Uploaded by HAFIZUDDIN HANIF

ETIKA DI JALAN RAYA PENYELAMAT JIWA

advertisement
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK (FSKM)
CS290
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK
PENGURUSAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN
PERNIAGAAN (KEPUJIAN) EKONOMI PERNIAGAAN
LAPORAN KERTAS KERJA
ETIKA DI JALAN RAYA PENYELAMAT JIWA
DISEDIAKAN OLEH:
(1)
MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANIF – KETUA
2021149791
(2)
MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMMAD ZAIDI
2021132537
(3)
AHMAD NA’IM BIN ABDUL HALIM
2021919543
Laporan Kertas Kerja Dihantar kepada Ustaz Ahmad Syamel Bin Atan dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk CTU554 (ETIKA DAN PERADABAN II).
SEMESTER 1
SESI 2021/2022
11 Oktober 2021 © ACIS.SEREMBAN
ISI KANDUNGAN
BORANG PERAKUAN PELAJAR
“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua
hasil tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak
meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk
meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami
sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki
melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa
Tatatertib UiTM Negeri Sembilan.”
1. Nama:
MOHAMAD HAFIZUDDIN
MOHD HANIF
BIN
No. Pelajar: 2021149791
3. Nama:
AHMAD NA’IM BIN ABDUL HALIM
No. Pelajar: 2021919543
2. Nama:
MUHAMMAD AIMAN BIN
MOHAMMAD ZAIDI
No. Pelajar: 2021132537
1.0 Pendahuluan
Kehidupan manusia sering berubah selari dengan peredaran masa yang semakin hari
semakin maju dari aspek pembangunan teknologi, infrastruktur, serta pengurusan ekonomi.
Walau bagaimanapun, persaingan sesama manusia demi mencapai kemajuan yang begitu
mewah ini telah menyebabkan kejatuhan nilai etika kepada peradaban manusia di zaman
moden. Perkara ini didorong oleh pengaruh sosial yang semakin kompleks dimana pelbagai
perkara seperti wang dan hiburan terutamanya telah menjadikan etika ini sebagai penghalang
untuk mereka mencapai kesenangan dengan segera.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etika mampu ditakrifkan sebagai prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan individu atau sesuatu kumpulan. Sebarang perkara
yang tidak menepati ciri-ciri moral yang baik wajar dihentikan kerana tidak bertepatan dengan
etika sebenar manusia. Etika dalam Islam berperanan besar dalam membina insaniah,
perilaku yang baik, serta menjauhkan diri daripada terjebak dengan kemungkaran yang
menyusahkan diri dan orang lain (Wan Zulkifli Wan Hassan, 2019). Inilah perkara yang
dipandang remeh oleh ramai pengguna jalan raya sehingga menyebabkan banyak kes
kesalahan di atas jalan raya, kemalangan sehingga meragut nyawa.
Jalan raya kini merupakan platform utama untuk orang awam bergerak dari sebuah
kawasan ke kawasan lain. Selari dengan arus kemodenan manusia adalah penciptaan
kenderaan-kenderaan canggih seperti kereta keluaran Tesla, Toyota ataupun motosikal
Yamaha Y15 yang dilengkapi beberapa ciri-ciri khas termasuk ciri keselamatan yang dinaik
taraf. Namun, teknologi yang canggih tidak berguna juga jika penggunanya menggunakan
secara tidak berhemah sehingga mengundang bahaya kepada orang awam yang lain.
Akibatnya, kadar kemalangan, saman, serta kematian tetap akan berlaku jika tiadanya etika
yang tepat dalam diri setiap pengguna jalan raya.
1
2.0 Isu Permasalahan
Kajian mengenai topik ini telah menemui beberapa isu permasalahan terutamanya di
Malaysia, yang wajar diutarakan untuk menguatkan lagi kepentingan perbahasan mengenai
etika di jalan raya pada hari ini
●
Perbincangan masalah yang pertama adalah timbulnya kes kemalangan di jalan raya
disebabkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Huraian:
Alkohol dan dadah sememangnya menjadi musuh masyarakat terutamanya di
Malaysia. Hal ini demikian kerana kedua-dua benda ini sudah mengakibatkan pelbagai
jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dan banyak lagi apabila mereka yang
mengambilnya akan berada di bawah khayalan sehingga tidak mampu berfikir secara
waras. Menurut Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, beliau berkata faktor manusia
adalah penyumbang terbesar untuk terjadinya nahas jalan raya seperti kerap bermain
telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju, dan memandu di bawah
pengaruh dadah serta alkohol. Menurut beliau lagi, kebelakangan ini banyak
berlakunya kes pemandu lawan arus, dan kebanyakan puncanya adalah disebabkan
mereka memandu ketika mabuk mahupun tidak sedar diri selepas mengambil alkohol
atau dadah (Aslinda Nasir, 2021).
Kita sudah sedia maklum, apabila manusia berada di dalam keadaan tidak sedarkan
diri ataupun mabuk, pelbagai perkara negatif boleh timbul dan semestinya
implikasinya juga adalah negatif. Hal ini bukan sahaja memudaratkan pengambil
alkohol atau dadah tersebut, malah membahayakan orang ramai yang berada di
sekeliling mereka. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa alkohol dan dadah telah
menjadi antara punca utama kes-kes salah laku di atas jalan raya sering kali berlaku.
