FAKTOR DAN KEBERKESANAN AGAMA DALAM MENGATASI ISU KERUNTUHAN MORAL BAGI KALANGAN REMAJA DI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS, MELAKA MUHAMMAD ILHAM BIN AHMAD RASHIDI I19103764 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH HALAMAN KANDUNGAN BAB 1: PENDAHULUAN ....................................................................................................... 1 1.1 PENGENALAN ............................................................................................................... 1 1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN ............................................................................. 2 1.3 PERSOALAN KAJIAN ................................................................................................... 2 1.4 OBEJEKTIF KAJIAN...................................................................................................... 3 1.5 SKOP KAJIAN ................................................................................................................ 3 1.6 KEPENTINGAN/SIGNIFIKAN KAJIAN ...................................................................... 3 1.7 KESIMPULAN ................................................................................................................ 4 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR........................................................................................ 5 2.1 PENGENALAN ............................................................................................................... 5 2.2 TINJAUAN LITERATUR ............................................................................................... 5 2.3 KESIMPULAN ................................................................................................................ 9 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN ...................................................................................... 14 3.1 PENGENALAN ............................................................................................................. 14 3.2 REKA BENTUK KAJIAN ............................................................................................ 14 3.3 SUMBER KAJIAN ........................................................................................................ 15 3.4 KAEDAH PEMILIHAN SAMPEL ............................................................................... 16 3.5 KAEDAH MENGANALISIS DATA ............................................................................ 17 3.6 KESIMPULAN .............................................................................................................. 17 BIBLIOGRAFI ...................................................................................................................... 18 LAMPIRAN............................................................................................................................ 19 SENARAI JADUAL Jadual 2.3 Tajuk Tinjauan Literatur Mukasurat 9-13 SENARAI GAMBARAJAH Gambarajah 3.2 Tajuk Illustrasi Reka Bentuk Kajian Mukasurat 15 SENARAI SINGKATAN SPSS Pakej Statistik Sains Sosial JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pada era masa kini, masalah sosial ataupun isu keruntuhan moral ini sudah menjadi seperti wabak di dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Pelbagai kisah telah pun kita dengar di kaca television mahupun di radio mengenai masalah sosial ini yang semakin menular terutamanya kepada golongan-golongan muda. Kes pembuangan bayi, kelahiran anak luar nikah, pergaulan bebas yang tiada batasan, seks bebas, penyalahgunaan dadah dan sebagainya termasuk di dalam contoh keruntuhan moral. Pelbagai gejala sosial yang berlaku pada masa kini dilihat sebagai sesuatu perlakuan yang tidak normal ataupun perlakuan manusia yang dilihat melepasai batas-batas normal dan perbuatan manusia normal seharusnya diterima umum dan juga baik yang mana diterima dari segi aspek agama, sosial budaya dan juga kehidupan masyarakat. Isu keruntuhan moral ini terjadi disebabkan pelbagai faktor yang melanda masyarakat pada masa kini terutamanya pada golongan remaja dan belia. Penggunaan konsep dunia tanpa sempadan yang sepatutnya termaktub pada perkembangan ekonomi mahupun teknologi kini telah menular dalam semua aspek termasuklah kehidupan manusia sejagat. Pada zaman dahulu, kes-kes jenayah ataupun kes-kes mengenai isu kuruntuhan moral ini mungkin tidak serius dan mungkin hanya pada bilangan yang kecil sahaja, tetapi kini angka mengenai keruntuhan moral ini semakin meningkat dengan begitu tinggi sekali dan ia sedikit sebanyak mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa, masyarakat dan juga pihak-pihak lain yang bertanggungjawab (Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan, 2011). Akhir sekali, pada bahagian ini juga penulis akan menulis dan membincangkan beberapa sub bahagian yang lain dengan lebih mendalam misalnya seperti penyataan masalah kajian, persoalan kajian, objektif kajian misalnya seperti melihat apakah tujuan utama kajian ini dijalankan, skop kajian dan juga kepentingan ataupun signifikan kajian ini ditulis oleh penulis. 