Uploaded by yywong.perak

2018 TEORI

advertisement
Running Head: KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
7 ICLEHI 2017-036 Norul Haida Bt. Reduzan
Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21
Norul Haida Bt.Reduzan*, Zulkifli Osman, Abdullah Yusof
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia
*Corresponding author: haida@fbk.upsi.edu.my
Abstract
Penyelidikan ini tentang Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran bahasa
Melayu Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya. Pembelajaran Abad
ke-21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia
sejak kebelakangan ini. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenal pasti
keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Three Stray One Stay
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Seterusnya, objektif kedua
ialah membincangkan kelebihan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
Three Stray One Stay dalam pembinaan karangan bahasa Melayu. Dalam kajian ini seramai
40 orang pelajar dari tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya dipilih
sebagai sampel kajian. 10 orang pelajar dipilih untuk menjalankan kaedah pemerhatian dan
30 orang lagi dijadikan responden untuk kaedah soal selidik. Data diperoleh menggunakan
kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan kaedah kuantitatif melalui soal selidik. Teori
yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Konstruktivisme Jean Piaget (1976). Dapatan
kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
khususnya menggunakan teknik Three Stray One Stay dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di sekolah mampu meningkatkan tahap pencapaian penulisan karangan
pelajar berbanding sebelum guru melaksanakan teknik PAK21. Justeru, guru harus lebih
didedahkan dan mahir dalam PAK21 serta pelaksanaannya di sekolah harus diperluas.
Keywords: Keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu, abad ke21
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai sejarah perkembangannya yang
tersediri. Pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan peredaran zaman dengan
wujudnya pelaksanaan-pelaksanaan pelbagai dasar pendidikan. Sistem pendidikan penjajah
juga telah digantikan dengan sistem pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan yang
terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti Kebangsaan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat dan negara. Lantaran itu, kesedaran dalam kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia timbul betapa pentingnya satu bentuk sistem pendidikan
yang betul-betul berkualiti serta boleh membentuk bangsa dan negara yang berpendidikan,
berjaya dan berguna kepada dunia.
Teori konstruktivisme
Jean Piaget (1976), dalam bukunya To Understand is to Invent: The Future of
Education menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan
pengetahuan semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan sebuah
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
10
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
proses secara berterusan dan sentiasa disusun semula. Konsep konstruktivisme merupakan
satu pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia
belajar dengan cara pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur
konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
disemua peringkat. Konstruktivisme telah dipelopori oleh Lev Semyonich Vygotsky (1978),
iaitu seorang ahli psikologi melalui bukunya Mind in Society. Beliau memisahkan antara
pemikiran dan bahasa bebas dan berkembang secara terpisah. Beliau juga menumpukan
kepada zon perkembangan proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran.
Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa
pelajar membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baharu terhadap
apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui
prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu
berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan
dan Kamariah (2008), mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme
dapat mengaktifkan pelajar dalam penglibatan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
McBrien dan Brandt (1997), menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya
menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan
merupakan satu inovasi tentang gaya Pengajaran dan Pembelajaran kini. Konstruktivisme
menekankan kepada peranan pelajar dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan
pendekatan ini ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses
saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu.
Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina
sendiri oleh pelajar. Hal ini demikian kerana, menurut teori kontruktivisme ini, konsepkonsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila
seseorang mendapat pengetahuan atau pengalaman baharu.
Menurut Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), menjelaskan bahawa seseorang
dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan pengetahuan yang sedia ada
padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion. Pendekatan konstruktivisme sangat
penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka. Dalam hal ini, sekali gus pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang
sesuatu perkara.
