juga berkongsi
beberapa kepercayaan yang sama dengan agama Islam dan agama yahudi.
Diantaranya ialah kehidupan adalah ditentukan oleh tuhan, ianya sungguh bernilai dan
sungguh suci. Kristian menggambarkankesucian hidup ialah dengan menghambakan
diri kepada tuhan. Masyarakat kristian juga menggambarkan maruah diantara manusia
adalah imej ketuhanan.
Kejadian manusia adalah untuk berkhidmatan kepada tuhan, komuniti dansesama
mereka, seperti kata Cicely Saunders (1970,p.116): “We belong with allother men (and)
we belong with God also.”
Sesetengah penganut kristian mempercayai kesengsaraan adalah sebahagian ujian
tuhan keatas mereka. Seperti yang berlaku keatas kehidupan Jesus. Mereka
menganggap kehidupan adalah seperti imej tuhan. Kristian mempercayai bahawa
kematian tidak bermakna berakhirnya sebuah kehidupan, kebangkitan semula Nabi Isa
66
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
dikemudian hari memberi harapan kepada mereka bahawa terdapat kehidupan baru
selepas mati di syurga bersama tuhan.Orang kristian juga mempercayai terhadap
perhitungan terhadap amal kebajikan mereka sepanjang kehidupan di dunia ini.
Pegangan masyarakat kristian tradisional juga mempercayai kewujudan syurga bagi
yang beramal baik dan neraka bagi yang beramal jahat. Dan sesetengah masyarakat
Roman Catholics mempercayai mereka yang baik akan terus masuk ke syurga selepas
sahaja mereka mati. Manakala majoriti yang lain akan dihimpunkan di satu kawasan
yang di kenali sebagai “purgatory” iaitu tempat persediaan sebelum ke syurga kelak
Pengertian yang hampir sama dengan Islam. Ada golongan penganutkristian yang
dikebumikan dengan menggunakan keranda dan ada juga yangdibakar. (Mohd
Firrdaus,t.t)
Secara umum dalam Bible, kematian adalah peralihan status “hidup” kepada status
“tidak hidup”, Orang-orang yang meninggal bukan lagi “jiwa yang hidup” sebagaimana
statusnya sejak ia tercipta (1 Kor 15:45), sebab ia sudah ditinggalkan oleh Roh yang
kembali kepada Allah, satu-satunya yang tidak pernah mati (Pkh 12:7; 1 Tim 6:16).
Dalam Perjanjian Baru, kematian paling sering muncul dalam konteks kebangkitan,
bukan dalam konteks kebinasaan.
Kematian Menurut Agama Hindu
Manusia disifatkan tidak dilahirkan, roh yang tidak mati (atman). Roh ini akan
dihidupkan berulang-ulang dalam bentuk yang berbeza tidak semestinya manusia dan
kadangkala ia boleh juga dihidupkan sebagai haiwan dan tumbuhan. Bentuk kejadian
seterusnya adalah bergantung kepada apa yang dilakukan semasa hayatnya. Kadangkala pertukaran itu member kesengsaraan, jadi tujuan utama mereka adalah
menghentikan proses pertukaran ini (Mohd Firrdaus, t.t)
Dalam ajaran Hindu atman (jiwa) tidak akan mengalami kematian. Kematian hanya
akan berlaku kepda fizikal manusia sahaja. Jiwa seseorang akan sentiasa hidup dan
merasai suka dan duka, bahagia dan derita, akan terbabit dengan hukum Karma.
67
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kematian bagi agama Hindu bukanlah bencana besar, ia cuma perjalanan jiwa yang
nanti akan menjelma semula di alam nyata dalam fizikal yang baru.
Selepas kematian terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku dalam agama Hindu
iaitu;
i.
Roh atau „atman‟ menunggu di syurga sebelum dilahirkan semula
ii.
Roh atau „atman‟ akan terus dilahirkan sebaik kematian berlaku
iii.
Roh atau „atman‟ akan mencapai tahap yang sama dengan Brahman dan
tidak akan dilahirkan semula
Kematian Menurut Agama Buddha
Pengasas Agama Buddha iaitu Siddharta Gautama adalah lahirkan sebaga iseorang
Hindu tetapi beliau tidak menerima ajaran dankepercayaan agamatersebut. Setelah
bertahun-tahun bertapa secara spiritual, mencari jawapankewujudannya. Sebagai
seorang Buddha, beliau berfikir bahawa semua yangwujud adalah tidak kekal; tiada
satu pun termasuklah roh yang wujud dalambeberapa keadaan yang tidak boleh
berubah. Kenyataan ini memberikankesengsaraan kepada semua yang menyedarinya.
Kematian adalahkesengsaraan, kesakitan, kesedihan dan tangisan.
Kegagalan bagi mengubah kenyataan menjadikan seseorang itu akan hidup berulangulang selepas kematiannya. Dalam hal ini unsur-unsur yang nyata diabaikan, kematian
adalah simbol syaitan kerana ia menyebabkan berlakunya kelahiran semula kepada
bentuk kehidupan yang memberi kesengsaraan. Bagi mengelak daripada dilahirkan
semula seseorang Buddha perlu mencapai kepada satu tahap yang dipanggil „nirvana‟
Kematian dalam pandangan Buddhis bukanlah akhir dari segalanya, namun kematian
bererti putusnya seluruh ikatan yang mengikat kita terhadap keberadaan kita yang
sekarang. Dalam Buddhis, sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari
kelahiran, dan juga sebaliknya dimana setiap yang mengalami kelahiran akan juga
mengalami kematian.
68
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kematian Menurut Konfuis
Ajaran Konficius tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara
yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib.
Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat
yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas
daripada penyelewengan dan sifat kekerasan.
Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian mempunyai peribadi yang agung dan
budiman serta dikenali sebagai Chun Tze. Chun Tze merupakan matlamat utama
dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme.
4.4
Pembinaan Insan Sejahtera
Konsep Insan Sejahtera
Konsep insan dari sudut falsafah itu dikaitkan dengan pelbagai tamadun. Dan ianya
ialah satu konsep yang lebih luas daripada konsep yang terdapat didalam pemikiran
Rene Descartes di abad ke-17 yang hanya menghadkan skop insan atau konsep insan
kepada sesuatu yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu jasad dan roh ataupun jasad
dan nyawa dimana tidak ada gabungan ataupun hubungan yang jelas diantara
keduanya. Disini kita cuba lihat pula dari sudut kebangsaan ataupun sudut lokal
berhubung dengan konsep insan itu.
Apakah terdapat fahaman falsafah mengenai konsep insan yang boleh kita kaitkan
dengan keadaan tempatan? Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian kepada konsep
insan seperti yang telah dijelaskan didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
konsep insan sejahtera dan konsep ini seperti yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan biasanya dirujuk melalui akronimnya iaitu J.E.R.I. ataupun
terdiri daridada huruf-huruf J, E, R dan I.
Pendidikan berperanan untuk memperkembangankan segala potensi ataupun fitrah
insan. Pengisian dan pengembangan potensi ini menentukan corak wajah manusia
69
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang diinginkan (Tajul Ariffin, 1993). Begitu juga dalam menerapkan konsep insan
dalam sistem pendidikan negara kita.
Penerapan konsep J.E.R.I dalam falsafah pendidikan adalah sebagai satu langkah
yang
bijak.
J.E.R.I
ialah
merujuk
kepada
Jasmani
iaitu
aspek
fizikal
manusia itu mempunyai tubuh badan yang perlu dipelihara untuk mencapai
kesejahteraan kehidupan kerana tak mungkin aspek minda dan pemikiran dan
kerohanian dan sebagainya dapat direalisasikan; dapat digunakan potensinya dengan
secara optimum jika tubuh badan manusia itu tidak berada dalam keadaan yang baik.
Walaupun kita akui bahawa manusia mempunyai aspek-aspek bukan fizikal seperti
aspek mental, kerohanian, emosi dan sebagainya namun, semua aspek ini bergantung
dengan keadaan tubuh badan manusia jadi manusia haruslah memberi perhatian
kepada aspek jasmaninya. Dia harus menjaga kesihatannya, kebersihan tubuh
badannya dan sebagainya (Dzulkifli & Rosnani, 2019)
Kedua aspek Emosi seperti yang terdapat dalam huruf E. Kita lihat bahawa ini
mencerminkan konsep insan yang memberi perhatian juga mengambil berat juga
tentang aspek emosi manusia jadi kita lihat bahawa manusia itu bukan hanya identiti
yang berfikir sperti yang dikatakan oleh Aristotle; man is a rational animal tetapi man is
a being with emotion and feeling seperti yang dijelaskan oleh falsafah Counter
Enlightenment. Aspek emosi manusia ini juga harus diberi perhatian kerana jika
terganggu emosinya sudah tentulah manusia itu tidak akan dapat mencapai kehidupan
yang sejahtera kerana dia akan sentiasa dihinggapi kemurungan dan sebagainya
kerana emosinya tidak stabil ( Dzulkifli & Rosnani, 2019).
Yang ketiga iaitu huruf R yang ditandakan oleh huruf R iaitu aspek Rohani ataupun
kerohanian. Aspek kerohanian ini diberi penekanan dalam fahaman dan amalan
keagamaan. Masing-masing agama mempunyai amalan-amalan yang tersendiri demi
membina satu keadaan kerohanian yang lebih baik ataupun lebih kukuh memantapkan
kerohanian manusia itu adalah sesuatu yang dianjurkan oleh semua agama dan
falsafah J.E.R.I. juga yang seperti terdapat didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
mementingkan aspek ini kerana suatu keadaan kerohanian yang sihat akan
memberikan kesejahteraan kepada seseorang insan itu( Dzulkifli & Rosnani, 2019).
70
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Akhir sekali, aspek Intelek. Hal ini dapat dilihat sifat intelek ini ataupun pemikiran yang
rasional ini memanglah satu sifat yang ada pada manusia itu dan lebih-lebih lagi dalam
sistem pendidikan ia mementingkan aspek inteletual ini iaitu membina akal fikiran yang
lebih kreatif yang lebih kritis serta lebih tajam demi untuk mencapai ilmu yang lebih
luas.
Aspek intelek manusia itu juga diakui sebagai satu ciri penting dalam sifat
ataupun dalam kehidupan manusia itu dan harus diberi perhatian dalam sistem
Pendidikan. Pada hari ini aspek ini amat penting untuk diberi penekanan kerana bagi
pembelajaran dan proses pengajaran ilmu di sekolah-sekolah dan universiti- universiti
(Dzulkifli & Rosnani, 2019).
Konsep Insan Kamil
Secara amnya penciptaan manusia adalah yang paling istimewa. Terdapat tiga unsur
utama pada manusia iaitu akal, roh dan jasad. Insan kamil adalah berasal dari bahasa
Arab iaitu insan dan kamil. Insan bererti manusia, manakala kamil membawa maksud
sempurna. Manusia adalah makhluk yang sempurna yang memiliki akal untuk
menjalankan tugas sebagai khalifah Allah swt di muka bumi dan sebagai
hambaNya(Rodiah, 2018).
71
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Dalam Islam, istilah insan kamil ini merujuk kepada kesempurnaan Nabi Muhammad
s.a.w sebagaimana yang diperjelaskan dalam Al-Quran dan Hadis. Kesempurnaan
yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w memenuhi kriteria tertentu sehingga umat Islam
menganggap Baginda sebagai manusia yang mencapai darjat kesempurnaan dalam
hidup disebabkan sifat terpuji yang ada dalam diri Baginda.
Firman Allah swt yang bermaksud;
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Surah al-Ahzab: 21
Hal ini secara jelas menunjukkan Allah swt menyempurnakan akhlak dan peribadi Nabi
Muhammad s.a.w sebagai teladan yang terbaik kepada umat manusia. Jadi, umat Islam
hendaklah mencontohi peribadi yang ditunjukkan oleh Baginda sebagai qudwah
hasanah(
ikutan yang baik) dalam setiap aspek kehidupan. Begitu juga dalam
pembinaan insan sejahtera, penerapan budi amat penting dalam mengambarkan
ketinggian bahasa dan budaya serta adab dan akhlak sesuatu masyarakat. Budi begitu
tersemat dalam jati diri masyarakat Melayu dan tanpa budi mereka akan hilang
keperibadiannya(Dzulkifli & Rosnani, 2019).
4.5
Kedudukan Manusia dalam al-Quran
Manusia adalah ciptaan yang paing sempurna kerana mempunyai roh dan jasad,
diberikan pancaindera yang menghubungkan dengan dunia luar, mempunyai nafsu
sebagai pendorong untuk melengkapi kehidupan, mempunyai akal untuk berfikir,
mempunyai hati untuk merasa dan seterusnya dapat membezakan antara yang baik
dan buruk (Kamal Azmi et al, 2014).
72
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
1) Manusia adalah makhluk yang termulia
Allah swt telah memuliakan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain.
Hal ini dapat dilihat kemuliaan Nabi Adam a.s terserlah apabila makhluk lain termasuk
malaikat diperintah agar sujud untuk memberi penghormatan kepada Nabi Adam a.s
yang dilantik menjadi pemengang amanah yang besar untuk dilaksanakan. Tugas ini
tidak sanggaup dipikul oleh gunung-ganang, langit mahupun makhluk lain (Kamal Azmi
et al, 2014)
Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah
beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut
dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah al-Isra‟: 17)
2) Makhluk yang paling indah bentuk kejadiannya
Allah swt telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang elok rupa bentuknya dan
sebaik-baik kejadian. Hal ini bermakna keindahan ciptaan manusia ini tidak boleh
ditandingi dengan makhluk-makhluk yang lain. Hal ini kerana manusia sebagai wakil
Tuhan di bumi ini yang memiliki kesempurnaan berbanding dengan ciptaan yang lain.
Firman Allah swt yang bermaksud;
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Surah at-Tin: 4
3) Mahluk diberikan kebebasan memilih dan boleh membezakan antara yang baik
dan buruk
73
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Meskipun manusia memiliki potensi kesempurnaan, jika manusia memilih untuk
menjauhkan dirinya dari ketetapan Ilahiyyah, kesempurnaan tersebut akan berkurang.
Satu satunya jalan bagi mencapai kesempurnaan tersebut ialah dengan kembali
kepada Tuhan melalui iman dan amal shalih. Oleh itu, dalam diri manusia terdapat sifat
baik dan jahat. Manusia bebas untuk memilih jalan hidup berlandaskan kebenaran
ataupun kebatilan. Tetapi kedua-duanya adalah sebuah potensi dan berdasarkan
potensi ini, manusia perlu membentuk dirinya sama ada mengikut acauan wahyu atau
nafsu. Kebanyakan tokoh pemikir Islam menyatakan bahawa manusia mempunyai sifat
kehaiwanan di samping sifat kemanusiaan. Sifat khusus kemanusiaanya ialah iman dan
ilmu. Maka inilah perbezaan utama antara manusia dengan makhluk lain (Kamal Azmi
et al, 2014).
Firman Allah swt yang bermaksud;
..dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan
kepada
jiwa
itu
(jalan)
kefasikan
dan
ketaqwaan,
sesungguhnya
beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah
orang yang mengotorinya
Surah Ash-Shams: 7-10
4) Makhluk yang diberi kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
Manusia adalah makhluk diberi
kemampuan untuk menerokai pelbagai ilmu
pengetahuan di bumi ini. Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir dan segala penemuan
teori baru haruslah dikaitakn dengan Tuhan sebagai pencipta sekalian alam.
Firman Allah swt yang bermaksud;
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah
menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah
Yang Paling Pemurah
(Surah al-Alaq‟: 1-3)
74
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
4.6 Cabaran Insan Sejahtera
Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini, terdapat pelbagai cabaran
dalam membina insan sejahtera antaranyanya ialah;
Cabaran terhadap Individu
Sebagai seorang individu Muslim, peranan aqidah adalah amat
penting dalam membentuk keperibadian dan akhlak seseorang.
Aqidah secara umumnya adalah percaya kepada Allah swt sebagai
Tuhan dan Pemilik Alam dan mengakui Rasulullah saw sebagai
utusanNya. Melahirkan insan yang sejahtera perlulah berpegang teguh segala perintah
dan menjauhi segala larangNya.
Selain itu, melaksakan ibadah yang diperintah oleh Allah swt adalah
salah satu cara pembinaan insan sejahtera dalam diri sendiri.
Cabaran ini amat sukar dilakukan jika tidak mempunyai akidah yang
kukuh maka segala amal ibadah tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Bahkan menyekutukan Allah swt dan akan membawa individu kearah
kesesatan. Perkara ini akan membawa halanngan dalam melahirkan insan yang
sejahtera.
Keperibadian yang mulia adalah cabaran yang mesti ditempuhi
dalam setiap individu. Akhlak yang mulia sangat dituntut dalam
setiap agama begitu juga dalam Islam. Agama Islam mengajar
umatnya
untuk
mengamalkan
akhlak
mahmudah
dan
meninggalkan akhlak mazmumah. Sejarah menunjukkan bahawa
kejatuhan tamadun-tamadun terdahulu disebabkan kerosakan akhlak dan moral
masyakat tersebut.
Fizikal yang kuat adalah salah satu perkara yang penting yang
perlu ada dalam setiap individu. Mempunyai fizikal yang sihat dan
kuat sangat dituntut dalam Islam. Hal ini kerana fizikal yang lemah
akan mewujudkan manusia yang tidak berdaya saing serta tidak
dapat melakukan tugas dengan sempurna. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
75
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Orang yang beriman yang kuat lebih disukai oleh Allah dari orang beriman
yang lemah. Kedua-duanya mempunyai kebaikkan.
Hadis Riwayat Muslim
Daya intelek yang tinggi merupaka salah satu cabaran yang perlu
ada dalam setiap individu. Pemikiran yang genius amat diperlukan
dalam masyarakat bagi melahirkan golongan yang cerdik pandai
serta dimanfaatkan dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat
seperti menerokai bidang kejuruteraan, ekonomi, sains politik, falsafah dan sebagainya.
Bahkan secara tidak langsung melahirkan insan sejahtera juga dapat dicapai dengan
jayanya.
Selain daripada itu, seorang muslim juga mestilah sentiasa bermujahadah melawan
hawa nafsu dalam setiap kehidupannya. Menurut hawa nafsu akan membawa kearah
kebinasaan dan kemurkaan dari Allah swt. Kerosakan di muka bumi adalah disebabkan
sifat kerakusan manusia yang sentiasa mengikut telunjuk hawa nafsu. Oleh itu, cabaran
ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar individu berusaha melawan segala godaan
syaitan.
Menjaga masa adalah salah satu cabaran terhadap diri sendiri. Menjaga tetapan waktu
merupakan perkara yang sukar untuk dijaga oleh setiap individu tanpa mengira usia.
Namun begitu, jika menjaga masa menjadi budaya adalah tidak mustahil masyarakat
akan berdaya saing dan maju.
Begitu juga, tersusun dalam semua perancangan amat penting dalam pembinaan
insan sejahtera. Perancangan adalah merupakan prinsip yang utama sebelum sesuatu
kerja dilakukan. Hal ini amat penting agar segala matlamat dan objektif dan dicapai
dengan sebaik yang mungkin.
Mempunyai kemampuan berusaha untuk dirinya bagi menjadi kearah yang baik
adalah aspek yang perlu ada
dalam setiap individu. Seseorang mestilah berusaha
untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Di samping itu,
memberi manfaat kepada orang lain juga adalah sumbangan yang tidak ternilai
dalam kehidupan bermasyarakat sama ada dari segi perkataan ataupun perbuatan.