1 1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN Isu keruntuhan moral ini sudah pun wujud di dalam kalangan masyarakat pada masa kini, mungkin ada kes-kes yang dilaporkan dan mungkin ada yang tidak. Keruntuhan moral atau keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat pada masa kini sering dikaitkan dengan belia, remaja malah orang dewasa juga tidak asing daripada isu keruntuhan moral ini. Pada zaman dahulu, mungkin kita hanya dengar bahawa masalah keruntuhan moral ini mungkin hanya berlaku di kawasan-kawasan bandar, tetapi masalah ini kini sudah tidak mengenal tempat kerana pada masa kini terdapat pelbagai kes yang dilaporkan bukan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi sudah pun menular di kawasan-kawasan luar bandar ataupun di kawasan kampung (Mohd Khairi Bin Shafie & Mohamad Khairi Bin Haja Othman, 2016). Gejala keruntuhan moral ini telah pun mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab bagi menangani masalah keruntuhan moral ini namun ia masalah ini masih lagi berterusan walaupun ia tidak beberapa kritikal. Menurut Abd Rahim. (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan juga budaya yang akan mencorakkan perkembangan tingkah laku mereka. Golongan belia mahupun remaja ini merupakan aset yang penting dan juga memainkan peranan yang cukup penting pada masa hadapan terutamanya pada negara, ekonomi, politik malah juga untuk kemasyarakatan di negara kita. Oleh yang demikian, di dalam peulisan ini penulis akan mengkaji dan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang dikatakan menjadi punca dan penyebab kepada terjadinya masalah keruntuhan moral ini berdasarkan keputusan soal selidik yang dijalankan dan juga berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan juga untuk melihat solusi permasalahan moral ini melalui pendekatan keagamaan. 1.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini adalah dibentuk dengan berdasarkan objektif khusus kajian. Berikut adalah merupakan persoalan kajian : i. Apakah punca dan faktor yang menjadi penyumbang kepada permasalahan keruntuhan moral dari segi aspek latar belakang diri ? ii. Apakah punca dan faktor yang menjadi penyumbang kepada permasalahan keruntuhan moral dari segi aspek rakan sebaya ? 2 iii. Sejauh manakah tahap keberkesanan pendekatan agama dalam menyelesaikan isu keruntuhan moral ? 1.4 OBEJEKTIF KAJIAN Objektif yang hendak dicapai di dalam penulisan ini hendaklah selari dengan persoalan yang timbul. Dengan itu, objektif kajian yang ingin dicapai oleh penulis adalah : i. Mengenalpasti punca dan faktor yang menjadi penyumbang kepada permasalahan keruntuhan moral dari segi aspek latar belakang diri ii. Mengenalpasti punca dan faktor yang menjadi penyumbang kepada permasalahan keruntuhan moral dari segi aspek rakan sebaya iii. Mengenalpasti sejauh manakah tahap keberkesanan pendekatan agama dalam menyelesaikan isu keruntuhan moral 1.5 SKOP KAJIAN Skop kajian yang dipilih oleh penulis adalah tertumpu kepada seramai 20 orang responden di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Secara dasarnya sekolah ini dibangunkan adalah untuk memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong dan dengan itu sekolah ini menekankan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu berbentuk vokasional dan juga akademik. Oleh yang demikian, daripada aspek latar belakang dan juga rakan sebaya ini akan dapat melihat kepada punca dan faktor yang menjadi penyumbang kepada permasalahan keruntuhan moral serta untuk melihat sejauh manakah tahap keberkesanan pendekatan agama yang boleh digunakan bagi menyelesaikan isu keruntuhan moral ini. Dan dengan ini juga, penulis akan menggunakan soal selidik dan juga kajian literatur sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan data. 1.6 KEPENTINGAN/SIGNIFIKAN KAJIAN Antara kepentingan kajian yang boleh didapati setelah penulis menyiapkan penulisan kajian ini adalah dapat membendung generasi akan datang daripada sebarang salah laku moral daripada terjadi. Selain itu, kepentingan kajian lain yang boleh didapati juga bagi penulisan 3 kajian ini adalah untuk menyedari generasi akan datang mengenai kepentingan agama dalam perbentukan moral seseorang individu. 