Uploaded by pravinramanathan

CBLX3103 Introduction to Linux.doc

advertisement
<KOD KURSUS>
BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS (BIT)
JANUARI / 2019
CBLX3103
INTRODUCTION TO LINUX
NO. MATRIKULASI
:
901115075511001
NO. KAD PENGNEALAN
:
901115075511
NO. TELEFON
:
0135076972
E-MEL
:
alhafiz90@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN
:
SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
0
ISI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pengenalan kepada Linux distro
1.1 Ubuntu
1.2 Solus
1.3 Deepin
1.4 Fedora
1.5 Manjaro
2.0 Keunikan setiap Linux distro
2.1 Ubuntu
2.2 Solus
2.3 Deepin
2.4 Fedora
2.5Manjaro
3.0 Ulasan antaramuka penguna (UI) dan pengalaman penguna (UX)
3.1 Ubuntu
3.1.1 Antaramuka penguna (UI)
3.1.2 Pengalaman penguna (UX)
3.2 Solus
.3.2.1 Antaramuka penguna (UI)
3.2.2 Pengalaman penguna (UX)
3.3 Deepin
3.3.1 Antaramuka penguna (UI)
3.3.2 Pengalaman penguna (UX)
3.4 Fedora
3.4.1 Antaramuka penguna (UI)
3.4.2 Pengalaman penguna (UX)
3.5 Manjaro
3.5.1 Antaramuka penguna (UI)
3.5.2 Pengalaman penguna (UX)
4.0 Justifikasi kedudukan distro-distro berdasarkan pilihan saya
5.0 Pendekatan untuk mengalakkan pengunaan linux.
6.0 Justifikasi pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan Linux
Appendiks
Muka Surat
1
1
1
2
2
3
3
3
4
5
5
5
6
6
6
7
7
7
8
9
9
9
10
10
10
10
10
11
11
12
13
14
1.0 Pengenalan kepada Linux distro
1.1 Ubuntu
Ubuntu adalah sistem operasi yang berasaskan pengedaran Linux Debian.
(Rouse, 2009) Nama Ubuntu diambil dari perkataan Afrika Zulu yang
membawa maksud “kemanusian kepada semua” .
Ubuntu diterajui oleh Canocical Group Ltd dan diedarkan secara percuma
dibawah lesen GNU General Public License (GPL) iaitu lesen sumber terbuka
yang membolehkan pengunaan untuk memuat turun dari internet dan
mngedarkannya. Selain itu, dibawah lesen ini juga penguna boleh mengubah
kod dan menyumbang kepada komuniti Ubuntu. Ubuntu mempunya 2 versi
iaitu Ubuntu Desktop yang didatangkan Bersama antaramuka Gnome dan
Ubuntu Core tidak didatangkan bersama antaramuka untuk tujuan dijadikan
pelayan.
1.2 Solus
(collinsdictionary, n.d.) Nama Solus bermaksud sendirian. Ini kerana sistem
operasi Solus dibina dari awal dan tidak menguna pengedaran atau distro yang
lain sebagai asas pembangunannya seperti Ubuntu dibangunkan mengunakan
asas Debian. Sistem operasi Solus yang pertama dikeluarkan pada 27
Disember 2015 yang diberi nama Shanon yang diambil daripada sungai
Shanon yang terdapat di ireland.
Solus diterajui oleh Bryan Meyers adalah ketua teknikal (Technical Leader),
Joshua Strobl adalah ketua pengalaman (Experience Leader) dan Peter
O'Connor adalah ketua persembahan (Performance Leader). Solus juga
mengunakan GNU General Public License (GPL) iaitu lesen sumber terbuka
yang membolehkan pengunaan untuk memuat turun dari internet dan
1
mngedarkannya. Selain itu, dibawah lesen ini juga penguna boleh mengubah
kod dan menyumbang kepada komuniti Solus.