Sorotan Kajian
Kajian pertama oleh Umi Kalthom Bte Mahbib dan Ahmad Bin Esa (2014), dalam
kajiannya yang bertajuk kaedah koperatif sebagai pilihan kelas abad 21. Kajian ini ingin
menekankan mengenai guru bukan sahaja perlu berjaya dalam bidang akademik, malah
haruslah menguasai teknik-teknik Pengajaran Abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk untuk
menilai keberkesanan kaedah Pengajaran Koperatif dalam kalangan pelajar sekolah rendah
serta hubungan antara kaedah koperatif dengan Teori Vygotsky. Kajian ini turut
membincangkan mengenai kepentingan dan keperluan kaedah koperatif dalam melahirkan
pelajar yang bertaraf kelas abad 21. Dalam kajian ini, penyelidik ada menyentuh mengenai
maklumat yang berkaitan dengan konsep Pembelajaran Koperatif, Model Koperatif Johnson
(1989), Teori Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal (ZPD), Kaedah Struktural dan
Keperluan Pembelajaran Koperatif pada abad ke-21 ini.
Kajian ini merumuskan bahawa pendidikan koperatif mengutamakan pendidikan
secara berkumpulan. Oleh itu, latihan untuk para pelajar amat penting dalam membentuk
kemahiran ini. Pelbagai model boleh dijadikan panduan untuk memberi sebarang latihan
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
11
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
bagi membina kemahiran kepada pelatih dan guru. Penerapan Pembelajaran Koperatif
diperingkat sekolah akan menjadi pelengkap dalam pendidikan alaf ke-21. Menerusi
Pembelajaran Koperatif, pelajar akan belajar dalam situasi pembelajaran lebih seimbang
dalam konteks pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Seterusnya kemahiran
yang diperoleh oleh pelajar dapat diaplikasikan dalam menjalani kehidupan insaniah pelajar.
Seterusnya, kajian kedua oleh Yahya Othman dan Dk. Suzanawaty Pg. Osman
(2014), membuat kajian yang bertajuk Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis melalui
Pembelajaran Berasaskan Projek dalam penulisan berbentuk risalah di Sekolah Rendah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Berasaskan Projek melalui penulisan
berbentuk risalah bagi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan pelajar tahap
sederhana di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan pendekatan
kuantitatif. Kaedah yang digunakan berbentuk kuasi eksperimental dengan reka bentuk pra
dan pasca ujian satu kumpulan. Seramai 39 orang sampel dalam tahun 5 terlibat dalam
kajian ini dari salah sebuah sekolah di zon Brunei IIA. Ujian penncapaian pelajar dan soal
selidik minat dan persepsi pelajar terhadap Pembelajaran Berasakan Projek digunakan untuk
tujuan pengumpulan data.
Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme sebagai kerangka asas kajian. Teori
konstruktivisme beranggapan konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang
akan berkembang dan berubah apabila mendapat pengetahuan atau pengalaman baharu
(Subadrah Nair dan Malar Muthiah, 2005). Pembelajaran Berasaskan Projek dapat
menyediakan peluang kepada pelajar untuk meneroka bahan pembelajaran yang lain selain
hanya bersandar kepada guru semata-mata. Dalam konteks menyediakan projek penulisan
risalah, pelajar perlu membuat pencarian maklumat, bahan rujukan yang berkaitan tajuk
yang diajarkan. Pelajar didedahkan dengan aktiviti perbincangan secara berkumpulan bagi
menyusun maklumat tersebut untuk dijadikan sebuah penulisan berinformasi mengikut
format yang betul. Kesimpulannya, Pembelajaran Berasaskan Projek melalui penulisan
berbentuk risalah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis
dalam kalangan pelajar dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Seremban Jaya, Negeri Sembilan yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu
seramai 65 orang keseluruhannya. Walau bagaimanapun, persampelan pengkaji hanya
mengambil seramai 10 orang pelajar sahaja sebagai responden penyelidik bagi mengumpul
data melalui hasil pemerhatian iaitu menggunakan karangan pelajar semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung untuk menjawab objektif pertama. Seramai 30
orang pelajar pula dipilih sebagai responden untuk menjawab objektif kedua melalui borang
soal selidik yang diedarkan.