1.7 KESIMPULAN Keseluruhan pada bab 1 ini adalah lebih kepada membincangkan dengan lebih mendalam mengenai penyataan masalah kajian, persoalan kajian, malah juga ada membincangkan mengenai objektif kajian serta juga membincangkan mengenai skop kajian dan akhir sekali juga membincangkan mengenai sejauh manakah kepentingan kajian setelah kajian ini siap dijalankan. 4 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Pada bahagian ataupun bab ini, penulis akan membincangkan kajian-kajian lepas yang telah pun dijalankan berkenaan dengan isu permasalahan keruntuhan moral ini. Perbincangan ini juga akan menyentuh berkaitan dengan tajuk kajian, nama penulis bagi kajian yang dijalankan, tahun kajian dijalankan, objektif bagi kajian yang dijalankan, metod yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian yang dijalankan, penyataan masalah dan juga hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan. 2.2 TINJAUAN LITERATUR (Kajian Literatur Pertama) Menurut Zainudin & Norazmah (2011) golongan remaja pada zaman dahulu yang terlibat dengan isu keruntuhan moral mahupun yang terlibat dengan kes-kes jenayah mungkin agak sedikit bilangannya jika dilihat dalam statistik. Tetapi pada masa kini bilangan mahupun angka itu semakin hari semakin meningkat dengan meninggi sekali dan malah ia bukan sahaja memberikan kebimbangan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia juga memberi kesan kepada masyarakat di sekeliling. Penulis menerbitkan kajian ini adalah untuk mengupas beberapa faktor yang dirasakan menjadi penyebab utama kepada berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja. Kajian ini bertajuk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah sosial dan juga untuk mengenalpasti faktor latar belakang keluarga remaja yang terlibat dalam masalah sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Hasil dapatan terhadap kajian ini adalah menunjukkan bahawa faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam masalah sosial berbanding pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Walau bagaimanapun, analisis mendapati latar belakang 5 keluarga bukan faktor penting responden terlibat dalam masalah sosial. Penulis menyimpulkan bahawa masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi oleh beberapa faktor dan hasil kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial. (Kajian Literatur Kedua) Tidak dapat dinafikan, semakin berkembang serta pesatnya kemajuan dunia maka semakin tinggilah permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja. Kajian terdahulu yang dijalankan terhadap 200 pelajar untuk mengenal pasti tahap pengetahuan agama dalam kalangan remaja mendapati tahap pengetahuan majoriti pelajar adalah berada di tahap sederhana (Nurzatil Ismah et al. 2015). Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, semakin rendah kecenderungan pelajar terlibat untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Penulis menerbitkan kajian ini adalah untuk membincangkan berikutan peningkatan masalah moral yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Kajian ini bertajuk Faktor Keterlibatan Remaja Dengan Masalah Sosial adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh faktor diri sendiri, ibu bapa, media massa dan rakan sebaya terhadap masalah sosial remaja. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif iaitu tinjaun dengan menggunakan instrumen soalan selidik kepada 70 orang gadis remaja yang berusia lingkungan antara 13 hingga 19 tahun di sebuah pusat perlindungan negeri Selangor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh faktor diri sendiri, ibu bapa, media massa dan rakan sebaya berada pada tahap sederhana. Selain itu, hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara signifikan faktor diri sendiri dengan faktor media massa yang mempengaruhi masalah sosial remaja berdasarkan umur. Akhir sekali, penulis menyimpulkan bahawa masalah sosial dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya sepeti faktor diri sendiri, faktor ibu bapa, faktor media massa dan juga faktor rakan sebaya. Kajian ini mendapati bahawa faktor ini adalah salah satu punca terjadinya masalah sosial dalam kalangan remaja. (Kajian Literatur Ketiga) Remaja merupakan aset penting yang mana remaja ini merupakan pewaris generasi masa hadapan. Tetapi pada masa kini isu