Uploaded by LEE LI SHYEN

PENULISAN ULASAN ARTIKEL JURNAL

advertisement
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JALAN UMS
88400 KOTA KINABALU, SABAH
PENULISAN ULASAN ARTIKEL JURNAL
NAMA PELAJAR
:
LEE LI SHYEN
NO. MATRIK
:
BP20110090
PROGRAM
:
UH6145003 - PENDIDIKAN DENGAN SAINS
NO. TEL
:
0178955866
KOD KURSUS
:
UW00802
NAMA KURSUS
:
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SEKSYEN
:
13
TAJUK
:
RADIO MALAYSIA SABAH: PENYAMPAIAN MESEJ
PEMBANGUNAN, PERPADUAN ETNIK/KAUM DAN
INTREGRASI NASIONAL DI DAERAH KOTA KINABALU
DAN KOTA BELUD SABAH
URL ARTIKEL /
:
RUJUKAN
NAMA PENSARAH
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisikhas-2-7.pdf
:
DR. SAIFULAZRY BIN MOKHTAR
1.
PENGENALAN
Artikel yang telah dipilih bertajuk “Radio Malaysia Sabah: Penyampaian Mesej Pembangunan,
Perpaduan Etnik/Kaum Dan Intregrasi Nasional Di Daerah Kota Kinabalu Dan Kota Belud
Sabah”. Artikel ini telah ditulis oleh pensyarah Universiti Malaysia Sabah Mahat Jamal dan
Profesor Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sabah, Abdul Rashid Salleh. Artikel ini
diambil daripada Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) Tahun 2016.
24 November 2016 merupakan tarikh bagi artikel ini diterbitkan. Bilangan muka surat bagi
artikel ini adalah sebanyak 21 muka surat.
2.
ULASAN UMUM KANDUNGAN ARTIKEL
2.1
Matlamat kajian
Kajian ini cuba mengenalpasti persepsi pendengar radio Sabah FM dari Daerah Kota Kinabalu
dan Daerah Kota Belud terhadap penyampaian mesej-mesej pembangunan, perpaduan etnik
dan kaum dan integrasi nasional yang disampaikan melalui program-program Sabah FM dan
Sabah VFM. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pendekatan Radio
Malaysia Sabah dalam menyampaikan mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan
integrasi nasional kepada pendengar radio Sabah. Selain itu, artikel ini juga bertujuan untuk
mengetahui tahap pemahaman pendengar dan menganalisis persepsi keberkesanan siaran
Radio Malaysia Sabah. Kajian ini dilakukan adalah kerana radio merupakan antara media
massa yang effektif dalam menyampaikan mesej-mesej kepada rakyat (Joseph, 2011),
namum begitu melalui kajian lepas iaitu kajian Eunice Kijana mendapati bahawa radio-radio
tersebut kurang mempromosikan isu perpaduan manakala kajian Sawaluddin Anis terhadap
pendengar Radio 3 Pulau Pinang pula menyarankan juruhebah menyampaikan maklumat
dengan ringkas, mudah dan padat. Oleh hal yang demikian, persoalan ini dibangkitkan bagi
mengetahui keberkesanan Radio terhadap penyampaian konsep pembangunan, perpaduan
kaum/etnik dan integrasi nasional.
2.2
Metodologi kajian
Pelbagai kaedah-kaedah dan teknik-teknik telah digunakan untuk memperoleh dapatan dalam
kajian tentang keberkesanan penyampaian radio ini. Kaedah-kaedah dan teknik-teknik ini
digelar sebagai metodologi kajian. Antara kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklan
pendekatan kuantitatik dengan borang selidik sebagai instrument kajian. Antara metodologi
kajian yang digunakan untuk mengumpul, mengolah, dan menganalisis data bagi menjawab
persoalan dalam sesuatu kajian termasuklan penggunaan kajian lepas, sebagai contoh kajian
dari Eunice Kijana dan Sawaluddin Anis terhadap pendengar radio di tempat lain. Selain ini,
pengkaji juga menggunakan kajian kepustakaan sebagai asas metodologi seperti buku-buku
ilmiah dan artikel jurnal untuk memperoleh pelbagai maklumat melalui hasil carian
kepustakaan dengan mudah.