1.3 Deepin
Deepin dibangunkan oleh Wuhan Deepin Technology Co. Ltd iaitu sebuah
syarikat komersial bertujuan kajian dan pembangunan (R&D) dan sistem
operasi berasaskan Chinese untuk memudahkan rakyat China mengunakan
Linux. Wuhan Deepin Technology Co. Ltd Iaitu sebuah syarikat dari China.
Deepin dibangunkan berasaskan Debian. Pembangunan Deepin dimulakan
sejak 28 February 2004 yang diberi nama Hiweed Linux dan seterus ia
diterajui oleh Wuhan Deepin Technology Co. Ltd pada tahun 2011. Versi
Deepin yang terbaru adalah Deepin 15.9 yang dikeluarkan pada 16 January
2019.
Deepin juga didaftarkan di atas lesen sumber terbuka GNU General Public
License (GPL) yang membolehkan penguna memuat turun secara percuma
dari internet.
1.4 Fedora
Fedora dikenali sebagai Fedora core yang dibangunkan
oleh penyokong
komuniti projek fedora. Ia adalah distro berasaskan Redhat Enterprise Linux.
Pembangunan dimula pada 6 Disember 2003. Versi terkini yang di keluarkan
ialah Fedora 29 yang dikeluarkan pada 30 Oktober 2018.
Fedora didatangkan dengan 3 jenis iaitu Fedora workstation, Fedora server
dan Fedora Atomic.
(Fedora is sponsored by Red Hat, n.d.) Fedora
workstation digunakan untuk kegunaan harian dan dipasang di komputer atau
laptop. Fedora server berkuasa digunakan di pusat data seperti web server,
pangkalan data, DHCP server dan sebagainya. Fedora atomic digunakan
2
sebagai platform untuk Linux-Docker-Kubernetes (LDK) application stack
iaitu sebuah container applikasi yang digunakan untuk tujuan virtualisasi.
1.5 Manjaro
Manjaro bermaksud kesederhanaan. Manjora dibangunkan berasaskan sistem
pengendalian Arch. Manjaro dikeluarkan pada 10 Julai 2011. Versi terkini
ialah 18.0.2C yang dikeluarkan pada 31 Disember 2018. Manjaro
memfokuskan kepada kepada mesra penguna yang membolehkan penguna
yang kurang berpengalaman dalam mengunakan Linux dapat mengunakannya
sama seperti Windows dan Mac.
2.0 Keunikan setiap Linux distro
2.1 Ubuntu
Kitaran pelepasan ubuntu mengunakan nombor versi yang merujuk kepada
tahun dan bulan yang dikeluarkan. Contohnya 18.04 merujuk kepada tahun
2018 bulan April. Kitaran pelepasan Ubuntu adalah setiap 6 bulan dan untuk
versi Long-Term-Support (LTS) adalah setiap 2 tahun. (fossfreedom, 2019)
Ubuntu 18.04.2
LTS (Bionic Beaver) adalah versi terbaru Long-Term-
Support (LTS) yang akan disokong dalam bentuk patch dan pembetulan bug
sehingga April 2023.
Format yang biasa digunakan oleh untuk mengedar perisian terdapat 3 jenis
iaitu Debian package (.deb), tarball (.tar) dan Redhat Package Manager
(.RPM). Debian package (.deb) adalah pakej perisian yang standard
digunakan dalam semua Linux berasaskan pengendaran Debian. Tarball (.tar)
adalah koleksi fail arkib yang dikumpul didalam satu fail untuk memudahkan
pengedaran yang mengandungi fail sumber dan fail binari. Penguna perlu
ekstrak fail yang terdapat didalam tarball sebelum memulakan proses
pemasangan didalam Linux Ubuntu. Redhat Package Manager (.RPM) direka
untuk memudahkan pemasangan perisian di Ubuntu. Pakej jenis ini
3
mempunya ciri untuk memasangan, mengemaskini dan membuang dari
Ubuntu. Ia juga memudahkan penguna kerana pakej ini akan menjejaki
depensi yang diperlukan tanpa memerlukan penguna memasangan depensi
perisian yang diperlukan secara berasingan.
