Intervensi Linus Bahasa Inggeris (LBI) Tahun 1 2018 1. Membaca 13 orang murid melepasi saringan membaca. 15 orang murid gagal melepasi saringan membaca. Punca: Murid tidak mengenal huruf – 2 orang Murid tidak dapat menguasai kemahiran ‘blending’, menggabungkan huruf untuk membentuk perkataan. Murid mengenal huruf Cuma tidak dapat menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk perkataan. Intervensi: Mengenal ABC untuk murid tidak mengenal huruf. - Menyalin huruf ABC sekurang-kurang 3 huruf sehari. Latihan Membunyikan Huruf. - Dijalankan setiap waktu Pdpc. Guru akan selitkan sesi Pdpc dengan latihan membunyikan huruf. Guru secara rawak memilih murid untuk membunyikan huruf yang ditulis dipapan putih. - Membaca gabungan dua huruf di awal sesi Pdpc. Contohnya, (ba, ca, da, fa, ga). Untuk membiasakan murid dengan sebutan dan gabungan bunyi dua huruf. Membaca Cerita Pendek (Phonics in Reading). - Membaca buku phonic dimana buku tersebut memudahkan murid untuk membunyikan huruf dan membentuk perkataan. Contohnya : This is Sam. Sam is a fat cat. - Dijalankan sekali seminggu sewaktu Reading Skill. Kekuatan: Kemudahan Projector di dalam kelas membantu guru untuk menggunakan pelbagai sumber untuk membantu murid lebih focus dan berminat untuk belajar. Kekuranagn: Kekangan waktu untuk mengajar murid yang kurang menguasai. Guru perlu membahagikan waktu untuk mengajar murid yang menguasai dan pada masa yang sama untuk memberikan tumpuan kepada murid yang belum menguasai. Pengurusan Kelas kurang berkesan. 2. Menulis 5 orang murid gagal melepasi saringan menulis. 23 orang murid melepasi saringan menulis. Punca: Murid tidak memahami arahan yang diberikan oleh guru. Murid tidak dapat mengenalpasti bunyi huruf yang disebut oleh guru. Intervensi: Latihan Menulis Huruf. - Dijalankan setiap waktu Pdpc. Guru akan selitkan sesi Pdpc dengan latihan menulis huruf. Guru meminta murid untuk menuliskan huruf yang disebut oleh guru atau murid dipapan putih. Kekuatan: Kemudahan Projector di dalam kelas membantu guru untuk menggunakan pelbagai sumber untuk membantu murid lebih focus dan berminat untuk belajar. Kekuranagn: Kekangan waktu untuk mengajar murid yang kurang menguasai. Guru perlu membahagikan waktu untuk mengajar murid yang menguasai dan pada masa yang sama untuk memberikan tumpuan kepada murid yang belum menguasai. Pengurusan Kelas kurang berkesan.