TAJUK PEMBENTANGAN Tajuk: TINJAUAN LITERATUR Pembentang: Amran bin Mat Arriffen Pensyarah: Dr. Mohd Isa bin Hamzah 1. DEFINISI Tinjauan Literatur merupakan ulasan maklumat yang diperoleh daripada jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding), penyelidikan lepas (tesis), atas talian (laman web) dan sebagainya. Semua bahan bercetak mahu pun atas talian yang ada kaitan dengan perkara yang hendak dikaji atau ditulis dinamakan sebagai bahan Tinjauan Literatur. Samb… Menulis Tinjauan Literatur bererti memahami sebuah topik yang telah dipelajari, diteliti oleh orang lain dan apa yang menjadi isu-isu kuncinya. Tinjauan Literatur adalah pilihan dokumentasi yang ada, baik yang telah diterbitkan ataupun tidak diterbitkan mengenai suatu topik, yang mengandungi maklumat, idea, data dan bukti yang ditulis dari sudut pandangan tertentu. Tinjauan Literatur dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Ianya ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut pemboleh ubah kajian. Samb… Kesimpulannya ulasan tinjauan merupakan suatu proses meneroka, mengenal pasti, dan menganalisis maklumat berkaitan dalam perkara yang dikaji, sama ada maklumat tersebut sudah sedia ada sama dalam bentuk bercetak kulit keras ataupun yang baharu ditemui di atas talian. 2. TUJUAN 1. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik atau bidang yang dikaji. Justeru bahan bacaan yang dicari mestilah berkaitan dengan kerangka teori tersebut. 2. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi. Ia membantu pelajar ketika memberi penghuraian dan penjelasan bagi subtopik Definisi Operasional. Samb…. 3. Menentukan kajian, model dan lain-lain yang mendukung topik dan menentukan apakah kajian, teori atau model yang boleh dijadikan landasan teori kajian.Teori dan model perlu disesuaikan dengan permasalahan kajian, kerangka kajian, tujuan dan objektif kajian supaya kajian yang dijalankan dapat dikaji dengan berkesan. Samb… 4. Menentukan ruang lingkup penyelidikan. Ia membantu pengkaji untuk memilih dan mengenal pasti mana satu bahan bacaan tinjauan literatur yang sesuai untuk kajiannya atau tidak. 5. Tajuk penyelidikan. Ia membantu pengkaji mengenal pasti dan mengecam jurang penyelidikan (research gap) yang belum dijalankan. 3. KOMPONEN DALAM TINJAUAN LITERATUR 1.Kerangka Teori Kerangka teori bermaksud teori yang mendasar kajian yang ingin dijalankan. Dalam sesebuah kajian akademik, pengkaji biasanya menggunakan dua atau lebih teori yang menjadi asas kepada kajian yang hendak dijalankan. Samb… Sesetengah kajian, pengkaji tidak menggunakan teori, sebaliknya menggunakan model yang menepati kajiannya. Dengan kata lain, teori atau model perlu ada dalam sesebuah kajian akademik. Persoalannya, adakah teori atau model yang dipilih itu sesuai dan relevan dengan kerangka kajian? Samb…. Justeru teori tersebut perlu dihuraikan dengan sebaik mungkin bersama-sama dengan pemboleh ubah kajian. Tujuannya supaya teori atau model yang dipilih menepati keperluan terutamanya untuk menjawab objektif dan soalan kajian. kajian, tujuan, Samb….. 2. Kajian Berkaitan Dalam Bab 2 terdapat tajuk yang mengkhusus kepada kajian berkaitan. Kebiasaannya, pelajar membahagikannya kepada dua subtajuk iaitu, Kajian Berkaitan Dalam Negara dan Kajian Berkaitan Luar Negara. Namun pembahagian subtajuk bukanlah suatu yang tetap, sebaliknya ia adalah anjal dan fleksibel sifatnya. Samb….. Tajuk Kajian Berkaitan ditulis berdasarkan pemboleh ubah kajian. Kajian Berkaitan memerlukan komiten pelajar supaya banyak membaca. Dengan banyak membaca, pelajar menemui pelbagai kajian berkaitan yang sesuai atau tidak dengan kajian yang bakal dijalankan. 4. KEBAIKAN TINJAUAN LITERATUR 1. Kenal pasti teori: Mengenal pasti teori dasar dan konsep yang telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu sama ada teori yang digunakan itu masih sesuai dan relevan ataupun tidak dengan pemboleh ubah yang dikaji. 2. Penyelidikan terkini: Mengenal pasti mana satu tajuk yang sudah dan belum kaji, mana satu pemboleh ubah yang sudah dan belum dikaji dan mengenal pasti jurang penyelidikan. Samb…. 3. Sumber data: Memanfaatkan data sekunder (sumber kedua) untuk menyokong data premier (data utama). 4. Pencegahan: Menghindarkan daripada terjebak gejala plagiat, fotokopi dan fabrikasi. 5. Luas pembacaan: Pembacaan kritis yang relevan dengan masalah kajian untuk mengungkapkan buah fikiran secara sistematik, kritis dan analitis. 5. OBJEKTIF PENULISAN TINJAUAN LITERATUR 1. Membezakan apa yang telah dikaji dengan yang belum dikaji. 2. Menemui pemboleh ubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baharu. 3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baharu dalam topik yang sama. Samb… 4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan. 5. Memahami struktur latar belakang penyelidikan yang dijalankan. 6. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan suatu topik penyelidikan. 7. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah penyelidikan yang akan dijalankan. 6. FUNGSI TINJAUAN LITERATUR 1. Meningkatkan kefahaman. 2. Asas Kerangka Teori. 3. Gagasan penyelidikan. 4. Menganalisis kritis teori. 5. Menjelaskan latar belakang. 6. Meningkatkan keyakinan pengkaji. 7. Meningkatkan kemampuan. 8. Merangka konseptual kajian. 9. Pelbagai sumber rujukan. 7. CONTOH TINJAUAN LITERATUR: PENDIDIKAN ISLAM BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Konsep Guru Cemerlang 2.2.1 Konsep guru cemerlang di Malaysia 2.2.2 Guru cemerlang dari segi bahasa dan istilah 2.2.3 Guru cemerlang pada pandangan sarjana pendidikan Samb… 2.3 Konsep Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2.4 Model Guru Cemerlang 2.4.1 Model guru cemerlang sarjana Islam 2.4.2 Model guru cemerlang sarjana Barat 2.5 Ciri Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2.5.1 Pengajaran dan Pembelajaran berkesan 2.5.2 Sifat keperibadian 2.5.3 Ilmu Islam dan pengalamannya 2.5.4 Motivasi 2.5.5 Kemahiran Samb…. 2.6 Faktor Luaran yang Membantu Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2.6.1 Latar belakang guru cemerlang pendidikan Islam 2.6.2 Latar belakang pelajar 2.6.3 Latar belakang bilik darjah dan sekolah 2.7 Kajian-kajian Berkaitan 2.7.1 Kajian luar negara 2.7.2 Kajian dalam negara 2.8 Kesimpulan 8. Kesimpulan Tinjauan literatur merupakan proses berterusan dalam sesebuah kajian akademik. Setiap bahan dan maklumat mestilah dikategorikan mengikut teori dan kajian. Bahan dan sumber yang tidak berkaitan dengan kajian dibuang atau ditapis sebelum dijadikan sebagai bahan penulisan tinjauan literatur. Oleh itu, tinjauan literatur merupakan tajuk yang perlu diberi perhatian bagi seseorang yang ingin membuat sesuatu kajian akademik.