Uploaded by BM4-0620 Nur Alia Khairunnisa Binti Saad

Akhlak Islamiyyah

advertisement
Akhlak
menurut pandangan Ibnu Miskawah
DISEDIAKAN OLEH:
1.NURHIDAYAH BINTI RASHIDI
2.SITI NUR SOLEHAH BINTI NOOR AZERI
3. NUR ALIA KHAIRUNNISA BINTI SAAD
Definisi
Ibnu Miskawayh
Akhlak ialah satu keadaan yang wujud dalam jiwa manusia.
Ia perlu direalisasikan tanpa menggunakan akal fikiran.
Akhlak adalah satu tabi'e.
Akhlak merupakan adat kebiasaan sama ada baik atau buruk.
Akhlak adalah sifat yang boleh menerima perubahan sama ada perubahan cepat atau lambat.
Pegangan agama yang mantap
Matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan akhlak mulia.
akhlak mulia terhasil apabila individu percaya bahawa agama adalah
sesuatu yang perlu untuk jiwa.
menurut Ibnu Miskawayh, individu juga seharusnya mendapat sesuatu
ganjaran di dunia mengikut taraf dan kedudukannya.
seseorang tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya, tidak boleh
mengurangkan apa yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu
kepada ajaran agama serta berakhlak mulia.
Usaha dari Individu
Akhlak yang baik dapat dihasilkan melalui usaha setiap individu di samping latihan
dan didikan tertentu.
Satu garis panduan dalam menghati konsep tolong menolong : semakin banyak
pertolongan yang dilakukan semakin banyak bantuan yang diperoleh dan begitu
juga sebaliknya.
Beliau juga menasihatkan agar menjauhkan diri dari perbuatan zalim
Bersikap lemah lembut.
Mengamalkan kesederhanaan.
Beliau mencela gelaran untuk memuji seseorang.
Mengetahui hakikat jiwa manusia
Jiwa bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang
yang bernilai atau satu bahagian daripada perkara tersebut.
Satu perkara yang dapat dirasai berdasarkan ilmu pengetahuan yang
berbagai. Justeru itu jiwa mempunyai kekuatan yang tertentu untuk
merealisasikan kebaikan
Terdapat 4 kekuatan jiwa iaitu Kekuatan akal. Kekuatan yang berunsur
sifat marah, Kekuatan syahwaniah dan Keadilan
Menjalani hidup bermasyarakat
Beliau juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan
moral yang baik secara menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan.
Ibnu Miskawayh menentang kehidupan bertapa kerana ia tidak membawa
kepada kehidupan berakhlak.
Seseorang itu tidak seharusnya memencil diri dari masyarakat kerana
kehidupan bermasyarakat akan memberi banyak manfaat kepadanya
dalam mengenali kebaikan dan keburukan.
Bersahabat dengan orang yang baik
Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa jumlah manusia yang berperibadi
baik secara semulajadi adalah sedikit berbanding yang kurang baik. Di
antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana serta boleh
berubah melalui dua cara, iaitu bersahabat dengan orang-orang baik
yang menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan
orang-orang jahat yang mengajak mereka melakukan kejahatan.
Pendapat beliau ini sama dengan seorang ahli sufi, Mumsyad al- Dinwari
Mengambil berat terhadap rawatan rohani
Rohani mempunyai perkaitan dengan jiwa. Bagi mendapatkan jiwa yang sihat,
seseorang itu perlulah mendapatkan rawatan rohani, iaitu dengan
mendampingi orang-orang berilmu dan mempelajari darinya di samping
sentiasa berwaspada daripada bergaul dengan orang jahat, orang gila,
orang yang selalu melakukan maksiat serta berbangga dengan kejahatannya.
Kesimpulan
Pembentukan akhlak masyarakat berasaskan ajaran agama akan menjamin kualiti
insan yang lebih beretika dan berakhlak tinggi. Pembentukan akhlak amat
penting kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan iman dan merupakan asas
kepada pembentukan jati diri masyarakat yang beradab. Akhlak juga ialah
cerminan dari dalam diri seseorang yang mempunyai ilmu dan adab.
Download