76
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Cabaran Terhadap Masyarakat
1. Membina masyarakat yang aman dan harmoni
Melahirkan masyarkat yang hidup aman dan damai serta bebas daripada
jenayah yang boleh merosakkan masyarakat.
2. Membina masyarakat yang berilmu
Masyarakat
haruslah
membudayakan
ilmu
dalam
kehidupan
seharian.
Menjadikan amalan membaca adalah dapat melahirkan masyarakat yang
bertamadun
3. Membina masyarakat yang berakhlak
Akhlak yang mulia sangat dituntut begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat.
Masyarakat berakhlak akan dipandang tinggi dan disanjungi oleh masyarakat
yang lain.
4. Membina masyarakat yang menjaga alam sekitar
Menjaga alam sekitar sangat penting agar generasi seterusnya dapat menikmati
dengan sebaik mungkin. Oleh itu budaya menjaga alam sekitar haruslah dipupuk
dikalangan masyarakat agar keindahannya terpelihara untuk masa akan datang
5. Membina masyarakat yang maju dan progresif
Masyarakat yang maju adalah sangat diperlukan dalam membina ketamadunan.
Kemajuan yang dihasilkan dapat meninggatkan ekonomi sesebuah masyarakat.
6. Membina masyarakat yang penyayang dan prihatin
Masyarakat yang penyayang dan prihatin dapat melahirkan sifat insan dan
kemanusiaan seperti menjaga hubungan sesame manusia, hubungan dengan
alam sekitar dan juga dengan haiwan disekelilingnya.
7. Membina masyarakat yang bekerjasama dan bertolak ansur
Sikap bekerjasama dan bertolak ansur amat penting dan perlu ada dalam setiap
diri masyarakat. Dengan adanya sikap ini, masyarakat dapat hidup dengan aman
dan damai.
77
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Cabaran Terhadap Negara
1. Melantik pemimpin yang kompeten dan berintegriti.
Pemimpin yang adil dapat memberi manfaat kepada rakyat yang dipimpinya.
Namun
begitu,
pemimpin
yang
mengamalkan
budaya
rasuah
akan
menyebabkan kebajikan rakyat tidak terbela, golongan kaya akan bertambah
kaya dan golongan miskin akan sentiasa miskin. Adalah amat penting dalam
memilih pemimpin yang mengamalkan konsep integriti dalam kepimpinannya.
2. Tadbir urus yang baik
Melaksanakan good governance dalam pemerintahan adalah merupakan aspek
yang penting yang perlu dalam sistem kerajaan. Antara unsur tadbir urus yang
baik ialah keadilan dalam semua aspek.
3. Pembangunan yang lestari
Selain itu, pembangunan yang seimbang dapat member manfaat kepada rakyat
tanpa mementingkan sifat kerakusan ataupun untuk keuntungan semata-mata.
Hasil pembangunan ini juga dapat menambah ekonomi negara.
4. Agihan kekayaan yang sama rata
Cabaran dalam masyarakat yang berbilang kaum ialah agihan kekayaan yang
sama rata kepada semua bangsa. Pemerintah seharusnya tidak mengamalkan
sikap pilih kasih dan berat sebelah dalam agihan ekonomi.
5. Pembangunan ekonomi yang mapan
Kerajaan perlulah merangkan strategi ekonomi yang mapan dan baik bagi
menangani masalah ketidakstabilan ekonomi dan juga mengatasi masalah
pengganguran di kalangan siswazah.
6. Kebajikan dan kesihatan rakyat terjamin
Kesihatan merupakan aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dalam
kehidupan masyarakat. Oleh itu, pemerintah perulah menjaga kebajikan dan
kesihatan rakyat agar terjamin seperti membantu golongan yang miskin atau
gelendangan kearah kehidupan yang lebih baik.
78
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Cabaran Terhadap Global
Pelarian
Cuaca
dunia yang
tidak stabil
Keamana
Sejagat
Isu
Global
Kesimpulan
Pembinaan insan amat penting dalam membina insan sejahtera sebagaimana yang
telah dibincangakan. Setiap masyarakat perlu berusaha melahirkan insan yang berdaya
saing konteks kemajuan untuk negara dan bangsa. Kemusnahan sesuatu bangsa itu
adalah disebabkan keruntuhan akhlak dan moral yang menhancurkan sesebuah
tamadun. Justeru itu, menerpakan insan sejahtera adalah langkah yang tepat dan
proaktif dalam melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan.
79
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Hadis
3. Kamal Azmi Abd Rahman et al, 2014, Manusia dalam Wacana Pemikiran Moden
dan
Barat,
dalam
International
Research
Management
and
Innovation
Conference 2014 (IRMIC2014),
4. Tajul Ariffin Nordin, 1993, Perspektif Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,
Ampang: Percetaka Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Dzulkifli Abd Razak & Rosnani Hashim, 2019, Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaanya Pasca 2020, Gombak: IIUM Press.
6. Mohd Firrdaus, Teori Kematian Menurut Perspektif Agama
7. Rodiah, 2018, Insan Kamil Dalam Pemikiran Muhammad Nafis al-Banjari dan
Abdush Shamad Al-Falimbani dalam Kitab Ad-Durr An-Nafis Dan Siyar al-Salikin,
Studi Insiana, vol3,no.2
8. Transkrip Kuliah ke-4 bersama Prof Hazim Shah (pensyarah UUM)
80
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 5
METAFIZIK
Secara amnya, falsafah bertujuan untuk menjelaskan lagi tanggapan terhadap apa
yang kita fikirkan dan pemikiran itu pula bukanlah dapat disamakan dengan mengetahui
kerana kita hanya mengetahui selepas kita berfikir dan berfikir adalah proses untuk
tahu. Falsafah dapat dibahagikan kepada empat bidang iaitu epistemology, metafizik,
logik dan aksiologi. Oleh itu metafizik adalah salah satu bidang falsafah yang akan
dibincangkan dalam bab ini.
5.1
Definisi Metafizik
Perkataan metafizik yang merupakan gabungan daripada dua perkataan, meta yang
berasal daripada perkataan Yunani bermaksud “selepas” ataupun physika iaitu
“mengenai alam”.
Secara terminologi metafizik ialah menjelaskan sesuatu disebalik fizikal. Hal ini
bermakna „meta‟ bermaksud sebalik dan „fizik‟ yang membawa maksud zahir.
Contohnya hujah mengenai peranan Tuhan dalam sains, kajian mengenai ruang dan
masa, alam ghaib
dan sebagainya. Oleh itu tujuan kajian metafizik adalah untuk
mendapat kejelasan pemikiran berdasarkan konsep tersebut (Abdul Latif, 1993).
Jadi, metafizik merujuk kepada sesuatu yang melampaui
sempadan ataupun batasan fizikal. Bermula dari situ kita
dapat melihat bahawa kajian metafizik itu adalah satu
kajian yang kalau dalam falsafah dikatakan kajian
peringkat kedua ataupun second order study or second
order thinking, di mana first order itu merujuk kepada
perkara atau alam fizikal. Terdapat dua pengertian utama
yang boleh dikaitkan dengan istilah metafizik iaitu yang pertama berunsur falsafah
dan yang kedua ada kaitan dengan keagamaan dan kepercayaan-kepercayaan yang
bersifat keagamaan juga.
81
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Pengertian dari sudut falsafah apa yang dimaksudkan dengan metafizik itu telah
dirungkaikan oleh ahli falsafah seperti Aristotle, misalnya di dalam salah sebuah
bukunya, dalam bahasa Latin disebut metafizika. Di dalam kajian Aristotle, dia
menganggap
bahawa
metafizik
itu
adalah
suatu
kajian
di
peringkat paling abstrak atau paling umum mengenai sesuatu perkara atau sesuatu
fenomena yang berkaitan dengan alam, samada alam natural atau alam semulajadi.
Misalnya kita fikirkan sesuatu perkara seperti jasad ataupun benda-benda material. 7
Di situ dapat dilihat dari sudut yang paling umum tentang apakah jasad ataupun apakah
benda material itu. Di situ kita telah lakukannya dengan menyahkan ataupun
mengenepikan semua sifat yang khusus yang ada pada sesuatu objek itu, misalnya kita
fikirkan tentang sesuatu objek seperti kerusi. Kerusi itu mempunyai warna dan tempat
di dalam sesuatu ruang dan juga mungkin mempunyai bauannya yang tersendiri yang
kita boleh bau ataupun boleh kita rasa samada kerusi itu keras atau lembut, dan
sebagainya. Semua itu adalah sifat-sifat yang dikaitkan dengan kerusi itu, tetapi kalau
kita nyahkan semua sifat tersebut, apakah yang tinggal pada kerusi itu? Ataupun objekobjek yang lain, apabila kita lakukan perkara yang sama, kita nyahkan semua sifat
khusus yang ada pada objek itu, maka apakah yang tinggal pada objek itu?
Yang tinggal adalah bagi pandangan Aristotle adalah substance, yang tidak mempunyai
kualiti-kualiti khusus. Di situ apakah yang dimaksudkan dengan substance? Substance
dianggap oleh Aristotle sebagai a composite of matter and form (dalam Bahasa
Inggerisnya), iaitu gabungan dari jisim dan rupa bentuk sesuatu objek itu. Jadi, ini
mengkaji benda-benda fizikal pada tahap yang begitu abstrak dan umum. Begitu juga
dengan persoalan-persoalan lain, misalnya kita ada fenomena yang khusus seperti api
membakar kertas umpamanya ataupun suatu tendangan kepada bola yang
membolehkannya menerjah masuk gol misalnya. Ada konsep sebab dan akibat yang
dikaitkan di situ.
7
Transkrip temubual bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah Univerisiti Utara Malaysia) dalam kuliah ke-5
82
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Contoh lain, kalau kita lihat api maka kita kaitkannya dengan asap, jadi ada kaitan
sebab dan akibat di antara api dan asap. Tetapi kalau dalam metafizik, kita tidak
melihatnya secara khusus, kita tidak melihat sifat-sifat yang khusus pada setiap
fenomena itu, tetapi kita bertanyakan soalan yang lebih abstrak, iaitu apakah sebab di
dalam sesuatu fenomena itu dan apakah akibat yang terjadi hasil daripada tindakan
sebab itu. Maka di situ yang dikaji ialah hubungan sebab dan akibat secara umum,
bukannya merujuk kepada mana-mana fenomena khusus. Jadi, apabila kita melihat
fenomena sebab dan akibat ataupun cause and effect secara umum, maka kita telah
melihat alam fizik ini secara metafizik.8
Di dalam pengertian yang kedua iaitu kaitan keagamaan ini, ia merujuk kepada
fenomena di luar alam nyata, dan ini adalah satu makna metafizik yang biasa difahami
oleh orang awam. Hal ini bermaksud sesuatu mengenai alam di luar fenomena biasa,
di luar alam jasad yang kita kenali. Jadi misalnya kalau kita merujuk kepada idea seperti
hidup selepas mati, hidup di alam barzakh, konsep syurga dan neraka. Semua ini
adalah perkara-perkara yang tidak boleh ditentukan samada ia wujud atau tidak. Kita
juga tidak dapat mengesahkan melalui cara-cara yang biasa iaitu menggunakan deria,
ataupun melihatnya dari sudut ruang dan waktu dan sebagainya, dan tidak mungkin
dapat mengenali fenomena itu dengan cara-cara biasa yang
digunakan untuk
mengenali alam jasad ini dalam ruang yang berada dalam ruang dan waktu.
Jadi dalam agama, ilmu mengenai perkara-perkara ghaib mungkin boleh didapati
melalui ilmu wahyu bukannya melalui kajian rasional ataupun empirikal. Maka kita telah
memasuki suatu alam yang berlainan iaitu alam metafizik yang mana ilmu mengenai
metafizik itu tidak lagi dapat dikenali dengan cara biasa. Jadi apabila ilmu-ilmu
mengenai perkara yang ghaib umpamanya, ataupun dunia selepas mati, ataupun
sesuatu yang tidak boleh dilihat akan kewujudannya, seperti misalnya kewujudan
Tuhan, maka kajian tersebut menggunakan ilmu metafizik iaitu membincangkan suatu
realiti alam ghaib yang tidak boleh ditentukan dengan melalui pancaindera.9
8
9
Ibid
Ibid
83
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
5.2
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Hubungan Insan Dengan Alam
Kosmologi
Kosmologi dalam Kamus Dewan ialah mengkaji asal
usul, proses dan struktur alam semesta. Ianya
merupakan salah satu bidang dalam falsafah.
Bidang kosmologi meliputi segala makhluk di langit
yang terdapat di seluruh alam semesta iaitu
kesemua bintang dalam galaksi, planet, bulan,
komet dan sebagainya.
Dalam ilmu kosmologi khususnya, pemahaman tentang cahaya amat penting untuk
memahami asal-usul kejadian alam semesta sama ada dalam aspek fizikal (jasmani)
mahupun spiritual (rohani). Secara fizikal, cahaya dikenali dengan nama saintifik
sebagai gelombang elektromagnetik yang bersifat seperti zarah dalam keadaan
tertentu. Manakala dalam aspek spiritual pula cahaya boleh difahami secara abstrak
dan rohani. Untuk memahami hakikat cahaya yang bersifat secara spiritual, idea-idea ini
akan difahami dengan lebih jelas melalui ilmu kosmologi. Dengan memahami
kosmologi cahaya, bukan hanya terminologi cahaya dapat diteliti tetapi kejadian
manusia dan alam semesta juga mampu diperhatikan (Wan Qashishah et al, 2018).
Kosmologi cahaya merupakan disiplin ilmu yang menerangkan asal-usul dan
evolusi alam atau kosmos yang mana membawa kepada mengenal asal-usul, proses,
struktur
dan
hakikat
kejadian
manusia
dan
alam
semesta.
Dari perspektif kosmologi moden, kajian mengenai perkembangan alam semesta yang
84
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
berlaku sekitar 14 bilion tahun yang lalu banyak dibangunkan dalam kajian sains
sejarah dan dianalisis secara saintifik.. (Wan Qashishah et al, 2018). .
Kosmologi dapat dibahagikan kepada dua pecahan iaitu kosmologi lama dan kosmologi
temporari (baru).
EKOLOGI
Perkataan ekologi berasal dari Greek iaitu “ oikos” yang membawa maksud rumah.
Definisi yang biasa digunakan oleh sainstis iaitu merujuk hubungan atau hubungkait
diantara organism hidup dengan alam disekeliling termasuklah faktor fizikal dan biotik
(Nor Fazreena et al, t.t).
Pada abad 20-an ini terdapat dua aliran besar di dalam aliran persekitaran. Aliran
pertama merupakan satu aliran yang mana mereka cuba untuk mengawal masalah
dan isu-isu alam sekitar seperti pencemaran air, udara, penggunaan tanah yang
tidak cekap dan cuba untuk menyelamatkan hidupan liar yang terancam. Aliran ini
dipanggil sebagai reformis.
Manakala aliran yang kedua pula merupakan golongan yang menyokong matlamat
aliran reformis ini tetapi melalui revolusi dengan mencari pengaruh metafizik,
epistemologi, kosmologi dan etika alam sekitar dalam individu atau planet.
Ekologi dalam (deep ecology) merupakan salah satu aliran yang kedua tersebut.
Ekologi dalam diistilahkan dengan beberapa istilah seperti eco-falsafah (ecophilosophy) atau ekologi asas (foundation ecology). Ekologi dalam ini merupakan satu
85
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
pendekatan yang holistic dalam menghadapi masalah isu alam sekitar dengan cara
berfikir, merasai, kerohanian dan tindakan. Istilah ekologi mendalam ini telah dicipta
oleh seorang ahli falsafah daripada Norway iaitu Arne Naess (1912-2009) di dalam
penulisan beliau, “The Shallow and the Deep, Long-Range Ecology Movements”
pada
awal
1970-an yang mana
beliau menggarapkan asas-asas teoritikal di
dalamnya. Penulisan beliau dipengaruhi oleh ekologis Aldo Leopold yang
terkenal
dengan penulisan beliau iaitu “A Sand County Almanac” dan Rachel Carson
yang menghasilkan sebuah buku yang menyentuh hati iaitu “Silent Spring”. Intipati
utama yang ada di dalam ekologi dalam bersesuaian dengan namanya iaitu „dalam‟
dengan bertanyakan soalan dengan lebih mendalam berkenaan dengan manusia,
siapa diri kita dan alam (Nor Fazreena et al, t.t).
5.3
Bidang Perbincangan Metafizik
1. Ontologi
Perkataan ontology dari segi etimologi ialah berasal dari bahasa Yunani „ontos‟ dan
„logos‟ . Ontos bermaksud sesuatu yang wujud manakala logos bermaksud ilmu atau
teori. Dari sudut terminology, membawa maksud kajian tentang hakikat segala sesuatu
untuk memahami adanya kewujudan. Kamus Dewan mendefinasikan sebagai cabang
ilmu falsafah yang berkaitan dengan fitrah makhluk (manusia).
Hendrik Rapar pula mengatakan (Hamizan, 2019) “ontologi adalah nama lain bagi
metafizik umum, ia membahaskan segala sesuatu yang ada secara menyeluruh dan
sekaligus”.
86
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Ontologi merupakan sains atau kajian terhadap kewujudan, ia merupakan sebahagian
daripada metafizik yang mana ia berkait dengan sesuatu kewujudan atau hakikat bagi
sesuatu, atau untuk kewujudan dalam bentuk abstrak. Ontologi (atau metafizik) dari
perspektif Islam menurut al-Attas ialah satu sistem yang menerangkan tentang hakikat
wujud dan kewujudan yang sebenar. Hal ini bermakna ia memperjelaskan lagi bahawa
perbincangan mengenai ontologi Islam adalah berkisar kepada konsep ketuhanan
hakiki, konsep insan dan konsep alam(Hamizan, 2019).
2.
Causality dan Cosmogony
Causality ialah sebab dan akibat. Causality ini berasaskan kepada pertanyaan dan
pertuturan harian misalnya “ A menyebabkan B” atau “A adalah sebab bagi B berlaku”
Pada zaman Aristotle, beliau membezakan „sebab‟ kepada empat :
1. Sebab Benda (Material Cause)
2. Sebab Keberkesanan (Efficient Cause)
3. Sebab Formal (Formal Cause)
4. Sebab Akhir (Final Cause)
Permasalahan sebab dan akibat banyak dibincangkan dan dibahaskan. Pendapat
tentang pertalian sebab dan akibat sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia
berbeza-beza dan bergantung pada sudut mana yang dilihat.
Cosmogony ialah menumpukan kajian berkaitan asal usul alam semesta. Ia dimonopoli
oleh kelompok Marxism10 yang menyatakan bahawa alam semesta dan seluruh isinya
diciptakan oleh kekuatan-kekuatan materialisme fizik.
10
Marxsime merupakan aliran pemikiran yang turun daripada pemikiran Karl Marx. Marxisme adalah
berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Marx menyusun sebuah teori besar yang
berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik. Pada dasarnya, golongan marxisme
menganggap bahawa secara objektif, masyarakat manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri
daripada golongan menindas dan golongan ditindas. Ketidakadilan ini menurut marxisme adalah berakar
pada sistem sosial manusia sendiri secara objektif, dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif sperti
moral dan budaya.
87
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
3.
