Uploaded by simpulanggana77

LAPORAN LETS READ SK ABANG MOH 2020 IDRUS

advertisement
LAPORAN PROGRAM ‘LET’S READ ONLINE’
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
SK ABANG MOH SESSANG
2020
Program Let’s Read Online adalah merupakan sebuah program yang
dianjurkan oleh pihak English Language Teaching Centre (ELTC) dengan kerjasama
jabatan pendidikan di seluruh daerah di Malaysia. Program Let’s Read Online adalah
salah satu mekanisme pihak ELTC bagi memantapkan program Highly Immersive
Programme (HIP) di semua sekolah. Program ini bertujuan untuk memantapkan
budaya membaca dalam kalangan warga sekolah secara dalam talian selari dengan
pembelajaran norma baharu di musim pandemik ini.
1. Tarikh, Tempat dan Tempoh Pelaksanaan



Tarikh: 19-26 Oktober 2020
Tempat Pelaksanaan: Di rumah murid masing-masing
Tempoh Pelaksanaan: 6 Hari
2. Jenis Aktiviti Yang Dijalankan


Tahap 1 : Read Aloud
Tahao 2 : Poster Presentation
3. Metodologi Pelaksanaan

Program ini melibatkan Aktiviti Out-of-Class dimana murid-murid menggunakan
aplikasi media sosial (Whatsapp) untuk menghantar gambar dan video .
Tahap 1:
 Guru menyediakan bahan bacaan untuk murid laksanakan aktiviti bacaan “Read
Aloud”.
 Ahli keluarga seperti ibu/ayah/ penjaga lain merakamkan aktiviti bacaan murid
tersebut.
 Video-video kemudiannya dihantar melalui aplikasi Whatsapp kepada guru.
 Sesi penilaian oleh guru subjek Bahasa Inggeris.
Tahap 2:
 Murid tahap 2 diterangkan untuk memilih cerita pendek / short story yang
digemari.
 Murid dikehendaki membuat sedikit rumusan berdasarkan cerita yang dibaca.
Contoh: Title, Characters, Lessons, and overall opinion.
 Murid dikehendaki menghasilkan sebuah poster berdasarkan cerita pendek
yang sudah dibaca.
 Poster tersebut dibentangkan dan dirakamkan.

Video perkongsian dan pembentangan dihantar kepada guru subjek untuk
dinilai.
4. Kekuatan Program

Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga
Semasa aktiviti ini dijalankan, ibu bapa mahupun penjaga amatlah memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu anak mereka menghasilkan rakaman
video dan juga membantu memberikan tunjuk ajar semasa aktiviti dijalankan.

Minat
Murid-murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti bacaan. Mereka
juga tertunggu-tunggu keputusan.

Ruang Berkarya
Aktiviti secara dalam talian juga dapat membantu mengembangkan bakat murid
dalam bidak ICT dan media massa.

Ruang dan Masa
Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 6 hari atau lebih dapat memberikan
murid-murid ruang dan masa untuk membuat latihan dan penambahbaikkan
dari segi sebutan dan lain-lain.
5. Kelemahan Program

Capaian Internet
Capaian internet merupakan aspek yang menjadi penghalang kepada
sebahagian murid. Ada murid tidak dapat menghantar video mereka oleh sebab
capaian internet yang kurang memuaskan.

Kekangan Kemudahan
Walaupun hidup dalam dunia yang canggih, tidak dapat dinafikan ada dalam
kalangan murid-murid / keluarga murid-murid tiada kemudahan telefon pintar
(smartphone) yang mempunyai pelbagai aplikasi sosial/ maya seperti Whatsapp
dan sebagainya.

Selain itu terdapat kekangan lain seperti ada murid kurang yakin untuk membuat
rakaman video dan beberapa lagi kekangan lain.
6. Penambahbaikan Program
Kemungkinan pada masa akan datang, ibu bapa mahupun guru akan lebih peka
dengan kekangan semasa seperti masalah capaian internet dan juga berharap
murid-murid akan lebih ramai untuk tampil yakin menghantar penyertaan.
7. Keputusan Pertandingan
Tahap 1: Read Aloud
Johan (Winner)
: Aqil Aqmar Awadah
Naib (1st Runner Up)
: Nurrasya Aznieza
Tempat Ke3 (2nd Runner up) : Nur Batrisya
Tahap 2: Poster Presentation
Johan (Winner)
: Muhamad Syahmi Hamizan
Naib (1st Runner Up)
: Aniq Nadhir Syazwan
Tempat Ke3 (2nd Runner up) : Fahmi Jamaluddin
8. Penutup
Program Let’s Read Online ini telah memberikan impak kepada minat murid untuk
membaca terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Sikap membaca ini perlu dipupuk
sejak kecil agar minda mereka dapat mencapah dan mencambah ilmu
pengetahuan mereka. Selain itu, program ini dapat membantu memantapkan
kemahiran murid dalam berkomunikasi selain daripada intonasi serta sebutan
dalam Bahasa Inggeris.Secara keseluruhannya, ibu bapa juga banyak
menyumbangkan jasa dalam membantu program ini berjalan dengan lancar.
Diharapkan kerjasama sebegini akan terus mekar dan diperhebat dari semasa ke
semasa agar pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan secara tidak langsung.
Disediakan oleh:
Ahmad Idrus Bin Rahmad
Penyelaras,
Highly Immersive Programme
SK Abang Moh Sessang
Disahkan oleh:
Hj Ghazali Bin Mat Daud
Guru Besar,
SK Abang Moh Sessang
Tarikh: 28 Oktober 2020
Lampiran Bergambar
Download