Uploaded by ipgkipoh565-6-faris

TUGASAN 2 ULASAN KRITIS 2021242340193

advertisement
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
SJHK3013
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 – ULASAN
KRITIS
Nama
:
FARIS IZZUDDIN BIN MOHD FADZIL
No. K/P
:
020409030415
Angka Giliran
:
2021242340193
Program
:
PISMP
Ambilan
:
JUN 2021
Unit
:
W12
Nama Pensyarah
:
PUAN ROSE ADILA BT
ISMAIL
Tarikh Hantar
:
19/7/2021
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
PEMERIKSA
MODERATOR
Markah
Markah
Tandatanga
n
Tandatangan
Cop
Cop
Tarikh
Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
1
ISI KANDUNGAN
BIL
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0
SOALAN
3
2.0
PENGHARGAAN
3
3.0
PENGENALAN
4
4.0
ULASAN KRITIS
4
5.0
KESIMPULAN
5
6.0
RUJUKAN
6
2
1.0 SOALAN:
Penglibatan British di Negeri-negeri Melayu telah berjaya membawa satu dimensi baru dalam
pentadbiran di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Banding bezakan pentadbiran
Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
2.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Puan Rose Adila Binti Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
3
3.0 PENGENALAN
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, pihak penjajah British membahagikan
Tanah Melayu kepada tiga bahagian iaitu Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Pihak British juga
telah berjaya membawa satu dimensi baru dalam pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu
terutamanya di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan di mana ianya telah
membentuk sebuah unit politik baharu iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pula terdiri daripada negeri Kelantan,
Terengganu, Johor, Perlis dan Kedah. Jadi terdapat beberapa perbezaan antara NegeriNegeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).
4.0 ULASAN KRITIS
Antara perbezaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) ialah perbezaan dari segi kekuasaan sultan sebagai
pemimpin negeri. Dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), kuasa sultan
amatlah terhad di mana Sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan adat istiadat
Melayu sahaja. Kewibawaan sultan-sultan Melayu di bawah pentadbiran Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) tercabar sehingga membawa kepada pembantahan sultan-sultan
Melayu terhadap sistem tersebut. Sebagai contoh, Sultan Idris (Perak) telah mengkritik hebat
pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Residen Jeneral. ( Lisa Yip Shukye, 2016). Manakala
kuasa sultan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) adalah
lebih besar berbanding kuasa sultan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hal
ini demikian kerana, kuasa Penasihat British dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB) tidaklah sebesar kuasa Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB). Sebagai contoh, Sultan atau Raja di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) boleh mempengerusikan Mesyuarat Negeri di negeri masing-masing.
Selain itu, perbezaan antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) ialah dari segi fungsi pelantikan pegawai British di
setiap negeri masing-masing. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), seorang Residen
dilantik di setiap negeri di samping Residen Jeneral menjadi ketua pentadbiran Persekutuan.
Kuasa mutlak seorang Sultan diserahkan kepada Residen Jeneral dan menyebabkan kuasa
sultan semakin terhakis. Sebagai contoh, Residen Jeneral mempunyai kuasa dalam
menyelaraskan undang-undang dan kewangan di samping mempunyai kuasa penuh dalam
memberi arahan kepada Residen untuk menjalankan tugas-tugas sedia ada di peringkat
negeri. (Jaffri & Samsudin, 2019). Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pula,
4
seorang penasihat British diletakkan di setiap negeri tersebut bagi menasihati Raja-Raja
Melayu dalam semua perkara kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Penasihat British ini hanya berfungsi dalam menasihati Sultan sahaja dan tidak berhak
menjadi penasihat kepada negeri kerana perlantikan dibuat oleh S ultan.(Abdul
Monir
Yaacob, 2017)
Perbezaan yang terakhir ialah dari segi pentadbiran. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) mempunyai sistem pentadbiran yang sama bagi keempat-empat negeri. Hal ini
demikian kerana, pihak British menggabungkan negeri-negeri tersebut dan bertujuan untuk
menyeragamkan pentadbiran bagi negeri tersebut. Pentadbiran yang sama ini jelas terlihat
apabila keempat-empat negeri ini mempunyai undang-undang yang sama bagi setiap negeri
dan Residen Jeneral yang menjadi ketua pentadbiran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB). Manakala bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pula tidak
terbentuknya gabungan antara negeri-negeri tersebut. Jadi setiap Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB) mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang yang
tersendiri. Sebagai contoh, negeri Terengganu bebas mengamalkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Terengganu dan undang-undang tersebut hanya terpakai di negeri Terengganu
sahaja.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang saya dapat buat daripada ulasan kritis di atas ialah, kedatangan
British ke Negeri-Negeri Melayu jelas membawa satu corak pentadbiran yang baharu
sekaligus memodenkan Negeri-Negeri Melayu dari sudut pentadbiran. Di samping itu, secara
ringkasnya saya dapat simpulkan ialah, pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) lebih longgar berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
5
6.0 RUJUKAN
Abdul Monir Yaacob. (2017). Institusi Raja Di Tanah Melayu. Prosiding Seminar 120 Tahun
Majlis Raja-Raja Melayu, 1–18. http://www.jmm.gov.my/files/INSTITUSI RAJA DI
TANAH MELAYU.pdf
Jaffri, A., & Samsudin, M. (2019). Perkembangan Sistem Pentadbiran Persekutuan Di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. E-Bangi, 16(9), 133–155.
Shukye, L. Y. (2016). Sejarah Politik Melayu Sehingga Awal Abad Ke-20. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn.Bhd.
6
Download