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kosmologi
Dalam bidang astronomi muncul ilmu kosmologi. Kosmologi diertikan sebagai salah
satu bidang falsafah yang mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta.
Bidang ini turut merangkumi segala makhluk di langit yang terdapat di dalam seluruh
alam semesta iaitu kesemua bintang di dalam jutaan galaksi, planet, asteroid, bulan,
komet dan nebula. Ahli-ahli sains mengemukakan pelbagai teori-teori saintifik
kewujudan alam semesta masing-masing.
Walaupun banyak kemajuan di dalam bidang sains telah dicapai, namun para sainstis
masih belum dapat dicapai gambaran yang tepat tentang permulaan alam semesta.
Sesetengah sainstis menggunakan istilah-istilah seperti semulajadi atau nature atau
hukum alam bagi menjelaskan fenomena kejadian alam. Bagaimanakah alam semesta
ini terjadi? Persoalan ini menarik minat penyelidik-penyelidik dari semasa ke semasa
sama ada dalam bentuk pemikiran falsafah ataupun sains moden.
Namun begitu, teori big bang (letupan Besar) dianggap paling sahih di dalam dunia
sains hari ini berbanding teori-teori lain yang dikemukakan oleh para saintis.
4.
Subjek, Prediket & Taksonomi
Subjek, prediket dan taksonomi termasuk dalam falsafah bahasa. Plato dan Aristotle
antara ahli falsafah yang mempopulari perbincangan ini. Aspek ini telah dikaji sejak
zaman Yunani lagi dan bukanlah suatu kajian yang baharu.
Kata adjektif yang sebelum ini digolongkan di bawah kata nama telah diubah
golongannya dengan meletakkannya di bawah kata kerja kerana kata adjektif
mempunyai fungsi yang sama seperti kata kerja,iaitu sebagai predikat ayat.
Hal ini menunjukkan bahawa dalam penentuan golongan kata, terdapat persilangan
antara aspek intralinguistik (aspek formal) dan ekstralinguistik (aspek makna) yang
digunakan
oleh
ahli
falsafah
Yunani,
khususnya
Aristotle
sebagai
metode
penggolongan kata.
Taksonomi ialah sains pengelasan kehidupan ataupun sistem pengelasan dalam
sebilangan bidang yang lain. Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains
88
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang
lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsipprinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa,
tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.
Contohnya ialah makna falsafah yang diambil daripada perkataan philo dan sophia.
Penggabungagn tersebut datangnya dari idea dan pemikiran yang akhirnya terbentuk
perkataan falsafah.
5.
Necessity & Contingency
Perkatan ini dapat dilihat sedikit perbezaan seperti;
 Necessary: must happen, cannot not happen, seperti orang bujang ialah mereka
yang tidak berkahwin
 Contingent: could happen or not, possible, seperti manusia berkemungkinan
ada 11 jari
 Impossible: cannot happen, could not have happened, seperti haiwan mamalia
tidak boleh bertelur.
Perkataan kontigensi menurut Kamus Dewan ialah peristiwa atau perkara yang berlaku
di luar jangkaan. (Kamus Dewan, 2016).Teori kontigensi dalam bidang organisasi
mengatakan tiada cara yang terbaik untuk mengatur organisasi atau membuat
sesebuah
keputusan
sebaliknya
tindakan
yang
minimum
adalah
kontigensi
(tergantung/berkemungkinan) pada situasi internal dan eksternal tersebut. Hal ini
bermakna Bertindak atas situasi/keadaan dalam lingkungan tertentu sahaja
6.
Minda & Jirim
Perbahasan mengenai minda dan jirim ini hebat diperkatakan oleh ahli falsafah barat. Ia
merupakan perbincangan mengenai jasad manusia. Mengikut perbincangan mereka
manusia terdiri daripada jasad dan roh.
Mereka ingin menunjukkan bahawa jirim bersama memasuki takrif manusia sebagai zat
fizikal.
89
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Namun begitu, perbezaan ini telah menyebabkan perbincangan hangat dan panjang
mengenai jasad manusia. Kesan daripada itu timbulnya teori dualism.
Karl Marx yang menganggap bahawa jirim atau benda wujud sejak azali lagi
Ianya terus wujud dan kekal selamanya dan kewujudannya adalah mutlak serta
menafikan adanya kewujudan yang selain darinya
7. Free-will dan Determinisme
Free-will (kebebasan kehendak) adalah istilah falsafah mengenai kapasiti tertentu oleh
seorang yang berfikiran rasionalist untuk memilih langkah tindakan (course of action)
dari kalangan pelbagai alternatif tindakan.
Ada yang berpendapat free will berkait rapat dengan konsep tanggungjawab moral.
Kebebasan ini perlu dinikmati oleh semua manusia seperti kebebasan untuk hidup,
kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan bergerak dan sebagainya. Bahkan
kebanyakkan perlembagaan sesebuah negara mempunyai peruntukkan hak kebebasan
untuk rakyatnya.
Persoalan kebebasan kehendak menyentuh hampir seluruh hal-hal yang dekat dengan
kehidupan manusia, baik secara sedar maupun tidak sedar
Determinisme secara ringkas merujuk kepada seluruh keadaan dan tindakan mental
termasuklah pilihan-pilihan dan keputusan-keputusan serta tindakan kita adalah
kesan/impak dari sebab-sebab yang mendahuluinya.
Terdapat sebahagian ahli falsafah yang menyokong dan terdapat juga para falsafah
yang mengkritik teori tersebut.
5.4
Teori Hubungan Insan dengan Alam
Teori Materialism
Fahaman Materialisme, ia mengatakan bahawa hanya jasad
atau jirim itu yang wujud secara hakiki . Hal ini bermakna
90
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
teori ini mempercayai sesuatu bentuk yang material misalnya kerusi, meja, gunungganang, sungai, air, dan sebagainya.
Bagi fahaman ini, menolak kepada sesuatu yang tidak mempunyai material seperti idea.
Malahan, bagi mereka idea tidak mempunyai realiti tersendiri tetapi bergantung kepada
sesuatu yang bersifat jasad seperti otak yang dikaitkan dengan pemikiran yang mana
otak adalah bersifat fizikal. Jadi bagi pihak materialis, mereka mengatakan bahawa
minda itu adalah hasil daripada pergerakan fizikal di dalam otak, dan dengan cara itu
mereka cuba menjelaskan fenomena yang bukan bersifat material seperti minda
kepada sesuatu yang bersifat material seperti otak dan otak yang berfungsi.
Jadi fahaman ini menolak kewujudan sesuatu yang bukan material, jika idea mereka
cuba jelaskan melalui otak dan fungsi otak itu, cara otak itu berfungsi, mekanismenya,
dan sebagainya. Begitu juga mengenai perkara perkara yang bukan bersifat idea,
seperti misalnya kepercayaan terhadap alam ghaib, roh dan sebagainya, mereka
mengambil jalan yang mudah dengan mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut
sebenarnya tidak wujud tetapi hanya wujud dalam imaginasi kita, jadi pihak materialis
menafikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerohanian dan sebagainya dan ini
ada implikasi terhadap penerimaan kefahaman agama.11
Teori Idealisme
Berbeza dengan Teori Materialisme, Teori idealism ini lebih mempercayai kewujudan
benda-benda yang bukan material. Salah seorang pelopor fahaman Idealisme dalam
kalangan ahli-ahli falsafah barat ialah George Berkeley, mengatakan bahawa kalau kita
fikirkan dengan mendalam apakah yang kita ketahui tentang
alam ini, maka kita lihat bahawa kita tidak mengenali jasad yang
berada di luar sana secaralangsung, tetapi kita hanya
mempunyai sensasi ataupun imej akan jasad tersebut di dalam
minda kita. Jadi realitinya bukannya objek fizikal yang berada di
11
Transkirp temubual bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah Univerisiti Utara Malaysia) dalam kuliah ke-5
91
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
luar sana, kerana itu tidak mungkin kita tanggapi secara langsung, tetapi yang kita
tanggapi secara langsung ialah sensasi yang dikaitkan dengan objek-objek itu.
12
Hal ini kerana sensasi/image itu adalah bersifat mental, bukannya fizikal, jadi di situ
Berkeley mempertahankan suatu fahaman idea yang mengatakan hanya alam minda
itu yang wujud dan alam fizikal itu tidak dapat kita kenali secara langsung. Jadi realiti
bukannya berada di luar sana tetapi berada di dalam diri kita sendiri, di dalam minda
yang memahami akan realiti luaran itu. Fahaman ini sebenarnya boleh membuka ruang
kepada kepercayaan terhadap kerohanian, kerana ia menganggap bahawa realiti itu
bukan bersifat fizikal, sebaliknya bersifat bukan fizikal ataupun bukan bersifat jasad,
dan dengan itu konsep-konsep seperti roh, umpamanya yang terdapat dalam fahaman
agama boleh diterima kerana roh juga bukan bersifat jasad tetapi boleh difahami
melalui minda kita dan dapat dikaitkan dengan sesuatu yang dikatakan bersifat
kerohanian ataupun spiritual yang tidak mempunyai sifat material ataupun jasadnya.13
Metafizik Keagamaan
Dalam fahaman ini, realiti tidak terhad pada jasad semata-mata namun unsur kepada
spriritual juga perlu diambil kira. Metafizik keagamaan mengambil kira kedua-dua aspek
sama ada material seperti alam, haiwan, tumbuhan dan sebagainya dan juga unsur
spiritual yang bukan bersifat material seperti jin, roh, tuhan, malaikat serta benda-benda
yang tidak berjasad dan tidak boleh dilihat dengan pancaindera.
Fahaman keagamaan ini dikatakan bahawa realiti itu tidak hanya terhad kepada yang
bersifat jasad yang boleh diketahui melalui kaedah rasionalis dan empirisis
seumpamanya. Tetapi realiti itu juga boleh terdiri daripada sesuatu yang bukan bersifat
jasad, misalnya ia bersifat kerohanian, misalnya roh, yang ada pada tubuh badan kita,
ataupun kewujudan entiti-entiti seperti yang dinyatakan di dalam agama, contohnya
kewujudan malaikat dan juga kewujudan benda-benda ghaib seperti jin dan
sebagainya. Perkara tersebut diterima dalam agama, tetapi bukan bersifat jasad, dan
dengan itu apa yang boleh dikaitkan di sini adalah bahawa dari segi keagamaan, realiti
itu tidak dihadkan hanya kepada yang bersifat material ataupun yang bukan bersifat
12
13
Ibid
Ibid
92
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
material ataupun yang bersifat idea kerohanian semata-mata, tetapi merangkumi
kedua-duanya. Jadi realiti bagi pandagan agama melibatkan jasad dan juga
kerohanian. Dan di sini jelas ia berbeza dengan pandangan materialis yang menolak
akan realiti kerohanian ataupun realiti yang bersifat mental.14
5.5
Teori Hubungan Insan dengan Tuhan
Terdapat dua hubungan insan dengan Tuhan iaitu hubungan vertikal dan hubungan
horizontal.
Hubungan Vertikal
Dalam hubungan horizontal ini banyak dibincangkan dalam natural teology dan
philosophy of god. Ianya lebih membincangkan mengenai adakah tuhan itu wujud dan
sebaliknya.
Fahaman
Ateisme
ini
merujuk
kepada
fahaman
yang
mengatakan
bahawa Tuhan itu tidak wujud. Golongan Ateisme ini selalu membincangkan konsep
ketuhanan dan dibahaskan dalam kalangan sarjana-sarjana Barat khususnya tentang
samada Tuhan itu wujud atau tidak. Jadi di dalam fahaman Ateisme, mereka
mengambil pendirian bahawa Tuhan itu tidak wujud, dengan itu bermakna bahawa
realiti alam ini hanya terhad kapada kewujudan benda-benda yang nyata seperti
manusia, alam sekitar, objek-objek fizikal dan mungkin juga idea, tetapi Tuhan sebagai
sesuatu yang berlainan daripada semua itu, iaitu tidak wujud pada pandangan
mereka.15
Fahaman Teisme
ialah fahaman yang mengatakan bahawa Tuhan itu wujud,
maknanya mereka mempercayai akan kewujudan Tuhan walaupun kewujudannya
mungkin tidak dapat dikesan melalui cara-cara biasa , melalui pancaindera kita yang
lima, melalui akal kita yang rasional dan sebagainya, namun demikian mereka tidak
14
15
Ibid
Ibid
93
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
menafikan bahawa Tuhan itu wujud dan adalah sebahagian daripada hakikat realiti
agama ini.
Pandangan seterusnya ialah fahaman Monoteisme, yang sebenarnya adalah
penjurusan kepada fahaman Teisme iaitu fahaman Teisme itu mengatakan Tuhanwujud
tetapi tidak diberi perincian tentang kewujudan Tuhan, jadi Monoteisme dan juga
kemudian Politeisme merupakan perincian tersebut. Di dalam fahaman Monoteisme
dikatakan bahawa Tuhan itu hanyalah satu jadi. Dia wujud tetapi kewujudannya
hanyalah satu, hanya satu Tuhan yang wujud. Dan mereka menekankan akan keesaan
Tuhan. The unity of god, existence, ini fahaman Tauhid di dalam Islam misalnya.
Dan selain daripada fahaman Monoteisme, terdapat fahaman Politeisme yang
mengatakan bahawa Tuhan itu wujud tetapi kewujudan Tuhan itu adalah lebih daripada
satu. Maknanya ada lebih daripada satu Tuhan, dan ini mungkin dipercayai oleh
sesetengah agama yang mengatakan bahawa Tuhan itu adalah lebih daripada satu.
Namun demikian mereka tidak menafikan akan kewujudan Tuhan.
Hubungan Horizontol
Hubungan Horizontal ini ialah hubungan sesama manusia dan makhluk lain. Manusia
merupakan insan yang kerdil di muka bumi ini.
Dalam konsep Mekanisme ini hubungan alam dan manusia ini diandaikan seperti alam
sebagai mesin dan manusia sebagai mekanik. Jadi mekanik hendaklah menggerakkan
mesin tersebut dengan sebaiknya dan jika ia menggerakan kearah kebaikkan maka
mesin tersebut akan membawa manfaat kepada tuannya. Begitu juga hubungan
manusia dengan alam, jika manusia mengusaha dan memakmurkan bumi dengan
sebaiknya tanpa melakukan kerosakan, maka bumi tersebut dapat memberi manfaat
kepada manusia.
Determinisme berasal dari perkataan Latin yang bererti „penghujung‟. Ia boleh
ditakrifkan sebagai satu fahaman yang menyatakan bahawa ialah tindakan manusia
boleh diterangkan secara sebab-musabab atau mengikut hukum yang ditetapkan. Hal
ini bermakna segala yang terjadi mengikut hukum yang telah ditetapkan tidak mungkin
berlaku sebaliknya(Abd. Latif, 1993)
94
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Fahaman ini dipelopori oleh Simon de Laplace yang mana menurut beliau segala
kejadian dan fenomena termasuk pilihan moral semuanya ditentukan oleh sebab dan
akibat yang terjadi sebelumnya. Ini bermakna manusia berupaya mengetahui segala
kejadian alam ini jika manusia mengetahui segala kejadian latarbelakang kejadiankejadian ini. Menurut beliau, manusia tidak mempunyai kebebasan dan kemampuan
untuk bertindak(Abd. Latif, 1993).
Dibahagikan kepada dua iaitu Intrinsik setiap kejadian berlaku disebabkan diri sendiri
dan Ekstrinsik setiap kejadian berlaku disebabkan oleh faktor luaran/di luar kawalan
manusia.
Determinis intrinsik ialah setiap kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh diri
sendiri itu. Tingkah lakunya boleh mengakibatkan banyak kejadian iaitu sebagai
penyebab dan bukan akibat. Manakala Determinisme ekstrinsik ialah satu fahaman
yang menyatakan bahawa setiap kejadian yang berlaku disebabkan oleh sebab-sebab
luaran bukannya disebabkan dengan oleh diri sendiri (Ab Latif, 1993)
Realisme ialah falsafah yang mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan dan segala
makhluknya dan hubungan antara satu sama lain. Fahaman ini percaya kepada wujud
umum, iaitu benda-benda yang dapat diperhatikan dan dibuktikan akan kewujudannya.
Fahaman ini berbeza dengan idealisme yang memandang alam kerohanian sebagai
alam realiti, realisme melihat alam kebendaan sebagai realiti.
5.6
Sistem-sistem Metafizik
Konsep Saintisme
Ideologi Sainstisme ini menerangkan bahawa kaedah sains harus digunapakai untuk
semua bentuk ilmu dan percaya melalui saintisme juga mampu menyelesaikan apa jua
masalah manusia. Hal ini bermakna sainstisme ialah kekaguman yang berlebihan
kepada kemajuan sains dan kaedah-kaedah sainstifiknya.
Ideologi ini mempunyai dua ciri iaitu keyakinan dan kepercayaan hanya melalui kaedah
sainstifik sahaja yang telah sahih untuk mendapatkan data untuk diterjemahkan sebagai
95
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
fakta. Selain tu, kaedah-kaedah selain dari empirikal dan eksperimental ini tidak akan
diterima kesahihannya. Oleh itu pengetahuan sains dan penemuan sainstifik adalah
sebagai satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan setiap permasalahan manusia.
Saintisme ini menolak dan tidak memberi peluang kepada aktiviti spiritual dan metafizik
seperti mana yang ada dalam Islam. Segala bentuk kegiatan berunsur keagamaan dan
kerohanian dilihat tidak rasional dan kepercayaan yang lahir daripadanya dikatakan
tahyul dan tidak membawa kepada kemajuan.
Islam tidak menolak kepada ilmu sains. Hal ini kerana sains ialah bidang yang boleh
dimanfaatkan diri manusia kepada kebenaran. Namun begitu, kebenaran yang mutlak
adalah milik Allah swt. Sains memberikan alat-alat yang membolehkan manusia
mengkaji sifat dan alam tabii sebagai tanda kebesaran ciptaan Allah swt. Selain itu juga
sains membolehkan manusia menyedari mengenai peraturan ataupun hukum alam
yang perlu dihormati. Hal ini bermakna walaupan kecanggihan hasil ciptaan sainstifik,
namun manusia perlulah menghormati dan tidak melanggar hukum yang ditetapkan
oleh Allah swt seperti tidak melakukan kerosakan di muka bumi (Sh.Saifuddin, 2012).
Firman Allah swt yang bermaksud;
Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta
untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering
lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi
lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
Surah al-Kahfi:109
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan
Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenarbenarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan
tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya
esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat
96
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Surah Luqman: 34
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran di atas secara jelas ilmu Allah swt tersangat
luas dan manusia tidak mampu untuk menandingi ilmuNya, apatah lagi ilmu-ilmu ghaib
yang tidak dapat digambarkan oleh akal manusia melainkan melalui ilmu wahyu. Allah
swt juga yang lebih mengetahui apa yang ada di bumi dan di sebalik setiap kejadian
ciptaanNya. Oleh yang demikian, Islam sangat mengalakkan segala kemajuan yang
diciptakan oleh sains yang dapat memberi faedah kepada manusia namun dengan
syarat ia tidak memudaratkan diri dan bercanggah dengan akidah sebagai seorang
Islam.