2
●
Perbincangan masalah yang kedua adalah kadar saman yang tinggi terhadap
penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang dari segi pergerakan dan
peraturan jalan raya terutamanya daripada kalangan penunggang e-hailing.
Huraian:
Kadangkala, apabila mereka yang bekerja sebagai penunggang e-hailing berada
dalam waktu pekerjaan seperti menghantar makanan kepada pelanggan yang
membuat pesanan secara atas talian, ramai daripada mereka yang berfikir untuk
menyelesaikan tugas mereka dengan segera sehinggakan kebajikan diri mereka
diabaikan. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, terdapat beberapa orang
penunggang e-hailing dikenakan saman dari Januari 2021 hingga Julai 2021 atas
beberapa kesalahan. Sebagai contoh kesalahan yang mereka lakukan seperti
melanggar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit, dan tidak memakai topi
keledar. Beliau dengan tegasnya menasihatkan para penunggang e-hailing bahawa
kerja mereka untuk menghantar makanan kepada orang lain pada musim pandemik
Covid-19 sangatlah bagus. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap peraturan di
atas jalan raya hanya akan memberikan lebih bahaya kepada mereka sehingga
membawa maut (Muhaamad Hafis Nawawi, 2021).
Kita acap kali mendengar slogan ‘niat tidak menghalalkan cara’, terutamanya dalam
situasi saling menasihati sesama rakyat di Malaysia. Walaupun kita mempunyai tujuan
murni seperti mengambil anak di sekolah atau pulang ke kampung selepas sekian
lama, perkara-perkara tersebut tidak memberikan kebenaran untuk kita melanggar
batas-batas di atas jalan raya, apatah lagi melibatkan nyawa kita serta orang awam
yang lain.
3
●
Perbincangan masalah yang terakhir adalah mengenai pengubahsuaian ekzos
kenderaan dan penggunaan hon yang keterlaluan telah meningkatkan kes
pencemaran bunyi yang mengganggu ketenteraman awam.
Huraian:
Di Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa pengubahsuaian kenderaan yang
tidak mengikut spesifikasi tertentu adalah salah sama sekali. Memetik sebuah berita
aduan oleh pesakit-pesakit di hospital berhampiran Jalan Tun Razak dan Jalan
Pahang di ibu negara mengenai gangguan bunyi ekzos yang amat bising. Hasil Ops
Motosikal yang dilakukan pihak berkuasa telah menahan beberapa penunggang
motosikal akibat pengubahsuaian ekzos yang terlarang. Walau bagaimanapun, para
penunggang terbabit tidak mengakui kesalahan mereka walaupun sudah terang lagi
bersuluh mereka sudah melanggar undang-undang sedia ada. (Astro Awani, 2021).
Sesetengah orang berpendapat segala keinginan mereka wajar dipenuhi tanpa
memikirkan situasi orang lain. Inilah pemikiran yang mendorong kepada kes-kes
pencemaran bunyi bising oleh kenderaan kerap berlaku apabila kesalahan mereka ini
hanya bertujuan untuk memuaskan diri mereka, tetapi menyusahkan orang lain.
Kehidupan dalam sebuah komuniti amatlah mementingkan nilai saling menghormati
antara satu sama lain kerana ia akan membentuk hubungan kemasyarakatan yang
kukuh. Secara kontrasnya, sikap mementingkan diri akan menimbulkan ketidakpuasan
yang pada akhirnya akan berlakunya permusuhan sesama komuniti tersebut.
4
3.0 Objektif Kajian
Sepanjang penulisan kertas kerja ini dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin kami
sasarkan selari dengan tajuk etika di jalan raya penyelamat jiwa. Hal ini supaya hasil kertas
kerja ini akan menjadi lebih jelas akan tujuannya dilakukan demi manfaat tertentu untuk
semua pihak. Antara objektif tersebut adalah:
●
Mengenalpasti faktor kemalangan jalan raya.
●
Mengenalpasti etika di jalan raya yang boleh diterapkan kepada semua pengguna
jalan raya.
5
4.0 Perbincangan Kajian
Setiap kali musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha,
hampir semua pemandu menggunakan jalan raya untuk pulang ke kampung halaman yang
tercinta untuk berjumpa dengan ibu bapa dan sanak-saudara yang terpisah buat seketika
yang sibuk dengan kehidupan seharian masing-masing buat beberapa hari. Namun, apabila
jalan raya dipenuhi dengan pemandu, sebahagian kawasan berkemungkinan mengalami
kesesakan lalu lintas bukan setakat beberapa minit malah makan sehingga beberapa jam
lamanya.
Yang lagi mengerikan adalah berlakunya kes kemalangan yang berpunca dari kecuaian
pemandu yang tidak tahu arti bersabar dan bertolak ansur dalam etika memandu. Oleh itu,
setiap pemandu harus tahu apakah sikap yang perlu ada bagi setiap pemandu apabila
memandu terutamanya pemandu jarak jauh.
Sebelum setiap pemandu memulakan pemanduan, mereka disarankan untuk membaca
doa sebelum memandu untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Ramai pemandu yang memandang perkara ini remeh dan tidak penting kerana mereka tidak
tahu bagaimana perasaan dan sakitnya berada dalam satu-satu kemalangan. Bagi yang
pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan dan mendapat peluang kedua untuk hidup,
berterima kasihlah kepada tuhan kamu yang telah memberi menyelamatkan kamu.