keruntuhan moral ini semakin membimbangkan 6 pelbagai pihak kerana ia boleh menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam masyarakat (Zainuddin et al.). Penulis menerbitkan kajian ini adalah untuk membincangkan beberapa isu berkaitan kerutuhan akhlak yang telah mula melanda remaja perempuan Islam di Kolej Komuniti. Kajian ini bertajuk Keruntuhan Akhlak Dikalangan Remaja Perempuan Islam Di Sebuah Kolej Komuniti Di Negeri Selangor : Jenis Dan Faktornya adalah bertujuan untuk membincangkan dan mengupas mengenai jenis-jenis keruntuhan akhlak dan faktor-faktor keruntuhan akhlak yang terdiri daripada faktor kendiri, faktor rakan sebaya, faktor media massa, faktor iklim kolej dan persekitaran. Dan juga untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor keruntuhan akhlak dengan faktor demografi responden dari segi umur dan pendapatan ibubapa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik kepada responden seramai 103 pelajar perempuan Islam di sebuah Kolej Komuniti di negeri Selangor. Hasil dapatan kajian daripada penulis menunjukkan bahawa pembabitan remaja perempuan di kolej komuniti dalam keruntuhan akhlak dan jenis-jenis keruntuhan akhlak yang paling ketara dilakukan ialah lepak, berpakaian yang mendedahkan aurat dan perbuatan yang tidak sopan. Faktor keruntuhan akhlak di kalangan remaja perempuan secara keseluruhannya adalah sederhana dan masih berada di tahap yang tidak membimbangkan. Penulis menyimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor keruntuhan akhlak dengan faktor demografi responden dari segi umur dan pendapatan ibubapa dalam isu keruntuhan moral ini. (Tinjauan Literatur Keempat) Akhlak yang baik ini sangat penting bagi kehidupan manusia sejagat dan ia merupakan sesuatu yang penting dalam mencerokkan kehidupan kehidupan bagi setiap individu tersebut. Masyarakat kita pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkah laku dan perbuatan yang tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram dan zina yang akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah (Nasruddin Desa et al. 2018). Penulis menerbitkan kajian ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara mengenai masyarakat pada hari ini yang dicemari dengan pelbagai krisis akhlak yang merangkumi tingkah laku dan perbuatan yang tidak bermoral. Kajian ini bertajuk Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam adalah untuk mengupas dan mencari 7 penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak melalui pendekatan perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini ialah kajian kualitatif yang mana penulis melakukan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti jurnal, artikel dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa dalil al-Quran dan al-Hadith yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah kertuhan akhlak. Penulis menyimpulkan bahawa kepentingan al-Quran dan al-Sunah dalam pembentukan akhlak yang bertamadun sememangnya tidak pernah dipertikai dalam mana-mana ajaran kerana ia adalah indikator sebenar dalam menilai kualiti kecemerlangan sebuah tamadun. Penulis juga berpandangan bahawa pembentukan akhlak seseorang pada asasnya bergantung kepada bagaimana ia dibentuk dan dijiwai dan seterusnya menjad sebati sebagai nilai-nilai kerohanian dalam diri seseorang. (Tinjauan Literatur Kelima) Masalah gejala sosial di Malaysia tidak boleh dipandang sepi. Hari demi hari, gejala ini semakin serius merebak, melarat, malah sudah menjadi lumrah dalam dunia pendidikan (Baharom Mohamad et al., 2008; Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan, 2009). Penulis menerbitkan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang masalah sosial yang berlaku kepada pelajar dan khususnya kepada remaja. Kajian ini bertajuk Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar Dan Peranan Pensyarah Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran adalah untuk mengupas dan mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pensyarah pendidikan islam dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran mereka memberi kesan di hati para pelajar. Metodologi yang digunakan oleh penulis bagi penulisan ini adalah kajian kualitatif yang mana penulis melakukan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis dokumendokumen seperti jurnal, artikel dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian daripada penulis menunjukkan bahawa peratusan bagi kes-kes masalah sosial yang berlaku dalam negara Malaysia adalah bersumberkan daripada hasil sumber statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga daripada beberapa sumber yang lain. Penulis menyimpulkan bahawa peranan dan tanggungjawab pensyarah pendidikan islam sebagai seorang pendidik 8 adalah amat besar dan dituntut dalam membantu membendung masalah sosial daripada berlaku dan merebak. 