Prosedur Penganalisisan Data
Data-data yang diperoleh berdasarkan kaedah pemerhatian semasa pengkaji sedang
menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya. Oleh itu,
pengkaji mengumpul data berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan dan melalui
hasil dapatan borang soal selidik yang diedarkan. Setiap pemerhatian yang dilakukan oleh
pengkaji akan dianalisis secara keseluruhan untuk mendapatkan data dan maklumat yang
diperlukan dengan lebih jelas. Hasil daripada analisis karangan pelajar, pengkaji akan
menilai tahap penggunaan bahasa yang lebih baik, pengolahan maklumat, contoh dan
huraian yang lebih baik atau sebaliknya. Daripada hasil dapatan kajian soal selidik juga,
pengkaji akan dapat melihat secara jelas dalam bentuk peratusan sama ada pelajar mendapat
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
12
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
lebih manfaat atau sebaliknya daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 iaitu kaedah
Three Stray one Stay dalam pengajaran karangan bahasa Melayu.
Konsep Three Stray One Stay
Kumpulan 1
Kumpulan 4
Kumpulan 2
Kumpulan 3
= stay (Kekal di tempat kumpulan)
= stray (Berkeliaran/Bergerak ke arah kumpulan lain)
Rajah 2 : Three Stray One Stay
Konsep Three Stray One Stay ini merupakan sebuah teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk sekurangkurangnya terdiri daripada 4 orang ahli dan 5, 6 atau 7 kumpulan bergantung kepada
bilangan pelajar di dalam kelas. Perjalanan aktiviti yang menggunakan teknik Three Stray
One Stay adalah seperti berikut:
1. Setiap kumpulan mempunyai pelajar seramai 4 orang ahli dan diminta
membincangkan topik-topik tertentu.
2. Setelah mendapat keputusan perbincangan, seorang daripada ahli kumpulan
akan dipilih untuk menjadi stay (kekal di tempat kumpulan sendiri). Tiga lagi
ahli kumpulan akan menjadi stray (bergerak ke arah kumpulan lain) untuk
mendapatkan maklumat daripada kumpulan lain.
3. Pelajar yang menjadi stay berperanan untuk menerangkan dan berkongsi
maklumat daripada kumpulan mereka kepada kumpulan lain.
4. 3 orang Pelajar yang menjadi stray daripada setiap kumpulan berperanan untuk
mendapatkan maklumat daripada setiap kumpulan lain yang dilawatinya.
5. Setelah mendapat maklumat daripada sebuah kumpulan, pelajar stray akan
bergerak pula ke kumpulan lain sehingga kesemua kumpulan dilawatinya kerana
setiap kumpulan pasti mempunyai maklumat yang berbeza dengan kumpulan
lain.
6. Setelah pergi ke setiap kumpulan, pelajar stray diminta untuk kembali ke
kumpulan asal.
7. Pelajar stray berperanan untuk memberitahu pelajar stay mengenai maklumat
yang diperoleh daripada setiap kumpulan lain untuk memastikan semua ahli
mendapat maklumat yang sepatutnya.
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
13
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
8. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar seorang wakil untuk memberitahu
maklumat yang diperoleh sama ada dari kumpulan sendiri atau dari kumpulan
lain.
9. Setelah setiap wakil dari semua kumpulan selesai memberikan maklumat yang
mereka peroleh, guru akan memurnikan dan merusmuskan secara ringkas
mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut.
10. Akhir sekali, pelajar diminta untuk menyelesaikan tugasan yang diminta oleh
guru berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil perbincangan dan pelaksanaan
teknik Three Stray One Stay.
Kelebihan Teknik Three Stray One Stay
1. Membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar.
2. Dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan menjadikan komunikasi
lebih berkesan.
3. Pelajar dapat belajar cara membuat pilihan dan keputusan yang betul.
4. Pelajar dapat memperbaiki kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasikan maklumat.
5. Dapat memupuk kemahiran kepimpinan dan pengurusan kumpulan dalam
kalangan pelajar sejak sekolah lagi.
6. Memupuk semangat bekerjasama dan menghormati pandangan atau pendapat
antara satu sama lain.
7. Memupuk pelajar untuk lebih berdikari dalam mencari maklumat dan tidak
mengharapkan jawapan daripada guru semata-mata.
8. Menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan
menyeronokkan.