Bahkan, sejarah telah menunjukkan inovasi dalam sains Islam telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh
sainstis
mampu
mencipta
jentera
canggih
untuk
mengatasi
masalah dalam kehidupan, namun hasil garapan murni dan harmoni dengan alam
sekeliling menjadikan penciptaan teknologi Islam lebih beretika dan sempurna berbeza
dengan sains barat. Prinsip-prinsip kaedah atau metodologi sains Islam tuurt
membincangkan kepelbagaian kaedah yang membolehkan manusia memperolehi
pengetahuan realiti. Metodologi saintifik Islam turut mengakui kaedah yang bukan
berbentuk empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kahsf sebagai metodologi
saintifik alternative (Alias Azhar, 2017)
97
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kesan
Positif
Kesan
Negatif
Membantu
menyelasaikan
masalah
Menolak kepada
unsur-unsur
kerohanian
Menciptakan teoriteori baru
Kepercayaan
keagamaan
dianggap sebagai
tahyul
Membawa
kemajuan
Kepercayaan
agama tidak
membawa kepada
kemajuan
Konsep Agnostime
Berasal dari bahasa Greek bermaksud “tidak diketahui” (unknown). Penyangkalan
terhadap kemampuan manusia mengetahui hakikat “ada”(being) sama ada bersifat
material mahupun rohani. Fahaman ini mengatakan bahawa samada Tuhan itu wujud
atau tidak, itu tidak boleh kita ketahui, kerana pemahaman kita sebagai manusia adalah
terhad dan juga kebolehan kita untuk mengenali alam ini juga terhad melalui deria kita
dan juga melalui pemikiran kita, semua ini merupakan limitation ataupun kekangankekangan terhadap kebolehan kita untuk mengetahui realiti yang wujud.
Fahaman ini berbeza dengan golongan Ateis yang menafikan tentang kewujudan
Tuhan. Agnostisme tidak menafikan, cuma mereka mengatakan bahawa manusia tidak
mempunyai
kemampuan
untuk
mengetahui
samada
Tuhan
itu
wujud
atau
tidak. Jadi persoalan kewujudan Tuhan itu diketepikan ataupun di-KIV (Keep In View)
dan tidak dijawab secara langsung berbeza dengan golongan Ateis yang memberikan
satu jawapan yang positif dalam erti kata mereka yakin bahawa Tuhan itu tidak wujud.
Bagi Agnostisisme mereka tidak mempunyai keyakinan tersebut, cuma mereka katakan
kita tidak boleh mengetahui dengan pasti apakah jawapan yang sebenar.16
16
Ibid
98
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
Dalam
Islam,
nabilahazimoha@uitm.edu.my
fahaman
Agnostisme
ini
sangat
bertentangan
dengan
Islam.
Pengetahuan tentang kewujudan Tuhan adalah berdasarkan kepada hati dan banyak
dijelaskan dalam Quran dan Hadis sebagaiman firman Allah swt yang bermaksud;
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?
Sudah
tentu
mereka
akan
menjawab:
"Allah".
Ucapkanlah
(wahai
Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan
mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka
tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
Surah Luqman: 25
Begitu juga pengetahuan tentang kewujudan manusia dan alam berdasarkan hati dan
minda sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah swt yang bermaksud;
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anakanak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan
firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
Surah al-„Araf: 172
Manusia boleh mengetahui dan mengkaji hakikat kewujudan Tuhan dengan melihat
tanda-tanda kebesaran dan ciptaanNya serta melalui ilmu wahyu yang banyak
menjelaskan adanya Maha Pencipta. Begitu juga dengan hakihat kewujudan manusia
dan juga alam ini, perkara ini semuanya boleh diketahui melalui hati dan minda
manusia serta dibuktikan penjelasan melalui Al-Quran dan Hadis.
99
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
5.7
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Perkembangan Ilmu Metafizik
Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam cabang falsafah ini. Boleh
dikatakan bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Di antara failasuf
yang membicarakan bahagian ini seperti Plato dan Aristotles yang bermula pada zaman
Yunani. Pada peringkat awal, falsafah di Yunani dapat dibahagikan kepada beberapa
peringkat perkembangan (Noor Hisham & Nurul Hudani, 2016) seperti;
i.
Zaman Pra Yunani Kuno (Zaman Batu)
ii.
Zaman Yunani Kuno. Pada peringkat ini pemikiran
manusia mula bergerak dari mitologi (kajian berkenaan
mitos) kearah pemikiran rasional seperti hubungan sebab
akibat
iii.
Zaman Keemasan Yunani. Pada zaman ini manusia
memiliki kebebasan untuk mengungkapkan idea atau
pendapatnya.
iv.
Aristotles
Zaman Helinistik Romawi. Pada zaman ini muncul beberapa aliran seperti
stoisisme, epikurisme, skeptisime dan eklektisisme
Metafizik Aristotle (384 – 322 SM) pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah
seperti bahan dan penyebabnya (temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta
kewujudan yang telah menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang
kajian metafizik. Dalam perkembangan ilmu metafizik, ia dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu metafizik umum dan metafizik khusus. Metafizik umum adalah istilah lain
bagi ontologi. Manakala metafizik khusus ada tiga bahagian iaitu hakikat alam semesta
(kosmologi), hakikat manusia (psikologi) dan hakikat tuhan (teologi). Mengikut
Immanuel Kant (1724 – 1804), konsep metafizik tentang persepsi „kebenaran‟
sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia.
Lewat abad ke-19, para falsafah sains tidak menyenangi pemikiran mistik dan tidak
rasioanal iaitu metafizik. Hal ini kerana golongan ini lebih menggunakan unsur rasional
untuk membuktikan kebenaran. Fahaman ini secara rasmi diteruskan
100
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
oleh Moritz
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Schlick secara rasminya pada tahun 1925 bersama Ernst Mach. Kesan daripada
kemunculan tersebut, munculnya golongan sainstisme
yang mengutamakan dan
menolak unsur-unsur spiritual, rohani mahupun metafizik.
5.8
Persoalan Metafizik
Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang falsafah mengenai kajian realiti
yang muktamad. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan
perkara seperti:

Apa dia alam semester?

Apa dia kehidupan?

Apa dia pemikiran?

Apa dia demokrasi? dan sebagainya.
Oleh itu, terdapat persolan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap perkara
yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu? Adakah
sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud?
Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang failasuf. Jadi, mereka
ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka.
Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat
di capai. Di samping itu, mereka juga mempersoalkan perihal Tuhan; misalnya, adanya
Tuhan atau tiada Tuhan?
101
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
adakah tuhan wujud?
dimana tuhan?
adakah tuhan berjisim?
siapa tuhan yang sebenar?
apakah hakikat manusia?
apakah kaitan di antara kejadian hujan dan sains?
5.9
Kesimpulan
Metafizik sebagai salah satu cabang disiplin ilmu falsafah. Dalam Islam, metafzik
(ontologi) mempersoalkan soal ketuhanan. Bahkan ontologi dalam Islam bukan sahaja
sesuatu secara zahir yang dapat dicerap oleh kajian empirikal bahkan lebih daripada
itu. Sesuatu yang ada dalam alam ini seperti alam manusia, alam haiwan, alam
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain merujuk dan menjadi tanda kebesaran dan kewujudan
Allah SWT. Semua yang wujud di alam nyata dan tidak alam nyata adalah dibawah
kekuasaan Allah SWT sebagai Sang Pencipta dan Pengatur untuk alam semesta ini,
bukannya sebab dan akibat dari sesuatu.
102
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Abdul Latif Samian, 1993, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Wan Qashishah Akmal Wan Razali et al, 2018, Kajian Perbandingan
Kosmologi Nur Muhammad dan Kosmologi Letupan Besar (Big Bang) dalam
Prosiding Kolokium Penyelidikan Siswazah, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
4. Noor Fazreena Rasngat @ Jusnaidi et al, t.t, Prinsip Asas Ekologi Dalam (
Deep Ecology): Suatu Pandangan Berdasarkan Perspektif Islam.
5. Hamizan Abdul Karim, 2019, Falsafah Ilmu Sorotan Hukum Penyusunan
dalam 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019),
Bangi: KUIS
6. Sheikh Mohd Saifuddin Sheikh Mohd Salleh, 2012, Tipologi Integrasi Antara
Agama Dan Sains: Satu Penilaian Dan Cadangan Menurut Perspektif Islam,
Tesis Ijazah Doktor Falsafah: APIUM.
7. Alias Azhar, 2017, Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan Dan
Perbandingan, Jurnal Ulum Islamiyyah, vol 21.
8. Noor Hisham Mohd Nawi & Nurul Hudani Mohd Nawi, 2016, Wacana
Falsafah Ilmu: Dinamika dan Perpektif, Kota Bharu: UMK Press.
9. Transkrip temubual bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah Univerisiti Utara
Malaysia) dalam kuliah ke-5
103
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 6
EPISTEMOLOGI
Epistemologi ini adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang teori-teori
ilmu.Ia mengkaji tentang apakah itu ilmu, jenis-jenis ilmu dan had atau batasan ilmu itu
sendiri.
6.1
Perkembangan Epistemologi dan Kesan Terhadap Kehidupan
Definisi
Epistemologi
episteme
berasal dari bahasa Yunani iaitu
bermakna
„pengetahuan‟
dan
logos
bermakna „ilmu, kajian‟. Jadi Epistemologi ini adalah
sesuatu
teori
pengetahuan.
knowledge
ataupun
Juga
dalam
kajian
tentang
ilmu
disebut
sebagai
Bahasa
Inggerisnya(Hashim,
Theory of
2001). Ilmu juga disebut sebagai al-ilm dalam Bahasa Arab dan science dalam Bahasa
Inggeris.
Menurut Runes (1963) epistemologi ialah sebahagian daripada cabang falsafah yang
membincangkan
tentang
beberapa
skop
penting
dalam
pengetahuan
bagi
membolehkannya menemui kebenaran seperti sumber, asal-usul pengetahuan,
pembahagian dan kesahihan.
Epistemologi juga ialah sebagai Theoretical study of knowledge yang merupakan satu
kajian teoritis tentang ilmu, apakah sifat ilmu itu, apakah syarat-syarat yang boleh
menjadikan sesuatu itu sebagai ilmu, khususnya ilmu yang sahih, yang boleh diterima
sebagai ilmu yang mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya
sesuatu yang berbeza daripada pandangan yang tidak berasas.
Teori pengetahuan dalam epistemologi juga merujuk kepada hal-hal biasa dalam
kehidupan harian. Pengetahuan yang tersusun akan meningkat menjadi ilmu atau
sains. Bahkan ahli falsafah mengatakan ilmu adalah sebagai pengecaman bentuk
maklumat dalam jiwa.
104
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Jadi epistemologi ini berkisarkan tentang persoalan falsafah tentang sifat ilmu itu sendiri
dan
percubaan-percubaan
ahli-ahli
Epistemologi
untuk
memberikan
jawapan-
jawapannya supaya lebih jelas lagi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu dan
apakah syarat yang perlu dipenuhi supaya sesuatu itu boleh diterima sebagai ilmu yang
sahih. 17
Dalam teori ilmu, epistemologi mempersoakan perkara seperti:
◦
Epistemologi mempersoalkan perkara seperti:
◦
Apakah ilmu? Kenapa perlu?
◦
Bagaimana kita memperoleh ilmu?
◦
Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?
◦
Bagaimana kita bukti kesahihannya?
◦
(What does it mean to know? To know what? How do I know? analyzing
concepts such as belief, truth, knowledge, justification? How do I determine if I
am right?)
Kepentingan Ilmu
Pembangunan dan kemajuan sesebuah tamadun manusia adalah berkait rapat dengan
tahap dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat. Ilmu menjadi
alat yang amat penting kepada individu bagi membentuk institusi keluarga. Sesebuah
institusi keluarga yang dibina berasaskan ilmu pengetahuan dapat melahirkan
masyarakat yang membudaya ilmu. Bahkan secara tidak langsung peranan masyarakat
dapat dimainkan dalam pembangunan negara dan bangsa mereka (Adibah et al, 2016).
Kepada perlunya kepada ilmu? Kepentingan ilmu dapat dilihat sebagai alat yang paling
berkesan untuk membina masyarakat. Hal ini kerana pembangunan bangsa
dan negara yang seimbang dari aspek material dan spiritual ke arah pembinaan sebuah
tamadun yang kuat perlu berlunaskan integrasi antara ilmu naqli dan ilmu „aqli untuk
17
Transkrip Temubual bersama Prof Hazim Shah (pensyarah UUM) dalam kuliah ke-6
105
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
memastikan individu, keluarga dan masyarakat yang menjadi tonggak negara
memahami tujuan ilmu dan pendidikan yang sebenar ( Adibah et al, 2016)
Dalam hal ini, kefahaman mereka tentang peri mustahak melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu baru yang berkembang seiring dengan perubahan zaman, di samping
memantapkan diri dengan ilmu agama atau ilmu naqli yang disifatkan sebagai ilmu
tradisional adalah amat perlu dalam sebuah kemajuan dan pencapaian material dan
spiritual yang seimbang.( Adibah et al, 2016)
El-Edrus (1993) menjelaskan konsep ilmu yang berteraskan agama sewajarnya menjadi
asas kepada falsafah pendidikan negara dan objektif utama dasar pendidikan ke arah
melahirkan insan yang berilmu, bermoral dan berkeyakinan.( Adibah et al, 2016). Dalam
masyarakat beragama, pendidikan bertujuan untuk menyemai iman yang mantap dalam
diri, membina keyakinan yang mendalam kepada Allah SWT dan menyuburkan jiwa
yang ingin menyumbang kepada bangsa dan negara. Matlamat ini dapat dicapai melalui
pemahaman yang betul terhadap makna epistemologi yang
menerangkan asal, sifat, karakter dan jenis ilmu pengetahuan
(Adibah et al, 2016).
Epistemologi turut menjelaskan kefahaman yang betul kepada
manusia tentang hubungannya dengan Allah SWT untuk
mendorong manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang
baik dan mencegah perkara yang merosakkan agama. Bahkan,
Ibn Sina
sejarah telah membuktikan kecemerlangan dan kegemilangan tamadun terdahulu
adalah disebabkan penguasaan ilmu yang mendalam. Islam juga telah melahirkan
ramai tokok-tokoh yang tinggi dalam penguasaan ilmu sehingga masih menjadi sumber
rujukan utama dalam bidang-bidang tersebut.
Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang kamu lakukan.
106
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Surah al-Mujadalah : 11
Allah SWT sangat mencintai kepada hambaNya yang tekun dalam menuntut ilmu
bahkan Allah SWT akan mengangkat darjah mereka sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
Ilmu Sains Dan Agama
Sains berkembang seiring dengan perkembangan pola ketamadunan kehidupan
manusia di alam sejagat ini. Sejarah ketamadunan manusia memerlukan usaha
manifestasi nilai-nilai yang tersendiri dalam ruang lingkup perspektif hidupnya.
Perkembangan sains ini berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri
semula jadi ingin tahu manusia telah meransangnya untuk mengenal serta
mamahami sifat persekitarannya dan sebab-sebab penciptaannya. Oleh itu, evolusi
setiap tamadun di muka bumi ini, bahkan kemajuan kendiri manusia seluruhnya
berdasarkan evolusi sains.
Ianya
berperanan
luas
dalam
proses
dan
usaha
manusia
mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumber dan meluaskan wilayah.
Jelas
di
sini,
bahawa
di
sebalik
ketamadunan
manusia
itu
wujud
satu
dorongan dan rangsangan positif terhadap perkembangan sains. Sikap manusia
terhadap alam semula jadi dan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah serta
memenuhi
keperluan-keperluan
tertentu
merupakan
faktor
pemangkin
terhadap perkembangan pengajian sains itu sendiri (Alias Azhar, 2017).
Ilmu sains sangat berbeza dengan falsafah. Sains lebih kepada kajian empirikal yang
tertentu kepada sesuatu bidang. Ianya lebih mengkaji kepada fakta dan menghasilkan
konsep serta penemuan-penemuan baru. Kajian sains ini dapat membantu manusia
untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti penciptaan alat
telekomunikasi, sistem pengairan dan sebagainya.
Manakala falsafah ialah teori yang bersifat umum dan komprehensif yang mana tujuan
falsafah adalah untuk mengkaji asal usul manusia, hakikat ketuhanan, hakikat alam
semesta dan sebagainya. Bahkan falsafah juga mengkaji hakikat ilmu dan cara
perolehan ilmu tersebut.
107
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Falsafah juga dapat dibezakan dengan agama yang mana falsafah lebih kepada unsur
kebudayaan serta berdasarkan pemikiran manusia. Bahkan adanya falsafah juga yang
tidak mempercayai kepercayaan agama seperti fahaman atheisme yang menolak
kewujudan tuhan.
Agama merupakan anutan bagi setiap manusia. Agama dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu agama samawi dan agama budaya. Agama samawi ialah agama berasal
dari Tuhan atau penurunan wahyu seperi agama Islam, Kristian, agama Hanif dan
sebagainya. Manakala agama budaya ialah agama ciptaan manusia seperti Buddha
dan Hindu.
108
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
6.2
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Pelbagai Kaedah dan Sumber Perolehan Ilmu
How do I know? What are sources of knowledge? By reading or googling. Seringkali
kita ungkapkan perkataan sedemikian dalam memastikan kesahihan sesuatu maklumat
yang kita perolehi tersebut. Oleh itu kepentingan kepada penerokaan, penelitian
sesuatu ilmu adalah penting bagi mengelakkan kita berada di landasan yang sebenar.
Sumber ilmu atau pun souces of knowledge dan juga jalan-jalan yang boleh dicapai
pengetahuan itu (way of knowledge), yang mana menerangkan bagaimana manusia
memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan seperti bagaimana manusia
mengenali perkara yang ada disekelilingnya. Bagaimana kita dapat mengenali barangbarang yang ada di sekeliling kita seperti pokok, rumah, bangku dan sebagainya. Maka
timbulkan pelbagai aliran falsafah untuk memberikan jawapan terhadap persoalan
tersebut (Imam, 2000).
Secara umumnya sumber ilmu pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga sumber
iaitu kewibawaan, logik dan sains. Kewibawaan dalam konteks ini ialah kepercayaan
dan juga pengalaman Ilmu pengetahuan diperolehi dan diuji menerusi orang yang pakar
dalam bidangnya seperti ahli sains, ustaz, menteri, ulama dan sebagainya. Contoh ahli
sains menyatakan bumi itu berbentuk bulat. Ilmu yang diperolehi daripada pengalaman
dipanggil sebagai a posterior.
Penghasilan pengetahuan menerusi sumber logik di panggil sebagai a priori, iaitu
bergantung kepada taakulan logik yang didasarkan kepada andaian utama. Andaian itu
berupa kenyataan yang pasti. Contohnya, setiap yang bernyawa mesti mati.
Seterusnya, sumber pengetahuan menerusi kajian sainstifik yang dapat membuktikan
sesuatu dengan bukti dan kajian. Ahli sains tidak mudah untuk menerima kenyataan
walaupun sudah ada pembuktian, sebaliknya dia menguji hipotesis dan dapatan kajian
tersebut dihebahkan untuk pengetahuan ramai (Sulaiman, 2005).
Sumber Ilmu Menurut Perpektif Barat
1) Rasional Kognitif /akal
109
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Barat menganggap kebenaran itu terletak pada manusia sebagai makhluk yang
menentukan kebenaran. Falsafah barat hanya bergantung sepenuhnya terhadap
tanggapan dan kemampuan akal semata-mata. Oleh itu muncullah aliran Rasionalisme
yang berlaku pada abad ke 17 dan 18 yang mana menyatakan hakikatnya sumber ilmu
adalah bergantung kepada akal dan budi manusia. Kemudian muncul juga aliran
Empirikal iaitu yang mementingkan pengalaman untuk meningkatkan pengetahuan.
