ABSTRAK FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR PERTUKARAN DALAM MALAYSIA Oleh Siti Nadhirah Binti Hishamuddin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang faktor – faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran di Malaysia dalam tempoh dari tahun 1981 hingga 2014. Lebih khusus lagi ia adalah untuk mengenal pasti hubungan sebab akibat antara kadar pertukaran dan mengkaji tentang hubungan jangka masa panjang dan jangka masa pendek antara kadar pertukaran dan pembolehubah bebas di mana pembolehubah bebas yang digunakan adalah aset asing bersih, penggunaan kerajaan, pertukaran asing rizab, imbangan perdagangan, pasaran saham, kadar inflasi dan hutang luar negeri. Ujian empirical yang digunakan dalam kajian ini termasuk ujian kepegunan, Johansen dan Juselius Kointegrasi, VECM Granger Causality test dan Variance Decompositions di mana ianya merupakan analisis dinamik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pembolehubah mengintegrasi di I(1) oleh ADF dan DFLGS ujian kepegunan. Kemudian, didapati adanya hubungan jangka masa panjang dalam ujian kointegrasi dan terdapat juga hubungan jangka masa pendek di antara kadar pertukaran dan pemboleh ubah bebas. Dapatan kajian berguna untuk menentukan dasar kadar pertukaran mengenai dasar kewanga, fiscal dan makroekonomi di mana boleh memberi kesan kepada kadar pertukaran.