Uploaded by செந்தமிழோன் முபாசெல்வா24

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT ESSENSIALISME

advertisement
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT ESSENSIALISME
FALSAFAH PENDIDIKAN ESSENSIALISME
Disediakan oleh : Zulfahmi (PGZ110002)
A. PENGENALAN
Essensialisme muncul pada zaman Renaissanss, dengan ciri-ciri utamanya yang
berbeza dengan progresivisme. Perbezaan ini terutama dalam memberikan dasar
berpijak mengenai pendidikan yang penuh fleksibel dan terbuka untuk perubahan,
toleran dan tidak ada keterikatan dengan doktrin tertentu. Bagi essensialisme,
pendidikan berpijak pada asas demikian mudah goyah dan kurang terarah.
Essensialisme berpandangan bahawa pendidikan hendaknya berpijak pada nilai-nilai
yang memiliki kejelasan dan tahan lama, sehingga memberikan kestabilan dan arah
yang jelas (Zuhairini, 1995). Essensialisme muncul kerana kritik terhadap
progresivisme, mereka menolak dan menentang progresivisme secara keseluruhan,
ada beberapa aspek yang prinsipil tidak dapat diterimanya. (Burhanuddin Salam,
1997).
B. LATAR BELAKANG ESENSIALISME
Aliran essensialisme adalah aliran yang ingin kembali kepada kebudayaankebudayaan lama warisan sejarah yang telah membuktikan kebaikan-kebaikannya
bagi kehidupan manusia (Mohammad Noor Syam, 1998). Essensialisme didasari atas
pandangan humanisme yang merupakan reaksi terhadap hidup yang mengarah pada
keduniawian, serba ilmiah dan materialistik, selain itu juga diwarnai oleh pandanganpandangan dari penganut aliran idealisme dan realisme (Zuhairini, 1995).
Essensialisme percaya bahawa pendidikan harus didasarkan kepada nilai-nilai
kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Essensialisme
adalah perpaduan ide-ide falsafah idealisme dan realisme. Tujuan umum aliran
essensialisme adalah membentuk pribadi bahagia di dunia dan akhirat. Isi
pendidikannya mencakup ilmu pengetahuan, kesenian dan segala boleh
menggerakkan kehendak manusia. Kurikulum sekolah bagi essensialisme merupakan
miniature dunia yang boleh dijadikan sebagai ukuran kenyataan, kebenaran dan
kegunaan. Dalam sejarah perkembangannya kurikulum essensialisme menerapkan
berbagai pola kurikulum, seperti pola idealisme, realisme dan sebagainya. Sehingga
peranan sekolah dalam menyelenggarakan pendidikan boleh berfungsi sesuai
dengan prinsip-prinsip dan kenyataan dalam masyarakat.
Tokoh-tokoh aliran essensialisme
1. Desiderius Eramus, humanis Belanda yang hidup pada akhir abad 15 dan permulaan
abad 16 yang merupakan tokoh pertama yang menolak pandangan hidup yang
berpijak pada dunia lain. Erasmus berusaha agar kurikulum sekolah bersifat
2.
3.
4.
5.
6.
7.
humanistic dan bersifat internasional, sehingga boleh mencakup lapisan menengah
dan kaum aristokrat.
John Amos Comenius yang hidup di seputar tahun 1952-1670, berpendapat bahawa
pendidikan mempunyai peranan membentuk anak sesuai dengan kehendak Tuhan.
John Locke tokoh dari Inggris yang hidup pada tahun 1746-1827 sebagai pemikir
dunia berpendapat bahawa pendidikan hendaknya selalu dekat dengan situasi dan
kondisi.
John Henrich Pestalozzi hidup pada tahun 1746-1827, mempunyai kepercayaan
bahawa sifat-sifat alam itu tercermin pada manusia sehingga manusia mempunyai
kemampuan yang wajar dan hubungan transendental dengan Tuhannya.