2.3 KESIMPULAN Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan yang membekalkan maklumat asas tentang isu permasalahan keruntuhan moral ini terutamanya pada golongan remaja. Sebahagian daripada kajian yang lain pula telah pun mengenal pasti beberapa faktor yang mungkin menjadi punca kepada isu permasalahan keruntuhan moral ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh kajian-kajian lepas boleh dijadikan sebagai maklumat asas dan juga boleh dijadikan sebagai latar belakang kepada isu permasalahan ini. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci mengenai faktor dan punca serta melihat tahap keberkesanan pendekatan agama yang terdapat daripada kajian-kajian lepas mengenai isu permasalahan keruntuhan moral ini. Bil. Penulis/ Pernyataan Objektif Metodologi Kesimpulan Catatan Tahun Masalah Kajian Kajian Dapatan Kajian Zainudin Kajian ini Objektif kajian Kajian ini Hasil kajian Di dalam kajian Tajuk Sharif, penting adalah ini adalah menggunakan dari penulis ini penulis Artikel : Norazmah untuk melihat untuk kaedah menunjukkan menegaskan Faktor- Mohammad 4 faktor yang mengenalpasti kuantitatif iaitu bahawa faktor bahawa masalah Faktor Roslan dirasakan faktor latar menggunakan diri sendiri sosial yang Yang (2011) menjadi belakang diri satu set soal paling melanda remaja Mempeng penyebab sendiri remaja selidik sebagai mempengaruhi pada masa kini aruhi utama kepada yang terlibat instrumen responden dipengaruhi Remaja berlakunya dengan kajian yang terlibat dalam beberapa faktor. Terlibat masalah sosial masalah sosial mengandungi masalah sosial Dalam kajian Dalam dalam dan juga untuk dua bahagian berbanding ini, empat Masalah kalangan mengenalpasti iaitu Bahagian pengaruh rakan faktor diambil Sosial Di remaja. faktor latar A mengenai sebaya dan kira dalam Sekolah belakang demografi permasalahan mendapatkan Tunas keluarga responden dan persekitaran dapatan kajian. Bakti, remaja yang bahagian B sekolah. Walau Faktor tersebut Sungai terlibat dalam mengenai bagaimanapun, adalah faktor Lereh, masalah sosial. respon analisis diri sendiri, Melaka responden mendapati latar faktor latar 9 terhadap aspek belakang belakang, persoalan keluarga bukan bentuk kajian. faktor penting pengaruh rakan responden sebaya dan terlibat dalam permasalahan masalah sosial. yang wujud di persekitaran sekolah. Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial. Absha Atiah Kajian ini Objektif kajian Kajian ini Hasil kajian Di dalam kajian Tajuk Abu Bakar, penting kerana ini adalah menggunakan daripada penulis ini penulis Artikel : Mohd. Isa berikutan untuk kaedah menunjukkan menegaskan Faktor Hamzah peningkatan mengenalpasti deskriptif iaitu bahawa bahawa masalah Keterlibat (2019) masalah moral pengaruh tinjaun dengan pengaruh faktor sosial an Remaja yang berlaku faktor diri menggunakan diri sendiri, ibu dipengaruhi Dengan dalam sendiri, ibu instrumen bapa, media oleh beberapa Masalah masyarakat bapa, media soalan selidik massa dan faktor antaranya Sosial hari ini. massa dan kepada 70 rakan sebaya sepeti faktor rakan sebaya orang gadis berada pada diri sendiri, terhadap remaja yang tahap faktor ibu bapa, masalah sosial berusia sederhana. faktor media remaja. lingkungan Selain itu juga, massa dan juga antara 13 hasil kajian juga faktor rakan hingga 19 mendapati sebaya. Kajian tahun di terdapat ini mendapati sebuah pusat perbezaan yang bahawa faktor perlindungan antara ini adalah salah negeri signifikan satu punca Selangor. faktor diri terjadinya sendiri dengan masalah sosial faktor media dalam kalangan massa yang remaja. 10 mempengaruhi masalah sosial remaja berdasarkan umur. . Zainuddin Kajian ini Objektif kajian Kajian ini Hasil kajian Di dalam kajian Tajuk Hj Kasmuri, penting kerana ini adalah menggunakan daripada penulis ini, penulis artikel : Nur terdapat untuk kaedah menunjukkan menegaskan Keruntuha Farahida beberapa isu mengenalpasti kuantitatif iaitu bahawa bahawa tidak n Akhlak Tahrir, berkaitan jenis-jenis borang soal pembabitan terdapat Dikalanga Haryaty Sua kerutuhan keruntuhan selidik kepada remaja perbezaan yang n Remaja Liya Hj akhlak telah akhlak dan responden perempuan di signifikan di Perempua Sukimin mula melanda faktor-faktor seramai 103 kolej komuniti antara faktor n Islam Di remaja keruntuhan pelajar