Uploaded by amirah m

VIDEO ANALISIS

advertisement
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN
PENGUCAPAN AWAM (KOM2401)
SEMESTER 1 2021/2022
AUDIENCE ANALYSIS, EVENT AND SITUATION
NAMA: NOOR AMIRAH BINTI MURAT
NO. MATRIKS: S31530
PROGRAM: DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PETERNAKAN
LECTURER: DR. FAIZUL NIZAR BIN ANUAR
PENGENALAN
Manusia seringkali dikaitkan dengan sikap bertangguh. Secara umumnya, sikap bertangguh
bukan sepenuhnya berkaitan dengan masalah disebabkan kelemahan dalam skil pengurusan
masa, namun ia sebenarnya lebih kepada sebab-sebab psikologi yang kompleks. Jika ditanya
kepada mereka yang mempunyai sikap bertangguh, mereka akan menjawab bahawa
bertangguh bagi mereka bukannya bererti bahawa mereka sedang bersikap malas. Sebaliknya,
orang yang bertangguh sebenarnya juga melakukan sesuatu pekerjaan namun dalam tempoh
lebih lama berbanding orang yang tidak bertangguh. Jikalau begitu, mengapa dan bagaimana
mereka boleh bersikap bertangguh sedangkan mereka juga melakukan pekerjaan seperti orang
yang tidak bertangguh? Perkara itulah yang dibincangkan di dalam video yang telah saya
tonton di youtube. Di dalam video yang telah saya tonton tersebut, pengucapnya telah
menjelaskan mengapa dan bagaimana sebenarnya minda orang yang bertangguh boleh
mendorong mereka menjadi orang yang selalu bertangguh dalam pekerjaan mereka.
Sikap menangguh atau melambat-lambatkan suatu pekerjaan tidak digalakkan kerana
ia bukanlah sikap yang baik. Lazimnya, kerja yang bertangguh atau sengaja dilambatlambatkan akan menghasilkan output yang kurang sempurna, sama seperti yang dikongsikan
oleh pengucap tersebut didalam ucapan beliau. Malah, adakalanya langsung tidak menjadi dan
terbengkalai begitu sahaja. Disebabkan itulah, dalam Islam, setiap kerja yang diamanahkan
mestilah dibuat dengan teliti dan sempurna. Bahkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW
mengingatkan: "Barang siapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya, maka, tidak akan
dipercepatkan hartanya." (Riwayat Muslim). Melalui Hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita
bagaimana sikap bertangguh yang ada dalam diri seseorang itu akan memberi impak kepada
kehidupannya dimulai dengan tidak beroleh harta kemudiannya turut akan menyebabkan
seseorang itu tidak memperoleh kejayaan dalam hidup mereka.
Sebagai contoh, rentetan daripada situasi pandemik COVID-19 yang amat mencabar
kini, seluruh negara termasuk Malaysia terkesan dari sudut keselamatan, kesihatan, ekonomi,
sosial dan politik. Bukan itu sahaja, malah sektor pendidikan juga terkena tempiasnya.
Pandemik COVID-19 juga menyebabkan ramai komuniti khususnya penuntut universiti
tertekan. Kajian telah menunjukkan bahawa antara punca pelajar menghadapi stres ini adalah
disebabkan oleh sikap bertangguh dalam menyiapkan tugasan sehingga menyebabkan mereka
mempunyai tugasan yang banyak. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlulah mempunyai
01
pengurusan masa yang efisien bagi menangani sikap suka bertangguh ini agar tidak
menimbulkan kesan yang memudaratkan kelak.
ANALISIS VIDEO
Tajuk ucapan yang telah saya tonton di Youtube ialah Inside the Mind of a Master
Procrastinator oleh Tim Urban. Tajuk ucapan tersebut adalah sangat jelas dengan ucapan yang
disampaikan oleh beliau yang mana beliau memberi gambaran tentang bagaimana sebenarnya
minda individu yang mempunyai sikap suka bertangguh bekerja. Dari segi pemilihan tajuk,
beliau telah menyampaikan tajuk yang amat dekat dengan diri penonton iaitu tentang sikap
bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Pada pendapat saya sendiri, tajuk ini agak
susah untuk diterangkan kepada audien jika pengucap yang memberi ucapan itu tidak pernah
merasai pengalaman berada di dalam situasi tersebut. Namun, beliau dapat menyampaikan
tajuk tersebut dengan amat baik kerana beliau mempunyai banyak pengalaman berada di dalam
keadaan tersebut. Ucapan yang disampaikan oleh beliau adalah berasaskan kepada kajian sains
ke atas otak manusia (Rizal, 2018) namun beliau telah menyesuaikan info dalam ucapan
tersebut kepada konteks yang lebih mudah agar kesemua audiens boleh memahami objektif
ucapan yang disampaikan oleh beliau. Daripada sudut pemahaman saya juga, Tim Urban tidak
menyampaikan ucapan beliau dalam konteks kajian sains kerana ucapan yang disampaikan
oleh beliau adalah lebih kepada ucapan berunsur hiburan dan beliau menyelitkan banyak unsur
humor di dalam ucapan beliau.