Ubuntu
mempunyai
repositori
perisian
yang
tersendiri
iaitu
https://snapcraft.io/store . ia berfungsi seperti google store yang membolehkan
dan memudahkan penguna memuat turun perisian secara percuma atau
berbayar.
2.2 Solus
Kitaran pelepasan Linux Solus adalah berdasarkan pengedaran rolling yang
mengunakan
slogan
memasang
hari
ini,
mengemaskini
selamanya.
Pengedaran rolling berkonsepkan pengemaskinian secara berterusan tanpa
perlu memasangan versi yang terbaru seperti konsep perisian berversi yang
memerlukan pemasangan yang baru bagi setiap versi pengeluaran yang
berlainan. Versi paling terbaru Solus adalah Solus 3 yang di keluarkan pada 15
Ogos 2017.
Format yang digunakan oleh Solus adalah Evolve OS Package (.eopkg).
Evolve OS Package (.eopkg) adalah format tersendiri oleh Solus yang
digunakan khas untuk sistem pengendalian Solus. Ia adalah cabang dari PiSi
Package Manager yang digunakan didalam sistem pengendalian Pardus.
Solus membangunkan antaramuka yang tersendiri iaitu Budgie. Ia direka
untuk mengoptimunkan pengunaan memori supaya pengunaan memori untuk
antara muka lebih cekap dan tidak membazir dan digunakan untuk proses
yang lain.
4
2.3 Deepin
Kitaran pelepasan Deepin tidak dinyatakan secara tepat tetapi buat masa ini
Deepin cuba mengeluarkan keluar versi yang baru sebanyak 4 kali setahun,
walaubagaimana keluaran akan ditangguhkan sekiranya pembangunan dan
percubaan belum selesai dijalankan.
Deepin bersumberkan distro Debian, ini membolehkan pengurusan pakej
berformat APT dan dpkg boleh digunakan didalam Deepin. Deepin juga
tersedia dalam pe1bagai bahasa iaitu lebih dari 23 bahasa. Ini mudahkan
penguna yang tidak mahir dalam bahasa China dapat mengunakannya. Selain
itu, Deepin menyediakan aplikasi repositori yang tersendiri seperti google
play bagi penguna yang memerlukan perisian seperti pemain video, pemain
muzik,
perisian
editor
dan
sebagainya
di
url
:
https://dstore-
appstore.deepin.cn/china/index.
2.4 Fedora
(Fedora is sponsored by Red Hat, n.d.) Kitaran perlepasan Fedora adalah
kira-kira 6 bulan dan setiap keluar disokong selama kira-kira 13 bulan. Ini
membolekan penguna untuk melangkau versi keluaran terbaru dan tidak
terburu untuk menaiktaraf ke versi Fedora terbaru.
Fedora mngunakan pengurusan pakej RPM yang mengunakan pengurusan
pakej Yellowdog Updater, Modified (YUM) yang bersumberkan format
.RPM.
2.5 Manjaro
Kitaran
pelepasan
Manjaro
adalah
berdasarkan
pengedaran
rolling.
Pengemaskinian dilakukan secara kecil-kecilan dan tidak memerlukan
penguna mengemaskini secara major seperti melakukan pemasangan semula
setiap versi yang baru dikeluarkan.
5
Repositori diuruskan oleh sumber Manjaro sendiri yang dipanggil Boxit yang
berfungsi seperti GIT.
(MANJARO LINUX, n.d.) Manjaro dibangun
bersumber Arch Linux. Kemaskini perisian terbaru diambil dari repositori
Arch Linux yang mengandungi bug. Untuk mengatasi masalah ini, Manjaro
menambah tapisan tambahan dengan menguji kemaskini perisian terbaru dan
memastikan kemaskini perisian terbaru tidak mempunyai
bug sebelum
dilepaskan kepada penguna. Penguna tidak perlu risau jika kemaskini perisian
terbaru mempunyai bug.
