(letter head ikml) EN. KHAIRUL ANUAR BIN MOHD DAHNAN Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran ADDIN Jln. Kuala Kangsar, Taman Sin Lok, 30100 Ipoh Perak. 1 Oktober 2021 / 24 Safar 1443H Tuan, LANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS DAN PELAKSANA SILIBUS AL-QURAN PROGRAM TVET TAHFIZ IKM LUMUT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah mohon dirujuk. Sukacita pihak Institut Kemahiran MARA Lumut (IKM) akan melaksanakan sebuah program pengajian baru yang diberi nama Program TVET Tahfiz IKM Lumut dengan Kerjasama Yayasan ADDIN, Perak bermula 4 Oktober 2021. Justeru, pihak kami berbesar hati untuk melantik tuan sebagai penyelaras dan pelaksana kelas al-Quran bagi program TVET Tahfiz IKM Lumut-Yayasan ADDIN bermula dari 4 Oktober 2021. Diharapkan pihak tuan dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Segala jasa baik dan perhatian pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang maklumat lanjut pihak tuan boleh menghubungi pegawai kami En.Abdul Rashid Muthalib di talian 019-5123535. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Saya yang menjalankan amanah, ABDUL MUNAP BIN TAHIR Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar b.p Pengarah IKM Lumut, Perak.