Membaca doa ini bukan bermakna kita tidak akan terlibat dalam kemalangan tetapi kita
berserah kepada Allah untuk melindungi kita dari ancaman di jalan raya. Jika sudah tertulis
kita mati dalam kemalangan walaupun sudah berdoa, maka kita tidak boleh terlepas dari
kematian tersebut kerana jika Allah kata jadi, maka jadilah seperti firman Allah di dalam surah
Al-Baqarah ayat 117:
‫ض َٰ ٰٓى أ َ أم ًرا فَإِنَّ َما يَقُو ُل لَهُۥ ُكن فَيَ ُكو ُن‬
ِ ‫س َٰ َم َٰ َو‬
َّ ‫بَدِي ُع ٱل‬
ِ ‫ت َو أٱْل َ أر‬
َ َ‫ض ۖ َوإِذَا ق‬
Maksudnya: Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan)
sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia. (QS.
Al-Baqarah: 117)
6
Etika yang perlu ditekankan seterusnya ialah sikap kesabaran seseorang itu kerana tanpa
sabar kita mudah tertekan dengan keadaan sekeliling. Sabar ini merupakan sebuah perkataan
berbentuk sifat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian tetapi sukar untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian. Sabar ini membawa maksud menahan atau
meninggalkan. Seperti firman Allah di dalam surah Luqman ayat 17:
‫ور‬
‫ع ِن أال ُم أنك َِر َوا أ‬
َّ ‫ي أَق ِِم ال‬
َ ‫صابَكَ إِ َّن ذَلِكَ مِ أن‬
َ ‫صبِ أر‬
َ َ‫ص ََلة َ َوأأ ُم أر بِ أال َم أع ُروفِ َوا أنه‬
َ َ ‫علَى َما أ‬
ِ ‫ع أز ِم أاْل ُ ُم‬
َّ َ‫يَا بُن‬
Maksudnya: "Wahai anakku, tegakkanlah sholat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf
dan cegahlah (mereka) dari berbuat yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting." (QS.
Luqman: 17)
Dari firman Allah di atas kita dapati bukan sahaja menurut perintah-Nya sahaja malah
bersabar juga dapat tergolong dalam kalangan orang yang penting di sisi Allah. Apabila
berlakunya kesesakan lalu lintas haruslah kita bersabar sehingga masalah dapat diselesaikan
dengan segera dan janganlah kita mengeruhkan keadaan lagi dengan memarahi pemandu di
hadapan kerana bersabar itu sebahagian daripada iman.
Apabila musim hujan, perlahankanlah kelajuan kenderaan tidak kiralah kemana destinasi
kita kerana setiap nyawa itu penting. Jika beberapa pemandu menghiraukan sikap ini maka
kesesakan lalu lintas mungkin akan berlaku sebagai contoh kemalangan jalan raya. Ini akan
membuatkan pemandu lain juga terpaksa mengubah perancangan pemanduan mereka.
Setiap hidupan yang hidup ada tujuan mereka tersendiri seperti tumbuhan menukar karbon
dioksida kepada oksigen bagi umat manusia dan haiwan yang hidup menghirup dan menukar
Kembali oksigen kepada karbon dioksida. Begitulah perkitaran antara tumbuhan dengan
manusia dan haiwan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita juga saling
bergantung dengan haiwan mahupun tumbuhan untuk hidup. Tanpa kewujudan mereka,
kehidupan manusia masih tidak berkembang atau mencapai tahap modenisasi ini. Justeru,
kita perlulah hargai setiap hidupan di muka bumi ini bagi kelangsungan kehidupan seharian.
7
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 260:
‫أف تُحأ ي ِ أال َم أو َٰت ۗى قَا َل ا َ َولَ أم تُؤأ مِ أن ۗقَا َل بَ َٰلى َو َٰلك أِن ِلِّيَ أ‬
َّ َ‫ط َم ِٕى َّن قَ ألبِ أي ۗقَا َل فَ ُخ أذ ا َ أربَعَةً ِ ِّمن‬
‫ص أره َُّن اِلَيأكَ ث ُ َّم‬
ُ َ‫الطي ِأر ف‬
َ ‫َواِ أذ قَا َل اِب َٰأر ٖه ُم َربِّ ِ ا َ ِرنِ أي َكي‬
‫ع ِزي ٌأز َح ِكيأم‬
ُ ‫ع َٰلى ُك ِِّل َجبَ ٍل ِ ِّم أن ُه َّن ُج أز ًءا ث ُ َّم ا أد‬
َ ‫ّٰللا‬
َ ‫ࣖ اجأ َع أل‬
َ َ‫ع ُه َّن يَأأتِ أينَك‬
َ ‫س أعيًا َۗوا أع َل أم ا َ َّن ه‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.” Allah berfirman, “Belum percayakah
engkau?” Dia (Ibrahim) menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap).” Dia
(Allah) berfirman, “Kalau begitu ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah olehmu
kemudian letakkan di atas masing-masing bukit satu bagian, kemudian panggillah mereka,
niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa,
Maha Bijaksana. (QS. Al-Baqarah: 260)
Dari firman Allah dia atas kita dapati bahawa Allah SWT maha berkuasa bagi menghidupkan
dan mematikan satu-satu hidupan. Setiap hidupan tidak tahu bilakah mereka akan mati. Oleh
itu, perbanyakkan amal ibadah untuk bersedia di alam sana nanti kerana bila-bila sahaja kita
boleh mati.