3.0 Ulasan antaramuka penguna (UI) dan pengalaman penguna (UX)
3.1 Ubuntu
3.1.1
Antaramuka penguna (UI)
Sejak Ubuntu versi 17.10 secara lalai mengunakan antaramuka
desktop GNOME 3. GNOME adalah antaramuka yang digunakan
sejak Ubuntu dibangunkan sehingga Ubuntu 11.04 dan ditukarkan
ke desktop Unity yang dibangunkan oleh pembangun Ubuntu
sendiri.
Navigasi Ubuntu task bar terletak disebelah atas desktop. Side bar
terletak disebelah kiri desktop membenarkan penguna menetapkan
applikasi yang kerap digunakan supaya memudahkan penguna
mencapai perisian yang diperlukan dengan cepat. Butang aktiviti di
sebelah kiri task bar mempunyai ruang carian yang membolehkan
penguna mencari utiliti yang diperlukan dengan pantas. Butang
kawalan bunyi, pengurusan rangkaian (Network Manager) dan
butang shutdown terletak disebelah kanan task bar.
6
3.1.2
Pengalaman penguna (UX)
Pemasangan Ubuntu keatas komputer atau laptop yang baru tidak
memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana pemasangan
Ubuntu didatangkan bersama Wizard yang mudah difahami semasa
pemasangan sistem operasi Ubuntu. Ubuntu didatangkan bersama
pelayar web firefox secara lalai. Selain itu, Rhythmbox adalah
perisian pemain muzik yang terdapat didalam Ubuntu terbaru.
Perisian pejabatan yang terdapat didalam Ubuntu adalah Libre
Office. Dokumen seperti fail Excel, word document dan
persembahan power point yang dibuat mengunakan Libre office
adalah serasi digunakan didalam Microsoft office. Perisian email
yang secara lalai mengunakan Thunderbird yang menyokong
protokol seperti POP dan IMAP. Selain itu, Thunderbird juga
menyokong servis email dari Google, Hotmail dan Yahoo. Melalui
pusat perisian Ubuntu, penguna dapat memasang perisian
pengeditan gambar seperti Gimp, Inkscape dan banyak lagi
perisian seumpanya mengikut kesesuaian penguna.
3.2 Solus
3.2.1
Antaramuka penguna (UI)
Solus menyediakan tiga antaramuka penguna kepada penguna iaitu
Solus Bugie, Solus Gnome dan Solus Mate. Solus menyediakan
sistem operasi untuk setiap antara muka penguna secara berasingan
dalam format ISO supaya penguna boleh memilih UI yang
bersesuaian.
Solus Bugdie dibangunkan mengunakan teknologi Gnome. Ia
dibangunkan oleh Projek Solus. Task bar terletak dibahagian
bawah desktop dan menu mula terletak di bahagian kiri task bar.
Penguna boleh mengakses perisian yang tersedia dalam Solus
seperti Libre Office, Mozzila Firefox, Thunderbird, pemain muzik
7
dan sebagainya. Solus Bugie dilengkapi Bugdie desktop setting
yang membenarkan penguna untuk menetapkan antaramuka Solus
mengikut kesesuaian.
Solus Gnome mengunakan antaramuka Gnome secara lalai. Task
bar terletak dibahagian atas desktop dan mempunyai butang
aktiviti untuk penguna mengakses perisian yang tersedia didalam
Solus. Selain itu, ia mempunyai side bar atau dipanggil dok untuk
memudahkan penguna memetakan perisian yang sering digunakan.
Solus Mate disediakan untuk penguna yang memasang Solus di
perkakasan yang lama yang tidak mempunyai spesifikasi yang
tinggi.
3.2.2
Pengalaman penguna (UX)
Penguna Solus yang menguna antaramuka Budgei boleh mengubah
tetapan antaramuka mengikut kesesuaian cita rasa penguna seperti
mengubah kedudukan task bar, mengubah tema warna desktop dan
Solus juga menyediakan wallpaper yang menarik. Penguna boleh
menghias dektop dengan meletakkan informasi semasa seperti
memaparkan penguna memori, CPU dan cakera keras.
