PENGENALAN Sebagai rakyat Malaysia isu hubangan etinik adalah sebuah isu yang sering dibangkitkan menerusi zaman. Pelbagai isu seperti kewargenegaraan dan kontrak sosial, isu bahasa, isu agama, serta isu lain lagi begitu kuat mempengaruhi hubungan etnik di negara ini. Sejak zaman-berzaman transformasi perhubungan etnik berubah-ubah mengikut peredaran kerana wujudnya hubungan silang kumpulan yang menyebabkan terbina integrasi budaya dan sosial antara etnik. Penjajahan adalah sebab paling utama perubahan etnik di Malaysia berlaku, ini kerana sifat campur tangan British yang mementingkan hasil dan keuntungan telah membawa masuk pendatang dari pelbagai negara seperti China dan India yang dimana mereka membentuk masyarakat etnik mereka sendiri di tanah melayu. Bukan itu sahaja, pedagang dari negara luar datang berdagang secara sukarela untuk mencari kekayaan di tanah melayu, ada antara mereka yang datang bersama keluarga dan ada juga yang datang untuk berkeluarga lalu mengahwini penduduk tempatan. Dari kejadian ini, adat resam yang dibawa masuk oleh mereka telah diterima oleh penduduk alam melayu dari dulu menyebabkan adat-adat resam di tanah melayu bercampur-baur mengikut etnik masing-masing dan bertahan sehinggalah sekarang. Penerangan tersebut adalah sedikit sebanyak diambil dari jurnal yang kami pilih untuk dijadikan ulasan. Tajuk jurnal tersebut ialah “Persepsi Pelajar UKM Terhadap Hubungan Etnik di Malaysia”. Jurnal ini ditulis oleh beberapa orang iaitu Nazri Muslim, Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Nasruddin Yunos, Ahmad Zamri Mansor dan yang terakhir Hasanah Abd. Khafidz. Mereka merupakan pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menyelesaikan manuskript mereka dan kemudian di hantar kepada pertubuhan Al-Hikmah untuk diterbitkan. Jurnal yang akan kami ulaskan ini adalah berjilid 8 no. 2 dan diterbitkan pada tahun 2016. Manakala muka surat yang akan difokuskan pula adalah bermula dari 38 sehingga 59. Keseluruhan jurnal ini menerangkan tentang kefahaman pelajar mengenai isu hubungan etnik serta penerimaan kepelbagaian etnik di sesebuah institusi pengajian tinggi. Akhir sekali, untuk melengkapkan ulasan artikel ini, ia merangkumi kaedah kajian, persoalan kajian serta langkah keyakinan kajian yang akan dihuraikan. 1.0 ISU UTAMA Isu-isu yang diutarakan oleh penulis dalam jurnal ini adalah bekaitan dengan percampuran etnik di Malaysia terumatanya dalam kalangan pelajar institusi tinggi dan persepsi mereka terhadap hubungan etnik di Malaysia. Penulis membangkitkan kepentingan kefahaman dan kesedaran terhadap pentingnya penerimaan golongan belia terhadap kepelbagaian etnik di negara ini memandangakan golongan belia yang sekarang adalah mereka yang akan mentadbir negara pada masa akan datang. Oleh sebab itu, kefahaman dan kesedaran perlu diterapkan dalam diri setiap belia untuk mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara. Jurnal ini ada juga membangkitkan bahawa persepsi pelajar terhadap hubungan etnik di Malaysia sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor etnik, agama dan aliran pendidikan di sekolah. Faktor-faktor ini sangat bermakna untuk menceriakan lagi hubungan etnik di Malaysia kerana ia meningkatkan nilai-nilai yang baik dalam sesebuah perhubungan etnik dalam negara. Selain itu, ditekankan juga dalam tulisan jurnal ini bahawa setiap warga negara Malaysia tidak kira kaum atau bangsa hendaklah menerima bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan islam sebagai agama persekutuan. Ini menunjukan bahawa walaupun sektor ekonomi negara sering kali digempar-gempurkan dalam kalangan masyarakat sehingga timbulnya konflik antara kaum tetapi isu tersebut tidak mempengaruhi penerimaan pelajar kerana mereka bersifat lebih terbuka dan menerima apa yang termaktub dalam perlembagaan. Penulis ada juga menegaskan bahawa walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis etnik tetapi negara ini masih mampu menjadi cerminan negara lain dalam pengurusan terhadap isu kepelbagaian kaum. Walaupun kita dapat lihat banyak masalah antara etnik yang tular di media massa khususnya tentang isu keagamaan namun perkara ini masih boleh dikawal dan dapat diselesaikan dengan mudah. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah matang dalam penerimaan kepelbagaian kaum di Malaysia, jauh berbeza dengan penerimaan negara-negara lain seperti Amerika dan Rusia. Seterusnya, pada pandangan saya isu yang diutarakan oleh penulis dalam jurnal ini sangat menarik kerana penulis mengupas dan mengaitkan secara mendalam dengan memberi penerangan yang jelas dan padat terhadap semua idea-idea yang diterangkan. Selain itu penulis juga memberikan statistik dan sokongan kajian yang sangat relevan dengan isu yang dibangkitkan dimana ianya adalah berkaitan dengan pelajar institusi tinggi. Akhir sekali, dengan penulisan yang sangat teratur dan penjelasan ideologi yang jelas dari penulis, secara tidak langsung pembaca akan mudah memahami lagi tentang kesemua maklumat yang diterangkan didalam jurnal ini.