Pemandu kini kebanyakannya tidak mengenal arti rasa takutnya mati. Ini kerana mereka
tiada pengalaman yang melibatkan nyawa mereka. Setiap hidupan ada ujian tersendiri yang
mereka boleh selesaikan dan Allah juga tidaklah menyusahkan hambanya dengan memberi
ujian yang hambanya tidak boleh selesaikan. Berikut FirmanNya dalam surat al-Insyirah ayat
5-6:
‫ إِ َّن َم َع أالعُس ِأر يُس ًأرا‬, ‫فَإ ِ َّن َم َع أالعُس ِأر يُس ًأرا‬
Maksudnya: “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya
bersama kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah: 5-6)
Dalam ayat di atas dapat kita fahami bahawa tiap-tiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Sebagai contoh, apabila pemandu terlibat dalam kesesakan lalu lintas mereka dengan tanpa
sedar telah mempelajari kesabaran dan juga bersyukur yang mereka tidak terlibat dalam
kemalangan yang menyebabkan kesesakan itu.
8
Tolong-menolong adalah sikap yang tidak kurang pentingnya bagi seseorang pemandu
apabila memandu. Tolong-menolong ini membawa maksud membantu orang lain yang
sedang membutuhkan kita dengan ikhlas tanpa mengharapkan imbalan dan sudah menjadi
kewajiban kita sesama manusia. Terdapat beberapa hikmah mengaplikasi sikap ini dalam
kehidupan seharian
antaranya,
meringankan beban,
mengeratkan hubungan
dan
memudahkan kerja.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2:
‫ب‬
َ ‫ّٰللا‬
ِ ‫ش ِد أي ُد أال ِعقَا‬
َ ‫علَى أالبِ ِ ِّر َوالت َّ أق َٰو ۖى َو ََل تَعَ َاونُ أوا‬
َ ‫َوتَعَ َاونُ أوا‬
ِ ‫علَى أاَلِثأ ِم َو أالعُد َأو‬
َ ‫ّٰللا ۗا َِّن ه‬
َ ‫ان َۖواتَّقُوا ه‬
Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah,
sungguh, Allah sangat berat siksaan-Nya. (QS. Al-Maidah: 2)
Dapat kita pelajari dari firman Allah di atas bahawa tolong-menolong adalah satu sikap yang
perlu diterapkan bagi setiap umat manusia untuk melancarkan kehidupan seharian. Bukan
sahaja mereka yang mendapat manfaat malah kita sendiri juga tanpa kita sedari.
Apabila kita menolong orang lain maka kita telah meringankan beban mereka. Sebagai
contoh, mematuhi lampu isyarat adalah satu benda yang mudah diperkatakan malah masih
ada lagi manusia yang mementingkan diri sendiri ini yang melanggar peraturan ini. Alasan
mereka yang selalu diungkapkan oleh pelaku ini selalunya mereka terlambat untuk tiba di
destinasi mereka.
Semua orang mempunyai destinasi tersendiri mereka. Oleh itu, patuhilah peraturan yang
mudah ini dan jika kita abaikan perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku. Sekiranya
perkara seperti ini berlaku maka perjalanan pemandu lain juga akan terjejas.
Mempermudahkan urusan orang lain juga memberi kita satu kebaikan. Kebaikan ini mungkin
dikembalikan dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk yang sama ataupun dalam bentuk
yang berbeza contohnya mendapat rezeki.
Kita mungkin tidak nampak nilai ini penting sekarang ini kerana sikap manusia yang
mementingkan diri sendiri dan tidak menjaga tepi kain orang lain. Sebagai contoh, seorang
pemandu ingin pergi bekerja tetapi dia sudah lambat dari masa yang sepatutnya dia
melaporkan diri maka dia dengan menggunakan alasannya melanggar lampu isyarat. Apabila
ditahan oleh pihak polis, dia memberi alasan yang dia sudah lewat untuk tiba di tempat kerja.
Dari situasi di atas, kita boleh perhatikan bahawa sikap mementingkan diri ini telah
9
mengeruhkan lagi keadaan dan mengganggu pemandu lain. Oleh itu, walaupun dengan katakata sahaja kita haruslah mempraktikkan sikap ini dalam kehidupan seharian kerana banyak
manfaat yang bakal kita dapat.
Pembangunan yang pesat dalam pelbagai sektor dapat kita perhatikan dari masa ke masa.
Disebabkan pembangunan pesat inilah punca pelbagai pencemaran berlaku yang tidak selari
dengan tujuan memajukan negara dan menjaga alam sekitar. Ini terbukti dengan bacaan ipu
terkini yang semakin membimbangkan. Mengejar pembangunan ini telah membuatkan kita
mengabaikan penjagaan alam sekitar sehingga memberi kesan dan impak yang besar seperti
kita lihat kini terutamanya di kawasan bandar.
Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41:
َ
َ‫عمِ لُ أوا لَ َعلَّ ُه أم َي أر ِجعُ أون‬
ِ َّ‫سبَتأ ا َ أيدِى الن‬
َ ‫ي‬
َ ‫حأر ِب َما َك‬
َ َ‫ظ َه َر أالف‬
َ ‫اس ِليُ ِذ أيقَ ُه أم َب أع‬
‫ض الَّ ِذ أ‬
ِ ‫سا ُد فِى أال َب ِ ِّر َو أال َب‬
Maksudnya: Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan
tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (QS. Ar-Rum: 41)
Ayat di atas dapat kita fahami bahawa kurang keberkatan disebabkan perbuatan hamba
supaya mereka bertaubat menurut Ibn al-Munzir dan Ibn Abi Hatim dari Ibn al-Abbas
manakala menurut Ibnu Munzir dari ‘Ikrimah dan ‘Atiyyah iaitu apabila kekurangan hujan maka
kuranglah menyelam (hasil tangkapan). Semua kesan buruk ini sudah pasti dari perbuatan
manusia yang tidak memandang luas objektif mereka yang ingn dikecapi.
Seperti yang kita ketahui, terdapat beberapa negara sudah mulai menggunakan kereta
elektrik menggantikan kereta berenjin yang memerlukan kuasa petrol untuk bergerak. Idea ini
sangat bagus untuk diikuti oleh negara-negara lain dalam membendung pencemaran asap
kereta begitu juga dengan bunyi. Tambahan pula sumber semulajadi seperti petrol ini adalah
sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber ini boleh didefinisikan sebagai sumber semula
jadi yang terdapat di bawah bumi, yang apabila dimakan, tidak mengisi dengan kelajuan yang
sama di mana ia habis digunakan dan kebiasaannya memerlukan masa yang lama sehingga
memakan berjuta-juta tahun untuk dikembangkan seperti bahan bakar, minyak mentah, gas
asli dan lain-lain.
10
Sumber kereta elektrik ini pula hanya memerlukan tenaga solar(matahari) yang seperti kita
ketahui sumber ini boleh bertahan lama dan tidak akan habis melainkan matahari kita secara
tiba-tiba hilang cahayanya. Jika ini berlaku kemungkinan besar satu dunia tidak akan
menjalani kehidupan seharian mereka dengan betul. Masalah ini kita oleh ketepikan dahulu
kerana kebarangkalian berlaku adalah tipis. Maka pihak ini telah mengambil inisiatif untuk
menghasilkan kereta yang hanya memerlukan sumber yang tidak akan habis sebagai bahan
untuk menggerakkan kereta.
Terdapat beberapa kebaikan yang kita boleh lihat dengan penggunaan kereta elektrik ini
dalam kehidupan seharian antaranya yang paling besar impaknya adalah kereta ini mesra
alam bermaksud kereta ini tidak mengeluarkan asap. Tambahan pula, dengan pemanasan
global yang saban hari makin meningkat, kereta ini memainkan peranan yang penting untuk
menstabilkan semula alam sekitar.
Penggunaan kereta ini juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi. Jika kita bandingkan
pencemaran ini dengan pencemaran yang lain, pencemaran bunyi ini dikelaskan sebagai
pencemaran minoriti. Akan tetapi disebabkan ia telah mencemarkan alam sekitar, masalah ini
juga kita perlu atasi sebelum menjadi lebih keruh. Pencemaran bunyi ini boleh diklasifikasikan
sebagai bunyi yang melebihi 80 desibel (dB). Bacaan normal untuk manusia adalah 15dB
hingga 20dB. Bunyi ini boleh terjadi disebabkan oleh perbuatan manusia ataupun alam
semulajadi seperti guruh, letusan gunung berapi dan binatang.
Penjagaan etika ketika memandu dapat mengurangkan pencemaran ini dari berlaku dan
terus berkembang. Bukan kita sahaja mendapat manfaat malah orang lain juga dan tidak
dilupakan makhluk lain juga seperti tumbuhan dan binatang. Jika kita membantu orang lain
maka kebaikan itu akan kita dapat juga. Oleh itu ditegaskan bahawa setiap pemandu haruslah
mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan untuk melestarikan pengguna jalan raya
lain.
11
5.0 Cadangan dan Penyelesaian
Terdapat beberapa cadangan dan penyelesaian untuk dibentangkan dalam menyelesaikan
masalah etika dan tidak beradab di jalan raya. Antara cadangan kami adalah dengan
memperketatkan dan menguatkuasakan prosedur dalam pemilikan lesen kenderaan kepada
sesiapa yang ingin mengambil atau memiliki lesen kenderaan oleh pihak berkuasa. Hal ini
demikian agar dapat melahirkan pengguna jalan raya yang cekap dan waras tidak kira
samada penunggang motosikal mahupun pemandu pacuan empat roda sekalipun.
Sepertimana kita sedia maklum, salah satu negara yang kita boleh digunakan sebagai
panduan kepada penguatkuasaan pemilikan lesen kenderaan adalah di negara Jerman.
Sekiranya seseorang tidak berfasih dalam berbahasa Jerman, dia boleh memohon lesen
tersebut di Fahrschule (sekolah memandu) khusus kepada yang ada pengalaman bekerja
bersama warga asing. Sekolah tersebut membekalkan persediaan untuk menghadapi segala
ujian dalam pemilikan lesen tersebut. Sekiranya tidak perlu, seseorang boleh pergi ke
Bürgeramt (dewan bandaraya) untuk menghantar permohonan tersebut (How to Get a
German Driver’s License (Der Führerschein) A Step-by-Step Guide, n.d.).
