LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 2 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair B putih C pekat D merah Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi. A ketat B C besar singkat D longgar Soalan 3 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 3 4 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya. A kelat B enak C manis D masam Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________. A tajam B kasar C kesat D tumpul Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 2 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Soalan 5 berdasarkan Gambar 2 Gambar 2 5 6 7 8 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya. A jernih B hitam C kotor D bersih Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya. A kecil B C tebal besar D panjang Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya. A sejuk B damai C panas D nyaman Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________. A baik B cergas C nyaman D indah Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 3 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 9 10 11 12 13 14 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A Indah B Muram C Kelam D Sayup Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka. A baik B malu C takut D patuh Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya. A pilu B mahu C D cemas gembira Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________ A tinggi B besar C kontot D panjang Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar. A hapak B hanyir C tengik D hancing Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. A serak B garau C merdu D nyaring Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 4 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 15 16 17 18 19 20 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. A sombong B senang C ramah D kasar Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa. A kegelapan B kedinginan C kemalapan D kepanasan Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah. A bengkok B bengkak C botak D lekuk Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri. A lengang B senyap C muram D suram Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun. A pedas B lebam C pedih D panas Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat. A luas B sempit C senang D besar Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 5 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi. A menggelupas B menggerutu C melecur D melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu. A geli B C haru kelam D gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air. A kesat B telap C telus D kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam . A terkilan B runsing C murung D sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah . A pelik B gawat C runsing D rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu . A busuk …tengik B hanyir… wangi C D hapak … harum hancing …mersik Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 27 28 29 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu . A ghairah B asyik C tekun D leka Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu . A becak B lembik C lembap D bengkok Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran. A serong B C bengkok bongkok D condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan . 31 32 A jauh B cepat C dekat D nyaris Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu. A sedih B hairan C terkejut D gembira “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani. A lazat B busuk C kelat D harum Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 7 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Soalan 33 berdasarkan Gambar 3 Gambar 3 33 34 35 36 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________. A pantas B cepat C deras D kencang Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik. A teliti B lemah C sopan D lembut Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai. A baru B antik C retak D runtuh Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang. A sibuk B damai C serabut D gembira Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 37 38 39 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________ A hapak B tengik C hamis D haring Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya. A tertib B gopoh C pantas D cermat Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya. A pilu B gusar C geram D marah Soalan 40 berdasarkan Gambar 4 Gambar 4 40 41 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya. A kelajuan B C kelalaian keberanian D kesibukan Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar. A masuk B muat C muak D mual Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 42 43 44 45 46 47 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu. A menjadikan B mengecilkan C mengecutkan D menguruskan Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak. A baru B lama C segar D layu Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu A tumpul B tajam C tebal D nipis Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap. A laju B petah C bising D pandai Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya. A masam B masin C manis D manja Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh. A kuat B lebat C hebat D renyai Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 48 49 50 51 52 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________. A laju B tajam C cepat D lambat Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya. A baik B keras C kejam D waras Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati. A kecil B baharu C usang D elok Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula. A pahit B masin C D manis masam Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi. A tegang B C gelap pulih D pilu 53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer. A B geliga cekap C petah D fasih Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah. A kelat B pahit C manis D masam 55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu. 56 57 A senyap B sunyi C diam D riuh Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya . A lebar B buncit C sendat D runcing Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam. A luas B tinggi C D rimbun panjang Soalan 58 berdasarkan Gambar 5 Gamabar 5 58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam. A hari B larut C gelap D nampak Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 59 60 61 62 63 64 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan. A laju B rata C licin D lekuk Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja. A nipis B tebal C berkilat D berwarna Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu. A jauh B cetek C dalam D dangkal Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya. A kaya B papa C cerdik D peramah Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara. A kuat B tajam C lemau D garing Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport. A nipis B C tebal kesat D keras Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 13 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 65 66 67 68 69 70 “Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti Noridah. A bijak B malas C cerdik D pandai Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan. A asyik B C tekun sering D kurang Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan. A hangit B tengik C busuk D basi Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran. A kuat B kasar C tinggi D kesat Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________. A pahit B masin C masam D manis Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran. A B tebal nipis C berkilat D berwarna Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 14 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 71 72 73 74 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anakanak yang bermain di situ. A pantai B curam C dalam D rendah Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________. A mentah B lembik C hangit D tengik Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah. A aneh B C boros buruk D bosan Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya. A elok B lazat C hebat D basi 75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai. A murah B tinggi C mahal D rendah 76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur. A B sarat sendat C sumbat D sendal Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 15 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF 77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ . A rangup B lemau C rapuh D hangit 78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai. 79 A kesat B basah C comot D compang Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup . A kuat B patuh C cekal D berani 80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak . A kesian B hampa C D hancur resah Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Kata Adjektif 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 D A B D C A A C A D D D B C C B B A C B D A D B B C B A D D 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 A A C A C B C C A B B D A A B A B A C B A C B A B B B B C B 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 C A C D B A B C A A B B D B C A A C C B Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 17