KERTAS KERJA BULAN PUSAT SUMBER SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 2011 1. PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu. 2. NAMA PROGRAM Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2 3. MATLAMAT Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi. OBJEKTIF i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program. iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah. 4. 5. TEMA PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG 6. TARIKH PELAKSANAAN Sepanjang bulan Julai 2011 7. TEMPAT Sekitar SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru. 8. SASARAN PESERTA Semua pelajar SMK Taman Mutiara Rini 2 9. AKTIVITI DAN PROGRAM BIL NAMA PROGRAM Majlis Perasmian 1. OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN Menghebahkan kepada semua pelajar mengenai bulan Pusat Sumber Sekolah Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 4 Julai 2011 ketika perhimpunan rasmi. 2. Kuiz PSS Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS Dua soalan mengenai PSS akan diberikan kepada pelajar pada waktu perhimpunan sekolah pada setiap hari khamis. Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat akan diberi hadiah. 3. Treasure Hunt Mengeratkan hubungan antara Pengawas Pusat Sumber dan pelajar Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS Akan dijalankan pada hari Sabtu 9 Julai 2011. 10 kumpulan peserta terdiri daripada 3 orang pelajar akan dipilih berdasarkan penyertaan terawal. Aktiviti akan diadakan di sekitar sekolah. Lima checkpoint akan diwujudkan dan pelajar perlu melepasi semua check point dan menyiapkan tugasan di setiap check point. Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan kesemua tugasan dengan tepat. 4. Pengunjung bertuah Menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah Semua pelajar yang mengunjungi PSS akan diberikan slip untuk diisikan maklumat peribadi. Setiap hari, seorang pengunjung akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah. 5. Pertandingan Menulis Ulasan Menarik minat pelajar untuk menggunakan Program ini akan berlangsung sepanjang bulan PSS. Buku Peserta dikehendaki meminjam sebuah buku dan membuat ulasan mengenai buku tersebut. 3 peserta terbaik akan menerima hadiah. 6. Peminjam Terbanyak Mingguan. Menarik minat pelajar untuk meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah Setiap minggu, seorang pelajar yang meminjam buku paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. Dua kategori disediakan iaitu kategori pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang. 7. Rekod Bacaan Nilam Terbanyak Memupuk sifat suka membaca di kalangan pelajar Mencari calon untuk Pertandingan Nilam Peringkat Daerah 2012 Mengumpul semula buku-buku yang tidak dipulangkan oleh pelajar Pelajar dikehendaki merekod semua bacaan di dalam buku Nilam mereka dan menyerahkannya kepada guru PSS sebelum 29 Julai 2011 Hadiah akan diberikan kepada 3 peserta yang mempunyai rekod nilam terbanyak. Semua buku yang dipinjam tetapi sudah melebihi tarikh pemulangan akan diterima tanpa sebarang denda sepanjang minggu ke-2 dalam bulan Julai. 8. 10. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. buku-buku di PSS Mencungkil bakat pelajar dalam penulisan. Program Pengampunan PSS JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat : Pengerusi : En Zainal Bin Buang (Pengetua SMK Taman Mutiara Rini 2) Pn Bibi Aishah Binti Roslan (Guru Media dan Perpustakaan, SMK Taman Mutiara Rini 2) Pn Hadizah Binti Ahmad Setiausaha : Ahli Jawatankuasa : Kuiz PSS : Noraliya Binti Ripin (5PA) Treasure Hunt : Siew Jia Yin (4SN) Pengunjung Bertuah : Foo Sze Hui (4SN) Ulasan Buku : Cornie Chin (4SN) Peminjam Terbanyak : Kanntini A/P Krishnan (2A) Rekod Nilam Terbanyak : Mohd Imran Bin Moh Shajahan (2B) Minggu Pengampunan PSS : Amirul Ashraf Bin Naim (3A) 11. ANGGARAN BELANJAWAN Pendapatan Pusat Sumber Sekolah i. RM 530.00 Perbelanjaan Majlis Perasmian Banting RM 50.00 ii. Hadiah Kuiz PSS (8 x RM 5) RM 40.00 Treasure Hunt RM 100.00 Pengunjung Bertuah (20 x RM 5) RM 100.00 Ulasan Buku RM 100.00 Peminjam Terbanyak (4 x RM 10) RM 40.00 Rekod Nilam Terbanyak RM 100.00 JUMLAH RM 530.00 i. 12. Progr am Tarik h 01.07. 2011 02.07. 2011 03.07. 2011 04.07. 2011 05.07. 2011 06.07. 2011 07.07. 2011 08.07. CARTA PELAKSANAAN PROGRAM Majli s Peras mian K ui z P S S Treas ure Hunt Pengu njung Bertua h Ula san Bu ku Pemi njam Terba nyak Reko d Nilam Terba nyak Progra m Pengam punan PSS 2011 09.07. 2011 10.07. 2011 11.07. 2011 12.07. 2011 13.07. 2011 14.07. 2011 15.07. 2011 16.07. 2011 17.07. 2011 18.07. 2011 19.07. 2011 20.07. 2011 21.07. 2011 22.07. 2011 23.07. 2011 24.07. 2011 25.07. 2011 26.07. 2011 27.07. 2011 28.07. 2011 29.07. 2011 30.07. 2011 31.07. 2011 01.08. 2011 02.08. 2011 13. Penyam paian Hadiah PENUTUP Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 yang lebih cemerlang dan gemilang. Disediakan Oleh: ………………………………. Pn Bibi Aishah Binti Roslan Guru Media dan Perpustakaan SMK Taman Mutiara Rini 2 Johor Bahru Disahkan Oleh: ……………………………