Antara ujian perlu dilakukan untuk memiliki lesen kenderaan ialah menghadiri kursus
pertolongan cemas selama 8 jam, menghadiri kelas memandu selama 37 jam dan ujian teori
dan praktikal. Walau bagaimanapun, pemilikan lesen ini bukanlah sesuatu perkara yang
mudah kerana dianggap susah. Contohnya, sekiranya seseorang mendapat tiga atau lebih
jawapan yang salah, ianya dianggap gagal. Selain itu, pemilikan lesen ini telah memakan
masa dalam tiga ke enam bulan dan membelanjakan wang sebanyak anggaran 2,000 USD
(Bariso, n.d.).
Selain itu, negara Jerman juga telah menbangunkan lebuhraya Autobahn sepanjang
13,000 km menjadikan lebuhraya ini merupakan antara lebuhraya yang terpanjang dan
terpadat di dunia ini. Lebuhraya ini merupakan satu-satunya lebuhraya yang tiada had laju
(Krueger, 2021). Walaupun Autobahn mempunyai tiada had laju, kadar kemalangan di
Autobahn dan lebuhraya yang mempunyai had laju tidaklah begitu ketara. Hal ini demikian
kerana lebuhraya ini mempunyai had laju maksimum untuk keadaan tertentu. Sebagai contoh,
had laju kenderaan berat seperti lori ialah 80 km/j dan hanya kenderaan yang mempunyai
kelajuan tertinggi lebih daripada 60 km/j sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan
Autobahn. Oleh sebab itu, lebuhraya Autobahn telah mengubah pemikiran masyarakat yang
menunjukkan bahawa kelajuan bukanlah penyumbang kepada kadar kemalangan di negara
Malaysia (Syarah, 2021). Maka, semua pemilik lesen kenderaan perlulah cekap dan berhatihati dalam menggunakan jalan raya agar tidak menjejaskan nyawa pengguna jalan raya.
12
Akhir sekali, kerajaan dan pengusaha kereta perlulah bekerjasama dalam
penambahbaikan etika di jalan raya dengan mengehadkan penggunaan kenderaan di jalan
raya. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan kenderaan di negara Malaysia perlu
dikuatkuasakan untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya serta kesesakan trafik
dan jalan raya. Menurut (Azmi, 2021), walaupun statistik kemalangan jalan raya di negara
Malaysia menurun dari masa ke masa, namun jumlah kemalangan jalan raya masih
membimbangkan dengan jumlah sebanyak 204,653 kes kemalangan jalan raya.
Had penggunaan kenderaan di jalan raya pernah dijalankan di negara Jepun. Di
negara Jepun, negara Jepun menubuhkan satu polisi atau undang-undang yang dikenali
sebagai Shaken Law. Shaken Law merupakan undang-undang yang melibatkan pemeriksaan
kenderaan setiap dua tahun supaya kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik untuk
dibawa ke jalan raya. Sekiranya gagal melepasi pemeriksaan Shaken, maka kenderaan
tersebut akan diletakkan pelekat berwarna merah sekaligus tidak membenarkan seseorang
memperbaharui cukai jalan, insurans dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, semakin lama
tempoh usia sebuah kenderaan meningkat, semakin tinggi kos pemeriksaan Shaken dan
semakin rendah kapasiti enjin sesebuah kenderaan, semakin rendah kos penyelengaraan
sesebuah kenderaan (Abdullah & Ramli, 2021).
Selain daripada Shaken Law, kos yang melibatkan kenderaan seperti kadar tempat
letak kenderaan dan harga minyak di negara Jepun. Misalnya, harga minyak amat berbeza di
stesen minyak masing-masing walaupun di bawah syarikat minyak yang sama seperti Shell.
Hal ini demikian kerana negara Jepun merupakan salah satu negara yang bukan pengeluar
minyak petroleum di dunia dan semua minyak petroleum diimport dari luar negara seperti
negara Arab Saudi. Oleh sebab itu, rakyat Jepun lebih selesa berjalan kaki, berbasikal atau
menggunakan kenderaan awam (Abdullah & Ramli, 2021).
13
6.0 Rumusan Kajian
Kesimpulannya, etika di jalan raya amat signifikan pada semua umat manusia tidak
mengira agama, bangsa ataupun kewarganegaraan. Hal ini demikian kerana dapat mampu
memupuk bangsa yang bertamadun dan beradab. Sekiranya adab dan akhlak tidak dapat
dipupuk sejak dari kecil lagi, maka rosaklah bangsa akibat kurangnya adab dan akhlak dalam
jiwa bangsa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa
maksud anak-anak perlulah dididik sejak mereka kecil lagi. Menurut Khalifah Abdul Malik
Marwan, beliau berkata bahawa semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab
rendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat.
