Kuiz 1 (Bab 1): 6-7 April 2021 1. Psikologi perkembangan menekankan perkembangan orang dewasa. a. Benar b. Salah 2. Aspek pemikiran, kecerdasan dan bahasa merangkumi proses dan dimensi kognitif dalam perkembangan. 3. Plasticity adalah tentang meningkat atau menurunnya kemahiran yang ada pada diri semasa kita berkembang. a. Benar b. Salah 4. Rekod rasmi jangka hayat manusia menunjukkan bahawa individu tertua di dunia hidup maksimum 122 tahun. 5. Jangka hayat di Malaysia pada tahun 2020 ialah 75 tahun. 6. Secara umumnya masyarakat lebih memfokus pada keperluan warga emas memandangkan sekarang ini hangka hayat manusia meningkat dengan ketara. a. Benar b. Salah 7. Ada perkembangan yang mengalami peningkatan. Ada perkembangan yang mengalami penurunan. Fenomena ini menunjukkan bahawa perkembangan berkonteks. a. Benar b. Salah 8. Sheela berusia 50 tahun dan mengalami menopos. Hal ini merupakan satu contoh __________________. a. Pengaruh usia normatif b. Pengaruh sejarah normatif c. Pengaruh peristiwa hidup tidak normatif 9. Jack dilahirkan dengan penyakit spina bifida. Penyakit ini mempengaruhi perkembangan Jack sepanjang hayat. Hal ini merupakan satu contoh __________________. a. Pengaruh usia normatif b. Pengaruh sejarah normatif c. Pengaruh peristiwa hidup tidak normatif 10. Permulaan awal dewasa adalah bagi mereka yang berusia 18-25 tahun. 11. Walaupun Aziah berusia 21 tahun, usia psikologinya ialah 40 tahun kerana dia seorang yang matang dan adaptif. 12. Menurut teori psikoseksual Freud, personaliti semasa dewasa dipengaruhi cara konflik antara sumber keseronokan dan tuntutan realiti pada setiap tahap perkembangan diselesaikan. 13. Peratus kanak-kanak dan remaja yang bersekolah adalah tinggi sejak tahun 1960an. Hal ini menggambarkan pengaruh sistem krono dalam teori perkembangan ekologikal Bronfenbrenner. 14. Kajian korelasional dalam psikologi mennghuraikan perkaitan antara dua atau lebih perkara. 15. Cohort effects menunjukkan bahawa perbezaan antara dua atau lebih kumpulan peserta kajian dipengaruhi pengalaman hidup lazim yang berkaitan dengan peristiwa tertentu atau faktor sejarah. Markah: ___ /15