Penganalisisan Data
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap sampel semasa guru menjalani
latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya pada semester 7 iaitu
pada sesi 1 2016/2017. Bagi mencapai objektif kajian ini, iaitu keberkesanan terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 dalam pengajaran karangan bahasa Melayu di
sekolah serta kelebihan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 dalam penulisan karangan
di sekolah yang digunakan oleh responden, pengkaji telah menjalankan kaedah pemerhatian
dan soal selidik. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap responden berdasarkan
aspek pencapaian penulisan karangan pelajar dalam peperiksaan dan latihan di dalam kelas
serta borang soal selidik terhadap responden.
“ Pada era globalisasi ini, Malaysia mempunyai banyak jenis kenderaan bermotor
seperti kereta, motorsikal dan sebagainya. Dengan adanya banyak kenderaan
bermotor seperti ini, banyak juga masalah yang boleh timbul. Contohnya, akan
berlakunya kesesakan lalu lintas dan boleh menyebabkan pencemaran alam.
Dengan adanya pengangkutan awam, sedikit sebanyak dapat mengurangkan
masalah pencemaran alam. Hal ini disebabkan oleh masyarakat akan menaiki
pengangkutan awam untuk ke destinasi dengan cepat. Contoh pengangkutan awam
adalah seperti teksi, bas, LRT dan sebagainya.”
Petikan di atas merupakan hasil karangan pelajar yang telah diambil oleh pengkaji
sebagai sampel daripada responden. Petikan di atas merupakan perenggan daripada
pendahuluan karangan yang bertajuk Usaha Pelbagai Pihak untuk Mempromosikan dan
Menggalakkan Orang Awam Menaiki Pengangkutan Awam di Malaysia. Semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran, pengkaji menggunakan teknik Three Stray one Stay untuk
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
14
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
mengajar tajuk ini. Pengkaji meminta pelajar memberikan sumbang saran dalam
memberikan idea yang telah dibahagikan dalam bentuk berkumpulan. Dalam perenggan ini
belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.
Dalam hasil perenggan sampel di atas, dapat dilihat bahawa pelajar dapat
menghasilkan pendahuluan yang baik dengan idea utama yang tepat beserta contoh jenisjenis kenderaan awam yang terdapat di Malaysia. Pelajar dapat menghuraikan idea utama
dengan baik berbanding sebelum guru menggunakan teknik Three Stray One Stay dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran karangan kerana dengan kaedah ini, pelajar diminta untuk
memberikan pendapat berdasarkan pengetahuan yang mereka ada. Hal ini bertepatan
dengan teori konstruktivisme Jean Piaget (1976), beliau melihat perkembangan pemikiran
manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai
pengalaman. Walaupun terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat dalam
perenggan tersebut, tetapi guru ingin melihat bagaimana pelajar boleh menghuraikan idea
utama dengan memberikan contoh-contoh yang tepat beserta isu-isu terkini yang berlaku di
Malaysia.
“Dalam meniti arus kemodenan, pelbagai kenderaan pengangkutan awam yang
terdapat di Malaysia. Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh apabila menggunakan
pengangkutan awam ini. Antara manfaat yang diperoleh daripada menggunakan
pengangkutan awam ini ialah dapat memelihara alam semula jadi secara tidak
langsung. Alam semula jadi lebih terpelihara kerana kurangnya asap seperti karbon
monoksida yang boleh membahayakan orang yang menyedutnya. Secara tidak
langsung juga dapat menghindarkan daripada pencemaran udara dan pencemaran
bunyi daripada berlaku. Namun, rakyat Malaysia kini kurang berminat untuk
menggunakan pengangkutan awam dan kurang kesedaran betapa pentingnya
pengangkutan awam ini. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mencari
alternatif untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan pengangkutan
awam kepada masyarakat”.
Petikan perenggan ini juga menunjukkan perenggan daripada pendahuluan karangan
pelajar. Pengkaji melihat pelajar mampu menghasilkan pendahuluan yang agak baik
berbanding sebelum guru mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
khusunya teknik Three Stray One Stay. Sebelum guru mengajar menggunakan teknik Three
Stray One Stay, pelajar hanya mampu memberikan idea dan isi utama tetapi tidak mampu
menghuraikan serta mengembangkan idea utama tersebut. Hasilnya, perenggan yang
dihasilkan oleh pelajar sangat pendek dan tidak mengandungi idea yang bernas. Teknik
Three Stray One Stay ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan mendapat idea baharu
hasil perkongsian dengan ahli-ahli kumpulan lain.