Oleh itu, kita perlulah beradab dalam etika di jalan raya untuk menjaga kelima-lima
prinsip maqasid syariah terutamanya dalam menjaga nyawa kerana nila setitik, rosak susu
belanga. Dalam potongan daripada surah al-An’am ayat 151, Allah berfirman:
َ‫صا ُكم ِب ِه لَ َعلَّ ُكم ت َعقِلون‬
َّ ‫فس الَّتي َح َّر َم‬
ِّ ‫ق ۚ َٰذ ِل ُكم َو‬
َ َّ‫َوَل ت َقتُلُوا الن‬
ِ ِّ ‫ّٰللاُ ِإ َِّل ِبال َح‬
Maksudnya: …dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan
yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
Allah juga berfirman supaya mengingati azab membunuh nyawa orang dalam surah
al-Nisa’ ayat 93:
‫عظي ًما‬
َّ ‫ب‬
َ ‫عذابًا‬
َ ُ‫ع َّد لَه‬
َ َ ‫علَي ِه َولَ َعنَه ُ َوأ‬
َ ُ‫ّٰللا‬
َ ‫َض‬
ِ ‫َو َمن يَقتُل ُمؤمِ نًا ُمت َ َع ِ ِّمدًا فَ َجزا ُؤهُ َج َهنَّ ُم خا ِلدًا فيها َوغ‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan
melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang pedih.
14
7.0 Bibliografi/ Rujukan
A. (2021, June 8). Pencemaran Alam Sekitar (Maksud Punca Kesan Definisi). Mypt3.
Retrieved December 15, 2021, from https://mypt3.com/pencemaran-alam-sekitar
Abdullah, N., & Ramli, Z. (Eds.). (2021, June 16). 5 Fakta Kereta Di Jepun Yang Kita Tak
Tahu
.
Retrieved
October
18,
2021,
from
https://www.youtube.com/watch?v=DgIWNFAm8YM.
Aslinda Nasir. (2021, September 28). 29 daripada 807 kematian babitkan pemandu lawan
arus.
Utusan
Malaysia.
Retrieved
October
18,
2021,
from
https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/29-daripada-807-kematian-babitkanpemandu-lawan-arus/. Utusan Malaysia.
Azmi, M. H. bin. (2021). STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT JENIS
KEMALANGAN
DAN
KECEDERAAN
-
Set
Data
-
MAMPU.
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-kemalangan-jalan-rayamengikut-jenis-kemalangan-dan-kecederaan
Astro Awani. (2021, September 18). Gangguan ekzos bising dekat kawasan hospital,
Polis KL keluar 225 saman.astroawani.com. Retrieved October 18, 2021, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-ekzos-bising-dekatkawasan-hospital-polis-kl-keluar-225-saman-320362.
B. (2018, June 17). Pentingnya etika ketika memandu, bagi elak kemalangan. Free
Malaysia
Today.
Retrieved
October
18,
2021,
from https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/06/17/pentingny
a-etika-ketika-memandu-bagi-elak-kemalangan/
Bariso, J. (n.d.). How Getting a German Drivers’ License Almost Broke Me _ Inc.com.
Retrieved January 11, 2022, from https://www.inc.com/justin-bariso/why-gettinga-german-drivers-license-was-one-of-the-hardest-things-ive-ever-done.html
15
Bisingnya, 4 Cara Nak Kurangkan Pencemaran Bunyi! (2021, February 16).
PropertyGuru.
Retrieved
December
15,
2021,
from
https://www.propertyguru.com.my/property-guides/pencemaran-bunyi-gangguanjiran-42257
CNET. (2014, September 3). Top 5: Differences between US and German licenses.
https://www.youtube.com/watch?v=HUlG387VRg4
How to Get a German Driver’s License (der Führerschein) A step-by-step guide. (n.d.).
Retrieved January 11, 2022, from https://www.german-way.com/for-expats/livingin-germany/german-drivers-license-reciprocity/getting-a-german-drivers-license/
Hussain, A. A. (2017, August 16). ALAM SEKITAR DALAM AL-QURAN DAN HADITH.
academia.edu.
Retrieved
December
15,
2021,
from
https://www.academia.edu/34249884/ALAM_SEKITAR_DALAM_AL_QURAN_D
AN_HADITH
Krueger,
M.
(2021).
How
German
Autobahns
changed
the
world.
https://edition.cnn.com/travel/article/autobahn-germany-history/index.html
Muhaamad Hafis Nawawi. (2021, September 29). Angka menggusarkan. Harian Metro.
Retrieved
October
18,
2021,
from
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/760481/angka-menggusarkan.
Muhammad, S. A. (2018, November 28). 4 Hikmah Disebalik Amalan Tolong-Menolong.
Tzkrh.Com. Retrieved December 15, 2021, from https://tzkrh.com/4-hikmahdisebalik-amalan-tolong-menolong/
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). etika. Retrieved January 13, 2021, from
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etika
Rashid, N. (2021, November 18). Kereta Elektrik: Kelebihan dan Kekurangan. Qoala
Malaysia.
Retrieved
December
15,
https://www.qoala.app/my/blog/automotif/motor/kereta-elektrik/
16
2021,
from
Ratnila, A. (2018, November 23). Para Ibu Jangan Anggap Remeh Ya, Ini 11 Kesan Buruk
Jika Anda Gagal Kawal Emosi Sendiri. Siakap Keli. Retrieved December 15, 2021,
from
https://siakapkeli.my/2018/11/23/para-ibu-jangan-anggap-remeh-ya-ini-11-
kesan-buruk-jika-anda-gagal-kawal-emosi-sendiri/
Shaken guide-The Japanese vehicle safety inspection. (n.d.). Retrieved January 13,
2022, from https://aretcars.com/shaken-guide/
Syarah, H. (Ed.). (2021, July 7). Autobahn - Lebuhraya Tanpa Speed Limit. Autobahn Lebuhraya
Tanpa
Speed
Limit
.
Retrieved
October
18,
2021,
from
https://www.youtube.com/watch?v=toUdjvRQjYs.