2.3
Hasil kajian
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden masih mendengar
siaran elemen mesej pembangunan, perpaduan etnik dan kaum dan integrasi nasional melalui
ke Sabah FM, terutamanya pendengar dari luar bandar. Hal ini kerana banyak pendengar yang
mengikuti mesej-mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional yang
utarakan melalui segmen dan program Sabah FM pada waktu puncak sementara melalui
Sabah VFM mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan.
Selain itu, pelbagai pemahaman pendengar terhadap unsur-unsur pembangunan,
perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional termasuklah persepsi dari segi fisikal, insaniah
dan pendekatan ‘local knowledge’, sebagai contoh pemahaman responden dari segi
pembangunan ialah sebagai kemajuan fizikal, segi perpaduan etnik/kaum pula sebagai
kehidupan yang harmani tanpa mengira status agama, elemen intregasi nasional pula
ditafsirkan sebgai komunikasi yang baik di antara pelbagai kaum yang selaras dengan konsep
1Malaysia.
Di samping itu, keberkesanan penyampaian mesej kepada pendengar radio
kebanyakannya berada di peringkat sederhana diikuti dengan skala berjaya dan sangat
berjaya bersilih ganti. Keadaan ini berdasarkan melalui kaedah skala likert, skor berjaya dan
sangat berjaya melebihi skor di peringkat serderhana yang menunjukkan siaran Sabah FM
dan Sabah VFM masih releven.
2.4
Rujukan kajian
Secara keseluruhannya, penggunaan rujukan dalam kajian ini adalah mencukupi. Kajian ini
menggunakan buku-buku ilmiah, artikel jurnal, dan lain-lain sebagai rujukan. Antara rujukan
buku yang digunakan termasuklah ‘Information Campaigns in a Development Nation’, ‘The
Structural Transformation of the Public Sphere’ dan lain-lain. Antara artikel jurnal yang
digunakan sebagai rujukan dalam kajian termasuklah ‘Pembangunan Luar Bandar di Malaysia:
Gerakan Desa Wawaswan (GDW) Sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar
Bandar’,’Radio Sebagai Alat Komunikasi Pembangunan: Satu Tinjauan Khalayak Radio 3 Pulau
Pinang’ dan sebagianya.
3.
ULASAN KRITIS TERHADAP KANDUNGAN ARTIKEL
3.1
Adakah
anda
bersetuju
dengan
matlamat
kajian/objektif
kajian/metodologi kajian/hasil kajian/rujukan kajian tersebut? Jelaskan
sebabnya.
Saya bersetuju dengan matlamat kajian, objektif kajian, metodologi kajian, hasil kajian, dan
rujukan kajian kerana kajian ini telah membangkitkan persoalan pendekatan Radio Malaysia
Sabah dalam menyampaikan mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi
nasional kepada pendengar radio Sabah. Hal ini kerana peranan Radio Malaysia Sabah dlihat
agak penting dalam menyampaikan mesej-mesej kerajaan. Oleh itu, keberkesanan radio dan
pemahanan pendengar harus dipersoalkan lagi. Apabila objektif kajian ini mempertengahkan
persoalan mengenai persepsi pendengar terhadap konsep pembangunan, perpaduan
etnik/kaum dan integrasi nasional, kita dapat mengetahui adakah pendengar memahami
konsep pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional yang disampaikan
melalui Radio Sabah. Kita juga dapat megetahui tahap pemahaman pendengar dan
keberkesanan radio menyampaikan maklumat kepada pendengar melalui matlamat kajian ini.
Di samping itu, kajian ini juga membolehkan kita mengetahui apa progam yang diminati oleh
kebanyakan pendengar dan masa yang paling sesuai bagi penyampian mesej-mesej melalui
radio.
Dalam Metodologi kajian, saya setuju dengan penggunaan kajian lepas dalam kajian
ini kerana kita dapat mengetahui persepsi pendengar radio dari tempat lain terutamanya di
Kenya Afrika melalui kajian Eunice Kijana dan Pulau Pinang melalui kajian Sawaluddin Anis.