Oleh sebab itu, pelajar mampu menghuraikan isi dan idea yang banyak kerana
aktiviti berkumpulan dan teknik sumbang saran mampu memberi banyak maklumat kepada
pelajar. Contohnya melalui hasil perenggan pelajar di atas, pengkaji dapat melihat bahawa
pelajar tersebut ada menyatakan mengenai jenis gas yang keluar daripada kenderaan yang
membahayakan kesihatan dan menunjukkan pelajar tersebut mempunyai pengetahuan am.
Menurut Piaget (1976), pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui interaksi secara
aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut.
Penglibatan aktif ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu. Hal ini
bertepatan dengan teknik Three Stray One Stay yang dilaksanakan semasa Pengajaran dan
Pembelajaran dalam kelas yang menuntut pelajar untuk berinteraksi secara aktif secara
fizikal atau mental untuk mendapatkan pengetahuan.
“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pengangkutan awam yang
canggih dan moden. Pengangkutan awam di Malaysia mendapat sambutan yang
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
15
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
kurang menggalakkan daripada orang awam terutama penduduk tempatan.
Pengangkutan awam ini jika dimanfaatkan dengan baik akan dapat memberi
kebaikan kepada diri sendiri. Pengangkutan awam ini akan dapat menjimatkan kos
sara hidup terutama di bandar-bandar besar kerana tidak perlu memikirkan
perbelanjaan minyak kenderaan. Pengangkutan awam ini juga dapat mengeratkan
silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Terdapat pelbagai usaha
boleh dijalankan untuk menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan
awam.”
Perenggan di atas merupakan perenggan pendahuluan yang juga diambil daripada
sampel seorang responden yang mempunyai pencapaian sederhana. Perenggan pendahuluan
ini memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Antara ciri perenggan pendahuluan
yang baik ialah boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Contohnya ayat pengenalan dalam perenggan di atas ialah ‘Malaysia adalah
sebuah negara yang mempunyai pengangkutan awam yang canggih dan moden’. Dalam
ayat pengenalan ini, pelajar sudah menyatakan isi seterusnya yang akan dihuraikan dalam
perenggan seterusnya iaitu mengenai pengangkutan awam. Satu ayat pengenalan dikira
sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara
umum dan diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong
atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat
fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu
persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi seperti dalam petikan di atas.
“Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama agar usaha-usaha untuk
menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam di Malaysia akan
berjaya. Sesungguhnya pengangkutan awam sangat berguna dan memberi manfaat
kepada diri kita dan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kita mestilah
menggunakannya dengan sebaiknya dan tidak merosakkan pengangkutan awam di
Malaysia”.
Petikan di atas merupakan perenggan daripada bahagian penutup. Perenggan ini juga
di ambil daripada sampel karangan salah seorang responden yang juga bertajuk usaha
pelbagai pihak untuk mempromosikan dan menggalakkan orang awam menaiki
pengangkutan awam di Malaysia. Dalam perenggan tersebut dapat dilihat bahawa pelajar
dapat membuat kesimpulan dengan baik daripada keseluruhan perenggan isi yang telah
dibuat. Pelajar menyeru agar semua pihak harus bekerjasama dalam usaha untuk
menggalakkan masyarakat khususnya orang awam untuk menggunakan pengangkutan
awam di Malaysia. Pelajar juga menyatakan bahawa pengangkutan awam memberi banyak
manfaat kepada orang awam yang menggunakannya untuk menarik minat mereka.
Berdasarkan daripada hasil pemerhatian pengkaji juga, pelajar juga menggunakan penanda
wacana yang betul untuk digunakan pada bahagian penutup iaitu ‘ konklusinya’.
Dapat dilihat bahawa pelajar dapat mempertingkakan cara penulisan setelah guru
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan teknik Three Stray One Stay.
Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat mengumpul
sebanyak mungkin pengetahuan dan maklumat terutamanya melalui komunikasi dan aktiviti
perbincangan bersama ahli kumpulan. Hal ini turut disokong oleh Donn Byrne (1988).
