Uploaded by Bernabas Emenueal

Bincangkan hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw dan Khalifah al

advertisement
Bincangkan hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw dan
Khalifah al-Rasyidin.
Negara Islam Madinah terbentuk setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah .
Walaupun kehadiran Baginda dan pengikutnya mendapat tentangan daripada kaum Quraisy
Makkah , mereka juga mendapat jemputan daripada penduduk Madinah sendiri. Contohnya
kaum Aus dan kaum Khazraj menjemput baginda utk menyelesaikan masalah dalaman yang
dihadapi diantara mereka. Setelah Nabi Muhammad dipilih menjadi pemimpin Madinah,
baginda berusaha menjalinkan hubungan dengan negara- negara lain dengan menghantar
beberapa utusan diplomatic. Terdapat beberapa hubungan diplomatic pada zaman
pemerintahan Nabi Muhammad dan Khalifah al-Rasyidin.
Pada zaman pemerintahan nabi Muhammad SAW , baginda telah mengutuskan surat
kepada pemimpin negara luar utk menyeru mereka memeluk agama Islam. Surat – Surat
utusan ini dibawa oleh wakil wakil baginda seperti Amru bin Umayyah al-Dambri ke
Habsyah, Dihyah bin Khalifah al-kalbi ke byzantine dan lain -lain ke negara – negara luar.
Menurut pandangan sejarawan , utusan yang dihantar telah diberikan layanan baik oleh
Pemimpin – pemimpin negara asing. Hal ini menjadi saksi bahawa utusan yang dihantar
menggunakan cara yang diplomatik yang sopan dan santun. Tujuan utusan ini dihantar
adalah utk menunjukkan bahawa orang Islam sudah mempunyai tahap ketamadunan yang
tinggi dan dihormati dalam peradapan dunia luar.
Hubungan diplomatic pada zaman Nabi Muhammad juga dijalankan di semenanjung tanah
arab. Baginda menghantar utusan -utusan nya ke dalam utk menjalinkan hubungan
diplomatic sama ada luar dan dalam semenanjung Tanah Arab. Tambahan daripada isi itu ,
utusan – utusan ini dihantar oleh baginda sebagai strategi penyebaran yang bertujuan utk
meluaskan pengaruh Islam ke Semenanjung Tanah arab. Sebagai contoh. Baginda
mengutuskan beberapa utusan ke Bahrain , oman , Yaman , Mesir dan Parsi bagi
menjayakan misi dakwah baginda.
Kejayaan yang diperoleh oleh Nabi Muhammad SAW membuka kota Makkah telah
mengakibatkan berlakunya hubungan diplomatik dengan negara lain . Contohnya, Sejurus
kejayaan baginda membuka kota Makkah , tahun tersebut dikenali sebagai Tahun
Perutusan kerana ramai masyarakat Arab dating atau menghantar utusan kepada baginda
utk memeluk Islam dan menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan Islam dibawah
pimpinan baginda.
Pada zaman Khalifah al- rasyidin , hubungan diplomatic dijalinkan oleh para sahabat
baginda yang menggantikan baginda setelah kewafatannya. Antaranya, Khalifah Abu Bakar
al-siddiq Berjaya memepertahankan kerajaan Islam daripada ancaman negara negara luar.
Beliau meneruskan perjuangan bagindayang tergendala dengan menghantar tentera
dibawah pimpinan Usamah bin Zaid ke syam utk melindungi Umat Islam daripada ancaman
Rom.Beliau turut melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima tentera utk mengetuai
battalion tentera. Khalid bin al-walid Berjaya membawa Angkatan tentera tersebut ke dalam
peperangan Ajnadin dan Berjaya menewaskan kerajaan byzantine dan menguasai
Kawasan Timur dan Utara palestin.
Akhir sekali , hubungan diplomatic juga diteruskan oleh khalifah Umar al -Khattab. Khalifah
Umar berjaya menawan Mesopotamia dan menamatkan hayat empayar Parsi. Beliau juga
berjaya menawan Mesir, palestin, syam, Afrika utara dan Armenia daripada kerajaan
Byzantine.Malah Kota baitulmuqaddis juga berjaya ditakluki tentera Islam. Ini membuktikan
bahawa hubungan diplomatic yang diajalankan semasa zaman Khalifah Umar lebih kepada
penggunaan perang utk meneruskan hubungan Diplomatik yang dijalankan oleh nabi
Muhammad.
Kesimpulannya, Hubungan diplomatic dari zaman rasulullah SAW hingga zaman Khalifah
al-rasidin memeperlihatkan kejayaan islam dalam penyebaran Islam secara aman dan
pendamaian. Walaupun mendapat penentangan semasa melakukan rancangan penyebaran
Islam ke negara luar , tokoh tokoh tersebut masih mengunakkan Hubungan diplomatic
sebagai langkah terbaik utk menyebarkn Islam ke seluruh dunia .
Download