الكلية العا لية للدراسات االسالمية KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL-INSANIAH MALAYSIA & PUSAKA ACADEMY CAWANGAN SELAYANG/KUALA LUMPUR ISLAMIC HIGH EDUCATION COLLEGE DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB TUGASAN 1 SEMESTER 1/ SESSI 2019 RINGKASAN USUL TAFSIR DISEDIAKAN OLEH: نورليانا بينتي محمد هسان NO. K/P: 800819-02-5974 SENARAI KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 1 1 1. PENDAHULUAN Kitab al-Qur’an adalah sebuah kitab yang menjadi rujukan umat manusia kerana ia menyeru kepada kebaikan. Jika diteliti, difahami dan dihayati dengan baik, urusan perlaksanaan berdasarkan tuntutan al-Qur’an telah menjadi pendekatan yang digunakan oleh golongan salaf dan soleh terdahulu. Malah mereka tidak dengan mudah memindahkan sesuatu ayat ke ayat yang lain kecuali setelah melaksanakan ajaran yang terkandung di dalamnya. Allah subhanahuwa Taala dengan jelas menyebut dalam surah an-Nisa’ ayat 82 yang bermaksud: “Kalau begitu apakah mereka tidak mahu meneliti al-Qur’an? Kerana jika ia adalah datangnya selain daripada Allah subhanahuwa Taala nescaya mereka dapati terdapat banyak perselisihan di dalamnya.” Begitu jugalah dengan firmanNya dalam surah Sad ayat 29 yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada kamu yang diberkati supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal fikiran mendapat peringatan.” Kerana itu, Abdullah bin Umar telah mengambil masa selama 8 tahun untuk menghafal surah al-Baqarah semata-mata. Ilmu memahami, menghayati dan menerangkan kalam al-Qur’an dengan cara yang betul merupakan satu cabang ilmu penting yang dikenali sebagai ilmu tafsir. Antara cara atau metod yang digunakan oleh para ulama’ adalah metod Tajribi. Metod ini sangat penting kerana ia menggunakan pancaindera sebagai sumber utama dalam meneliti dan mengamati dunia realiti. Seringkali penelitian ini menghasilkan teori dan praktis tertentu untuk membuktikan teori tersebut. Dikatakan juga metod ini menghasilkan pandangan subjektif akibat perbezaan kemampuan pancaindera hingga menimbulkan penciptaan sistem ukuran dan peralatan tertentu yang dapat membantu pengkaji untuk membuat kesimpulan melalui persepsi yang benar. Terdapat juga metod lain seperti metod Burhani, metod Bayani dan metod Irfani (Duski, 2014). Maka, kita dapat menyimpulkan bahawa ilmu pengetahuan Islam menyusun cara berfikir dan mencatat cara-cara membuat kesimpulan bagi persoalan tertentu yang berkaitan dengan ayat-ayat yang difirmankan oleh Allah subhanahuwa Taala dalam al-Qur’an. 2 Bidang ilmu-ilmu Islam dibantu dan disokong oleh satu ilmu yang memiliki ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Contohnya, ilmu Feqah di sokong oleh ilmu usul Fiqh. Ilmu Nahu disokong oleh ilmu usul Nahu. Seterusnya, ilmu Tafsir disokong oleh ilmu usul Tafsir. Ilmu usul tafsir mempunyai persamaan dan kaitan dengan ilmu-ilmu lain terutamanya ilmu usul Fiqh yang terlebih dahulu diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafi’I melalui kitabnya al-Risalah yang menjadi muqaddimah kepada kitab al-Umm. Kedua-dua kitab ini menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu usul Fiqh sehingga ke hari ini.