Seterusnya, kategori audien yang menonton ucapan tersebut adalah terdiri daripada
golongan dewasa dan telah bekerja. Antaranya termasuklah daripada golongan para ahli
akademik terkemuka, pendidik, ahli penyelidik, ahli alam sekitar, saintis dan aktivis. Pada
pandangan saya, ucapan yang disampaikan oleh pengucap juga sesuai disampaikan kepada
kategori audien remaja yang sedang menuntut di peringkat sekolah menengah dan Institusi
Pendidikan Tinggi. Hal ini demikian kerana topik yang disampaikan juga amat berkait rapat
dengan situasi yang seringkali dihadapi oleh audien yang bergelar pelajar yang mana mereka
acapkali bertangguh dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Daripada segi kesesuaian tempat pula, ucapan yang disampaikan adalah bersempena
program yang dipanggil TED Talk dan ia dijalankan di dalam sebuah teater khas buat program
tersebut iaitu di Ted Theatre, Vancouver Convention Center (Kate, 2014). Tempat tersebut
adalah sangat sesuai kerana ia menyediakan suasana yang selesa untuk para audien disebabkan
02
kapasiti teater yang besar memuatkan sebanyak 1200 kerusi buat audien yang menonton
ucapan tersebut. Pada pandangan saya juga, audiens terlihat selesa dengan kedudukan kerusi
mereka yang disusun secara separa bulatan. Hal ini demikian kerana, mereka bukan sahaja
dapat menonton pengucap yang berada di atas pentas tetapi mereka turut dapat berinteraksi
sesama mereka dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan kedudukan kerusi yang disusun
secara menghadap ke hadapan.
Selain itu, pengucap menggunakan pelbagai jenis alat bantu semasa menyampaikan
ucapan beliau. Antara alat bantu yang digunakan termasuklah penggunaan alat pembesar suara
serta LCD untuk memaparkan slideshow. Pengucap juga bijak menarik perhatian audiens
dengan menggunakan animasi lukisan kartun di dalam slideshow beliau. Melalui penggunaan
slideshow, ucapan yang disampaikan oleh beliau selama 14 minit dan 3 saat itu tidak terlihat
membosankan sama sekali di mata para audien. Malahan, saya sebagai audien yang menonton
melalui pautan Youtube turut merasa ucapan yang disampaikan adalah tidak mencukupi kerana
ucapan yang disampaikan amat menarik minat dan perhatian saya.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, analisis video ini adalah amat penting bagi menilai tahap kesesuaian
ucapan yang disampaikan oleh pengucap. Melalui analisis video yang dijalankan, ucapan yang
disampaikan dapat dinilai bukan sahaja daripada segi pemilihan topik malah juga daripada segi
kategori audien yang menonton. Hal ini demikian kerana topik yang dipilih oleh pengucap
mestilah dapat menarik minat dan perhatian para audien. Bukan itu sahaja, ucapan yang
terkandung dengan perkara yang sering menjadi kebimbangan di dalam diri audiens juga dapat
menarik perhatian mereka untuk mendengar sesuatu ucapan yang disampaikan oleh pengucap.
Tidak dapat dinafikan, aspek pemilihan tempat untuk mendengar sesuatu ucapan juga adalah
sangat dititiberatkan oleh para audiens sebelum mereka bersetuju untuk menonton ucapan yang
disampaikan. Secara amnya, semua audien pasti menginginkan untuk menonton sesuatu
ucapan dalam keadaan yang memberi keselesaan kepada mereka. Justeru, mereka sudah tentu
dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada ucapan yang disampaikan oleh pengucap.
04
RUJUKAN
Kate (2014) From thousands of pieces to a bespoke space for talks: how we built our pop-up
TED theatre. Diakses daripada https://blog.ted.com/how-we-built-our-pop-up-ted-theater/
N. Najihah (2021) Sikap mahasiswa suka bertangguh penyebab stress. Diakses daripada
http://www.myaidconference.com/uploads/6/2/6/7/62670651/42._[ms_rencanapelajar]_nora
mni_najihah_binti_yahaya_-_sikap_mahasiswa_suka_bertangguh_penyebab_stres.pdf
Rizal (2018) Suka Bertangguh dan Otak. Diakses daripada https://neuroversiti.com/sukabertangguh/
LAMPIRAN
https://youtu.be/arj7oStGLkU
05
Download