Uploaded by REDZA A/L AHMAD Moe

Bacaan Umum Beguk MUMPS

advertisement
MAKLUMAT BACAAN UMUM
CEGAH BEGUK (MUMPS)
PROGRAM KELAB DOKTOR MUDA
CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN NEGERI PERAK
_________________________________________________________
BULAN : September
PENGENALAN
Beguk atau Mumps merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh
virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar
parotid (kelenjar air liur yang berada di kedua-dua belah pipi). Beguk
mudah berjangkit dan virus beguk merebak melalui titisan daripada
mulut, hidung dan tekak. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari
selepas pembengkakan bermula.
TANDA-TANDA & GEJALA-GEJALA
Tanda dan gejala jangkitan beguk bermula 12–25 hari selepas
berhubugan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang
dijangkiti beguk tidak menunjukkan gejala awal, namun mereka mungkin
menghadapi:
 Demam
 Sakit Kepala
 Mulut Kering dan hilang selera makan
 Keletihan
 Pembengkakkan pada satu atau kedua-dua kelejar parotid
Gejala-gejala ini biasanya akan hilang dalam masa 10 – 12 hari.
RAWATAN BEGUK
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi gejala-gejalanya boleh
dilegakan dengan:
 Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
 Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.
 Letakkan ais pada kelenjar parotid untuk melegakan sebarang
kesakitan.
 Orang yang dijangkiti beguk hendaklah dikuratinkan di rumah serta
elakkan bercampur dengan orang yang sihat bagi mengelakkan
berlaku jangkitan serta perebakan beguk.
PENCEGAHAN BEGUK
Beguk boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur
12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian
daripada vaksin MMR (Mumps, Measles & Rubella). Ianya sangat
berkesan untuk mencegah beguk.
Untuk
maklumat
lanjut
sila
layari
www.infosihat.gov.my,
www.myhealth.gov.my atau layari laman Facebook: KelabDoktorMuda/
Cawangan Promosi Kesihatan Perak/ Kelab Doktor Muda Perak untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai BEGUK
(MUMPS).
Disediakan oleh: Cawangan Promosi Kesihatan Negeri Perak
Download