Uploaded by Syahrul Nizam Md Nordin

Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020 - Pejabat Perdana Menteri Malaysia

advertisement
4/18/2021
Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020 - Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Carian
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Laman Web Rasmi
Laman Utama
Sumber 
ViEW
Mengenai PM 
Kabinet 
Fokus 
Soalan Lazim
Hubungi
Maklum
Kami
Balas
Pejabat PM 
 Live! 
Peta Laman
Pusat Media 
Bahasa Melayu 
Pejabat Perdana Menteri Malaysia > Berita > Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020
Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan
2020
Mei 16, 2020 | Berita, Galeri Gambar
Telegram Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi,
Selangor, Nor Hainei Abu Bakar dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu turut
mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor
Operasi), Aminudin Adam yang dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/05/nor-hainei-dipilih-sebagai-tokoh-guru-kebangsaan-2020/
1/4
4/18/2021
Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020 - Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Muhyiddin berkata anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guruguru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik
anak bangsa.
“Saya berharap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga
pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam
melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita,” katanya dalam perutusan khas sempena
Hari Guru 2020 bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’, yang disiarkan di
stesen televisyen hari ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru
yang mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Antaranya, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom, Abd Rahman Ali yang
MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor dan peserta Global Education Exchange
Microsoft Sydney Australia 2020, serta mencapai kedudukan kelima teratas bagi Cikgu
Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, guru mata pelajaran Kimia
dari SMK Seri Bintang Utara yang berkhidmat selama 30 tahun. Beliau menerima Global
Teacher Award 2019 dan pernah dinobatkan sebagai pemenang ‘Best Science Teacher in
South East Asia’. Tahniah Cikgu Lee,” katanya.
Telegram Pejabat Perdana Menteri
merupakan Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017, Ikon STEM Kebangsaan 2018,
Selain itu, Muhyiddin mengucapkan syabas kepada guru SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah, iaitu
Norhailmi Abdul Mutalib yang merupakan finalis Global Teacher Prize 2020 dan seorang
guru yang inovatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan platform
digital.
“Tahniah juga saya ucapkan kepada Cikgu Samuel Isaiah dari SK Runchang, Muadzam
Shah, Pahang yang turut disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020. Saya diberitahu
pendekatan pengajaran Cikgu Samuel berjaya meningkatkan pencapaian murid di sekolah
beliau yang terletak di luar bandar,” katanya.
Menurut Muhyiddin, hasil penat lelah golongan guru telah menghasilkan ramai anak murid
berjaya, antaranya seperti gimnas kebangsaan, Izzah Amzan daripada Sekolah Sukan Bukit
Jalil yang memenangi dua pingat emas serta satu pingat perak pada Sukan SEA 2019 di
Filipina.
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/05/nor-hainei-dipilih-sebagai-tokoh-guru-kebangsaan-2020/
2/4
4/18/2021
Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020 - Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri turut merakamkan rasa bangga dengan pencapaian Pasukan Vincera dari
SMK King George Kelima, Negeri Sembilan yang menjadi naib juara, Land Rover 4 by 4 in
Schools Technology Challenge, World Finals 2019 di United Kingdom.
Kejayaan Nathanael Lim Yee Ning, Ling Guan Yee dan Ling Yan Ru dari Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Kai Ming dan Sekolah Kebangsaan St Anthony, Bintulu, turut disebut
Muhyiddin dalam ucapannya atas kejayaan memenangi pingat emas pada pertandingan
inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa 2020.
“Tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Saya percaya ramai lagi anak-anak kita yang
mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang yang tak dapat saya sebutkan di
sini.
“Mereka adalah harapan kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang
dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya.
Similar Posts:
PM Muhyiddin buat lawatan mengejut ke SAS raikan pelajar cemerlang SPM 2019
Teks Ucapan Hari Guru 2020
Teks Ucapan Hari Guru 2020
Keputusan SPM 2019 petunjuk keberkesanan sistem pendidikan – PM
Saluran khusus TV Pendidikan, DidikTV KPM dilancarkan
Telegram Pejabat Perdana Menteri
— BERNAMA
Share:
IKUTI
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/05/nor-hainei-dipilih-sebagai-tokoh-guru-kebangsaan-2020/
3/4
4/18/2021
Nor Hainei dipilih sebagai tokoh Guru Kebangsaan 2020 - Pejabat Perdana Menteri Malaysia
TERKINI
Sektor swasta perlu guna pakai teknologi baharu untuk percepat pemulihan ekonomi –
PM Muhyiddin
PM Muhyiddin ingatkan pengunjung bazar Ramadan patuh SOP
Penjawat awam digalak berwaqaf secara berkala melalui potongan gaji – PM
Muhyiddin
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : 603-8888 8000 | Faks : 603-8888 3444
Syarat & Terma
Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Langgani Newsletter






https://www.pmo.gov.my/ms/2020/05/nor-hainei-dipilih-sebagai-tokoh-guru-kebangsaan-2020/
Hak Cipta
Soalan Lazim
Telegram Pejabat Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
4/4
Download