Fahaman aliran ini berpegang kepada seluruh pemikiran manusia adalah daripada
pengalaman (Shaharir, 2018)
2) Pancaindera zahir semata-mata
Falsafah barat juga bergantung kepada kepintaran akal dan pancaindera manusia
sebagai sumber ilmu. Walaupun pancaindera manusia secara semulajadinya agak
terbatas terutama dalam hal yang bersifat metafizik namun barat lebih memberatkan
penggunaan akal sebagai pemikiran rasional.
Sumber Ilmu Menurut Islam
1) Wahyu (al-Quran dan al-Sunnah)
Dalam Islam kepentingan ilmu pengetahuan adalah jelas dalam Islam apabila wahyu
yang pertama mengajak manusia untuk mencari dan menimba ilmu. Firman Allah SWT
yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk)
Surah al-Alaq: 2
Wahyu ialah kallam Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul melalui Malaikat Jibrail
untuk seluruh umat Islam yang mana mengajak kearah kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Wahyu merupakan sumber ilmu yang tertinggi dalam Islam yang mana
bersifat rabbani, lengkap dan merangkumi semua perkara dalam Islam contohnya
akidah, syariah, perkara dunia dan akhirat.
110
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Selain daripada al-Qur‟an, hadis Rasulullah SAW juga adalah sumber utama ilmu
pengetahuan.
Terdapat
hadis
Baginda
yang
membincangkan
tentang
ilmu
pengetahuan, nilai, galakan mencari ilmu, cara penyebarannya dan amalannya dengan
saranan menyeru umat Islam untuk menimba ilmu. Ringkasnya, hadis ialah sumber
primer ilmu pengetahuan yang dirujuk selepas al-Qur‟an (Adibah, 2016).
Dalam
usaha
untuk
mencapai
kejayaan,
Islam
tidak
menuntut
manusia
untuk memberi tumpuan hanya kepada keperluan rohaniah tetapi juga menyeru
manusia
supaya
mengkaji
kandungan
al-Qur‟an
yang
berkaitan
dengan keperluan material manusia. Hal ini kerana ilmu naqli dan ilmu „aqli mempunyai
kepentingan
masing-masing
dalam
kehidupan
manusia.
Ilmu
naqli melengkapkan manusia dengan aspek-aspek kerohanian, manakala ilmu „aqli
menyediakannya peluang untuk mencapai kejayaan di dunia ini
2) Ilham
Ilham menurut Kamus Dewan adalah petunjuk daripada Allah yang terbit dari hati
(Kamus Dewan, 2016). Islam mengiktif ilham sebagai salah satu sumber ilmu
berdasarkan firman Allah SWT:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika
engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka
(letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah
engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami
akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi
salah seorang dari Rasul-rasul Kami.
Surah al-Qasas : 7
Allah SWT telah memberi ilham kepada ibu Nabi Musa a.s sebagai petunjuk daripada
kezaliman Firaun. Ilham juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu ilham baik dan ilham
buruk. Ilham baik ialah ilham yang dari Allah SWT berupa petunjuk. Manakala ilham
buruk yang datang dari syaitan untuk mendorong melakukan kejahatan. Sesetengah
orang mendapat ilham daripada Allah tanpa perlu belajar dan perlu menggunakan
111
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
secara bersungguh-sungguh pengetahuan ilham tersebut untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
3) Intuisi ( Naluri)
Intuisi ataupun naluri ialah kuasa spontan memahami atau memperoleh sesuatu ilmu
tanpa penaakulan dan mentelaah secara sedar. Kamus Dewan mendefinasikan naluri
ialah tabiat yang menjadi pembawaan (Kamus Dewan,2016). Naluri ialah ilmu yang
dapat melalui warisan genetik iaitu bersifat semulajadi. Ilmu ini tidak perlu dipelajari.
Sebagai contoh, bayi menangis apabila terasa lapar, dahaga dan sebagainya. Begitu
juga seseorang yang ingin melepaskan hajat, dengan sendirinya akan mencari tandas.
Keupayaan naluri antara manusia berbeza dan ia merupakan satu gerak hati yang
dilakukan secara semulajadi.
4) Akal
Islam juga meletakkan akal pada kedudukan yang tinggi. Islam menghormati akal
manusia atas kapasitinya membolehkan manusia untuk mengiktiraf kewujudan,
kesatuan, kuasa dan rahmat Tuhan. Selain daripada kelebihan akal dari konteks
spiritual, akal adalah berguna dalam proses menuntut ilmu.
Islam dan akal diperlukan untuk mendapatkan pemahaman yang betul dalam pelbagai
disiplin ilmu naqli dan ilmu „aqli. Usaha manusia yang digabungkan dengan
penggunaan akal yang betul dan ilmu pengetahuan yang kukuh akan mewujudkan lebih
banyak peluang untuk mencapai kejayaan yang seimbang. Penggunaan akal membawa
perkembangan baru dalam bidang ilmu „aqli yang menawarkan kelebihan yang lebih
banyak kepada pembangunan modal insan. Bahkan ilmu „aqli mempunyai manfaat
yang besar untuk membolehkan manusia memenuhi tuntutan dan kehendak zaman.
Walaupun ilmu „aqli bergantung kepada akal untuk mengesahkan kesahihannya, namu
Islam menegaskan bahawa akal yang rasional menolak sebarang pendapat atau fakta
yang bercanggah dengan kandungan alQur‟an dan al-Sunnah. Dalam kata lain,
penggunaan logik akal mempunyai had yang tertentu dan tidak diletakkan pada
kedudukan yang lebih tinggi daripada al-Qur‟an atau al-Sunnah (Adibah, 2016).
112
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Perkara ini berbeza dengan sains Barat yang mana akal adalah satu-satunya ilmu
pengetahuan kerana bagi mereka, ilmu wayu hanya sebagai kepercayaan semata-mata
bukannya pengetahuan selagi kepercayaan tersebut belum dapat dibuktikan melalui
kaedah-kaedah sains. Sains Barat terpisah dengan aspek ketuhanan, alam ghaib dan
juga konsep-konsep ketauhidan dalam Islam (Shaharir, 2018)
5) Pancaindera
Allah SWT menjadikan
manusia dilengkapi lima pancaindera
iaitu mata, hidung,
telinga, tangan dan lidah. Kesemua anggota ini berperanan untuk menterjemahkan
sesuatu yang dilihat, dihidu, didengar, dipegang dan dirasa kepada otak.
Pancaindera juga diiktiraf sebagai salah satu sumber keilmuan dalam Islam namun
perlu dibimbing oleh wahyu agar selari dengan kehendak syariat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan
yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya
mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat
mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna)
kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi
yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Surah al-Haj: 46
Oleh itu, manusia hendaklah menggunakan sebaik mungkin pancaindera yang
dianugerahkan oleh Allah SWT untuk memperoleh ilmu yang dapat mendekatkan diri
kepada Tuhan bukannya menggunakan pancaindera tersebut untuk menyekutukan
Allah SWT atau membuat maksiat.
113
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
6.3
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Teori-teori Tentang Kebenaran
Dalam teori Epistemologi terdapat pelbagai teori yang dilahirkan oleh ahli falsafah iaitu
teori kebenaran, teori
tekalan, teori pragmatis, teori demokrasi barat dan teori
keislaman klasik.
Teori Kebenaran
Mengikut teori kebenaran koresponden ataupun
teori kebenaran kesepadanan ini,
kebenaran tercapai apabila sesuatu pendapat, idea, pengertian, keputusan, pernyataan
sepadan atau selaras, sesuai dengan fakta ,kenyataan ataupun situasi hakiki. Dengan
kata lain apa yang dimaksudkan dengan kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu
adalah ditentukan oleh samada apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu
adalah sepadan atau serupa dengan apa yang terdapat di luar sana iaitu hakikat yang
terdapat di dalam alam nyata itu. Samada hakikat itu adalah sepertimana yang
digambarkan oleh pernyataan itu ( Shaharir, 2018)
Contohnya ialah kenyataan bahawa sekarang ini
hujan sedang turun dengan lebatnya di luar bilik
kuliah. Ayat ini dianggap benar sekiranya kejadian
hujan turun sedang berlaku di bilik luar kuliah.
Namun sekiranya ayat yang menyatakan bahawa
hujan sedang turun di luar sana tidak bersamaan
dengan hakikat yang berlaku (hujan tidak turun), maka ayat yang menyatakan hujan
sedang turun di luar sana dianggap palsu/ tidak benar.
Jadi di situ kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau
pernyataan itu adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar
sana seperti yang digambarkan oleh ayat atau pernyataan itu.18
Namun teori kebenaran ini mendapat kritikan pertamanya ialah teori ini bersandarkan
kepada erti fakta yang sudah tidak diketahui umum. Keduanya bagaimanakah
seseorang dapat membandingkan idea dari sebarang pengetahuannya dengan benda
18
Transkrip Kuliah ke 6 Epistemologi bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
114
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
yang
nabilahazimoha@uitm.edu.my
disebut kenyataan itu. Kalau seseorang itu sudah mengetahui benda yang
disebut sebagai „kenyataan‟ itu mengapa perlunya seseorang membuat perbandingan
kerana ketika itu seseorang sudahpun memiliki kebenaran (Shaharir, 2018)
Teori Ketekalan
Teori ini dikembangkan pada abad yang ke-19 dibawah pengaruh ahli falsafah Jerman
yang bernama Hegel. Mengikut teori ketekalan ini, kebenaran merupakan sesuatu yang
tidak bercanggah dengan pengetahuan yang telah diterima terdahulu daripada itu
Sesuatu benda itu benar bukan kerana benda itu bersesuaian dengan fakta tetapi
bersesuaian dengan binaan pengetahuan yang kita miliki.
Teori ini menekankan manusialah ukuran segala-galanya. Mereka berpandangan
objek pengetahuan ataupun mutu yang kita terima menerusi pancaindera kita atas
kesedaran
kita
pada
objek
tersebut.
Jadi
kebenaran
itu
subjektif
kerana
kebergantungan kepada penilai kebenaran.
Teori ini menerima kritikan kerana pembuktian keserasian tidak menentukan
kebenaran. Hal ini kerana keserasian tidak semestinya membawa kebenaran. Ia juga
berpotensi menyebabkan kita terjatuh dalam kitaran kepalsuan apabila pernyataan
palsu dianggap kebenaran. Malah, buku-buku cereka, novel dan sebagainya adalah
kebenaran mengikut teori ini( Shaharir, 2018)
Teori Pragmatis
Teori pragmatis ini dikembangkan oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang bernama
William James pada abad yang ke 20. Di dalam teori kebenaran pragmatis, apa yang
penting di sini ialah, samada sesuatu tindakan yang kita lakukan itu yang berasas
kepada konsep-konsep yang digunakan seperti konsep-konsep di dalam ilmu sains
misalnya, dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau yang nyata, dan mempunyai
kegunaan dan sebagainya. Maksudnya tindakan yang membawa kepada tindakan yang
berkesan, contohnya, di dalam teori sains seperti teori atom, untuk mengetahui sesuatu
kenyataan yang berhubung dengan teori atom itu adalah benar atau tidak, maka kita
lakukan eksperimen-eksperimen contohnya, berasaskan kepada teori tersebut.
115
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif, iaitu keputusan
yang dihasilkan oleh eksperimen itu menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu
misalnya
adalah
benar,
iaitu
kita
dapat
keputusan
eksperimen
yang
mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar. Kebenaran itu adalah
kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang diramalkan
oleh teori itu, ataupun sekiranya konsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan
teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan penggunaan teori atom
misalnya. Jadi, teknologi baru itu adalah sesuatu yang praktikal dan ia terhasil atas
tindakan kita yang menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu
teknologi, misalnya teknologi bom atom, berasaskan kepada teori atom.
Jadi di sini kebenaran teori itu mungkin tidak boleh ditentukan atau disahkan secara
langsung dengan membandingkannya dengan realiti kerana realitinya adalah bersifat
mikroskopik iaitu tidak kelihatan oleh deria kita. Jadi bagaimana untuk menentukannya?
Menentukannya dengan cara samada kesan praktikal teori itu adalah seperti yang
diramalkan oleh teori, sama juga seperti contoh yang lain yang mungkin lebih mudah
yang bukan dalam konteks sains dan teknologi seperti konsep atau fahaman kita
mengenai angin.
Apakah yang maksudkan dengan angin? Jadi, jika kita terima konsep angin, maka ia
akan membawa kepada kepada suatu jangkaan kesan-kesan
angin, misalnya pokok akan tumbang jika angin kuat, dan
sebagainya. Itu menunjukkan bahawa ada kesan yang nyata
hasil daripada penerimaan kita terhadap konsep angin tadi.
Dengan itu, maka kita boleh mengesahkan bahawa wujud
angin itu kerana kepercayaan kita akan kewujudan angin itu
terbukti dengan nyatanya dengan adanya fenomena seperti tumbangnya pokok yang
ditiup oleh angin ataupun kesan kesan lain seperti orang boleh ditolak dengan adanya
angin yang kuat dan sebagainya. Jadi ini yang dimaksudkan dengan pragmatic iaitu
kesan terhadap sesuatu yang nyata dan praktikal.19
19
Transkrip bersama Prof Hazim Shah
116
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Memahami gajah
Teori Demokrasi Barat
Mengikut teori ini, demokrasi barat adalah mengikut sistem undian terbanyak yang
mana sesuatu itu benar jika didapati ada majoriti yang bersetuju dengan sesuatu
gagasan itu. Teori ini juga dijustifikasi dan disokong oleh teori pragmatis (Shaharir,
2018).
Teori Keislaman Klasik
Dalam teori ini, kebenaran mutlak wujud dan merupakan kebenaran yang terkandung
dalam al-Quran. Tiga institusi kebenaran iaitu sains, falsafah dan agama wahyu yang
merupakan tempat makhluk mencari kebenaran. Ketiga-tiga ini ada titik pertemuanya
yang mana kemuncakkan adalah berlandaskan tauhid kepada Allah SWT.
Albert
Eistein pernah menyatakan belajar ilmu tanpa agama lumpuh, agama tanpa ilmu buta
yang mana membawa erti pentingnya agama sebagai panduan dan asas pengetahuan
serta pentingnya ilmu dalam pengamalan agama (Shaharir, 2018).
117
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
6.4
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Epistemologi Untuk Kemajuan Kehidupan
Jenis-jenis ilmu
Dalam epistemologi ilmu ia mengajar kita tentang jenis-jenis dan klasifikasi ilmu
contohnya klasifikasi ilmu kepada ilmu sains kemanusiaan dan ilmu sains tulen. Sains
tulen seperti fizik, kimia, biologi dan sebagainya. Manakala, sains sosial seperti politik,
ekonomi, politik, ekonimi, undang-undang, pendidikan, komunikasi dan sebagainya
(Shaharir, 2016)
Dalam Islam, llmu diklasifikasi sebagai ilmu Aqli dan Ilmu Naqli. Ilmu Naqli adalah ilmu
berdasarkan wahyu seperti ilmu tentang cara bersolat, beribadat, menjaga hubungan
dengan Allah SWT dan lain-lain. Ilmu aqli ialah ilmu berdasarkan akal dan eksperimen
seperti ilmu sains. Islam tidak menolak kepada ilmu aqal tetapi aqal mestilah digunakan
untuk berlandaskan jalan kebenaran dan tidak memesongkan akidah.
Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Ilmu
fardu ain ialah ilmu yang wajib dituntut oleh setiap umat Islam seperti belajar solat,
puasa dan perkara-perkara ibadah yang lain. Manakala ilmu fardu kifayah ialah
dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam seperti menuntut ilmu kejuruteraan,
perubatan, perundangan dan sebagainya.
Kesepaduan antara Falsafah, Ilmu dan Agama
Hubungan antara falsafah, ilmu dan agama secara amnya mencari kebenaran. Kajian
falsafah lebih bersifat umum dan komprehensif dengan melihat setiap benda dalam
suatu perspektif. Manakala ilmu ialah menumpukan kepada persoalan yang khusus
seperti fizik. Agama pula adalah ciptaan dari Tuhan dan mendahulukan kepercayaan
dan pemikiran .
Falsafah dan ilmu sememangnya mempunyai keterbatasan dan hanya agama sahaja
yang bersifat mutlak dan tidak berubah walaupun berlakunya perubahan masa dan
zaman. Agama juga merupakan anutan dan pegangan yang menjadi pedoman kepada
setiap manusia. Setiap agama mengajar untuk membuat kebaikan dan menolak kepada
118
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
kejahatan. Agak mustahil agama yang benar bercanggah dengan kebenaran. Oleh itu,
falsafah dan ilmu saling memerlukan agama dalam mencari erti kebenaran.
6.5
Senario dan Kajian Kes
Senario 1
Bulan muncul setiap malam. Bulan terang, cantik, bercahaya.
Persoalan:
◦
Deskripsikan bulan pada pandangan anda.
◦
Adakah bulan itu cantik seperti yang digambarkan oleh manusia?
◦
Bagaimanakah anda menjustifikasikan bulan?
Senario 2
Pokok pisang mempunyai ciri unik yang jarang dimiliki tumbuhan lain. Tanaman ini
hanya boleh berbuah sekali sahaja sehingga ada peribahasa Melayu „takkan pisang
berbuah dua kali‟ yang bermaksud sekali tertipu tidak akan berulang lagi.
Persoalan:
119
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
◦
Apa itu pisang?
◦
Apa falsafah di sebalik perumpamaan ini?
◦
Adakah benar pisang tidak berbuah dua kali?
◦
Adakah perumpamaan ini sudah tidak sesuai digunakan?
◦
Apa akibat tidak mengambil sempadan daripada apa yang berlaku?
◦
Di Bukit Payong, Terengganu, sebatang pokok pisang menunjukkan kejadian
luar batas normal pohon pisang.
Senario 3
◦
Kata orang tua-tua, anak gadis menyanyi di dapur akan lambat kahwin.
◦
Persoalan
◦
Apakah kaitan menyanyi dengan perkahwinan?
◦
Apakah benar perumpamaan ini?
Senario 4
◦
Prof: Berapa jarak dari Tg. Malim ke Putrajaya?
◦
Prof: Baiklah. (lalu prof masuk ke dalam teksi dan
tenggelam dalam dunianya)
◦
Pemandu teksi: Dua jam setengah.
◦
Setelah dua jam setengah berlalu.
◦
Pemandu teksi: Kita dah hampir sampai encik.
◦
Prof: Saya rasa baru sahaja bertolak. Betulkah kita dah sampai?
◦
Pemandu: Betul encik.
120
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Soalan:
◦
6.6
Adakah benar jarak perjalanan tersebut mengambil masa 2 jam?
Kesimpulan
Epistemologi Islam sangat mementingkan penggunaan ilmu naqli dan ilmu aqli. AlQur‟an sentiasa menggalakkan umat Islam untuk menggunakan akal dan bekerja keras
untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan, Islam
tidak menuntut manusia untuk memberi tumpuan hanya kepada keperluan rohaniah
tetapi juga menyeru manusia supaya mengkaji kandungan al-Qur‟an yang berkaitan
dengan keperluan material manusia. Hal ini kerana ilmu naqli dan ilmu „aqli mempunyai
kepentingan masing-masing dalam kehidupan manusia. Ilmu naqli melengkapkan
manusia dengan aspek-aspek kerohanian, manakala ilmu „aqli menyediakannya
peluang untuk mencapai kejayaan di dunia ini
Rujukan
1. Al-Quran
2. Hashim Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu
Pengenalan,Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, UM.