John Friederich Frobel (1782-1852), berkeyakinan bahawa manusia adalah makhluk
ciptaan Tuhan yang merupakan bagian dari alam ini sehingga manusia patuh dan
mengikuti ketentuan hukum alam. Terhadap pendidikan Frobel memandang anak
sebagai makhluk yang berekspresi kreatif kerananya tugas pendidikan adalah
memimpin anak ke arah kesedaran diri yang murni selari dengan fitrah kejadiannya.
John Friederich Herbert (1776-1841), berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah
menyesuaikan jiwa seseorang dengan kebajikan dari yang mutlak dalam erti
penyesuaian dengan hukum-hukum kesusilaan.
Willliam T Harris tokoh dari Amerika Serikat (1835-1909), tugas pendidikan baginya
adalah mengizinkan terbukanya realiti berdasarkan susunan yang pasti, berdasarkan
kesatuan spiritual.
C. PANDANGAN ONTOLOGI ESSENSIALISME
a. Sintesa ide idealisme dan realism tentang hakikat realitas bererti essensialisme
mengakui adanya reality objektif di samping konsep-konsep pre-determinasi,
supranatural dan transcedental.
b. Aliran ini dipengaruhi penemuan-penemuan ilmu pengetahuan moden baik phizik
mahupun biologi. Kerana itu realiti menurut analisa ilmiah tersebut dapat dihayati dan
diterima oleh essensialisme. Konsekuensi asas ini maka baginya ialah bahawa
semesta ini merupakan satu kesatuan mekanis mengikut hukum alam objektif
(kausalitas). Manusia adalah bagian alam semesta dan terlibat tunduk pada hukum
alam. Essensialisme menganggap reality manusia, alam semesta dan kebudayaan
adalah realiti yang integral semuanya berada dalam antar hubungan dan dalam
proses evolusi perubahan menuju kesempurnaan.
c. Penafsiran spiritual atas sejarah
Teori falsafah Hegel yang mensintesakan science dengan religi dalam
kosmologi bererti sebagai interpretasi spiritual atas sejarah perkembangan realiti
semesta. Hegel menekankan adanya proses perubahan yang berterusan dalam
makna sejarah. Tetapi teori ini pada hakikatnya sama dengan analisa ilmiah tentang
evolusi segala sesuatu.
d. Faham makrokosmos dan mikrokosmos
Makrokosmos ialah keseluruhan semesta raya dalam suatu design dan kesatuan
menurut teori kosmologi. Mikrokosmos ialah bagian tunggal (individu tersendiri), suatu
ideal yang terpisah dari keseluruhan itu, baik pada tingkat umumnya pribadi manusia
ataupun lembaga tetapi mikrokosmos ini sesungguhnya pola design dan totalitinya
sama dengan mikrokosmos. Hanya berbeza dalam skala ukuran, misal matahari yang
besar dengan atom dalam hakikatnya adalah sama. Realiti ini menjelaskan Tuhan
dengan manusia, jika manusia tak boleh memahami hukum universal dari
makrokosmos, maka akan dapat memahaminya melalui mikrokosmos iaitu raeliti
manusia kendiri.
D. PANDANGAN EPISTIMOLOGI ESSENSIALISME
Teori kepribadian manusia sebagai refleksi Tuhan adalah jalan untuk mengerti
epistimologi essensialisme. Sebab jika manusia mampu menyedari realiti dirinya
sebagai mikrokosmos dalam makrokosmos, maka manusia pasti mengetahui dalam
tingkat atau kualiti apa rasionya mampu memikirkan kesemestaan itu. Berdasarkan
kualiti itulah dia mereproduksi dengan tepat pengetahuannya dalam bidang-bidang
ilmu alam, biologi, sosial, estetika, dan agama. Generalisasi di atas keseluruhannya
adalah pola pelaksanaan asas pandangan idealisme dan realisme. (Mohammad Noor
Syam, 1988).