Menurut Donn Byrne (1988), menulis bukan sesuatu yang diperoleh secara spontan tetapi
memerlukan usaha secara sedar di mana memerlukan individu untuk menuliskan kata dan
mempertimbangkan cara mengkomunikasikan dan mengatur.
“Kesimpulannya, secara deduksinya, kita semua tahu bahawa pengangkutan awam
memberi pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kita dan juga alam sekitar. Kita
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
16
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
dapat mengelakkan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas jika menggunakan
pengangkutan awam. Justeru, alam sekitar akan lebih bersih dan dapat mengelakkan
pencemaran udara dan bunyi daripada berlaku. Pengurangan jumlah kenderaan di
jalan raya akan mengurangkan juga jumlah pelepasan asap-asap daripada kenderaan.
Oleh itu, kita mestilah menghargai segala kemudahan yang telah disediakan di
negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan awam untuk keselesaan hidup”.
Petikan di atas juga merupakan perenggan daripada bahagian penutup. Melalui hasil
pemerhatian pengkaji, pelajar sudah mampu menghasilkan penutup dalam perenggan yang
agak baik berbanding sebelum guru melaksanakan teknik Three Stray one Stay dalam
Pengajaran dan Pembelajaran karangan. Perenggan kesimpulan yang baik ialah yang
mempunyai penanda wacana permulaan perenggan kesimpulan seperti konklusinya,
natijahnya dan sebagainya. Selain itu, perenggan kesimpulan yang baik juga haruslah
mempunyai penegasan terhadap tugasan soalan. Begitu juga dengan ayat cadangan dan ayat
harapan yang perlu ditekankan dalam perenggan terebut. Contohnya seperti dalam petikan
perenggan di atas, ‘Oleh itu, kita mestilah menghargai segala kemudahan yang telah
disediakan di negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan awam untuk keselesaan
hidup. Ayat tersebut merupakan ayat harapan yang terdapat pada ayat terakhir dalam
perenggan tersebut.
“Antara usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran
“Cintailah Bumi Kita”. Tujuan mengadakan kempen ini adalah untuk
menambahkan pengetahuan tentang bahayanya asap kenderaan yang membuat
bumi semakin sakit. Kempen itu juga memberi kesedaran kepada pendudukpenduduk di Malaysia. Kita dapat menyebarkan maklumat tersebut melalui internet
keranan internet merupakan dunia tanpa sempadan. Oleh itu, negara lain juga dapat
mempraktikkan amalan itu untuk menjaga bumi kita bak kata pepatah “duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi”. Usaha ini akan berkesan dalam kalangan negara kita
kerana remaja muda pada abad ini amat gemar melayari media sosial. Justeru,
masyarakat akan berpandangan jauh lalu menggunakan pengangkutan awam di
Malaysia untuk mengurangkan kadar penggunaan kenderaan di jalan raya”.
Petikan perenggan seterusnya menunjukkan perenggan isi yang dipetik daripada
hasil karangan pelajar. Pengkaji melakukan pemerhatian terhadap sampel tersebut dam
mendapati pelajar mampu menghuraikan idea utama dengan baik. Pelajar juga ada
menyelitkan tajuk kempen kesedaran yang pernah dijalankan menunjukkan pelajar tahu
mengenai isu semasa melalui hasil perbincangan bersama ahli kumpulan. Pelajar juga ada
memberikan input tambahan dalam karangannya contohnya mengenai internet dan
kegunaannya dalam menyebarkan maklumat mengenai kempen kesedaran yang dijalankan.
Melalui hasil pemerhatian yang dilakukan juga, pengkaji mendapati pelajar ada menyelitkan
peribahasa iaitu ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dalam perenggan isi untuk
menambahkan lagi lengkap dalam sesebuah perenggan. Pelajar juga membuat kesimpulan
kecil dalam perenggan isi yang dihasilkan untuk memantapkan lagi hujah dan
pengembangan idea yang dibuat. Perkara ini membuktikan bahawa kaedah Three Stray One
Stay mampu meningkatkan tahap penulisan pelajar dalam karangan.