Saya juga setuju dengan Kaedah penyelidikan yang digunakan iaitu pendekatan kuantitatif
dengan borang selidik sebagai instrumen kajian. Hal ini kerana metodologi kajian telah
dilakukan dengan mengedarkan instrumen soal selidik kepada orang awam, secara tidak
langsung pandangan pendengar setempat terhadap keberkesanan dapat diketahui melalui
hasil yang diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan.
Seterusnya, saya juga bersetuju dengan hasil yang diperoleh daripada kajian ini kerana
hasil daripada kajian kita mendapati bahawa masih ada pendengar yang mengikuti dasardasar kerajaan yang diuar-uarkan oleh Radio Malaysia Sabah. Namun, penyampaian
maklumat dan mesej-mesej kerajaan melalui Sabah FM adalah paling efektif pada waktu
puncak (6.00-9.00 pagi). Penemuan kajian menunjukkan siaran puncak waktu pagi Segar
Sabah fm, (6.00 pagi sehingga 10 pagi) menyiarkan mesej pembangunan dan mesej
perpaduan kaum/etnik lebih banyak berbanding dengan mesej integrasi nasional. Hal ini
kerana segmen Segar Sabah fm mendahului segmen-segmen lain dari segi mesej
pembangunan dengan skor 48.7%, dari segi mesej perpaduan etnik dan kaum dengan skor
55.7% dan dari segi mesej integrasi nasional dengan skor 46.6% diikuti oleh segmen-segmen
lain.
Bagi Sabah VFM pula, kesemua siaran bahasa Dusun, Kadazan, Bajau, Murut, Cina dan
Inggeris juga di dapati menyiarkan mesej-mesej pembangunan, perpaduan kaum/etnik di
peringkat sederhana. Keberkesanan peyampaian mesej melalui radio dapat dilihat menerusi
hasil kajian ini. Hal ini kerana hasil kajian ini menunjukkan bahawa seramai 66.3% responden
yang ada mendengar elemen-elemen pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi
nasional melalui Sabah VFM dan pada waktu yang sama juga mendengar Sabah FM. Oleh itu,
penyampaian mesej elemen-elemen pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi
nasional melalui Sabah FM dan Sabah VFM boleh disifatkan sebagai positif walaupun
kebanyakan skor tidak mencapai tahap 50%
Dalam rujukan kajian, saya juga bersetuju dengan penggunaan kajian kepustakaan
sebagai metodologi kajian, kerana kajian ini memberi maklumat tambahan yang berkenanan
tentang penyebaran maklumat melalui teknologi informasi. Rujukan artikel jurnal juga mudah
didapati melalui carian di internet dan sebagainya.
3.2
Adakah
penambahbaikan
kajian/objektif
perlu
kajian/metodologi
dilakukan
kajian/hasil
terhadap
matlamat
kajian/rujukan
kajian
tersebut? Jelaskan sebabnya.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap matlamat kajian, metodologi kajian, hasil
kajian, dan rujukan kajian. Dalam matlamat kajian, pengkaji dicadangkan untuk menambah
maklumat tentang cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan siaran Radio Malaysia Sabah
dalam usaha menyampaikan elemen mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan
integrasi nasional. Antara contoh kekuatan waktu pagi Segar Sabah fm, (6.00 pagi sehingga
10 pagi) yang harus digunakan oleh Radio Malaysia Sabah bagi meningkatkan kreativiti
persembahannya supaya prestasi segmen/program berkenaan boleh mencapai 50% ke atas
mungkin ke tahap 80%. Cadangan persembahan dan penyampaian Juruhebah seharusnya
perlulah ringkas, mudah dan padat, supaya proses komunikasi berjalan lancar dan dapat
memberikan manafaat kepada pendengar. Tokoh-tokoh jemputan juga boleh dijemput untuk
membincangkan pelbagai topik termasuklah elemen perpaduan dan pembangunan negara.
