Uploaded by Aziah Ezzati

AZIAH EZZATI BT ABD AZIZ 2020953875 TUGASAN 7

advertisement
AZIAH EZZATI BT ABD AZIZ
2020953875
AM2283D
CTU552 TUGASAN 7
5 perbezaan modenisme dan pascamodenisme.
Modenisme bermula pada abad ke-18, atau lebih dikenali sebagai zaman
Enlightenment. Fasa enlightenment bermula Perancis, Jerman dan Britain sebelum tersebar
ke
segenap
Eropah.
Pascamodenisme
tidak
Pascamodenisme
menggantikan
pula
bermula
modenisme.
Ia
selepas
fasa
merupakan
modenisme.
fasa
dimana
perkembangan ilmu terjadi. Asas kepada pembentukan pascamodenisme ialah modenisme.
Perbezaan seterusnya ialah modenisme muncul kerana didorong dengan kemunculan
fahaman sekularisme. Ia menjelaskan tentang kemunculan pemikiran dan fahaman untuk
menggantikan fahaman bersifat tradisional kepada corak pemikiran yang lebih moden
bersesuaian dengan peraliran zaman masa kini. Pascamodenisme pula lahir seiring dengan
wujudnya teknologi-teknologi baru dan pemikir yang lebih terarah kepada modenisasi. Muncul
juga fahaman-fahaman baru yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Perbezaan ketiga ialah modenisme melibatkan penentangan terhadap agama. Agama
dianggap kolot dan mengekang manusia daripada kebebasan untuk menjalani kehidupan
alam moden. Pascamodenisme ialah kelahiran pemikiran-pemikiran serta fahaman moden
yang bercanggah dengan norma masyarakat. Contohnya, feminisme, LGBT, hedonisme dan
sebagainya yang wujud untuk mengancam fahaman agama. Fahaman sebegini amatlah
bertentangan dengan nilai-nilai agama yang menolak feminisme, apatah lagi amalan
perhubungan intim sesama jantina yang sangat ditegah dalam agama.
Selain itu, perbezaan keempat yang dapat dilihat ialah modenisme satu bentuk
pemikiran yang mementingkan rasionaliti semata-mata. Kerana itu, unsur agama pada ketika
itu kian ditinggalkan atas faktor tidak bersesuaian dengan zaman itu pada pendangan mereka.
Ia juga bersifat fanatik terhadap kemajuan. Ini dapat menjelaskan sebab mengapa agama
ditinggalkan, iaitu kerana agama dianggap kolot. Kemunculan pasacmodenisme mencabar
unsur-unsur ini. Pascamodenisme juga sering dirujuk sebagai era pascaindustri. Industri dan
teknologi berkembang dan mengalami revolusi yang besar. Ia berkembang ke arah yang lebih
canggih. Ini dapat dilihat kerana wujudnya pertambahan dalam kelahiran golongan-golongan
intelek serta kewujudan teori-teori baru.
AZIAH EZZATI BT ABD AZIZ
2020953875
AM2283D
CTU552 TUGASAN 7
Akhir sekali, perbezaan antara modenisme dan pascamodenisme ialah modenisme
bertujuan menentang fahaman tradisionalisme bible dan menanam nilai-nilai moden meliputi
seluruh aspek kehidupan seperti budaya, adat resam, kepercayaan dan sebagainya.
Kepercayaan agama dianggap menjadi kekangan terhadap pemikiran dan gaya hidup moden.
Justeru, pada era perkembangannya, masyarakat Eropah mula meninggalkan agama
mereka. Pascamodenisme pula merupakan transformasi pandangan dunia moden mengikut
pegangan akal fikiran. Ilmu sains semakin berkembang hasil daripada pemikiran yang dicipta
oleh tokoh-tokoh seperti Focault, Lyotard dan sebagainya. Pascamodenisme sedikit sebanyak
menghancurkan nilai-nilai yang dibina oleh modenisme.
Download