dalam keruntuhan Sebuah perempuan akhlak yang perempuan. keruntuhan akhlak dengan Kolej Islam di kolej terdiri daripada akhlak dan faktor Komuniti komuniti faktor kendiri, jenis-jenis demografi Di Negeri faktor rakan keruntuhan responden dari Selangor : sebaya, faktor akhlak yang segi umur dan Jenis Dan media massa, paling ketara pendapatan Faktornya faktor iklim dilakukan ialah ibubapa dalam kolej dan lepak, isu keruntuhan persekitaran. berpakaian yang moral ini. Dan juga mendedahkan dilihat sama aurat dan ada terdapat perbuatan yang perbezaan tidak sopan. yang Faktor signifikan di keruntuhan antara faktor akhlak di keruntuhan kalangan remaja akhlak dengan perempuan faktor secara demografi keseluruhannya responden dari adalah segi umur dan sederhana dan pendapatan masih berada di ibubapa tahap yang tidak 11 membimbangka n. Nasarudin Kajian ini Objektif kajian Metodologi Hasil kajian Di dalam kajian Tajuk Desa @ penting kerana ini adalah yang daripada penulis ini, penulis Artikel : Man, terdapat bertujuan digunakan oleh menunjukkan menegaskan Menangan Tengku beberapa untuk penulis dalam bahawa terdapat bahawa i Intan Zarina perkara mengenalpasti kajian ini ialah beberapa dalil kepentingan al- Keruntuha Tengku Puji, mengenai dan mencari kajian al-Quran dan al- Quran dan al- n Akhlak Sabri masyarakat penyelesaian perpustakaan Hadith yang Sunah dalam Masa Kini Mohamad yang pada hari terhadap iaitu dengan boleh menjadi pembentukan Menurut (2018) ini dicemari masalah menganalisis benteng utama akhlak yang Islam dengan keruntuhan dokumen- dan digunakan bertamadun pelbagai krisis akhlak melalui dokumen bagi tujuan sememangnya akhlak yang pendekatan seperti jurnal, menangani tidak pernah merangkumi perspektif al- artikel dan masalah dipertikai dalam tingkah laku Quran dan al- penulisan kertuhan mana-mana dan perbuatan Sunnah. ilmiah yang akhlak. ajaran kerana ia yang tidak berkaitan. bermoral. adalah indikator sebenar dalam menilai kualiti kecemerlangan sebuah tamadun. Penulis juga berpandangan bahawa pembentukan akhlak seseorang pada asasnya bergantung kepada bagaimana iaa dibentuk dan dijiwai dan seterusnya menjad sebati sebagai nilainilai kerohanian 12 dalam diri seseorang. Ahmad Kajian ini Objektif kajian Metodologi Hasil kajian Di dalam kajian Tajuk Firdaus penting kerana ini adalah yang daripada penulis ini, penulis Artikel : Mohd Noor, penulis ingin bertujuan digunakan oleh menunjukkan menegaskan Masalah Kamarul membincangka untuk penulis bagi bahawa bahawa peranan Sosial Azmi Jasmi, n tentang mengenalpasti penulisan ini peratusan bagi dan Dalam Khairunnisa masalah sosial peranan dan adalah kajian kes-kes masalah tanggungjawab Kalangan A Shukor yang berlaku tanggungjawab perpustakaan sosial yang pensyarah Pelajar (2013) kepada pelajar pensyarah iaitu dengan berlaku dalam pendidikan Dan dan khususnya pendidikan menganalisis negara Malaysia islam sebagai Peranan kepada remaja. islam dalam dokumen- adalah hasil seorang Pensyarah pengajaran dan dokumen daripada pendidik adalah Pendidika pembelajaran seperti jurnal, sumber statistik amat besar dan n Islam supaya artikel dan daripada dituntut dalm Dalam pengajaran penulisan Jabatan membantu Pengajara mereka ilmiah yang Kebajikan membendung n Dan memberi kesan berkaitan. Masyarakat masalah sosial Pembelaja di hati para (JKM) dan juga daripada ran pelajar. dari beberapa berlaku dan sumber yang merebak. lain. (Jadual 2.3 Tinjauan literatur) 13 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi kajian adalah merupakan bahagian yang penting di dalam penulisan kajian ilmiah kerana metodologi ini akan membincangkan mengenai kaedah dan cara yang akan digunapakai bagi mencapai objektif serta matlamat kajian yang hendak dicapai. Metodologi kajian ini juga membolehkan sesuatu penulisan ilmiah itu menjadi lebih bersistematik dalam mencapai objektif. Pada bab ini juga penulis akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai metodologi kajian yang akan digunakan bagi kajian yang dijalankan. Dan akhir sekali pada bab ini juga, penulis akan membincangkan mengenai metodologi seperti reka bentuk kajian, sumber kajian, kaedah pemilihan sampel dan juga yang terakhir adalah kaedah menganalisis data yang akan digunakan bagi menyiapkan kajian ini. