Uploaded by cikgu Noora

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

advertisement
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2016
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI SUKAN
NEGARA PERINGKAT PEMUDA
UMNO DUN BATU CAVES
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2016
1. PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 adalah bertujuan untuk
menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah
negara bersukan sebagai gaya hidup kita.
2. MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi ,
jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh kehidupan
seharian.
3. OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan Pemuda dan masyarakat
setempat
3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participation dalam aktivitiaktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan Pemuda dan masyarakat
3.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan Pemuda dan masyarakat.
4. TARIKH DAN TEMPAT
4.1 Tarikh : 8 Oktober 2016
4.2 Tempat : Sinamax badminton Sri Gombak
5. KUMPULAN SASARAN
5.1. Semua Ketua Pemuda Cawangan Dun Batu Caves
5.2. Semua ahli Pemuda Cawangan Dun Batu Caves
5.3. Semua masyarakat di Dun Batu Caves
6. TENTATIF PROGRAM
-Rujuk lampiran 1-
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
-Rujuk lampiran 1-
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2016
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
1
Bahan / Perkara
Gelanggang
(1 jam = RM 24)
Perbelanjaan
3 jam x RM24 = RM 72
RM 72 x 4 gelanggang
Jumlah (RM)
RM 288.00
2
Bulu Tangkis
4 balang x RM80
RM320.00
3
4
5
Air 100 Plus
Hamper
Lain-lain
Jumlah
3 karton x RM30
5 x RM50
RM350
RM90.00
RM250.00
RM350.00
RM 1298.00
9. SUMBER KEWANGAN
Kelab Sukan Dan Rekreasi Pemuda UMNO Gombak
10. PENUTUP
Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Pemuda Dun Batu Caves
pada tahun ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Semoga semua ahli dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik
mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai
matlamatnya serta memberi impak positif kepada semua Ketua Pemuda Cawangan di
Dun Batu Caves.
Disediakan oleh
..................................
Mohd Zahar bin Kasmuid
Setiausaha
Pemuda UMNO Bahagian Gombak
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2016
LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
8.30 malam
Semua ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO
Gombak berkumpul di Sinamax Badminton Sri
Gombak
9.00 malam
Aktiviti memanaskan badan
9.30 malam
Pertandingan Badminton
11.30 malam
Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah
12.00 malam
Bersurai
JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua (PKP) : En Zazman Shah bin Zainal
Penyelaras
: En Mohd Saufi Tajuddin
Setiausaha
: En Mohd Zahar bin Kasmuid
Bendahari
: En Ahmad Firdaus bin Daud
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2016
Download