Hasil kajian ini disokong oleh seorang pengkaji iaitu (Marohaini 2004). Menurut
beliau, pengajaran guru menggunakan kaedah dan teknik tertentu sangat berkesan untuk
menjadikan pelajar mampu menjana kemahiran berfikir dan mengembangkan idea mereka
dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik. Menurut Piaget (Wadsworth, 1984: 29)
ada empat fakor yang mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang iaitu pengalaman,
kematangan, pergaulan sosial dan ekuilibrasi atau keseimbangan internal. Teori ini sangat
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
17
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
bertepatan dengan hasil kajian pengkaji (Marohaini 2004) yang mengatakan bahawa kaedah
pengajaran guru mempengaruhi perkembangan pelajar iaitu melalui pengalaman dan
pergaulan sosial.
“ Selain itu, pelbagai jenama kenderaan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun pengeluaran kereta merupakan
salah satu pendapatan negara, namun penggunaan kereta yang banyak turut memberi
impak yang negatif. Oleh itu, wujudnya pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT,
keretapi dan yang paling terkini uber. Kesemua pengangkutan awam ini merupakan
kemudahan awam yang disediakan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.
Untuk menarik minat pelanggan, pihak yang berkenaan haruslah mengadakan
promosi tambang murah seperti mula-mula penggunaan MRT dilancarkan.
Kesannya, para pengguna pengangkutan awam tidak merasa terbeban walaupun kos
sara hidup semakin meningkat”.
Perenggan di atas juga merupakan sampel karangan yang diambil daripada
responden. Perenggan tersebut merupakan perenggan isi dan melalui hasil pemerhatian
pengkaji, pelajar sudah mahir menggunakan penanda wacana dalam setiap perenggan isi
dan juga perenggan kesimpulan. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian
perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, maka akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Antara contoh penanda wacana
pada bahagian pendahuluan ialah mutakhir ini, dewasa ini, kebelakangan ini, dalam era
globalisasi dan banyak lagi. Dalam perenggan di atas, pengkaji dapat melihat bahawa
pelajar menggunakan penanda wacana selain itu pada hadapan perenggan. Pada bahagian
perenggan pula, penanda wacana yang sering digunakan oleh pelajar adalah seperti selain
itu, tambahan pula, disamping itu, sehubungan dengan itu dan banyak lagi. Melalui
pemerhatian pengkaji, pelajar sudah mula mahir menggunakan penanda wacana yang betul
mengikut urutan yang betul.
Kesimpulan
Justeru, berdasarkan hasil dapatan pemerhatian dan soal selidik, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa penerapan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke21 banyak memberi manfaat kepada pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu
dengan lebih baik. Walaupun terdapat beberapa pelajar yang masih lemah, namun secara
keseluruhannya, pencapaian pelajar sama ada melalui latihan yang diberikan dalam kelas
dan melalui peperiksaan menunjukkan peningkatan yang sangat baik terutama dari segi
menghuraikan isi, memberikan contoh, mengembangkan idea, memberikan pendapat dan
sebagainya. Pelajar juga dilihat mampu menghasilkan karangan yang lengkap mengikut
masa yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, teknik Three Stray One Stay banyak memberi
manfaat kepada pelajar dan para guru harus mengamalkan teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Rujukan
Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secarakonstruktivisme
dalam
pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6- 8.
Donn Byrne. 1988. Teaching Writing Skills : Longman Handbooks for Language Teachers. London.
Longman Publishing Group
Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaysia.
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
18
KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
(McBrien dan Brandt ,1997 dalam Zurainu Mat Jasin dan Abdull Sukor Shaari, 2012) Keberkesanan
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam PengajaranKomsas Bahasa Melayu
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 21804842, Vol. 2, Bil. 1(Mei 2012): 79-92.
Piaget, J. (1976). To understand is to invent: The future of education. New York: Penguin Books
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa Needham
dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 21-41.
Umi Kalthom Bte Mahbib dan Ahmad Bin Esa (2014). Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad
21. Jurnal Seminar Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society. Cambridge, MA.: Harvard University Press.
Yahya Othman dan Dr. Suzanawaty Pg. Osman (2014). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis
Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Penulisan Berbentuk Risalah Di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan BahasaMelayu.
9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation
10th & 11th May, 2018
19
Download