Wan Zulkifli Wan Hassan. (2019, February 9). Etika di jalan raya dari perspektif Islam.
Berita
Harian.
Retrieved
October
18,
2021,
from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/02/528891/etika-di-jalanraya-dari-perspektif-islam. Berita Harian.
Yusoff, A. S. (2016, July 28). Hidup dan mati adalah rahsia Allah SWT. Berita Harian.
Retrieved
December 15,
2021, from
https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2016/07/177925/hidup-dan-mati-adalah-rahsia-allah-swt
17
8.0 Lampiran
●
Kertas Kerja Cadangan
PENGENALAN:
Etika dalam Islam berperanan besar dalam membina insaniah, perilaku yang baik, serta
menjauhkan diri daripada terjebak dengan kemungkaran yang menyusahkan diri dan orang lain
seperti menjaga hak masing-masing semasa di atas jalan raya.
●
ISU PERMASALAHAN:
Timbulnya kes kemalangan di jalan raya disebabkan pemandu memandu di bawah
pengaruh alkohol dan dadah.
●
Kadar saman yang tinggi terhadap penunggang motosikal yang tidak mematuhi undangundang dari segi pergerakan dan peraturan jalan raya terutamanya daripada kalangan
pengunggang e-hailing.
●
Pengubahsuaian ekzos kenderaan dan penggunaan hon yang keterlaluan telah
meningkatkan kes pencemaran bunyi yang mengganggu ketenteraman awam.
OBJEKTIF
1
2
Mengenalpasti faktor kemalangan jalan raya.
Mengenalpasti etika di jalan raya yang boleh diterapkan kepada semua pengguna jalan raya.
HURAIAN ISI (PERBINCANGAN KAJIAN):
1
Dapat mengurangkan kes kemalangan yang sering berlaku.
2
Dapat menyedarkan pemandu lain tentang pentingnya setiap nyawa yang hidup.
3
Melancarkan lagi perjalanan setiap pengguna jalan raya.
4
Pencemaran bunyi dan udara dapat dibendung.
18
1
2
3
4
5
CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Cadangan
- Memperketatkan prosedur dalam memiliki lesen kenderaan.
- Mengehadkan penggunaan kenderaan di jalan raya
Isi/Content
- Supaya melahirkan pemandu yang cekap dan waras.
- Menguatkuasakan penggunaan kenderaan
Sasaran
- Pemilik lesen kenderaan
- Kerajaan dan pengusaha kereta
Kreativiti
- Negara Jerman yang mempunyai lebuhraya Autobahn.
- Negara Jepun membenarkan rakyatnya memiliki kereta dalam masa 5 tahun sahaja.
Feedback
- Kadar kemalangan di Autobahn sama dengan lebuhraya yang mempunyai had laju.
- Rakyat Jepun selesa berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan kenderaan awam.
RUMUSAN
Kita perlulah beradab dalam etika di jalan raya untuk menjaga kelima-lima prinsip maqasid syariah
terutamanya dalam menjaga nyawa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
19
●
Bukti Perbincangan Kajian
Tarikh: 15 Disember 2021
20
Tarikh: 29 Disember 2021
Tarikh: 6 Disember 2021
21
BORANG PENILAIAN LAPORAN KERTAS KERJA
KATEGORI
PENILAIAN
NAMA &
NO PELAJAR
NAMA: MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANIF
NO PELAJAR: 2021149791
NAMA: MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMMAD
ZAIDI
NO PELAJAR: 2021132537
NAMA: AHMAD NA’IM BIN ABDUL HALIM
NO PELAJAR: 2021919543
LAPORAN KERTAS KERJA (30 MARKAH)
PE
NG
EN
AL
AN
ISU
PE
RM
AS
LA
HA
N
OBJ
EKT
IF
KAJ
IAN
PER
BIN
CA
NG
AN
KAJ
IAN
CA
DA
NG
AN
DA
N
PEN
YEL
ESA
IAN
RU
MU
SA
N
KA
JIA
N
BIB
LIO
GR
AFI/
RUJ
UK
AN
ETI
KA
&
PR
OFE
SIO
NAL
ISM
E
JUMLAH
(30%)
KOMEN
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
KATEGORI
PENILAIAN
NAMA & NO. PELAJAR
NAMA: MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN
MOHD HANIF
NO PELAJAR: 2021149791
KE
MA
HIR
AN
KO
MU
NIK
ASI
KE
MA
HIR
AN
BE
RP
AS
UK
AN
FAK
TA/
KAN
DUN
GA
N
VID
EO
KU
ALI
TI
VID
EO/
PE
MB
ENT
AN
GA
N
KR
EAT
IVIT
I
KU
MP
ULA
N
PE
MB
ELA
JAR
AN
SEP
ANJ
AN
G
HA
YAT
ETI
KA
PR
OFE
SIO
NAL
JUMLAH
(30%)
KOMEN
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
NAMA: MUHAMMAD AIMAN BIN
MOHAMMAD ZAIDI
NO PELAJAR: 2021132537
NAMA: AHMAD NA’IM BIN ABDUL HALIM
NO PELAJAR: 2021919543
Link YouTube video pembentangan:
CTU554 ETIKA DI JALAN RAYA PENYELAMAT JIWA, https://www.youtube.com/watch?v=E5zEjxnft6k
Download