3. Adibah Sulaiman et al, Konsep Ilmu Menurut Perspektif Syed Sheikh Ahmad alHadi, Jurnal Islamiyat 38(2).
4. Alias Azhar, 2017, Sains Islam vs Sains Barat: Analisis Amalan dan
Perbandingan, Jurnal Ulum Islamiyah, vol.21
5. Sulaiman Masri, 2005, Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan, Kuala
Lumpur: Utusan Publication Distributors.
6. Shaharir Mohamad Zain, 2018, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. Imam Abdul Fattah Imam, 2000, Epistemologi: Satu Perbincangan Awal, Jurnal
Afkar, vol 1.
121
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
BAB 7
IDEOLOGI SEMASA
Pengenalan
Serangan pemikiran atau ideologi ini dapat dilihat dari susunannya yang jelas yang
bukan berbentuk fizikal tetapi lebih kepada thought control atau ideological reform.
Setiap ideologi yang dibawa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha meyakinkan
pihak luar dengan pelbagai cara. Pelbagai ideologi yang dapat daripada pemikiran barat
untuk penyerapan dalam minda umat Islam seperti sekularisme, modernisme,
pascamodernisme, relativisme, dualism, hedonisme, rationalism dan sebagainya.
7.1
Sekularisme
Sekularisme merupakan salah satu ideologi yang dibawa oleh pemikiran barat yang
boleh menjejaskan amal perbuatan dan kedudukan di sisi iman
Definisi
Istilah sekularisme berasal dari bahasa Latin seaculum iaitu secular yang mempunyai
banyak maknanya. Michael Hill menyatakan bahawa sekularisme merujuk kepada
masa dan tempat. Manakala, Syed Muhammad Naquib Al-Attas menghuraikan masa
ialah masa sekarang yang bersifat kekinian dan dunia pula bersifat keduniaan (Mohd
Aizam, 2012)
Shiner menjelaskan pengertian sekularisme dapat dibahagikan kepada enam iaitu
kemerosotan agama, permindahan orientasi perhatian manusia dari dunia lain ke
kepada dunia ini, kerenggangan masyarakat daripada agama, peralihan dan aktiviti suci
agama kepada sekular semata-mata, dunia tidak percaya kepada kekuasaan Tuhan
dan pembaharuan masyarakat kudus kepada masyarakat sekular (Mohd Aizam, 2012)
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkatana sekular ini diertikan sebagai
duniawi dan kamus Oxford pula ialah keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan
kerohanian.
122
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Oleh itu, sekularisme ialah fahaman yang mengasingkan urusan keduniaan seperti
pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan urusan
keagaman dan ketuhanan (Mohd Aizam, 2012).
Latar Belakang
Istilah „sekularisme‟ mula diperkenalkan oleh
seorang penulis bernama George Holyoake
pada
tahun
1846
di
United
Kingdom.
Seterusnya, gerakan sekularisme khususnya
serta
ideologi-ideologi lain
digerakkanoleh
Barat
telah
serta musuh-musuh
Islam. Antaranya, di India, pelbagai usaha
telah dilakukanbagi menghapus amalan perundangan Islam secara beransur-ansur
bermula sejak tahun1791.
Selain itu, rakyat di Algeria dipaksa supaya tidak beramal dengan undang-undang
Islamapabila Perancis menjajahnya pada tahun 1830. Pada tahun 1883 pula, Khadiwi
Ismail yangmemerintah Mesir memasukkan undang-undang Perancis dalam undangundang Mesir ,kononnya kerana mahu mencapai kemajuan seperti Eropah. Pada tahun
1924, Kamal Atartuk telah berjaya menggulingkan pemerintahan Turki Uthmaniah dan
kemudiannyamenjadikan sekular sebagai dasar dalam pemerintahan negara Turki.
Manakala rantau ini, iaitu Malaysia, Indonesia dan lain-lain menerima pengaruh secular
melalui kedatanganpenjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain
Ciri-ciri Sekularisme
Bagi aliran ini, sekularisme boleh menerima agama sebagai anutan dan pegangan
semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Islam hanya diterima sebagai ibadat dan
upacara sahaja manakala pengamalannya bergantung kepada individu. Akhlak dan
123
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
adab Islam diterima tetapi bukan bermaksud mereka terikat dengannya. Semua perkara
halal dan haram bergantung kepada individu atau masyarakat bukannya agama.
Sekular hanya akan mengambil perkara tertentu daripada Islam sekiranya ia menepati
dan bersesuaian dengan kehendak mereka. Golongan sekular ini hanya sekadar
mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji namun mereka masih tidak
memahami Islam dengan tepat. Bahkan juga golongan ini tidak menjadikan golongan
ulama dan pemikir Islam sebagai rujukan.
Syariah ialah musuh utama bagi golongan ini. Hal ini kerana syariah Islam banyak
bertentangan dengan undang-undang dan falsafah mereka contohnya pengharaman
riba, judi, arak, zina dan sebagainya. Mereka beranggapan bahawa perundangan dan
dan pemerintah adalah hak mutlak mereka. Oleh itu mereka boleh melakukan sesuatu
mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa batasan dan kehendak agama(Mohd
Aizam, 2012)
Menghapuskan makna spiritual
(kepercayaan) dalam kehidupan
Menghilangkan unsur-unsur keagamaan
dalam urusan pemerintahan
Menghilangkan nilai-nilai agama daripada
minda dan tingkah laku manusia
Kesan
Kesan fahaman sekularisme memberi kesan yang sangat mendalam terhadap
kedudukan amal dan perbuatan di sisi iman. Ini kerana sekularisme cuba untuk
124
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
memisahkan daripada segenap kehidupan termasuklah politik, sosial ekonomi dan
sebagainya. Sebaliknya sekularisme ini menjadikan agama sebagai pegangan dan
anutan sahaja.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
Surah al-An‟am: 162
Berdasarkan ayat tersebut menjadi suatu kewajipan sebagai seorang muslim mentaati
syariah dan titah perintah Allah SWT dalam segenap aspek kehidupan termasuk politik,
ekonimi dan sosial. Jika hukum syariah ditolak, maka Islam hanya tinggal di hati dan
bibir semata-mata.
Begitu juga dalam sistem pendidikan, proses sekularisasi ini yang diterapkan untuk
membebaskan manusia daripada agama dan kawalan metafizik yang akhirnya
wujudnya salah faham terhadap ajaran Islam sehingga akhirnya membuat persamaan
ajaran Islam dengan ideologi-ideologi barat(Salina, 2016)
7.2
Modernisme
Latarbelakang Aliran Modernisme
Fahaman Modenis ini
bermula di sekitar abad ke-18 dengan adanya gerakan
Enlightenment yang dibawa oleh golongan ahli-ahli falsafah Enlightenment seperti
Immanuel Kant di negara Jerman, John Locke dan juga David Hume di Britain.
Fahaman Modenis ini yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah gerakan Enlightenment
menekankan akan peri pentingnya akal fikiran yang rasional di dalam menentukan
kebenaran, menentukan apakah bentuk organisasi sosial dan sebagainya. Mereka
begitu mengagungkan akan kejayaan sains dan kaedah saintifik yang terdapat
pada masa itu yang merupakan suatu kemajuan di dalam pencapaian ilmu manusia.
Dengan adanya kejayaan sains, yang berteraskan kepada penggunaan kaedah
empirikal dan rasional, maka mereka sudah mempunyai satu keyakinan baru akan
125
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
kebolehan manusia untuk mencipta sesuatu kehidupan yang lebih baik di dunia ini dan
membawa kepada suatu budaya baru yang berasaskan kepada rasionaliti, kaedah
saintifik, dan konsep bahawa manusia ini boleh mencapai kemajuan dengan
menggunakan akal fikiran yang ada pada dirinya, iaitu kemampuan manusia itu
mencipta suatu kehidupan dan masyarakat yang baru yang meninggalkan ciri-ciri lama
seperti yang terdapat di dalam masyarakat Medieval yang berteraskan kepada
keagamaan. Ini adalah sejarah perkembangan ataupun sifat yang terdapat di dalam
pemikiran modenis itu, yang saya anggap didasari oleh gerakan dan pemikiran
Enlightenment
Kemudian fahaman ini diteruskan, apa yang dikatakan oleh sesetengah ahli falsafah
sebagai The Enlightenment Project, dan modeniti sebenarnya berasaskan kepada The
Enlightenment Project ini. Ini berterusan dengan berterusnya kejayaan sains dan
pencapaiannya di dalam bidang fizik, astronomi, kimia dan sebagainya, mengukuhkan
lagi pandangan ahli-ahli falsafah seperti ini, yang menganggap bahawa dengan akal
fikiran yang rasional, ilmu sains dan kaedah saintifik, mereka dapat mencipta sesuatu
kejayaan atas dasar kemanusiaan, tidak lagi atas dasar keagamaan.
Keyakinan ini diteruskan di abad ke-20 dengan adanya kejayaan-kejayaan sains, di
dalam bidang fizik khususnya, dan dengan adanya ahli-ahli falsafah yang baru seperti
Bertrand Russell, Karl Popper yang membawa aliran Modenisme dan Positivisme logik
dan sebagainya, mereka semuanya menekankan akan pemikiran rasional dan kaedah
saintifik (scientific method) di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bukan
sahaja
masalah
alam
tabi‟i
tetapi masalah-masalah
yang
berkaitan
dengan
kemanusiaan juga.20
7.3
Pascamodernisme
Definisi
Perkataan “postmodern” atau “pascamoden” secara literal merujuk kepada dua
pengertian dan dua cara penggunaannya. Pertamanya, untuk memerihalkan satu era
20
Transkrip Kuliah 7 Bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
126
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
atau zaman, iaitu tempoh waktu sekarang yang dicirikan oleh: konsumerisme,
pelbagainya opsyen dan pilihan, globalisasi, Google, Facebook, SMS, GPS, perubahan
yang berterusan tanpa henti-henti dan kehidupan superfisial tanpa tujuan mendalam,
yang
matlamat
paling
utamanya
kehidupan
itu
ialah
untuk
semata-mata
berseronok. Keduanya, merujuk kepada satu sikap atau set minda yang merupakan
satu cara khusus dalam melihat dan memahami pelbagai perkara; satu paradigma atau
satu pandangan dunia yang tersendiri. Dalam penggunaan kedua inilah munculnya
istilah postmodernism atau pascamodenisme‖ yang merupakan suatu set minda yang
sedang menguasai secara merata masyarakat Barat masa kini (Zakaria Stapa, 2014)
Dari segi istilah pascamodern boleh memberi erti dalam pelbagai makna. Ia boleh
dikatakan bahawa pascamodeniti memberi makna tanda atau ciri bagi masyarakat
masa kini untuk memaksudkan tahap organisasi teknologi dan ekonomi yang dicapai
oleh masyarakat yang ada sekarang ini(Muhammad „Uthman. 2004).
Latar Belakang Aliran Pascamodernisme
Istilah dalam bahasa Inggeris, postmodernism ini telah dicipta oleh seorang ahli sejarah
British tersohor, Arnold Toynbee pada peringkat terakhir dekad 1940an, tetapi istilah ini
baru mula digunakan pada pertengahan dekad 1970an, khususnya oleh Charles
Jencks, seorang pengkritik dan ahli teori sastera Amerika dalam usaha beliau untuk
menjelaskan pergerakan golongan anti moden kentemporari dalam bidang tersebut.
Seterusnya, istilah ini pertama kali memasuki kamus falsafah dalam tahun 1979
dengan terbitnya buku The postmodern condition: A report on knowledge, hasil tulisan
Jean-Francois Lyotard, iaitu salah seorang di antara pemikir awal yang menulis secara
ekstensif perihal postmodernism sebagai suatu fenomena budaya yang lebih luas. Dan
postmodernism ini mula muncul sebagai satu bidang atau disiplin pengajian akademik
yang khusus sejak pertengahan dekad 1980an(Zakaria Stapa, 2014).
Ciri-ciri aliran Pascamodernis
Antara ciri-ciri aliran ini ialah tidak ada kebenaran yang mutlak. Dalam pemikiran
golongan pascamodernisme kebenaran tidak boleh diketahui, dan sesiapa yang
mendakwa mengetahui kebenaran adalah, sama ada bohong, atau bodoh. Pendokong
127
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
pascamodenisme
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yakin
bahawa
faham
kebenaran
adalah
tidak
lebih daripada hanya suatu ilusi palsu, ia disalah guna oleh seseorang dan kumpulankumpulan tertentu yang mempunyai tujuan khusus untuk memaksakan kuasa ke atas
orang lain.
Kecewa terhadap pemikiran moden atau modenisme. Pendukung pascamodenisme
secara tipikalnya amat kecewa dengan kegagalan generasi moden memenuhi janji-janji
untuk
membawa
keamanan,
kemajuan
dan
ilmu
pengetahuan.
Mereka menyesali terhadap ketidak-upayaan sains, teknologi, kerajaan dan agama
menyempurnakan tugas sebagaimana yang dijanjikan. Kegagalan generasi moden
mencapai matlamat mereka telah menyebabkan golongan pascamodenis tidak lagi
menaruh kepercayaan terhadap ideal golongan modenis(Zakaria Stapa, 2014)
Selain itu juga aliran ini berpandagan oleh kerana kelemahan metode saintifik dalam
menyelesaikan berbagai-bagai masalah dunia, maka golongan pascamodenis tidak lagi
yakin terhadap apa yang dikatakan sebagai fakta, dan hal ini menyebabkan mereka
meyakini pandangan atau pendapat peribadi sebagai pemacu pemikiran. Oleh itu,
sekiranya seseorang dapat merasionalisasikan kefahaman atau pandangannya, itu
adalah satu yang bermanfaat dan boleh diguna pakai (Zakaria Stapa, 2014)
Bagi aliran ini, semua agama adalah sah dan berhak mendapat pengiktirafan yang
sama. Prinsip atau ciri ini adalah amat controversial kerana ia melibatkan kesamaan
dan kesahihan semua agama. Pemikiran pascamoden mencatatkan sekiranya tidak
terdapat kebenaran mutlak, tentulah tidak ada satu agama pun yang menawarkan jalan
yang betul. Dan sekiranya tidak ada satu agama pun yang betul, tentulah semua agama
sama-sama salah belaka; atau sama-sama sah belaka, iaitu bergantung kepada sudut
pandangan seseorang, sama ada dia bertolak dari salah ataupun sah betul. Kumpulan
pendukung pascamodenisme ini memberi penilaian tinggi terhadap kepercayaan yang
bersifat inklusif dan cenderung ke arah pengwujudan satu agama Zaman Baru. Mereka
misalnya mengkritik secara serius dakwaan eksklusif Jesus Christ sebagai hanya satusatunya jalan menuju Tuhan(Zakaria Stapa, 2014)
Moral adalah bersifat personal dan individualistik. Apabila tidak ada agama yang benar
dan tidak ada juga kebenaran mutlak, maka idea seseorang tertentu mengenai moral
128
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
juga adalah sama-sama palsu ataupun sah. Moral setiap seseorang adalah milik dirinya
sendiri sahaja, dan moral yang dikenakan oleh pihak lain, sama ada agama, kerajaan
atau seseorang yang lain, dan apa pun juga yang mendakwa memiliki kebenaran
mutlak, semuanya itu mestilah ditolak dan tidak boleh dipercayai. Dengan meyakini
bahawa etika adalah sesuatu yang relatif, pascamodenisme menyerahkan persoalan
moral kepada pandangan persendirian seseorang individu (Zakaria Stapa, 2014)
Para aliran ini mengamalkan etikan liberal. Pendukung aliran ini mempertahankan
kepentingan golongan feminisme dan golongan homoseksual.
Bagaimana menghadapi cabaran postmodern?
1. Mempromosi dan menambahbaikkan budaya yang tersendiri.
2. Menjaga identiti dan kelainan diri sendiri dengan yang lain. Visi beretika
mengenai
diri
mereka
seperti
tujuan
kewujudan,
pemahaman
keatas
pascamoden, melihat limitasi ke atas passive minimalist tradition dan
perangkap militan fundamentalisme.
3. Menghadapi keadaan tiada makna dengan hidup secara sedar, secara
kreatif membuat, membina dan menampal .
4. Menjaga struktur budaya dan tradisi mengenai moral dan etika. Identiti
diri dan sejarah perlu diperkuatkan agar ianya menjadi signifikan dan
berkait
dengan
kehidupan
manusia.
Individu
sendiri
perlu
selalu
mengkomunikasikan mesej moral.
5. Budaya perlu dihidupkan bersama-sama dalam masyarakat lebih lebih lagi
masyarakt bukan Barat menghalang postmodern yang akan menyebabkan
kebergantungan asia ke atas barat. Cabaran humaniti dan intelektual ialah
menjaga garis etika dan moral.
6. Pascamoden memelihara struktur klasik dan moden yang mendominasi
dan menekan manusia. Kepercayaan manusia pascamoden ialah tidak
mempercayai apa-apa dan sesiapa. Masyarakat terperangkap dalam sistem
global yang mengeluarkan barangan yang hanya menekankan keuntungan
semata-mata contohnya kualiti novel bergantung berapa bayaran diberi
129
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
kepada penulisnya dan nilai estetik barangan terletak atas harga yang
dibayar.
7. Power
of
the
market
yang
mengawal
barangan
dalam
ekonomi
pascamoden dengan menjual simbol dan imej. Untuk menghadapi cabaran
postmoden , usaha secara individu dan masyarakat dalam menghidupkan
budaya sendiri untuk mengurangkan kesan psikologi keatas perang saraf
yang menggunakan simbol dan imej (Sharifah & Ismail, t.t)
7.4
Relativsme
Definisi
Secara umum relativisme dapat didefinisikan sebagai penolakan terhadap bentuk
kebenaran
universal tertentu. Dengan definisi ini, mungkin saja terdapat berbagai
bentuk relativisme. Relativisme dapat dibahas dalam berbagai bidang. Kesamaan yang
dimiliki oleh semua bentuk atau subbentuk relativisme adalah keyakinan bahwa
sesuatu (misalnya, pengetahuan atau moralitas) bersifat relative terhadap prinsip
tertentu
dan penolakan bahwa prinsip
itu mutlak benar.
Sebagai
paham dan
pandangan etis, relativisme berpendapat bahwa yang baik dan yang jahat, yang
benar
dan yang salah tergantung pada masing-masing orang dan budaya
masyarakatnya (Muhammad Bahruddin, 2012)
Salah satu kesan ciri utama di dalam fahaman Pascamodenis iaitu fahaman
Relativisme terhadap fahaman keagamaan dan asas kebudayaan yang berasaskan
fahaman agama. Kalau dilihat di mana persaingan pemikiran ini berlaku di Barat, ia
sebenarnya bukan berdasarkan agama. Jadi sasaran utamanya ialah pemikiran
Modenis, bukannya pemikiran keagamaan. Itu asal usulnya. Menurut Profesor Ernest
Gellner dari London School of Economics yang pernah menulis bukunya bertajuk
Postmodernism, Reason and Religion, dia mengatakan bahawa sekarang ini terdapat
tiga aliran pemikiran yang utama yang masing-masing bersaing untuk mendapatkan
penyokong-penyokong mereka.