Solus juga mempunyai software center yang memudahkan
penguna untuk mendapatkan pelbagai perisian secara percuma.
Melalui Software center penguna boleh menetapkan jadual
kemaskini perisian yang memudahkan penguna tanpa perlu
mengemaskini perisian secara manual. Solus menyediakan perisian
pejabat semasa pemasangan ini memudahkan penguna tanpa perlu
memasang
perisian
secara
manual.
Penguna
boleh
terus
mengunakan Solus selepas pemasangan selesai.
8
3.3 Deepin
3.3.1
Antaramuka penguna (UI)
Antaramuka Linux Deepin dibangunkan oleh Deepin sendiri yang
dipanggil Deepin Desktop Enviroment (DDE) bersumberkan QT.
QT adalah perisian yang digunakan untuk mencipta antaramuka
grafik. Antaramuka Deepin direka seakan Mac OS. Deepin
mempunyai launcher di bahagian bawah desktop dan mempunyi
ikon seperti pelayar web google chrome, butang tetapan, butang
shutdown, restart dan lain-lain.
3.3.2
Pengalaman penguna (UX)
Deepin mengunakan pelayar web Google Chrome secara lalai tidak
seperti kebanyak distro yang lain mengunakan Mozzila Firefox
sebagai pelayar web lalai. Selain itu, Deeping mengunakan
perisian kingsoft sebagai perisian rasmi pejabat yang didatangkan
bersama semasa pemasangan. Deepin juga menyokong perkakasan
mempunya skrin sesentuh. Penguna dapat melakukan navigasi
secara menyentuh skrin bagi perkakasan yang menyokong fungsi
skrin sesentuh.
Deepin mempunyi pengurusan pakej yang tersendiri iaitu Deepin
store. Disini penguna boleh memuat turun pelbagai perisian dan
permainan secara percuma.
9
3.4 Fedora
3.4.1
Antaramuka penguna (UI)
Secara lalai Fedora mengunakan Gnome sebagai antaramuka
rasminya. Task bar terletak di bahagian atas desktop. Butang
aktiviti di sebelah kiri task bar mempunyai ruang carian yang
membolehkan penguna mencari utiliti yang diperlukan dengan
pantas seperti terminal. Butang kawalan bunyi, pengurusan
rangkaian (Network Manager) dan butang shutdown terletak
disebelah kanan task bar. Penguna juga boleh melihat tarikh dan
masa di bahagian tengah task bar.
3.4.2
Pengalaman penguna (UX)
Pemasangan Fedora di peranti seperti laptop atau komputer didapat
sangat mudah dan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi.
Dengan antaramuka dan penerangan yang jelas, penguna dapat
memasang Fedora dengan mudah tanpa banyak isu. Fedora
dilengkapi
oleh
perisian
pejabat
yang
dipasang
semasa
pemasangan sistem operasi iaiti perisian Libre Office. Fedora juga
dilengkapi pelayar web Firefox. Antaramuka fedora yang bersih
dan pilihan aplikasi yang tersusun akan memudahkan penguna
mencari perisian yang diperlukan dengan mudah.
3.5 Manjaro
3.5.1
Antaramuka penguna (UI)
Melalui laman sesawang rasmi Manjaro iaitu manjaro.org, Manjaro
menyediakan pelbagai jenis antaramuka yang menarik dan
penguna boleh muat turun ISO dan antaramuka yang diminati.
Terdapat 4 jenis antaramuka yang dikategorikan oleh Manjaro iaitu
edisi perdana, edisi mesra penguna, edisi pengunaan sumber yang
cekap dan edisi tradisional. Contoh antaramuka yang disediakan
oleh Manjaro adalah edisi XFCE, edisi KDE, edisi I3, edisi
10
CINNAMON, edisi Open Box, edisi Awesom, edisi Budgie, edisi
Mate, edisi Architect, edisi Deepin dan edisi Gnome. Setiap edisi
yang disediakan oleh Manjaro mempunyi ciri-ciri yang tersendiri.