E. PANDANGAN AKSIOLOGI ESSENSIALISME
Pandangan essensialisme tentang nilai didasarkan pada falsafah realisme dan
idealisme. Menurut realisme kualiti nilai tidak boleh ditentukan melalui konsepsi
terlebih dahulu tetapi merujuk kepada penyelidikan dan sikap subjek terhadap suatu
keadaan. Misalkan orang yang berpakaian formal dalam majlis yang membutuhkan
suasana tenang, haruslah bersikap formal dan teratur. (Imam Barnadib, 1994).
F. PANDANGAN TENTANG PENDIDIKAN
Prinsip-prinsip pendidikan essensialisme iaitu :
a. Belajar pada asasnya melibatkan kerja keras dan kadang-kadang dapat menimbulkan
keseganan dan menekankan prinsip disiplin.
b. Inisatif dalam pendidikan harus ditekankan pada pendidik (guru) bukan pada anak.
Peranan guru dalam menjembatani antara dunia orang dewasa dengan dunia anak.
c. Inti dari proses pendidikan adalah asimilasi dari subjek materi yang telah ditentukan.
Kurikulum diorganisasikan dan direncanakan dengan pasti oleh guru. Essensialisme
memandang sekolah yang baik adalah sekolah yang berpusat kepada masyarakat
atau Society Centered School sebab kebutuhan dan minat sosial di utamakan. Minat
individu dihargai namun di arahkan agar murid tidak menjadi orang yang
mementingkan diri kendiri (egoistic selfish).
d. Sekolah harus mempertahankan metode-metode tradisional yang berhubungan
dengan disiplin mental.
e. Tujuan akhir dari pendidikan ialah untuk meningkatkan kesejateraan am kerana di
anggap merupakan tuntunan demokrasi yang nyata.
Prinsip-prinsip kurikulum essensialisme
Para tokoh idealisme memandang bahawa pelaksanaan pendidikan hendaknya
didasarkan pada kurikulum yang mempunyai landasan ideal. Mengikut H. Horne
1)
2)
3)
4)
1.
2.
3.
4.
5.
hendaknya kurikulum itu berasakan pada fondasi tunggal, iaitu watak manusia yang
ideal dan ciri-ciri masyarakat yang ideal. Aktiviti dalam pendidikan mesti disesuaikan
dengan keadaan yang serba baik.
Kurikulum dalam pandangan essensialisme hendaknya merupakan kurikulum
yang terintegrasi dan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
tidak boleh dipisahkan, kurikulum diumpamakan bangunan rumah yang mempunyai
empat bagian :
Universum, pengetahuan adalah merupakan kekuatan manifestasi hidup manusia,
misal kekuatan alam.
Sivilisasi, hasil karya manusia yang diperoleh dari kehidupan yang ada dalam
masyarakat. Dengan sivilisasi manusia dapat mengadakan pengawasan terhadap
lingkungan, mengejar kebutuhan, dan hidup aman sejahtera.
Kebudayaan adalah hasil karya manusia yang terdiri dari falsafah, kesenian,
kesusasteraan, agama, penafsiran dan penilaian mengenai persekitaran.
Kepribadian, bagian yang membentuk kepribadian yang nyata yang tidak
bertentangan dengan kepribadian yang ideal. Dalam kurikulum hendaklah di
usahakan agar faktor-faktor fizik, fisiologis, emosional, dan intelektual sebagai
keseluruhan, dapat berkembang harmonis dan organis, sesuai dengan kemanusiaan
ideal.
Analisa falsafah pendidikan esensialisme
Aliran esensialisme ialah aliran yang ingin kembali kepada budaya-budaya lama
warisan sejarah yang telah membuktikan kebaikannya bagi kehidupan manusia.
Tujuan umum dari aliran esensialisme adalah membentuk pribadi bahagia dunia dan
akhirat. Isi pendidikannya mencakup ilmu pengetahuan, kesenian dan segala hal yang
boleh mengarahkan keinginan manusia.
RUJUKAN :
Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
Jalaluddin Idi Abdullah, (1997) Filsafat Pendidikan. Gaya Media, Jakarta.
Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme
Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur.
Download