130
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Apakah tiga aliran utama di dalam orientasi pemikiran masyarakat kontemporari? Yang
pertama, aliran apa yang disebut oleh Gellner sebagai Enlightenment Rationalism, dan
ini saya samakan dengan fahaman modenis. Kedua, fahaman yang menentang akan
fahaman
Enlightenment
Rationalism,
fahaman
ini
dikenalpasti
sebagai
Pascamodenisme. Yang ketiga, adalah aliran yang berkaitan dengan keagamaan,
perbincangannya berkisar mengenai agama Islam, kerana Gellner merupakan seorang
ahli sosiologi yang mengkaji masyarakat dan fahaman Islam. Oleh itu, apabila saya
menghuraikan religion di sini saya lebih menekankan agama Islam atas dasar itu dan
atas dasar kefahaman saya tentang agama Islam.
Kesan Aliran Relativisme
Jadi, kembali kepada persoalan asal, apakah kesan relativisme kepada kepercayaan
keagamaan dan asas budaya? Kesannya, walaupun ia bukan bertujuan yang
sedemikian, iaitu fahaman Relativisme itu reaksi kepada fahaman Modenis, kesannya
ialah oleh kerana ia menafikan akan kewujudan absolute reality atau absolute truth
hakikat
atau
kebenaran
yang
mutlak,
maka
ia
merupakan
satu
cabaran
kepada kepercayaan keagamaan, kerana agama itu bersifat dogmatic, maksudnya
sesuatu kepercayaan agama itu tidak boleh diubah ataupun dicabar it can neither be
altered nor challenged, penerimaannya haruslah bersifat mutlak atau absolute dan kita
tidak boleh meragui akan kebenaran yang disampaikan melalui sesuatu agama itu. 21
Dari sudut keagamaan, relativisme ditolak, kerana sesuatu kepercayaan itu tidak boleh
diragui, itu pendekatan agama, dan juga bagi sesuatu agama itu, kebenaran masingmasing adalah mutlak, misalnya kepercayaan kepada Tuhan adalah suatu kepercayaan
yang dianggap menggambarkan suatu kepercayaan yang mutlak, dengan itu ia tidak
boleh diubahsuai ataupun diberi interpretasi yang lain yang tidak menjurus kepada
penerimaannya sebagai suatu kebenaran yang mutlak. Sedangkan relativisme tidak
mengambil sikap yang sedemikian. Relativisme menganggap kebenaran itu boleh
dilihat dari pelbagai sudut. Umpamanya dalam sains kita boleh menerima teori A
sebagai benar dan di suatu sudut yang lain kita boleh melihat teori B juga sebagai
benar. Jadi jika kita menganggap bahawa kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang
21
Transkrip Kuliah Bersama Prof HazIm Shah (Pensyarah UUM)
131
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
mutlak, maka ini bermakna bahawa kita boleh menerima pelbagai sudut pandangan
atas dasar bahawa tidak wujud suatu kebenaran yang mutlak, tetapi wujud cara-cara
yang berbeza untuk memahami akan hakikat kebenaran itu. Dari sudut mana-mana
agama, mereka tidak menerima fahaman relativisme ini kerana ia mungkin akan
menimbulkan keraguan di dalam kepercayaan mereka seperti yang diajarkan oleh
sesuatu agama itu. Walaupun ini saya anggap sebagai suatu kesan sampingan hasil
daripada perbalahan golongan Pascamodenis dan Modenis. Sebenarnya target pihak
pascamodenis ialah ilmu sains yang menganggap bahawa hanya sains merupakan ilmu
yang sah dan sahih yang memberikan kita kebenaran yang mutlak tentang
pengetahuan tentang alam ini. Jadi bagi pihak Pascamodenis, konsep Relativisme
adalah satu cara untuk menafikan konsep nn seperti yang didakwa oleh sains hanya
sains yang mampu memberi kita pengetahuan yang sebenarnya mengenai alam ini,
sebenarnya inilah yang mahu dicabar oleh pihak Pascamodenis. Tetapi di dalam
melakukan itu ia juga mempunyai implikasi terhadap fahaman keagamaan dan
sebagainya secara tidak langsung.22
7.5
Dualisme
Definisi Dualisme
Perkataan „dualisme‟ adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu „dualis‟
atau „dua‟ dan „ismus‟ atau „isme‟. „Duo‟ memberi erti kata dua. Sedangkan „ismus‟
berfungsi membentuk kata nama bagi satu kata kerja. Oleh kerana itu, dualisme ialah
keadaan yang menjadi dua dan ia adalah satu sistem atau teori yang berdasarkan
kepada dua prinsip yang menyatakan bahawa ada dua substansi. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dualism membawa maksud teori yang berasaskan dua dasar yang
berlainan atau „perihal yang mendua‟, sesuatu yang berasaskan dua hal yang
bertentangan. Dualisme juga merujuk kepada suatu konsep yang berhubung dengan
kewujudan dua eleman yang berbeza pada satu benda dan perkara(M. Hashim, 2010)
Istilah dualism biasa dipadankan dengan penggunaannya dengan dikotomi. Dikotomi
seperti ditakrifkan bermakna pembahagian menjadi dua, pembelahan menjadi dua,
22
Transkrip Kuliah Bersama Prof HazIm Shah (Pensyarah UUM)
132
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
bercabang dua bahagian. Dikotomi secara terminologi ialah pemisah antara ilmu dan
agama.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyatakan bahawa asal usul konsep dualisme
terkandung dalam pandangan hidup tentang alam (world view), serta nilai-nilai yang
membentuk budaya dan peradaban barat. Ia terbentuk dari buah fikiran, nilai
kebudayaan, kepercayaan, falsafah dan doktrin yang kesemuanya mencerminkan
pandangan dualistic secara keseluruhan mengenai hakikat dan kebenaran. Pandangan
dualisme mengenai hakikat alam dan kebenaran bukan berdasarkan kepada
pengetahuan agama dan kepercayaan tetapi berdasarkan penilaian rasio manusia yang
bergantung kepada ruang dan waktu( M. Hasyim, 2010).
Dualisme dalam Tradisi Keilmuan Islam dan Barat
Dalam sejarah tradisi pemikiran dan disiplin pendidikan umat Islam, gejala dualisem
dan dikotomi telah lama wujudnya sejak awal kebangkitan Islam iaitu wujudnya dua
pihak yang berbeza kecenderungan dalam memahami agama. Satu puak dikenali
sebagai rasionalis yang menggunakan akal fikiran dan ijtihad dan satu lagi pihak yang
tetap berpegang teguh pada wahyu semata-mata dan dikenali sebagai golongan
tradiosionalis. Perbezaan ini berpunca dari kefahaman dan tafsiran yang berbeza
mengenai ayat al-Qur‟an dan hadis, pengaruh situasi sosial-politik semasa dan
masuknya pengaruh kebudayaan serta pemikiran asing. Situasi ini melahirkan pelbagai
mazhab atau aliran pemikiran dalam Islam. Walau bagaimanapun corak dualisme dan
dikotomi yang difahami tersebut adalah dalambatasanepistemologi bukan pada aqidah
atau keyakinan seperti dualisme yang difahami oleh Barat moden(M.Hasyim, 2010)
Wujudnya pelbagai mazhab atau corak pemikiran ini memberi kesan positif dan
negatif ke atas umat Islam. Kesan positifnya ialah menimbulkan pelbagai idea dan
interpretasi baru mengenai isu-isu agama dan membuka ruang ke arah perkembangan
ilmu pengetahuan. Justeru itu kebangkitan ilmu-ilmu murni agama Islam seperti hadist,
ulumul qur‟an, tafsir, feqah dan semacamnya sejak abad ke-7 dan ke-8, juga
berkembang falsafah, kalam dan sains. Bahkan falsafah, kalam dan sains mengalami
kemajuannya pada abad ke-9 dan ke-10; masa yang sering disebut sebagai salah satu
puncak dari kemajuan ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam(M.Hasyim, 2010)
133
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Walau bagaimananapun kelahiran pelbagai mazhab dan aliran pemikiran itu juga
membawa kesan negatif apabila terdapat dari penganutnya terlalu taksub kepada
mazhab, dan pemikirannya bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Perkara ini
telah berlaku hingga menimbulkan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam
dimana kesannya menimbulkan kemunduran sains dalam dunia Islam yang dapat
dirasai hingga kini (M.Hasyim, 2010)
Adapun dualisme dalam fahaman barat wujud dalam semua aspek. Dalam falsafah,
kegunaan dua prinsip atau elemen dalam dualisme adalah untuk menganalisa proses
mengetahui (dualisme epistemology), dalam metafizik adalah untuk menerangkan
semua hakikat atau beberapa aspek berhubung dengannya. Dalam agama (theologi)
pula, dualisme merujuk kepada kepercayaan wujudnya dua kuasa atau Tuhan yang
saling bertentangan. Disamping itu, ia juga merujuk kepada pertentangan diantara
benda dan roh, jasad dan fikiran (body and mind), baik dan jahat, Tuhan atau agama
(god) dan dunia (world) serta rohani(spirit) dan benda (matter). Dalam kepercayaan,
metafizik dan ilmu, dualisme mempengaruhi serta menentukan nilai-nilai yang juga
bersifat dualistik. Ia mempengaruhi proses untuk memahami, menganalisa dan
menghuraikan hakikat ilmu dan kebenaran(M.Hasyim, 2010).
Justeru itulah ilmu pengetahuan dan agama di Barat harus dipisahkan (sekuler).
Agama difahami sekedar hanya berkaitan dengan urusan pribadi dan peribadatan,
sehingga sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang difahami terhad pada
bentuk rasionalisme dan empiricisme yang sama sekali tidak memberikan tempat bagi
agama (wahyu) sebagai salah satu sumber ilmu. Corak keilmuan sekuler Barat ini wajar
berlaku sebab agama dan sains memiliki hubungan yang tidak harmonis dalam sejarah
tamadun Barat. Penentangan para ilmuwan yang menggunakan pendekatan rasional
(akal) terhadap gereja yang melembagakan ajaran dan doktrin agama kristian menjadi
penentu
kebenaran
ilmiah
memulai
sejarah
pengetahuan((M.Hasyim, 2010).
134
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
munculnya
dikotomi
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Dualisme dalam Sistem Pendidikan
Dualisme dalam pendidikan merupakan suatu fenomena atau keadaan dimana
wujudnya dua corak sistem pendidikan kebangsaan (moden) dan keagamaan
(tradisional) yang terpisah dan berlainan baik dari segi sejarah, falsafah, matlamat,
kurikulum, struktur dan pentadbirannya di negara Islam.
Punca
berlakunya
pendidikan
yang
bersifat
dualistik
ini
ialah
berakar
dari
pembentukan fahaman dan pemikiran Barat terhadap ilmu yang dipengaruhi oleh
falsafah mahupun konsep dualisme dan sekulerisme. Kesan yang amat ketara
daripada proses sekularisasi ialah wujudnya dikotomi didalam fikiran, ilmu dan nilai
yang mencerminkan dualisme, juga krisis dalam diri individu, masyarakat, institusi dan
Negara. Dualisme dalam fikiran terserlah dari pertembungan diantara akal dan wahyu,
dalam ilmu diantara ilmu aqli (sains) dan ilmu naqli (agama) (M.Hasyim, 2010).
Kesan Pendidikan Dualistik
Corak pendekatan dualisme dan dikotomi tersebut berimplikasi terhadap ilmu dan
agama, sains rasional dan sains keislaman kerana kedua-duanya dilihat sebagai
berlawanan.
Sains
rasional
adalah
sains
yang
dibina
berasaskan
pada
pertimbanganpertimbangan rasio yang tidak boleh melibatkan nilai-nilai agama. Sains
keislaman adalah berdasarkan wahyu, dogma dan doktrin ajaran Islam semata yang
dikategorikan tidak rasional dan cenderung irasional. Mereka melihat agama tidak
relevan kerana nilai-nilai yang dikandungnya bersifat dogmatic.
Kedua
corak
epistemologi
ini,
memperlihatkan
perbezaannya
dalam
corak
keilmuan dan amalan pendidikan di negara-negara muslim. Penyebaran unsur-unsur
dasar pandangan alam Barat masuk secara senyap pada pikiran muslim melalui sistem
pendidikan yang didasarkan atas konsep pengetahuan dan asas-asasnya yang
menyebabkan deislamisasi fikiran orang Islam.
Ketiga dari segi kurikulum, sekolah aliran kebangsaan hampir semua subjek
pelajarannya bersifat duniawi yang terlalu mementingkan daya intelek (akal).
135
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
Menekankan
nabilahazimoha@uitm.edu.my
penguasaan
ilmu-ilmu
akademik
dan
ketrampilan
serta
kurang
menumpukan aspek mental, kerohanian dan penghayatan agama yang tinggi. Ilmu
pengetahuan umum yang mencakupi berbagai disiplin ilmu dan bidang kehidupan
manusia tidak ada sama sekali hubungkaitnya dengan agama. Kesan corak pendidikan
seperti ini dapat menimbulkan kekosongan jiwa yang akan melahirkan pelajar yang
tidak ada keseimbangan antara kehidupan duniawi dengan ukhrawi. (M.Hasyim, 2010).
Melihat kepada akibat dualisme pendidikan tersebut, terdapat jurang yang besar
antara dua sistem pendidikan formal tersebut yang dapat dilihat dari sudut penampilan,
perwatakan dan pemikiran individu yang berbeza di kalangan para graduan yang
dilahirkan. Dalam lingkup sosial, akan muncul dua golongan dalam masyarakat Islam
iaitu golongan profesional tapi kurang memiliki kefahaman terhadap agama dan
golongan agama (warak) tetapi tidak berkemahiran untuk membangunkan masyarakat.
Begitu pula dalam sistem pentadbiran negara dan politik, ada yang beraliran sekular
dan agamawan(M.Hasyim, 2010).
7.6
Rationalisme
Definisi
Rationalisme berasal daripada perkataan Latin „ratio‟ yang membawa erti reason iaitu
alasan yang munasabah dan diterima akal. Ia menitikberatkan apriori reason (idea
sebelum pengalaman) dalam menerapkan kebenaran dalam hal-hal yang menyentuh
soal alam dan isi kandungan alam khususnya perkara-perkara yang dianggapp sains
semula jadi (natural science) yang berasaskan kepada priori (Mohammed Yusof, 2002).
Menurut A.W. Benn, rationalisme membawa maksud cara berfikir yang kirtis yang
memperlihatkan kengganan untuk mempercayai dogma-dogma teologi. Dogma-dogma
teologi ialah cara pemikirannya yang dipengaruhi oleh unsur-unsur keagamaan.
Menurut beliau juga bahawa rationalism adalah senjata untuk membunuh atau
mematahkan cara berfikir orang-orang agama (Mohammed Yusuf, 2002).
Latar belakang Aliran Rationalisme
136
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Budaya berfikir yang dibentuk di permulaan abad ke -17 ialah budaya menolak institusi
agama dan kekuasaan gereja. Institusi gereja dijauhkan dari kenegaraan. Dari lipatan
sejarah di Barat, sebelum perubahan ini berlaku, institusi gereja memainkan peranan
penting dan utama dalam menentukan arus perkembangan budaya di Barat. Tetapi
pada perkembangan zaman moden, institusi negara telah membebaskan dirinya dari
institusi gereja yang mengambil alih tugas dan peranannya. Maka lahirkan beberapa
aliran falsafah moden antaranya aliran Ratioanlisme.
Antara tokoh rationalism yang terkenal di zaman falsafah moden ialah Rene Descarte
(1596-1650). Rene Descarte dilahirkan di La Haye, Perancis yang dianggap sebagai
bapa falsafah Barat moden. Rene Descartes menggunakan matematik sebagai metod
falsafahnya. Hal ini kerana dalam mencari ilmu beliau mahu membentuk satu sistem
pemikiran yang betul-betul pasti seperti ilmu matematik.
Bagi beliau dalam mencari kebenaran, kita tidak boleh bergantung semata-mata
kepada pengamatan pancaindera kerana ia boleh memberi gambaran palsu kepada
kita. Sebagai tokoh aliran ini, tentunya pendapat beliau memberi penekanan kepada
keupayaan minda atau akal. Pancaindera tidak dianggap sebagai sumber ilmu
pengetahuan yang utama. Sebaliknya akal atau minda adalah sumber ilmu
pengetahuan sebagaimana pegangan Rene Descartes (Mohammed Yusof, 2012)
Ciri-Ciri Aliran Rasionalisme
Aliran ini menggunakan akal dalam menguatkan hujah-hujah mereka. Oleh itu akal
merupakan tunggak segala-galanya dalam usaha mencari hakikat kebenaran ilmu
pengetahuan. Penyelidikan sahaja tidak memadai dan ia perlu di dalami dengan
menggunakan akal. Lantaran itu, ilmu yang sebenar menurut pandangan rationalism
bukanlah lahir dari pengalaman tetapi bergantung sepenuhnya kepada kerja-kerja akal.
Hal ini kerana akal adalah kuasa autoriti. Akal sahajalah yang akan membuat
kesimpulan yang menunasabah terhadap sesuatu perkara. Ilmu pengetahuan yang
tidak menggunakan akal didakwa sebagai ilmu yang tidak benar.
Selain itu juga, ciri-ciri umum dan pegangan asas aliran ini ialah menyentuh soal minda
atau akal manusia. Mereka berpendapat bahawa sumber ilmu yang mencukupi dan
137
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
yang dapat dipercayai ialah ration atau kerja-kerja minda. Hanya ilmu yang diperolehi
melalui kerja-kerja minda dianggap sah (valid) dan pasti (certain). Bagi aliran ini, akal
dan
minda
tidak
memerlukan
pengalaman
pancaindera.
Malah
kemampuan
pengalaman pancaindera tidak mengesani kemampuan minda.(Mohammed Yusoff,
2002)
Kesan Kemunculan Aliran Rasionalisme
1. Menolak wujudnya keagamaan
Kemunculan falsafah moden ini adalah di atas keruntuhan institusi gereja. Gereja sudah
tidak dijadikan falsafah rujukan masyarakat intelektual di Barat. Mereka mementingkan
pencapaian akal manusia untuk menjadi rujukan tindakan dan pemikiran mereka. Malah
yang lebih menarik waktu itu ialah timbulnya bibit-bibit awal penentangan ajaran agama
oleh tokoh Barat yang menjadi landasan kuat bagi serangan ideologi anti agama.
2. Wujudnya stuktrur pemikiran baru di barat
Kemunculan falsafah moden ini, sebagai bukti wujudnya struktur baru dalam pemikiran
golongan intelektual Barat. Sebagaimana yang diketahui orang Barat di zaman abad
pertengahan dikuasai hidup mereka oleh fahaman keagamaan yang tinggi. Agama
Kristian telah menjadi panduan hidup mereka. Namun begitu, kesan kemunculan aliran
ini wujudnya pemikiran baru yang lahir di Barat dan sebagai pedomen untuk dikaji bagi
membetulkan struktur pemikiran umat Islam khususnya.