Seterusnya, metodologi kajian juga boleh ditambahbaik dengan memperbanyakkan
lagi jenis metodologi kajian. Antara penambahan metodologi kajian yang boleh dilakukan
adalah dengan penggunaan kaedah pensampelan Kaedah pensampelan yang bermaksud
proses memilih sampel secara rawak berdasarkan Kamus Dewan (2013) telah digunakan
untuk memilih responden secara sampel bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang
bertepatan dengan tajuk kajian. Metodologi kajian ini boleh ditambahbaik dengan melakukan
temu ramah dengan pendengar-pendengar untuk mengetahui pandangan mereka terhadap
cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan siaran Radio Malaysia Sabah dalam usaha
menyampaikan elemen mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional,
dengan itu kita dapat mengetahui cara untuk menarik minat pendengar untuk mendengar
segmen yang berkaitan dengan pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap hasil kajian juga dilakukan dengan
menerangkan lagi beberapa cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan siaran Radio
Malaysia Sabah dalam usaha menyampaikan elemen mesej pembangunan, perpaduan
etnik/kaum dan integrasi nasional. Antara cara untuk menarik minat pendengar yang
dikemukan daripada kajian lepas termasuklah Segmen yang berbentuk interaktif menarik
minat dan penglibatan ramai pendengar. Antara contohnya termasuklah pendengar boleh
mengemukakan soalan, pandangan berhubung sesuatu isu untuk dijelaskan oleh tokoh-tokoh
jemputan, seperti pegawai-pegawai jabatan-jabatan tertentu, tokoh-tokoh politik atau ustaz
yang dijemput menjadi tetamu sesuatu rancangan melalui telefon.
Penambahbaikan bagi rujukan kajian adalah pengkaji harus menambah lagi rujukan
buku-buku ilmiah yang menerangkan mengenai fungsi dan peranan radio terhadap
penyampaian maklumat. Hal ini dapat memudahkan pengkaji membuat kajian kerana
memperolehi maklumat yang lebih jelas bagi hasil kajian yang diperolehi.
3.3
Adakah hasil kajian boleh memberikan impak positif atau negatif kepada
individu / masyarakat / organisasi / negara dan sebagainya? Jelaskan
sebabnya.
Hasil kajian telah memberikan pelbagai impak yang positif dan negatif kepada setiap individu,
masyarakat, organisasi, dan negara. Antara impak positif termasuklah hasil kajian ini telah
menonjolkan kepentingan dan peranan radio dalam mempromosi, meguar-uar dan memberi
liputan dasar, peranan, program dan akitivi-aktiviti kerajaan dan agensi-agensinya agar dapat
difahami oleh masyarakat awam. Hasil kajian telah memberi kesedaran kepada setiap individu
bahawa radio juga merupakan antara satu media massa yang penting dalam penyampian
mesej kerajaan kepada rakyat. Dalam kajian ini, setiap individu dapat menyedari betapa
pentingnya radio dalam penyampian maklumat kepada rakyat, terutamanya dalam laporan
berita semasa. Namun, hasil daripada kajian juga memberikan impak negatif terhadap individu
terutamanya pendengar-pendengar radio, sebagai contoh pendengar radio hanya menerima
mesej-mesej kerajaan melalui siaran radio. Namun begitu, terdapat banyak media massa lain
yang boleh digunakan untuk menerima mesej-mesej kerajaan.
Selain itu, impak positif terhadap masyarakat daripada kajian ini juga dapat dilihat
melalui borang soal selidik yang diisi oleh pendengar-pendengar radio. Hasil kajian ini
menunjukkan kebanyakkan radio telah menyiarkan siaran yang berkaitan tentang elemen
mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional. Oleh itu, impak positif
daripada hasil kajian tersebut adalah dapat menyedarkan masyarakat kepentingan untuk
memahami konsep pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional. Hal ini
kerana konsep-konsep ini memainkan peranan penting terhadap kemajuan masyarakat.
Antara contohnya termasuklah kemajuan fizikal seperti kemudahan-kemudahan asas dari segi
pembangunan, Kehidupan yang bahagia dalam harmoni aman damai dari segi perpaduan
etnik/kaum dan keserasian hubungan dari segi intergriti nasional. Namum, impak negatif
terhadap masyarakat dari hasil kajian ini termasuklah masyarakat hanya bergantung kepada
penerimaan mesej pada waktu puncak iaitu jam 6 pagi hingga 10 pagi, tetapi tidak menerima
mesej tambahan pada masa yang lain disebabkan kesibukan bekerja.