Ini memberikan pelbagai pilihan kepada pengunaan untuk
menentukan jenis antaramuka yang disukai.
3.5.2
Pengalaman penguna (UX)
Proses pemasangannya yang mesra penguna dan pemasangan yang
dilengkapi oleh pelbagai driver seperti kad grafik, kad rangkaian,
pemacu USB dan lain-lain. Perisian yang dikemaskini oleh
Manjaro
adalah
stabil
kerana
Manjaro
akan
melakukan
pemeriksaan keatas setiap perisian sebelum dilepaskan kepada
penguna bagi mengelakkan masalah bug pada perisian yang
dikemaskini. Secara lalai, Manjaro menyediakan perisian pejabat
Libre office untuk penguna melakukan kerja-kerja dengan mudah.
Selain itu, Manjaro juga menyediakan perisian Microsoft online
untuk penguna yang melanggan Microsoft online dapat mengakses
servis tersebut dengan mudah.
4.0 Justifikasi kedudukan distro-distro berdasarkan pilihan saya.
Berdasarkan pilihan saya yang pertama adalah Ubuntu kerana Ubuntu mempunyai
sokongan komuniti yang kuat berbanding distro yang lain dan sesuai digunakan untuk
penguna akhir untuk menajalanka kerja-kerja harian. Jika penguna menghadapi
sesuatu masalah, penguna dengan mudah memperolehi jawapan dengan cepat. Selain
itu, Ubuntu juga menpunya variasi iaitu desktop dan server. Desktop disertakan GUI
dan Server hanya CLI. Saya boleh mengunakan Ubuntu dalam perlbagai servis seperti
pelayan web, DHCP, virtualisasi seperti Openstack, pelayan pangkalan dan
sebagainya. Ubuntu juga menyediakan servis menyokong berbayar sekiranya
penguna
menghadapi
masalah.
Ubuntu
mempunya
Software
Center
yang
memudahkan saya mendapatkan perisian yang diperlukan dengan mudah.
11
Yang kedua adalah Fedora. Fedora banyak digunakan untuk tujuan pelayan seperti
pelayan web dan pangakalan data. Fedora hanya menyokong setiap versi yang
dikeluarkan semalam maximum 13 bulan berbanding Ubuntu yang menyokong Long
Term Support (LTS) sehingga 5 tahun untuk setiap keluaran.
Yang ketiga adalah Deepin menyasarkan kepada penguna komputer personal. Ia tidak
sesuai untuk digunakan sebagai pelayan. Selain itu, penguna dari luar China akan
menghadapi memuat turun perisian atau kemaskini dari repository lalai.
Yang keempat adalah Solus. Distro ini baru dilepaskan pada 27 Disember 2015, kirakira 4 tahun lepas. Komuniti yang menyokong distro ini tidak meluas. Ia hanya sesuai
digunakan untuk tujuan personal dan tidak sesuai untuk dijalan pelayan.
Yang kelima adalah Manjaro. Kominiti yang menyokong distro ini tidak meluas dan
forum Manjaro tidak mempunyai perbincangan secara teknikal. Selain itu, Manjaro
mengunakan kernel yang tersendiri dan penguna tidak boleh mengemaskini kernal
dari sumber luar dari Manjaro.
5.0 Pendekatan untuk mengalakkan pengunaan linux.
Pedekatan dan galakkan pengunaan Linux harus dimulakan dari sekolah atau sektor
pendidikan dan sektor awam. Kementerian pendidikan Malayasia perlu mewujudkan
subjek pendidikan sumber terbuka kepada pelajar supaya apara para pelajar lebih
mengenali Linux dengan lebih dekat selain membiasakan para pelajar mengunakan
Linux untuk urusan harian seperti melayari laman sesawang dan mengunakan Linux
untuk melakukan kerja rumah yang di berikan. Ini akan memberi galak kepada
perlajar untuk tidak bergantung pada sistem operasi berbayar seperti Windows dan
Mac OS. Untuk sektor awam, kerajaan boleh mengantikan pembelian komputer
berasaskan sistem operasi Windows ke berasaskan sistem operasi Linux yang mesra
penguna seperti Ubuntu Desktop. Latihan-latiha pengunaan Linux harus kerap
diberikan kepada pekerja-perkerja awam untuk membiasakan diri dalam pengunaan
Linux seharian.