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini adalah merupakan satu kaedah pengolahan data yang mana ia dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970). Oleh yang demikian, pada penulisan kajian ini penulis akan menggunakan dua jenis kaedah kajian iaitu kajian kualitatif iaitu dengan membuat tinjauan literatur daripada kajiankajian yang lepas dan yang kedua adalah kajian kuantitatif iaitu dengan menjalankan soal selidik. Dengan itu dibawah penulis akan menerangkan dengan lebih mendalam berkaitan kaedah-kaedah yang dilakukan oleh penulis : i. Kajian Kuantitatif : Antara kaedah kajian kuantitatif yang digunakan oleh penulis bagi mendapatkan data untuk penulisan kajian ini adalah dengan menggunakan jenis berbentuk soal selidik. Kaedah kajian berbentuk soal selidik ini merupakan satu kajian yang agak popular digunakan oleh ramai penyelidik kerana ia boleh dirangka dengan mudah. Penulis menggunakan soal selidik ini melalui pembahagian sampel kepada seramai 20 orang responden di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Penggunaan kaedah berbentuk soal selidik adalah merupakan salah satu cara untuk mengumpulkan data bagi kajian yang hendak dijalankan oleh penulis. 14 ii. Kaedah Kualitatif : Seterusnya, penulis akan menggunakan kaedah yang kedua sebagai salah satu cara bagi mendapatkan data iaitu dengan menggunakan kaedah kualitatif yang berbentuk tinjauan literatur daripada artikel-artikel yang lepas bagi mendapatkan data yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Dengan itu penulis akan melakukan tinjauan literatur daripada 5 buah artikel yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas bagi mendapatkan data bagi menyokong kajian yang akan dijalankan oleh penulis. Kajian Kuantitatif Soal Selidik Kajian Kualitatif Tinjauan Literatur Jenis Reka Bentuk Kajian Yang Dipilih Gambarajah 3.2 : Illustrasi Reka Bentuk Kajian 3.3 SUMBER KAJIAN Di dalam penulisan kajian yang akan dijalankan ini, penulis mencadangkan untuk menggunakan dua jenis reka bentuk kajian iaitu kajian yang pertama adalah kajian kuantitatif yang berbentuk soal selidik dan yang kedua pula adalah kajian kualitatif yang berbentuk tinjauan literatur daripada artikel-artikel yang dijalankan oleh pengkaji yang lepas. Oleh yang demikian, bila mana kajian ini menggunakan dua jenis reka bentuk kajian maka dengan ini data dan maklumat yang akan diperolehi juga akan terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan juga data sekunder. i. Data Primer : Menurut Yusof (2003) data primer adalah data yang berasal dari sumber asli yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Oleh yang demikian, bagi data yang akan diperolehi oleh penulis bagi kajian ini adalah data primer berdasarkan borang soal selidik yang akan diberikan kepada 20 orang responden di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Di dalam borang soal selidik tersebut adalah lebih menumpukan kepada soalan yang bekaitan dengan isu keruntuhan moral yang mana ia akan lebih spesifik kepada faktor yang menjadi penyumbang kepada isu keruntuhan moral yang akan difokuskan kepada dua faktor iaitu faktor dari aspek latar belakang diri dan juga 15 aspek rakan sebaya. Dan soalan soal selidik ini akan difokuskan juga kepada bahagian yang lain iaitu mengenai keberkesanan pendekatan agama dalam menangani isu keruntuhan moral ini. ii. Data Sekunder : Menurut Marican (2005), data sekunder ini boleh dirujukan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji-pengkaji yang lain. Misalnya seperti datadata dari pengkaji yang lepas yang mana data-data tersebut dikumpul untuk tujuan kajian. Jadi bagi mendapatkan data sekunder ini, maka penulis akan mengumpulkan dan mendapatkan data-data berkaitan isu keruntuhan moral ini melalui lima buah artikel yang dipilih sebagai pengukuh dan penguat bagi kajian yang akan dijalankan. Bagi artikel yang dipilih oleh penulis bagi mendapatkan data sekunder adalah artikel yang mempunyai skop kajian yang hampir sama dengan kajian yang hendak dilakukan oleh penulis iaitu skop kajian yang memfokuskan kepada faktor-faktor, langkah mengatasi dan juga statistik-statistik yang berkaitan isu keruntuhan moral ini. 3.4 KAEDAH PEMILIHAN SAMPEL Seterusnya bagi bahagian kaedah pemilihan sampel ini penulis ada menggunakan kaedah kuantitatif yang mana penulis akan menyediakan borang soal selidik tersebut dan borang soal selidik akan menjadi salah satu cara bagi mendapatkan dan mengumpulkan maklumat dan data yang hendak diperolehi. Tetapi sebelum menjalankan kajian, penulis hendaklah mengetahui terlebih dahulu kepada siapa dan berapa ramaikah populasi kajian yang hendak digunakan. Maka dengan itu pada bahagian ini penulis akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai populasi kajian yang hendak dijalankan. Kaedah pemilihan sampel yang dipilih oleh penulis adalah lebih kepada