Uploaded by Aziah Ezzati

CTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

advertisement
CTU552 PENILAIAN AKHIR
AZIAH EZZATI BT ABD AZIZ
2020953875
AM2283D
a. Analisa DUA (2) solusi bagi membendung fahaman agnostisisme dalam
kalangan Muslim (4 Markah)
Agnostisisme adalah suatu fahaman yang memberi persoalan kepada hal-hal
supernatural seperti Tuhan itu benar-benar wujud atau tidak. Dalam erti kata lain,
fahaman agnostisisme ini mengatakan bahawa manusia tidak mempunyai daya
untuk mengetahui kebenaran tentang kewujudan Tuhan itu benar-benar ada atau
sebaliknya.
Antara solusi bagi membendung fahaman agnotisisme dalam kalangan
Muslim ialah dengan mengukuhkan institusi keluarga. Ibu bapa hendaklah menjadi
contoh yang baik kepada anak-anak dengan mempraktikkan ilmu-ilmu Islam dalam
kehidupan. Ilmu-ilmu Islam bukan sahaja perlu diajar kepada anak-anak, tetapi perlu
diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah
mengajak anak-anak untuk mendirikan solat lima waktu seawal umur mereka 7
tahun. Apabila perkara ini menjadi kebiasaan bagi mereka semenjak usia muda lagi,
mereka akan terus mengamalkannya sehingga hujung nyawa.
Selain itu, solusi kedua ialah dengan dengan menetapkan strategi dakwah
yang lebih baik dan berkesan. Rata-rata golongan yang berminat untuk mendengar
dan mempelajari dakwah ialah golongan yang telah berusia. Walau bagaimanapun,
dapat kita lihat hari ini ramai di kalangan anak muda yang turut menunjukkan minat
dengan menghadiri kuliah-kuliah agama perdana dan menonton rancangan dakwah
di media massa. Ini kerana, pendakwah masa kini lebih bijak dalam penyampaian
dakwah mereka dengan memasukkan nilai-nilai jenaka dalam penyampaian dakwah
mereka. Proses penyampaian dakwah menjadi lebih mudah difahami dan diterima
oleh mereka. Sebagai contoh, ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim
Elias yang mendapat sambutan semua peringkat usia.
Secara kesimpulan, terdapat banyak strategi yang boleh digunakan bagi
menghindari berlakunya fahaman Agnostisisme dalam kalangan Muslim dan
seharusnya setiap pihak memainkan peranan mereka agar fahaman ini tidak berlaku
dalam kalangan Muslim. Hal ini kerana, agama Islam berpegang kepada kebenaran
wujudnya Tuhan dan ianya amatlah jauh dengan fahaman Agnostisisme ini.
CTU552 PENILAIAN AKHIR
AZIAH EZZATI BT ABD AZIZ
2020953875
AM2283D
b. Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap masyarakat dunia pada masa
kini. Barat tidak lagi boleh berbangga menjadi contoh ikutan negara-negara
lain kerana tidak berjaya mengawal keadaan rakyatnya.
Berdasarkan pernyataan di atas, ramalkan DUA (2) suasana ekonomi dunia
bagi tempoh 5 tahun akan datang (6 Markah)
Suasana ekonomi dunia yang dapat saya ramalkan ialah ekonomi merudum. Ini
kerana, pelaksanaan PKP yang dijalankan di seluruh dunia yang bakal mencacatkan kitaran
ekonomi normal. Pergerakan orang awam dikawal dan mereka mesti mematuhi SOP yang
ditetapkan kerajaan tidak mengira di mana mereka berada. Pelaksanaan undang-undang ini
akan menjadi beban untuk orang awam, dan mereka akan lebih memelih untuk tinggal di
rumah, jika tiada keperluan penting untuk berada di tempat awam. Pusat membeli-belah,
kedai runcit serta usahawan kecil tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa dan
menerima keuntungan yang sedikit kerana orang awam lebih cenderung untuk menetap di
rumah. Selain itu, orang awam juga dicutikan dari pekerjaan mereka. Sesetengah dari
mereka dicutikan tanpa gaji. Justeru, tanpa wang gaji, mereka akan lebih jimat berbelanja
dan hanya memperuntukan duit untuk keperluan utama sahaja seperti makan dan minum.
Dengan itu, kitaran ekonomi akan menjadi tidak normal. Ini akan mengakibatkan suasana
ekonomi dunia merudum. Sebagai contoh, panggung wayang tidak dibenarkan untuk dibuka
kerana orang awam disarankan untuk mencegah dari aktiviti yang melibatkan ramai orang.
Selain itu, dalam tempoh 5 tahun akan datang, peluang pekerjaan akan meningkat.
Ini kerana, dapat kita lihat ramai yang telah diberhentikan kerja atas faktor syarikat tidak
memperoleh keuntungan dan pendapat, dan gagal untuk membayar gaji pekerja. Sebagai
contoh, syarikat penerbangan Air Asia Airlines yang memberhentikan pekerja-pekerjanya
sewaktu tempoh PKP kerana orang awam yang tidak lagi dibenarkan untuk melancong ke
luar negara. Justeru, apabila PKP selesai dan keadaan kembali pulih, dapat diramalkan
peluang pekerjaan akan meningkat. Syarikat-syarikat akan memerlukan tenaga kerja
kembali kerana keadaan telah selamat daripada pandemic. Justeru, banyak peluang
pekerjaan akan dibuka dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Download