12
Presepsi masyaratkat menunjukan Linux tidak mesra penguna dan pemasangannya
rumit. Kempen-kempen pengunaan Linux perlu kerap diadakan untuk memberi
kesedaran mudahnya mengunakan Linux. Agensi kerajaan seperti MAMPU perlu
melakukan kempen dengan lebih kerap seperti pengiklanan televisen, menyediakan
dan mempromosi forum sumber terbuka supaya masyarat lebih terbuka dan
menyedari sebenarnya pengunaan Linux telah meluas seperti pengunaan telefon
pintar menguna sistem operasi berasaskan Linux.
6.0 Justifikasi pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan Linux.
Dalam pemilihan Linux yang sesuai untuk digunakan. Kriteria yang perlu ditentukan
adalah sokongan forum yang aktif. Ini kerana forum yang aktif dapat membantu
penguna jika menghadapi masalah. Selain itu, jangka hayat distro perlu diambil kira
kerana jangka hayat sokong terhadap sesuatu distro adalah pendek. Ianya tidak sesuai
untuk digunakan untuk tujuan produksi. Justifikasi dalam menentukan pemilihan
Linux yang seterusnya adalah Software Center yang disediakan oleh sesuatu distro.
Untuk penguna yang baru menceburi Linux disarankan untuk mengunakan Linux
yang mempunyai Software Center kerana penguna tidak perlu untuk memasangan
perisian menguna CLI. Melalui Software Center penguna hanya perlu memilih
perisian yang diperlukan dan memasang. Terdapat juga Linux yang tidak mempunyai
antaramuka untuk mengurangkan sumber yang digunakan seperti RAM dan CPU.
Linux jenis ini digunakan untuk tujuan pelayan seperti pelayan web, pangkalan data
dan pelayan aplikasi-aplikasi lain.
(2635 Patah Perkataan)
13
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Red Hat, Inc. and others. (13. November 2018). Fedora Release Life Cycle. Von
fedoraproject.org: https://fedoraproject.org/wiki/Fedora_Release_Life_Cycle
abgerufen
Collinsdictionary. (kein Datum). Definition of 'solus'. Von Collinsdictionary:
https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/solus abgerufen
Fedora is sponsored by Red Hat. (kein Datum). Fedora 29 released! Von Getfedora.org:
https://getfedora.org/ abgerufen
Fossfreedom. (15. February 2019). ReleaseNotes Ubuntu 18.04.2 LTS. Von
Wiki.ubuntu.com: https://wiki.ubuntu.com/BionicBeaver/ReleaseNotes?
_ga=2.94379032.567849930.1551538955-1468321740.1549710379 abgerufen
Jengelh. (10. May 2011). SoftwarePackagingFormats. Von help.ubuntu.com:
https://help.ubuntu.com/community/SoftwarePackagingFormats abgerufen
longxiang. (2. May 2017). Deepin Desktop Environment. Von wiki.deepin.org:
https://wiki.deepin.org/wiki/Deepin_Desktop_Environment abgerufen
Manjaro Linux. (kein Datum). Manjaro - FRESH & STABLE. Von Manjaro.org:
https://manjaro.org/features/fresh-and-stable/ abgerufen
Rouse, M. (June 2009). Defination Ubuntu. Von searchdatacenter:
https://searchdatacenter.techtarget.com/definition/Ubuntu abgerufen
Wuhan Deepin Technology Co., Ltd. (kein Datum). ABOUTUS. Von www.deepin.org:
https://www.deepin.org/en/aboutus/ abgerufen
14
Download