SOALAN 1 Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat) merupakan himpunan semua dasar yang menjadi tulang belakang sistem pendidikan negara kita. Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat) mengandungi kesemua dasar, iaitu meliputi sistem pendidikan, sekolah program, program kurikulum dan kokurikulum, bantuan pendidikan, program-program lain di bawah seliaan KPM dan institusi-institusi pendidikan lain yang ditubuhkan hasil kerjasama KPM dengan pihak swasta. Buku ini turut menjelaskan empat perkara utama setiap dasar yang terlibat, iaitu pengenalan dasar, pernyataan dasar, strategi pelaksanaan dasar, dan punca kuasa dasar tersebut untuk memastikan kejayaan hasrat transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Walaupun, Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal untuk menambahbaikan sistem pendidikan negara namun terdapat beberapa kelemahan pelaksanaan daripada dasar di dalam buku tersebut. Di sini saya akan membincangkan 2 kelemahan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pertamanya adalah, Dual Language Programme. Dual Language Programme merupakan satu program yang diperkenalkan di bawah dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah yang memenuhi kriteria tertentu untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang ditetapkan oleh KPM. Semua jenis sekolah termasuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan disarankan untuk mrnggunakan DLP di sekolah oleh KPM. Namun, penggunaan DLP tidak diwajibkan di setiap sekolah. Pelaksanaannya hanya akan dilaksanakan sekiranya memenuhi empat kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu sumber yang mencukupi, kesediaan sekolah, sokongan ibu bapa, dan pencapaian sekolah dalam bahasa Melayu menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata bahasa Melayu peringkat kebangsaan. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik amatlah penting pada masa kini untuk penggunaan masa hadapan. Semua pelajar perlu menghadapi masa depan yang dikelilingi oleh bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa Antarabangsa. Mereka perlu menggunakan semua istilah saintifik dalam bahasa Inggeris walaupun di dalam atau di negara luar. Oleh kerana program DLP bukanlah program wajib, ia boleh menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami semua ilmu sains dan juga untuk mencapai prestasi yang baik pada masa hadapan. Keduanya adalah, penggunaan bahasa Melayu adalah terhad dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Di sekolah vernakular, pelajar lebih suka menggunakan bahasa ibunda mereka yang menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa kebangsaan. Apabila mereka melangkah ke sekolah menengah mereka tidak dapat berkomunikasi dengan pelajar bangsa dan kaum lain dan juga tidak dapat memahami mata pelajaran yang kebanyakannya dalam Bahasa Melayu. Mereka juga tidak dapat berkomunikasi dengan guru dan ada yang mungkin tidak selesa untuk berkongsi masalah pelajaran dengan guru. Justeru, untuk mengatasi isu pendidikan ini, KPM seharusnya mengambil pelbagai jenis penyelesaian. Terdapat beberapa cadangan yang akan membantu untuk menambah baik strategi. Pertama, KPM harus menjadikan DLP sebagai program wajib di setiap sekolah. Pihak KPM tidak seharusnya menunggu sokongan ibu bapa untuk melaksanakan program ini di satu sekolah. DLP adalah satu program yang sangat baik supaya pelajar dapat memahami istilah saintifik dan matematik dengan mudah yang boleh membantu mereka dalam pendidikan masa depan mereka. Bukan itu sahaja, ini adalah satu peluang besar kepada semua pelajar untuk belajar bahasa Inggeris selain dalam tempoh Bahasa Inggeris. Mereka juga boleh meningkatkan perbendaharaan dan kosa kata mereka yang akan sangat membantu dalam penulisan esei mereka.Penggunaan bahasa Kebangsaan dan bahasa antarabangsa akan menjadi sangat seimbang. Oleh itu, dengan mewajibkan DLP di setiap sekolah akan membantu murid-murid serta meningkatkan keyakinan yang tinggi pada setiap guru yang mendorong mereka untuk mencapai pencapaian mereka peringkat antarabangsa. Kedua ialah, penggunaan Bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi di Sekolah Vernakular. Semua urusan rasmi harus dilaksanakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil termasuk surat makluman kepada ibu bapa dan murid. Sekiranya, sekolah ingin sampaikan maklumat mengenai sekolah maka, sekolah akan mengeluarkan satu surat dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu. Hal ini memberi kesan yang positif kepada para ibu-bapa yang kurang berpelajaran. Bagi ibu-bapa yang kurang berpelajaran, mereka mengalami kesukaran untuk membaca sesuatu dalam Bahasa lain dan memahamiya. Sekiranya iannya dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu ibu bapa dapat memahamiya dengan sempuna apa yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah dalam dua bahasa. Melalui ini, para ibu bapa dan murid boleh mempelajari Bahasa Melayu dengan cepat dan akan cuba memahaminya. Akhirnya, cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas akan membantu bagi penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara untuk kesejahteraan semua pihak. SOALAN 2 Falsafah pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eclectic yang dikenali sebagai eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah Pendidikan Negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi dan juga falsafah dealisme, perenilaisme, relaisme, progresivisme dan eksistensialisme.