Di samping itu, impak positif hasil kajian kepada organisasi adalah dapat memupuk
perpaduan etnik/kaum tanpa mengira bangsa, kaum dan agama dalam kalangan organisasiorganisasi. Tindakan ini amat penting kerana berkerjasama dan toleransi tanpa mengira status
agama, budaya dan suku kaum dapat meningkatkan keberkesanan kerja dalam sesuatu
organisasi. Antara contohnya termasuklah sikap pandang rendah terhadap kaum yang lain
dapat digelakkan dalam organisasi pekerjaan atau syarikat, yang mana organisasi tersebut
tidak rela untuk bekerja dengan rakan-rakan yang berlainan kaum. Oleh itu, apabila kajian ini
menerangkan mengenai penyampaian isu perpaduan etnik/kaum melalui radio, sudah pasti
sikap toleransi dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, impak negatif
terhadap organisasi yang diperoleh hasil daripada kajian antara termasuklah hubungan
pekerja dalam kalangan organisasi kemungkinan akan terjejas jika penyalahgunanan fungsi
radio. Sikap curiga mencurigai di antara pekerja yang berlainan kaum akan berlaku jika
penyampaian radio memihak kepada antara satu kaum. Keadaan ini akan menjejaskan
kemajuan sesebuah syarikat atau organisasi.
Akhir sekali, impak positif hasil kajian kepada negara pula merangkumi kesedaran isu
pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional semakin dipertingkatkan.
Pemahaman yang betul terhadap isu pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi
nasional adalah amat penting supaya kemajuan negara berlangkah ke arah yang betul.
Keadaan ini sangat penting kerana dapat memastikan negara kita tidak dijejaskan oleh
budaya-budaya sesat yang diamalkan oleh negara lain. Oleh itu, negara dapat dimajukan
melalui bekerjasama antara pelbagai kaum dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan supaya
taraf kehidupan rakyat negara dapat dipertingkatkan. Namun begitu, hasil kajian ini juga
membawa impak negatif kepada negara antaranya termasuklah masih ada yang menganggap
radio tidak memainkan peranan penting dalam penyampian mesej kerajaan. Hakikatnya,
peyampaian mesej kerajaan melalui radio sering diabaikan oleh rakyat negara. Keadaan ini
mesej-mesej penting daripada kerajaan tidak dapat diterima oleh rakyat negara, sebagai
contoh mesej cara-cara utuk menggelakkan diri daripada jangkitan Covid-19 daripada
kerajaan tidak dapat diterima oleh rakyat-rakyat.
4.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini amat penting kerana dapat menjelaskan kepada orang ramai
bahawa radio memainkan peranan yang penting dalam peyampaian mesej pembangunan,
perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional. Selain itu, kajian ini juga telah menambah
maklumat tentang pemahaman pendengar radio isu pembangunan, perpaduan etnik/kaum
dan integrasi nasional. kita dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai keberkesanan
radio dalam peyampaian mesej pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan integrasi nasional
dalam kajian ini. Oleh itu, pada masa depan, saya berharap persembahan radio dapat
dipertingkatkan. Saya juga berharap agar isu pembangunan, perpaduan etnik/kaum dan
integrasi nasional dapat dipersembahkan dari media massa yang lain. Hal ini bertujuan bagi
memberi kesedaran kepada semua rakayat bahawa isu pembangunan, perpaduan etnik/kaum
dan integrasi nasional adalah sangat penting demi meningkatkan taraf kehidupan.
5.
RUJUKAN
Hassan, Md Salleh and Tamam, Ezhar and Yasin, Megat Al-Imran and Abdul Latif, Mohammad
Pauzi and Hamzah, Mohammad Rezal and Yaacob, Zamre and Junus, Mohd Dzikrullah (2009)
Keberkesanan media massa dalam memupuk dan memperkukuhkan perpaduan negara dan
integrasi nasional. Jurnal Perpaduan, Universiti Putra Malaysia 1 (1). pp. 15-32.
Joseph Turow.2011. Media Today: An Introduction to Mass Communication: Library of
congress cataloging-in-publication data
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rafidah Mat Ruzki Media massa berperanan pupuk perpaduan, kekal keamanan – Amirudin
dlm Berita Harian 21 ogos 2019
Download