pemilihan sampel yang tertumpu yang mana ia bukanlah berbentuk sampel rawak. Di mana borang soal selidik tersebut akan ditumpukan kepada beberapa orang responden yang mana responden tersebut mempunyai sifat dan ciri yang bersesuaian dengan kajian yang hendak dilakukan oleh penulis. Oleh yang demikian antara sampel yang ditumpukan oleh penulis adalah lebih memfokuskan kepada responden remaja yang berumur 16 tahun iaitu seramai 20 orang sahaja. Selain itu, penulis juga menumpukan kepada remaja-remaja yang berada di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka kerana responden-responden tersebut telah pun mempunyai latar belakang yang bersesuaian dengan kajian yang hendak dilakukan oleh penulis iaitu mereka yang mempunyai sejarah mengenai keruntuhan moral. Seterusnya, penulis juga menumpukan dan memilih sampel ataupun responden yang lebih tertumpu kepada mereka yang beragama 16 Islam kerana di dalam borang soal selidik tersebut juga akan membincangkan mengenai keberkesanan pendekatan agama bagi menangani isu keruntuhan moral ini. Maka dengan itu, sampel yang dipilih oleh penulis adalah bersesuaian dengan tajuk dan kajian yang hendak dilakukan oleh penulis dan ciri-ciri sampel ataupun responden yang dipilih adalah dilihat tepat dan bersesuaian bagi mebantu menjayakan kajian yang hendak dilakukan oleh penulis ini. 3.5 KAEDAH MENGANALISIS DATA Pada bahagian ini, penulis akan membincangkan mengenai bagaimanakah kaedah yang akan dilakukan oleh penulis bagi menganalisis data yang diperolehi. Bagi data yang telah dikumpulkan melalui set borang soal selidik yang diberikan kepada responden maka data-data tersebut akan diproses oleh penulis dengan menggunakan beberapa jenis perisian iaitu penulis akan menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial iaitu SPSS versi 26.0 dan penulis juga akan menggunakan Microsoft Excel bagi mendapatkan keputusan bagi data-data yang diperolehi. Antara sebab penulis menggunakan perisian SPSS dan juga Microsoft Excel ini adalah untuk memudahkan penulis bagi menganalisis data yang akan diperolehi dengan tepat dan juga bertujuan untuk menjimatkan masa penulis bagi menganalisis data. Dan akhir sekali bagi data yang diperolehi selepas menganalisis menggunakan perisian-perisian tersebut maka data dan juga maklumat tersebut akan diterjemahkan kepada beberapa cara iaitu dengan menterjemahkan kepada bentuk carta, graf dan juga rajah bagi membolehkan penulis memahami maklumat dan data kajian yang diperolehi tersebut dengan mudah. 3.6 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pada bab ini adalah lebih menumpukan kepada penerangan secara mendalam mengenai reka bentuk kajian, sumber kajian yang terbahagi kepada dua jenis sumber seperti data primer dan juga data sekunder yang mana ia melibatkan mengenai soal selidik dan juga mengenai tinjauan-tinjauan daripada pengkaji yang lepas. Selain itu pada bab ini juga ada membincangkan mengenai kaedah-kaedah dari segi pemilihan sampel dan juga kaedah untuk menganalisis data yang mana penulis ada menceritakan mengenai penggunaan perisian-perisian yang akan digunakan bagi memudahkan untuk menganalisis data misalnya dengan menggunakan perisian seperti SPSS dan juga Microsoft Excel. Oleh yang demikian, penulis berharap bahawa segala tenaga yang dikerahkan dapat menyelesaikan kajian ini dengan bertujuan bahawa segala data dan juga maklumat yang diperolehi dapat memberi manfaat terutamanya kepada masyarakat di Malaysia. 17 BIBLIOGRAFI Absha Atiah Abu Bakar & Mohd. Isa Hamzah. 2019. Faktor Keterlibatan Remaja Dengan Masalah Sosial. Jurnal Hadhari. Jil. 11. Edisi 1. Bangi. Penerbit UKM. Hlm. 1-17. Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A. Shukor. 2016. Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar Dan Peranan Pensyarah Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal E-Bangi. Jil. 13. Edisi 5. Bangi. Penerbit UKM. Ang, Kean Hua. 2016. Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Science and Humanities. Jil. 1. Edisi 1. Serdang. Penerbit UPM. Hlm. 17-23. Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. 2018. Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath. Jil. 3. Edisi 1. Bangi. Penerbit UKM. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling. Jil. 1. Edisi 7. Skudai. Penerbit UTM. Hlm. 115-140. Zainuddin Hj Kasmuri, Nur Farahida Tahrir & Haryanty Sua Liya Hj Sukimin. 2016. Keruntuhan Akhlak Dikalangan Remaja Perempuan Islam Di Sebuah Kolej Komuniti Di Negeri Selangor : Jenis Dan Faktornya. e-Jurnal JPPKK. Sabak Bernam. Penerbit KKSBS. 18 LAMPIRAN 19 20