3. Ideologi ciptaan barat
Kesan kemunculan aliran ini munculnya ideologi ciptaan barat yang ingin merosakkan
pemikiran khususnya umat Islam. Ideologi yang mengetepikan agama cuba untuk
menerapkan dalam pemikiran terutamanya negara-negara Islam. Idea mengenai
kebebasan, kesamataaan dan keadilan dibahaskan berdasarkan akal dan pengalaman
pancaindera semata-mata. Bahkan juga ideologi ini mengajar manusia untuk
menggunakan akal supaya kehidupan bertambah maju dan lagi baik dan prinsip agama
mesti dilupakan kerana ia menghalang hak-hak manusia dalam kebebasan berfikir dan
tindakan manusia(Mohammed Yusof, 2012)
138
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Kesimpulan
Ideologi semasa merupakan bentuk pandangan yang patologis di atas keburukan Barat
untuk membesarkan dan mendominasi realiti dan kebenaran. Bahkan ideologi semasa
ini sebenarnya menggunakan ideologi tersendiri untuk menkolonialisasikan semula
dunia mengikut peradaban barat. Masyarakat harus menguatkan jiwa, membangkitkan
masyarakat agar prihatin dalam pembangunan budaya dan bangsa yang merdeka dan
tidak mudah tunduk kepada ideologi barat hingga memusnahkan keluarga, bangsa,
negara dan agama.
Rujukan
1. Mohammed Yusuf Hussain, 2012, Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat
Moden, Shah Alam: Karisma Publication
2. Salina Mat Sehor et al, 2016, Metafizik Islam Menangani Unsur Sekularisme
dalam Pendidikan Moden Masa Kini dalam Falsafah dan Pedagogi Pendidikan
Islam: Isu dan Cabaran, Bangi: UKM Press.
3. Zakaria Stapa, 2014, Revitalisasi Proses Peneguhan Akidah dalam Menghadapi
Cabaran Pascamodenisme, International Journal of Islamic Studies, vol. 1, no.1
4. Muhammad „Uthman El-Muhammady, 2004, Pascamodenisme dan Islam: Satu
Pandangan Awal, Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.
5. Muhammad Bahruddin, 2012, Relativisme Etika dan Profesional
6. Sharifah Sofiah „Atiqah Syed Ibrahim & Ismail Yusof, Teori Pascamoden Dan
Krisis Sosial: Penjelasan Teori ke Arah Fenomena Sosial.
7. M. Hasim Mustamin, 2010, Dualisme dalam Pendidikan dan Pengaruhnya
Terhadap Pembentukan Nilai dan Identiti Pelajar, dalam persidangan The 15 th
Isdev International Graduate Workshop, Penang: Universiti Sains Malaysia.
8. Transkrip Kuliah Bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
139
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Bab 8
Dekolonisasi
Pengenalan
Dekolonisasi merupakan salah satu kejadian yang terpenting dalam sejarah di dunia.
Dekolonisasi merupakan usaha atau proses membebas atau memberi kebebasan
kepada tanah jajahan dengan cara memberi kemerdekaan. Dekolonisasi mula selepas
Perang Dunia Pertama dan semakin rancak selepas Perang Dunia Kedua.
Konsep Dekolonisasi
Istilah Dekolonisasi berasal dari bahasa Inggeris,
Decolonization yang terdiri daride (tidak) dan
Colonization (penjajahan). Dua kata tersebut
dapat didefinisikan sebagai kemerdekaan. Sejak
permulaan abad-20 bangsa-bangsa di kawasan
Asia-Afrika mula bangkit menentang kekuasaan
bangsa-bangsa
Eropah.
dilakukan
bangsa-bangsa
oleh
Perjuangan
di
yang
Asia-Afrika
itu
bertujuan
untuk
mencapai
kemerdekaannya agar terbebas daripada segala bentuk kekuasaan bangsa asing.
Semangat perjuangan bangsa inimeningkat dikawasan negara sekitar Asia dan Afrika.
Lalu
muncul
proses
Dekolonisasi
Afrika bermula oleh bangkitnya semangat Rasionalism
dikawasan
lalu
seterusnya
Asia
mendorong
kepada kemunculan gerakan Nasionalisme. Proses pelepasan negara jajahan dari
negara induknya ini disebut proses dekolonisasi.
Jadi kalau kita fahami apa yang kita maksudkan dengan kolonial atau kolonisasi, sudah
tentulah kita dapat memberi pengertian kepada istilah yang derivative iaitu dekolonisasi
ini. Kolonisasi kita maksudkan sebagai satu keadaan di mana kita tertakluk kepada
penjajah, samada dari segi fizikal, material ataupun pemikiran dan intelektual. Keadaan
yang digambarkan oleh dekolonisasi pula adalah keadaanyang sebaliknya, iaitu
pembebasan daripada keadaan di mana kita dijajah dari segi material, mental
140
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
atau pemikiran. Umumnya dekolonisasi merujuk kepada satu keadaan atau proses di
mana kita dapat membebaskan diri daripada pengaruh kolonial.
Pemikiran Falsafah Barat dalam Mempengaruhi Tindak tanduk Manusia
Pemikiran falsafah barat ini dapat dilihat pada perkembangan sejarah barat kita seperti
di abad ke-16 dengan munculnya zaman Renaissance di mana keadaannya berubah
daripada masyarakat pemikiran Medieval kepada satu pemikiran yang lebih terbuka dan
liberal yang mula merujuk kembali kepada pemikiran Greek dan ahli-ahli fikir Greek,
bukan sahaja dalam bidang falsafah, tetapi juga di dalam bidang sastera, pemikiran,
dan sebagainya. Jadi, zaman Renaissance itu biasanya dianggap sebagai zaman
kebangkitan semula dari segi ilmu, di Itali bermulanya, kemudian merebak ke bahagian
Eropah yang lain. Ini juga boleh dianggap sebagai bermulanya proses sekularisasi di
Barat.23
Kemudian di abad ke-17 pula, dapat dilihat timbulnya Revolusi Saintifik, iaitu satu
revolusi yang membawa kepada kemajuan sains yang begitu pesat yang mendirikan
asas kepada sains moden yang kita punyai pada hari ini. Jadi ini merupakan satu
penambahan kepada kekuasaan Barat kerana ia melahirkan asas bagi pembinaan ilmu
sains yang berkembang seterusnya.
Kemudian di abad ke-18 pula terdapat satu lagi perkembangan sejarah yang begitu
berpengaruh dan mempunyai kesan yang agak mendalam di dalam perkembangan
ekonomi dunia, iaitu munculnya Revolusi Industri di Great Britain,dan bagaimana
Revolusi Industri ini merebak ke negara-negara lain di Eropah seperti negara Perancis,
Jerman, Belanda dan sebagainya. Pada abad ke-18 juga terdapat Revolusi Pemikiran
melalui Gerakan Enlightenment di Eropah, di mana ahli-ahli falsafah seperti Immanuel
Kant, John Locke dan David Hume telah menyumbang idea-idea mereka ke arah satu
pemikiran yang lebih rasional dan lebih saintifik. Bagaimana mereka menganggap
penggunaan reason, akal yang rasional dan penggunaan ilmu sains dan teknologi
dapat membangunkan masyarakat Eropah ke suatu zaman yang lebih gemilang. Ini
23
Transkrip Kuliah Bersama Prof Hazim Shah (Pensyarah UUM)
141
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
juga menandakan satu pembaharuan di dalam orientasi dan pemikiran masyarakat
tersebut ke arah masyarakat yang sekular dan mementingkan perkembangan sains dan
teknologi dan juga pemikiran yang rasional.24
Ini semua adalah ciri-ciri modeniti sebenarnya dan dipelopori oleh Gerakan
Enlightenment / Pencerahan di Eropah pada abad ke-18. Kalau kita lihat pula di abad
ke-19, terdapat apa yang kita sebut sebagai Revolusi Industri Kedua, yang mana ia
adalah lebih hebat lagi daripada Revolusi Industri Pertama. Terdapat teknologiteknologi baru seperti penggunaan telefon dan telekomunikasi seperti pembinaan
kereta sebagai jentera pengangkutan dan juga penjanaan kuasa elektrik atau the
Semua
powerindustry.
memerlukan
dan
ini
bergantung
kepada kemajuan di dalam ilmu
sains khususnya ilmu fizik. Ini jelas
menunjukkan bahawa apabila kita
sampai ke abad ke-19, maka sains
sudah mula bergabung dengan
teknologi
dan
menghasilkan/menyumbang
kepada
penciptaan
teknologi-
teknologi baru seperti telefon dan telekomunikasi dan sebagainya. Sehingga abad ke20 kita lihat trend technology development ini terus berkembang hingga menimbulkan
teknologi-teknologi baru seperti sains komputer, teknologi komputer dan juga teknologi
internet dan sebagainya. Ini semua adalah pengaruh yang datang daripada
perkembangan-perkembangan di Barat yang kemudiannya mempengaruhi budaya
masyarakat dan perkembangan sejarah di seluruh dunia. Satu cara bagaimana
pengaruh itu tersebar luas adalah melalui proses kolonialisme, di mana negara-negara
Barat yang mempunyai kuasa baru itu dari segi sains, teknologi dan militer, telah dapat
menakluki negara-negara yang bukan Barat dan mempengaruhi perkembangan mereka
juga.
24
Ibid
142
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
Dilihat dari segi pemikiran falsafah, maka terdapat dua aliran utama yang
mempengaruhi pemikiran Barat ke arah perkembangan yang baru ini Ia menandakan
perubahan daripada pemikiran yang bercorak lama (Medieval) kepada pemikiran yang
bercorak moden. Dua orang ahli falsafah yang saya maksudkan ini, yang pengaruhnya
ke atas modeniti dan keadaan/permasalahan yang ditimbulkan oleh modeniti termasuk
permasalahan dalam alam sekitar, adalah Francis Bacon, seorang berbangsa
Inggeris dan Rene Descartes, seorang berbangsa Perancis.25
Dekolonisasi dari Pengaruh Barat
Pembebasan dari penjajahan dan pemikiran barat amat penting iaitu dengan
membangunkan pemikiran falsafah kita sendiri yang bersesuaian dengan keadaan
tempatan.
Dengan
itu
dapat
membina
suatu
falsafah
yang
mengikut
acuan sendiri yang tidak dipengaruhi oleh falsafah
asing
yang
mungkin
bersesuaian
bagi
masyarakat dan konteks mereka. Kalau kita lihat
dari segi falsafah Barat yang terdapat dalam
pemikiran Bacon dan Descartes, bukan saja ia
tidak sesuai kepada masyarakat kita, tetapi juga
mana-mana masyarakat di dunia. Hal ini kerana ia menyumbang kepada keadaan di
mana alam itu dimusnahkan. Masyarakat Barat juga tidak menerima akan akibat seperti
ini iaitu akibat kemusnahan alam dan malahan mereka juga sudah mengubah arah
kepada ke arah satu konsep pembangunan yang diberi nama sustainable development,
yang
berbeza
daripada
strategi
pembangunan
yang
terdahulu
yang
cuma
meningkatkan GNP negara ataupun hasil keluaran negara tanpa mengira kesannya
terhadap alam sekitar.
Jadi bagaimanakah kita boleh membentuk satu pemikiran falsafah yang tersendiri?
Yang pertama ialah kita harus membebaskan diri kita daripada pengaruh pemikiran
kolonial yang tidak mengambil kira akan falsafah-falsafah selain daripada falsafah
Barat, yang tidak mengambil kira akan ilmu tempatan ataupun kearifan lokal, kerana
mereka
25
menganggap
semua
ini
adalah
bertaraf
Ibid
143
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lebih
rendah
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
daripada apa yang terdapat di dalam tamadun mereka. Ini adalah tugas kita sendiri
sebagai rakyat Malaysia untuk membangunkan pemikiran dan falsafah kita sendiri
dengan daya intelek kita sendiri dengan menggunakan sumber-sumber pemikiran dan
falsafah yang sudah sedia ada di dalam budaya dan agama kita.
Antara elemen-elemen yang boleh di dalam usaha untuk membentuk satu falsafah baru
bersesuaian dengan keadaan tempatan yang boleh mengatasi masalah-masalah dan
pengaruh falsafah negatif yang timbul dari pemikiran Barat itu seperti suatu falsafah
yang mementingkan akan aspek ketuhanan ataupun kepercayaan kepada Tuhan, yang
juga terdapat di dalam Rukun Negara sebagai prinsip yang pertama iaitu „Kepercayaan
kepada Tuhan‟. Ini mungkin berbeza dari Barat kerana Barat sudah hilang kepercayaan
kepada Tuhan.
Walaupun tidak dinafikan bahawa Francis Bacon dan Rene Descartes juga mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan dan keagamaan, namun demikian diinterpretasikan secara
berlainan daripada apa yang kita fahami umpamanya di dalam agama seperti agama
Islam. Di mana kedudukan manusia berhubung dengan Tuhan, kedudukan manusia
berbanding alam dan Tuhan itu adalah berbeza daripada konsepsi maskulin seperti
yang terdapat dalam pemikiran Bacon dan Descartes. Di sini kalau kita lihat konsep
manusia dalam Islam, dan juga hubungan di antara manusia dengan Tuhan dan
manusia dengan alam, kita lihat bahawa Islam menganjurkan bahawa manusia ini
cumalah wakil Tuhan ataupun Khalifah Tuhan di muka bumi ini, dan juga manusia
adalah hamba Tuhan.
Jadi dua konsep utama ini berhubung dengan hubungan manusia dengan Tuhan,
sebagai khalifah manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah tertentu yang harus
dipikul, iaitu manusia tidak bebas untuk melakukan terhadap alam dengan sesuka
hatinya, tetapi sebaliknya manusia haruslah mentadbir alam ini mengikut hukum-hukum
Tuhan dan apa yang disuruh oleh Tuhan. Juga alam dianggap sebagai tanda
kebesaran Allah dan dengan itu membawa pengertian simbolik yang mengingatkan kita
akan kewujudan dan penciptaan Tuhan. Maksudnya, kita boleh memakmurkan alam ini,
tetapi kita tidak boleh memusnahkannya. Di dalam Al-Quran sering disebut tentang
“janganlah kamu melampaui batas”, contoh-contoh bagi mereka yang melampaui batas
144
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
ini juga mereka yang memusnahkan alam. Manusia juga dibenarkan mendapat manfaat
daripada alam misalnya melalui pertanian dan hasilnya, juga dibenarkan menggunakan
sumber-sumber alam seperti disebut dalam Surah Al-Hadid mengenai besi, digunakan
sebaik mungkin, untuk dibuat pedang, baju besi dan senjata
senjata peperangan. Ini semua menunjukkan bahawa Islam
tidak menentang akan pembangunan dan penghasilan
teknologi. Cuma yang harus diberi pertimbangan adalah
supaya pembangunan seperti itu yang menggunakan
sumber alam tidak membawa kepada kemusnahan alam,
seperti yang terdapat di dalam proses pemodenan yang dianjurkan oleh Barat yang
mempengaruhi seluruh dunia pada masa kini. Satu lagi perkara adalah mengenai
hubungan yang seimbang di antara Tuhan, manusia dan alam.
Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan seimbang di antara Tuhan, manusia dan
alam? Manusia haruslah memahami akan tugas dan kewajipannya di muka bumi ini
mengikut apa yang disuruh oleh Tuhan. Manusia haruslah mempunyai hubungan yang
betul dengan alam, di mana alam itu juga sebenarnya adalah ciptaan Tuhan. Sebagai
ciptaan Tuhan, ia tidak boleh dilakukan sesuka hati manusia, ia bukannya sesuatu yang
dianggap
sebagai
mati
atau
tidak
bernyawa
atau
jasad
yang
kaku
sepertimana terdapat di dalam pemikiran Descartes dan juga Bacon. Jadi manusia juga
harus menghormati alam dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap alam
sepertimana disuruh oleh Tuhan.
Jika wujud satu keadaan yang harmonis di dalam hubungan antara Tuhan, manusia
dan alam, maka sudah tentulah kita boleh
membangunkan masyarakat di atas prinsipprinsip etika yang tidak membawa kepada
kemusnahan alam atau manusia. Manusia
boleh mendapatkan manfaat daripada alam
tanpa memusnahkan/merosakkannya. Malahan
idea seperti ini diiktiraf juga oleh Barat jika kita
melihat akan penekanan mereka sekarang ini terhadap apa yang dikatakan
145
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
pembangunan lestari ataupun sustainable development kerana mereka telah mula
sedar bahawa tindak tanduk manusia melalui industri, pembangunan teknologi dan juga
pembangunan senjata nuclear boleh dan telah merosakkan alam sekitar, dengan
adanya fenomena greenhouse effect dan global warming dan sebagainya. Ini
mengancam
kesejahteraan
kehidupan
manusia
di
muka
bumi
ini
kerana
masalahmasalah ekologi yang timbul hasil daripada tindak-tanduk manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar! Satu lagi elemen di dalam falsafah yang
boleh kita bangunkan.
Satu lagi elemen di dalam falsafah yang boleh kita bangunkan sebagai falsafah kita
sendiri ialah Falsafah Sejahtera iaitu yang juga terdapat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana di sini ditekankan akan hubungan yang seimbang di antara empat
perkara, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (J.E.R.I.). Jadi dengan adanya konsep
yang sedemikian, pembangunan insan itu tidak berat sebelah. Ia bukannya hanya
tertumpu kepada pembangunan
material atau ekonomi semata-mata yang terdapat
pada hari ini yang hanya mementingkan pembangunan ekonomi.
Sistem pendidikan juga dipacu oleh kemajuan ekonomi ataupun ke arah kemajuan
ekonomi. Ini dapat kita lihat misalnya kursus-kursus di institut pengajian tinggi
dianjurkan/dinasihatkan supaya berteraskan pasaran. Market driven education/courses..
Maka
penumpuan
kepada
kursus-kursus
humanities
yang
mementingkan
pembangunan kerohanian, intelek dan emosi tidak akan diberi perhatian yang
sewajarnya,
kerana
semuanya
haruslah
bertujuan
untuk
menghasilkan ekonomi yang lebih mantap dan maju tetapi tidak mengira aspek
kemanusiaan.
Jadi semua perkara ini harus diambil kira di dalam usaha kita untuk membangunkan
falsafah sendiri yang merupakan suatu strategi pemikiran yang lebih realistik di dalam
menangani masalah-masalah sejagat dan juga masalah-masalah tempatan yang lokal.
Misalnya ada masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh jerebu yang
hanya terdapat di bahagian dunia sebelah sini iaitu di Asia Tenggara. Hal ini penting
bagaimana kita boleh membangunkan pemikiran intelektual dan falsafah kita sendiri
supaya kita tidak lagi tertipu oleh dunia Barat yang kononnya menjanjikan suatu
146
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
lOMoARcPSD|8216412
Falsafah Dan Isu Semasa
nabilahazimoha@uitm.edu.my
kehidupan yang berteraskan kepada kehidupan yang lebih progresif, lebih liberal dan
juga
pengkayaan
ekonomi
tetapi
hasilnya
bukanlah
seperti
yang
digambarkan/diharapkan sebaliknya ia telah menimbulkan (selain pembangunan
ekonomi) masalah-masalahyang agak serius terhadap alam sekitar yang akan
melupuskan apa jua kelebihan yang diperolehi melalui pembangunan ekonomi, dan ini
harus kita awasi.
Kesimpulan
Kita haruslah membebaskan diri kita dari anasir-anasir penjajahan barat yang boleh
merosakkan minda dan pemikiran umat Islam. Pembinaan falsafah sejahtera
merupakan salah satu falsafah yang tersendiri bagi pembentukkan jati diri masyarakat
kearah yang lebih dinamik dan berdaya maju disamping mengamalkan nilai-nilai murni.
147
Downloaded by Good Tech Tech (goodtechmy@gmail.com)
Download